Ahad, 30 April 2023
MINYAK CENDERAWASEH EMAS KAYANGAN
Sabtu, 29 April 2023
CINCIN ZAMRUD KERAJAAN TOK PANJANG
Khamis, 27 April 2023
LOKET BERKALIMAH KHODAMULLAH
MAYBANK
MYGEMSTONE 5510 1669 1626
========================
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam, kemudian buat Ulasan PAYMENT DONE atau PD atau sudah bayar di bawah ulasan GRAB anda itu tadi. Langkah ini sangat penting kerana ia akan memudahkan semua pihak. Harap maklum.
Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke:
MAYBANK E-WALLET
Maybank 551016691626 My Gemstone
ATAU
ATAU
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Rabu, 26 April 2023
GAMBAR RATU BALQIS ORIGINAL
KISAH RATU BALQIS MENURUT AL QURAN
Kisah Ratu ini dengan Nabi Sulaiman a.s. diceritakan dalam Surah An-Naml, surah ke-27 dalam Al-Quran seperti berikut:
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
Al-Quran secara spesifiknya tidak menyebut nama Ratu Balqis secara khusus. Namun menyebut negara bernama Saba' itu dengan jelas. Diceritakan Ratu Balqis dianugerahi Allah segala kekuasaaan dan kehebatan. Walau bagaimanapun, baginda dan kaumnya tidak beriman dengan Allah s.w.t. Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Kehebatan kerajaan Saba' Ratu Balqis ini diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman a.s. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman a.s. supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.[11]
Periwayat Muslim terkenal seperti (Tabari, Zamakhshari, Baydawi) menambah beberapa cerita dan beberapa fakta tambahan berkenaan kisah ini. Ratu dari Saba' itu diberi nama Bilkis, perkataan ini mungkin diperolehi dari 2 perkataan berbeza. 1) Yunani iaitu παλλακίς yang membawa maksud "gundik". 2) Bahasa Arab pula memberi pengertian yang jauh berlainan iaitu ﺑﻠﻘﻊ (balqʿ) beerti padang pasir.[
KISAH RATU BALQIS DARI KITAB LAMA
Menurut teks bukan kanun dari persuratan rabbinik Yahudi klasik (eksegikal), Josephus (Ant. 8:165–73), berpendapat Ratu dari Saba' adala ratu yang mempunyai empayar penaklukan dari selatan Mesir dan Habsyah. Ratu ini telah dibawa ke Jerusalem, bersamanya dibawa sekali balsam (sejenis tumbuhan yang jarang digunakan untuk membuat pewangi dengan komposisi perubatan). Balsam dari Gilead kini boleh ditemukan di Jerusalem tetapi berasal dari selatan Semenanjung Arab. Josephus (Antiquities 2.5-2.10) menonjolkan Cambyses sebagai orang yan berjaya mengawal Aethiopia, dan menukar namanya dari Seba ke Meroe. Josephus menegaskan Ratu dari Saba' ini berasal dari tanah Sheba atau Saba' dari selatan Semenanjung Arab. Terdapat juga hubung kait diantara perkataan Saba dan Sabaco yang merujuk kepada pemerintah awal Aethiopia.
Talmud (Bava Batra 15b) mendesak ia bukannya kerana raja perempuan itu, sebaliknya kerajaan Saba' itu (berdasarkan pelbagai bentuk intepretasi dari perkataan Ibrani yang menyebut mlkt) yang datang tiba ke Jerusalem, secara jelas cuba untuk membuang kisah hubungan anatara Sulaiman dan Ratu itu.Baba Bathra 15b: "Sesiapa mengatakan malkath Sheba (I Raja-raja X, 1) bermaksud perempuan yang membuat kesalahan; ... bermaksud kerajaan (מַלְכֻת) dari Sheba.
Berdasarkan beberapa laporan dari kurun ke-8, ratu itu melawat Sulaiman, boleh ditemukan dari Targum Sheni hingga ke Kitab Ester. Burung hudhud memberitakan pada Sulaiman bahawa terdapat satu kerajaan di Saba' dimana ratu itu penyembah matahari. Sulaiman kemudiannya menghantar Kitor ke negeri berkenaan dengan sepucuk surat yang diikat di sayapnya dan memerintahkan untuk Ratu itu menghadapnya. Ratu itu kemudian menghantar barang-barang hadiah dan 6000 pemuda yang sama tingginya, semuanya lahir pada waktu yang sama dan berpakaian ungu. Utusan hadiah dari Ratu Saba itu juga membawa surat bahawa baginda ratu akan tiba di Jerusalem dalam tempoh 3 tahun walaupun biasanya perjalanan kapal akan mengambil masa 7 tahun lamanya. Apabila Ratu itu tiba di Istana Sulaiman dkat Jerusalem, Ratu itu menganggap bahawa gelas yang disangka air itu adalah sebuah kolam air yang besar, maka ratu itu pun menyinsing sedikit kainnya yang menutup kakinya. Sulaiman kemudian menegur tentang perbuatan Ratu itu dengan kakinya yang berbulu. Ratu itu bertanya Sulaiman 3 perkara (Targ. Sheni to Esther 1:3) atau, menurut Midrash (Prov. ii. 6; Yalḳ. ii., § 1085, Midrash ha-Hefez), terdapat banyak perjalanan lain untuk menguji hikmat Sulaiman.
Pada kurun ke-11, menurut teks zaman pertengahan (medival), Aksara Ben Sira yang tidak diketahui penulisnya siapa. Teks tersebut juga disebut Hikmah Sirach atau Sirach, atau Kitab Ecclesiasticus /ᵻˌkliːziˈæstɪkəs/ (singkatan Ecclus.) atau Ben Sira, merupakan hasil kerja pengajaran beretika yang telah ditulis oleh orang Yahudi bernama Shimon ben Yeshua ben Eliezer ben Sira dari Jerusalem, kira-kira 175 hingga 200 tahun sebelum masihi. Dalam teks tersebut suatu bentuk penegasan bahawa Raja Nebuchadnezzar, Raja Babylon telah memperakui kesatuan anatara Sulaiman dan Ratu Saba'.
Dalam bidang disiplin atau kaedah falsafah keagamaan Yahudi Kabbalah, Ratu Saba' dianggap sebagai ratu dari golongan jin, dan adakalanya dianggap sebagai sebahagian dari Lilith, pertamanya dalam Targum Yaakub (1:15), dan kemudiannya dalam Zohar dan dalam beberapa penulisan sastera terkemudian. Terdapat mitos dalam kalangan orang Yahudi dan Arab yang mengekalkan Ratu Saba' barangkali merupakan dari golongan jin ataupun sebahagian jin dan sebahagian lagi manusia.[9][10]
Dalam pengamatan cerita-cerita mulut orang Yahudi German dari milinium pertama, atau Ashkenazi, terdapat figura penting yang menggabungkan imej popular Helen dari Troy atau mitologi German Frau Venus. biasanya kata-kata mistik berbaur sihir puak Ashkenazi meletakkan Ratu Sheba sebagai penari bersifat seduktif (menjolok mata). Sehinggalah pada generasi terkini, anggapan ini dilihat telah meresap masuk dalam dunia kanak-kanak, ada cuba mempamerkan ratu sebagai penculik kanak-kanak atau ahli sihir yang jahat
APA AKAN JADI DENGAN KITA JIKA KITA KE ALAM BUNIAN DAN JIN?
CIRI CIRI URANG BUNIAN YANG MERENTASI ALAM MANUSIA
PASTI ANDA INGIN MENGENALI CIRI CIRI URANG BUNIAN YANG MERENTASI KE ALAM MANUSIA UNTUK BERIADAH DAN MELAKUKAN PEKERJAAN MEREKA BUKAN?
DI BAWAH DI NYATAKAN DAN DI CERITAKAN CIRI CIRI MEREKA DAN CARA MEREKA KE ALAM MANUSIA
Urang Bunian perlu melalui Sebuah Gerbang Yang terbina dan di warisi ribuan tahun dari dalam kawasan yang terkawal di Istana dan tujuan mereka mestilah penting untuk tujuan tertentu dan 1 lagi mestilah anak manja kesayangan Pemerintah yang menyalah guna kuasanya sebagai Pemegang amanah Gerbang.
Lelaki mereka lebih cenderung bertubuh kasar macam arab dan bulu kening mereka bercantum menandakan mereka amat Baran sekali hahah, mungkin sebab tu Gadis bunian yang halus mulus lebih suka di rangkul oleh lelaki manusia yang manis dan romantis.
Jika ciri cirinya, ini lah antara ciri ciri yang tok ketahui owhhh ya...
Jari mereka meruncing tirus sesiapa yang ada jari macam ni mungkin kena tanya mak mak anda balik masa nak lahir dulu ada mimpi apa apa tak?... haaa silap haribulan anak pinjaman, anak balut, haaa naya naya.
Bagi Puteri puteri yang merentasi alam untuk masuk Universiti Manusia, Mereka Banyak duduk berseorangan, mereka seperti tidak pandai bergaul dan bercakap sebagaimana remaja kita bercakap, mereka lebih banyak suka senyum tawar , sesekali mereka suka ke kampus yang angker seorang diri dan sesekali mereka bercakap seorang diri tanpa di sedari org lain, kalau kantoi baru tau dia sedang bercakap seorang diri . Mereka tidak akan keluar dari kampus untuk beriadah kecuali bersama sama teman mereka.
Puteri Puteri ini selalunya di kunjungi oleh Lelaki yang kasar tubuhnya dan menyamar sebagai pakcik, penjaga , Lelaki ini ialah panglima kerajaan yang bertugas menjaganya , bilangan Panglima yang di tugaskan menjaga seorang Puteri tidak kurang dari 5 orang dan ada di antara mereka yang bekerja sementara di Dalam Kawasan kampus sebagai Pengawal, Tukang kebun dll.
Pergerakan mereka amat berahsia, mereka cukup berawas jika mereka di follow dari belakang dan mereka akan segera menghilangkan diri tanpa di kesan selama beberapa jam ( halimunan )
Apabila Aidilfitri menjelma atau cuti, mereka ni tau tau je dah hilang dari bilik kampus. Mereka cerdas dan bijak namun kebijaksanaan mereka itu di tahan agar tidak menjadi Tumpuan org lain, apa yang mereka sasarkan ialah ilmu pengetahuan , apa mereka dapat mereka hantar ke alam mereka , lulus atau gagal bukan masalah mereka, yang penting ialah Semua teks mereka terima akan di hantar pulang ke sana. Dan bila pulang ke sana Mereka akan kembali ke Kamar puteri dan Hanya Menunggu untuk di jodohkan. Itulah Puteri Puteri Kerajaan . Kalau anda bersungguh mencari , tok Jamin anda akan jumpa. Namun pastinya cinta akan sia sia kerana anda bukan pilihannya, pilihannya ketika itu ialah Ilmu.
Pernah 1 masa dulu seorang remaja lelaki yang berjaya mengesan seorang Puteri di Sebuah pengajian tinggi di Melaka, apabila remaja lelaki ini excited dia terus menebak Gadis ini bukan manusia, esoknya gadis ini tiada lagi di kampus atau Kolej, Ia hilang selama lamanya.
Pada Tahun 2013 remaja yang sudah menjangkau Usia Dewasa ini hadir berjumpa tok di Kulai dan menceritakan kisahnya, sehingga ke saat itu dia tidak berkahwin , dia meminta bantuan tok dan tok melakukan apa yang tok diizinkan , Pada akhirnya dia berjumpa semula Gadis ini di Tasek Linggiu atas bantuan K.Hj Lebar dan mereka di kahwinkan di situ juga dan lelaki ini tiada lagi tok jumpa kerana sudah ke alam sana.
Dalam kes ni tok juga pelik. sebab urusan lelaki itu mudah. Sedangkan ramai lagi yang mahu tapi tidak jadi..sebab tu tok cakap.. jika anda terpilih, in Sha Allah , dengan tanpa tok sangka pun anda akan di jemput ke sana selamanya.
Sekian bab ni
UMAT SIAPAKAH BUNIAN