Selasa, 12 November 2019

TAWAU SELESAI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya. 

Alhamdulillah semalam tok sudah selamat sampai ke Terengganu ( rumah sini ) dan rencana tok untuk ke Banjarmasin di tangguhkan dan mungkin tidak akan ke sana buat sementara. Awalnya tok ke sana seorang diri untuk menziarahi Murid yang tenat , kemudian tok lewat 3 jam beliau sudah menghembuskan nafas terakhir, Di sabah Tok mempunyai 31 murid dan sehingga kini tok sudah kehilangan 2 orang murid di sana akibat perbuatan sihir ke atas mereka, Semoga mereka mendapat Syahid Dunia akhirat atau syahid dunia kerana sihir yang di kenakan kepada mereka tidak di terima sebelum di tentang bermati matian. Murid pertama bernama Maslan di KK dan kerana kejadian yang menimpanya tasbeh KHJ 70,000 di keluarkan, namun tasbeh ini sampai ke rumahnya lewat 2 hari sebelum dia meninggal dunia, dan murid yang baru ini menerima nasib yang sama tidak silap tok hanya lewat beberapa jam sebelum beliau kian tenat. Sebenarnya permohonan murid ini sudah agak lama sampaikan tok sendiri berasa segan dengannya, di mohon berkali kali atas namanya namun gagal , mungkin kerana sudah takdirnya. Pada detik terakhir tasbeh itu di perolehi untuknya pun adalah atas desakan tok ke atas KHJ Lebar di sana , namun terlewat juga. 

Kemudian atas alasan tok musafir seorang diri, tok ingin melanjutkan perjalanan ke Banjarmasin dengan menaiki Feri ke Nanukan dan kemudian Ke Tarakan dan kemudian ke Banjarmasin menggunkan kapal terbang, Perjalanan bolak balik itu sekitar 3700 Kilometer jika di perkirakan dari Kedah sana sampai ke terengganu dan ke Banjarmasin, Namun pada beberapa hari berikutnya Bonda datang bersama Puteri kecil tok , dan semestinya tidak sesuai untuk membawanya bersama di dalam musafir kerana di dalam perjalanan itu ada 1 trip yang agak rough iaitu perlu menaiki speed boat ke Tarakan dan perjalanan itu amat berisko tinggi , apatah sudah berlaku beberapa kecelakaan dan kecelakaan terakhir memakan nyawa 5 korban di tengah laut . jadi perjalanan itu di batalkan dan kemudian tok terus mengambil tiket perjalanan pulang ke Terengganu untuk menguruskan hal di sini segeranya , Ya segeranya kerana isteri kedua tok bakal Melahirkan anak sekitar kurang lebih 3 minggu sahaja lagi. 

Item yang akan di masukkan ke dalam Blog mulai hari ini ialah perhasilan sebelum dan semasa berada di Tawau, Dan di sini ada 2 item berupa Ibu Mutiara, Tok sebenarnya agak kaget untuk memaharkan Ibu Mutiara di kala baru pulang dari sabah, Ya Kan. Sabah ini usahaannya ialah Mutiara. Jujurnya yang tok dapat 2 jenis itu ialah mutiara hitam dan putih dan bukan hasil dari membeli di kedai, yang di beli di kedai ada tapi bukan di maharkan di dalam blog, itu di belikan untuk hadiah kepada istri2 dan anak2 sahaja. Oleh demikian di sini tok ingin menyatakan bahawa 2 jenis mutiara yang di perolehi bukanlah hasil belian di kedai ya, kalau mau di lihat apa yang di beli itu boleh PM bonda ya mana tahu berkenan boleh juga di maharkan dengan melakukan isian isian khusus. 

Tok mulakan halaman berkaitan item perolehan sebelum dan semasa di Tawau pada hari ini. 

Assalamualaikum wbt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN