Rabu, 5 Jun 2019

SALAM AIDILFITRI DAN CUTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.

Alhamdulillah berjumpa juga kita dengan aidilfitri pada tahun ini dan Tok serta semua Bonda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Maaf Zahir dan Bathin. 

Di kesempatan ini Pihak GBunian ingin memaklumkan kepada anda Bahawa Blog Tidak akan ada Penerbitan Item Selama 2 Hari di Blog Pada :

3 Jun 2019
4 Jun 2019

Setelah itu bermula 5 Jun 2019 Item akan di masukkan macam biasa ke dalam Blog dan Pada HARI RAYA PERTAMA dan KEDUA Item SPECIAL akan di masukkan ke dalam Blog pada Jam 12 Petang. Wallahualam, Tok sendiri tak tahu apakah Item special itu , nanti tok selongkar simpanan tok lah macam mana . 

Blog Akan Kembali Normal mengikut Jadual Pada Hari Raya ke 3. Maksudnya Raya Ke 2 pun jam 12 pm sahaja ada item ya. 


3 & 4 Jun tu tok dan bonda nak melipat daun ketupat. Pada tahun ini kami beraya di Negeri perlis Indera Kayangan dan alhamdulillah semua anak anak Tok dapat bersama dengan Tok di tahun ini. 


CUTI STAFF

Staff kami yang bertugas di bahagian Packaging akan bertugas sehingga Hari terakhir Ramadhan dan akan kembali bertugas pada Hari Raya ke 4

Jadi Raya ke 5 mereka kembali bekerja dan Semua item anda akan di Hantarkan Apabila Pos Laju kembali bergerak aktivitinya pada 9hb.


PENGHANTARAN ITEM

Sehingga 9hb Jun 2019 Item anda akan di simpan dalam simpanan kami, WALAUBAGAIMANA pun jika anda ingin  pihak kami terus poskan, maka risiko item anda di pejabat Pos bukan di dalam Tanggungjawab kami. Sedia maklum banyak item hilang semasa di dalam simpanan Pejabat Pos ketika Hari Raya menjelang. 

Jika anda ingin item anda di simpan dahulu dan di pos pada 9hb atau mahu di hantar terus, sila maklumkan kepada Bonda SHA. 


Terima kasih

14 ulasan:

  1. Salam Aidilfitri utk tok sekeluarga....maaf zahir & batin

    BalasPadam
  2. Salam aidilfitri buat tok sekeluarga. 😊

    BalasPadam
  3. Salam aidil Fitri tok guru sekeluarga..semoga selamat pergi dan balik ke kg halaman

    BalasPadam
  4. Tok guru, mana bleh dptkan polish 3000 atau 5000..ingat nk polish geliga emas

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum Tok Mat & Family
    Bulan Syawal Menghitung Hari,
    Berbuka Bersama Kurma & Buah Tin,
    Intan Permata Penyeri Jari,
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...

    BalasPadam
  6. Salam aidilfitri buat tok sekeluarga.. Maaf zahir dan batin.. Jgn lupa jemput anak2 buah tok ni datang beraya di rmh ye hehe

    BalasPadam
  7. Salam eid mubarak Tok sekeluarga
    Maaf zahir batin

    BalasPadam
  8. * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
    • ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
    •。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
    ° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
    ˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
    ˚ ˛ •˛• ˚ | ç”°ç”° |é–€| ˚
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    DARI AZLI & KELUARGA

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN