Isnin, 6 Mei 2019

SALAM RAMADHAN 2019



Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan Buat semua khususnya pelanggan yang berugama Islam. Alhamdulillah pejam celik pejam celik... sampai lagi Ramadhan kepada kita dan sama juga dengan blog ini yang kini sudah berusia Ganjil 7 Tahun Alhamdulillah.

Di Bulan yang mulia dan suci ini tok ingin menyeru seluruh Ummat Islam baik nyata mahupun yang Ghoib asalkan berugama Islam sesuai dengan Firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Jangan lupa Tarawih walaupun ianya bukan wajib, namun Tarawih itu datangnya 1 tahun cuma 1x, perbanyakkan berbuat kebaikan kerana di Bulan Ramadhan ini amalan kita di lipat kali gandakan, Jagalah Hati dan Kata kata kita dari mencela dan menghina, maka ini ialah sebuah latihan kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik Lagi In Sha Allah. 

Kiriman berita dari Saudara saudari kita di Alam Lain yang Allah ciptakan buat mereka mereka amat gembira untuk meraikan Ramadhan dan melakukan pelbagai persiapan termasuk lah membersihkan rumah mereka luar dan dalam dan meletakkan ia dengan harum haruman . Ini bertujuan agar rumah yang berbau wangi itu sentiasa menyenangkan, menjaga kestabilan mood , memberi tenaga dan melupakan kepada kelaparan. Masjid masjid di hias indah dan di letakkan harum haruman Kasturi serta Melor.

Tidak kalah juga kita di sini yang mempersiapkan diri dengan persiapan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Kita buat perubahan di bulan Ramadhan ini baharulah kita rasa dan nampak perbezaan dan keistimewaan ramadhan dan nanti di Syawal pula kita akan merasakan satu lagi keistimewaan yang lebih lagi di awal Syawal.

Kerana itu orang dulu dulu ( orang lama ) berusaha melakukan persiapan kepada anak anaknya dan rumahnya sehinggakan mampu kita rasa perbezaan dan keseronokan di Ramadhan dan kemudian Nikmat pula di Bulan Syawal. 

Anggaplah ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita dan hayatinya sebaik yang mungkin.

Berjumpa lagi 


Y.Mulia Paduka Ayahanda Yasir

Geligabunian 2012 - 2019






8 ulasan:

  1. Selamat menyambut bulan Ramadan juga.Semoga hidup muslimin dan muslimat sekalian di alam dunia mahupun ghoib sentiasa dirahmati dan diberkahi oleh ALLAH S.W.T

    BalasPadam
  2. Lama dah blog tok.sy berjodoh dgn blog tok baru sahaja.tahun 2018.tahniah tok.wlu byk fitnah xberhenti.blog tok tetap berjalan.sesungguh orang yang dengki,terus dalam kerugian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah


      Ada 1 Hamba Allah menasihatkan Tok melalui pepatah englishnya....

      " Kalau kita asyik membaling batgu ke arah anjing yang menyalak di tengah jalan, perjalanan kita akan menjadi lambat...... maka teruskan sahaja perjalanan itu dengan berani menuju ke destinasi dan biarkan anjing anjing itu menyalak sampai mati.....Kita sudah sampai ke destinasi ... mereka belum dan mereka akan mendapat pelbagai penyakit akibat dendam ( asbab kepada Darah Tinggi ) , sakit hari ( Stroke dan Jantung kerana darah bergerak laju ) ... malah terkadang bercerai berai dan tidak tenang hidup mereka kerana hari hari mereka asyik dikirkan cara bagaimana nak jatuhkan tok... sebagaimana yang tok katalah... org senang takkan kacau orang... buat apa nak kacau dia dah senang dah... Rezeki Allah ada di mana mana dan ia bukan atas kuasa kita nak sekat rezeki orang... harap mereka belajar kerana ia sudah Allah Buktikan... sudah 7 Tahun kot kita berniaga...bukan 7 bulan

      Padam
    2. betul... sebab tu tok cakap rezeki Allah ni kita bukannya tahu.. buktinya tuan baru jumpa blog ni tahun 2018, walhal bukan tok tak langgan Google Adword yang dok potong kad kredit tok setiap bulan tu, bukan tok tak beli Facebook ads ( iklan ) bagai.

      Tapi tu lah selagi Allah belum gerakkan dan takdirkan... tok buat iklan macam mana pun... tetap tak sampai kepada Tuan , Sampai lah Allah IZINKAN...

      Maksudnya sudah 6 tahun kita di alam maya... tuan tidak tahu kewujudan kita di sini.

      Dan yang sampai ke sini umpama melangkah di atas lantai berduri.. mana tak berduri.. kata kata keji dan kesat kan banyak di internet mengenai tok.. ramai juga yang tak tahan dan patah balik dan meneruskan kehidupan mereka... ada yang kena tipu ribu ribuan ringgit kemudian nak tak nak patah balik mai kepada kita dan akhirnya mendapat kejayaan dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah..

      Nak berjaya pun bukan senang... mesti jadi yang terpilih juga. Yang belum sampai tu sebab masih ingin di permainkan takdir ... masih lagi kerana hati ada was was. Tunggu di beri pengajaran oleh Allah berkali kali mungkin barulah mereka sampai ke sini. Tapi sebelum tu... kena sembelih dulu lah di tengah jalan, kena pow... kena macam macam, sabar lah ya

      Padam
    3. Betul tok..atas izin dan gerak Allah juga sy jumpa blog tok dan smpi sekarang masih melanggan item kat blog tok.terima kasih juga tok buka peluang rezeki,automatiknya berkongsi rezeki.salah satu sebab juga blog tok masih bertahan.jika sesuatu dibuat bersebabkan kebaikan,in sha Allah.kebaikan juga sebagai balasan kepada tok sekeluarga.

      Padam
  3. Salam Ramadan untuk semua..semoga tok dan semua di rahmati Allah SWT...teruskan perjuangan tok...kita semua akan bersama tok .... insya Allah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tok... Salam Ramadan buat tok sekeluarga danejuga staff yg baik hati. Saya pun newbie baru jer start melanggan item2 tok sejak 2018 even dah tau lama pasal kewujudan blog tapi baru kali ini Allah gerakkan hati, alhamdulillah byk manfaat dan kebaikan yg saya dapat. Terima Kasih Allah, terima kasih tok, bonda dan staff

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN