Sabtu, 4 Mei 2019

SELESAI PERTAPAAN SEMPENA RAMADHAN 2019

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah tok baru selesai melakukan ritual pertapaan sempena ramadhan dan masih berehat sampai esok hari, sebab tu lah anda lihat sehari dua ini update ialah barangan yang sama.. actually untuk pengetahuan otai2 lama meminta selalu meminta tok republish item yang belum termahar, terkadang ketika anda memakai mobile view melalui HP, ada halaman halaman tertentu anda tak dapat lihat , tok pun tak tau apakah masalahnya. Jadi Halaman yang pernah di masukkan kita republish semula, sudah tentu item itu masih ada sekiranya ia di terbitkan semula. 

Tok selesai berehat pada esok malam, dan lusanya baru kita akan masukkan item baharu. Alah. nak item baru apa tatau, item lama berlambak lanar lagi belum termahar, hangpa pun satu hal.. ni bonda la dok merungut.. asal nampak kod lama saja, x mau beli., letak kod baru ...baru nak beli.. padia tatau..ingat tok juai kuih raya ka boleh xpired date haha... sama saja.. kita masukkan kod lama pun, item tetap macam baru. Batu permata mana basi, calar pun dak. Cuma bagi tok lah, rugi la sebab item tu duduk dalam bekas plastik lama..dan dah kuat auranya secara alami.. kemudian bila di kodkan semula, mestilah admin atau staff nak kena pegang geliga tu..makanya bila pegang.. masuk jugaklah aura depa serba sikit ke dalam aura geliga tu. Tapi selama ni 7 tahun tok berniaga, tok malas nak jelaskan , sebab bukan semua paham bila masuk bab bab energy, aura ni. 

Keduanya pulak.. permata lagi lama. lagi orang menghargai... apatah delima atau zamrud, tau sebab apa?.... sebab masa melombong tu depa bawak keluar dulu yang terbaik di dalam tanah perut bumi, yang cikai cikai depa biarkan dulu... tahun demi tahun yang grade baguih baguih ni habis.. tinggal yang depa tak amik tu.. bertukar tangan lombong tersebut.. pengusaha baharu takda pilihan lain maka di keluarkan batu batu yang di tinggalkan saki bakinya... so katakan lombong tu dah keluarkan batu sejak tahun 2012.. tahun 2012-206 batu memang tip top... atas pada tu.. hancuq... dah la mahai.. takda kualiti... sebab tu orang selalu sebut, yang profesional main batu.. ni batu lama ka atau batu baru?... depa lebih prefer batu lama lagi, lebih lawa, urat cun, tak perlu treatment banyak sangat, warna alami. 

Tapi orang kita di tanahair tercinta ni lah... banyak muncul peminat batu permata, tapi xda ilmu bab batu permata. tak tau apa dia batu lama, apadia batu baru... bila sebut batu lama... depa tak mau, depa nak batu baru hahaha... jadi penjual yang profesional sebab harga batu lama... pada batu baru.. kaw kaw punya harga.. padahal harga mahal tu untuk batu lama . paham dak?. 

Ok lah . untuk pengetahuan ., minyak lebah emas dah ada , available dah. cuma kita belum publish saja.. dah ada yang bayar dah sejak beberapa hari lepas . 

Baik, sebelum tok mengundur diri, kami di GBunian mengucapkan salam Ramadhan yang bakal berkunjung tiba esok ka lusa ka... Semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan Yang terakhir buat kita di dalam Keamanan Negara dan Keamanan Manusia Sejagat. In Sha Allah. '

2 ulasan:

  1. Terima kasih tok.selamat berpuasa

    BalasPadam
  2. Hahaha....Baru tadi dah niat nak barang2 yang masih belum termahar...Maksud saya pada masa akan datang la...Cuma nak kongsi pendapat la tok...Mungkin ramai yang terbiasa benda umum seperti batu2 yang popular dalam website contohnya Merah Delima...Mungkin nama tak pernah dengar tu pasal ada yang tak termahar...Lagi, semakin popular barang tsebut dengan kata lain menjadi sebutan orang ramai cam m.Delima, besi kuning, wang sukarno boleh bergulung, dll maka semakin yakin lah seseorang pada hikmat benda tsebut...Ni saya selalu lihat kat site2 yg lain dan camtu lah trend sekarang...Namun tu cuma pendapat saya...Saya harap pihak G.Bunian tetap meneruskan perjuangan menjual barang seperti biasa...Barang2 tok rare & banyak yang harga mampu milik... Saya ucapkan kpd pihak G.Bunian sekalian Selamat menyambut bulan ramadhan & selamat bpuasa 😊

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN