Khamis, 9 Mei 2019

PENULISAN KEDUA DAN TERAKHIR MENGENAI ACAP DARI TOK MATGBUNIAN

TULISAN BUAT SAHABAT

Bila baca balik penulisan bab acap tu Amirul Platinumoil, aku jadi serba salah pulak. Sebab aku rasa mcm tau kat mana nak cari, tapi bukan terus pegi landing kat spot dia hilang tu.. aku nak kena berjalan 25km trek dia lalu, tak boleh pakai kereta sebab jalan kaki dan naik kereta ni berbeza beb dia punya masa, ruang, waktu dan pemandangan.. malah bau pun tak sama. Bagi aku masa pikir dulu nak launch operasi aku sendiri atau macam mana.. Kalau Aku nak buat minta maaf lah sebab hanya murid2 aku yang berlevel tinggi saja yg akan terlibat...itupun bukan utk mencari kredit.. kalau Allah nak bagi Jumpa..maka Jumpalah... Kalau Allah x izinkan, Maka Kami balik saja, senang.. x payah nak bagi 1001 alasan nak cover muka kononnya.

Proses kalau aku buat bukan sekejap.. aku perlu jalan ikut trek tu dan ikut balik semua spot spot yang orang kata nampak acap ni, dan setiap spot aku kena berhenti sepaling tidak 1 malam dan duduk di situ untuk meninjau dan menyiasat punca .... satu satu spot tu bukan 1 kerajaan.... kekadang 1 spot tu ada banyak kerajaan... macam macam nak kena buat tambahan ada baby dalam kandungan wife aku ni, lagi lah aku nak kena berhalus.

Jadi kalau team aku masuk... bukan sehari dua.. dan aku pun tak rasa ramai murid aku yang sanggup kalau melibatkan banyak hari ni...mungkin sorang dua yang mampu bertahan menemani.

Bukan nak bercakap besar ke apa tak..tapi kalau makhluk sana nak pertukaran, aku sendiri dan ramai lagi murid aku ..kami sanggup bertukar diri jika itu mampu membawa pulang acap kembali.....team aku ada yang nak ke sana lama dah, ada yang memang nak tinggal di sana pun ramai... yang nak p sekejap dan balik pun ramai. Jadi masa kes 1 team dulu kata Jin sana nak pertukaran, memang team kami ada bersuara bahawa kami sanggup... lepas tu semua team diam.. xdak alasan nak bagi dah.

So... kes ni sebenarnya dah dalam kategori kes berat kerana ia dah melebihi tempoh biasa orang hilang di kembalikan iaitu 1-3-5-7-sampailah ke 41 hari... sepatutnya sudah di pulangkan jika beliau masih ada. lebih dari itu, peluangnya untuk kembali amat amat sukar kerana salah 1 pantang bila masuk ke alam sana ialah JANGAN makan dan Minum lebih dari 41 suap dan teguk atau kita tidak akan boleh keluar lagi kecuali dengan kepandaian2 tertentu ... dan juga kefahaman bahawa di alam sana sama macam di alam kita cuma di sana mereka lebih berhalus lagi dan apatah mereka ( kaum Jin Kafir ) amat pandai bermadah helah.

Jika benar acap ada di dalam Gua tu ( video yang nampak lembaga mundar mandir ) maka komen aku ialah kemungkinan besar 99% dia di sebuah kerajaan yang cukup besar , dan berada di dalam Istana makhluk halus di sana....lagi besar.. lagi mencabar...lagi banyak berhalus dan berhelahnya.

Komen aku seterusnya ialah acap akan keluar JIKA orang sana nak keluarkan... bagaimana mereka ambil , suka suka depa nak ambil dan bilamana depa nak ambil, maka samalah bila mereka nak pulangkan, actually sebenarnya tak ada istilah Pawang handal, ayat langit mana kau pakai... tapi cuma 2 perkara.... Pertama.Allah izinkan kedua duanya..........kedua. Bila mereka nak berikan ... mereka akan pulangkan. Ini semua komen aku tentang acap kalau betul dia hilang ke alam Jin... sebab minta maaf aku tidak menyuluh sangat bab kes acap ni sebab hal bini aku mengandung.

Tapi... kalau aku rasa terpanggil panggil sangat nak turun. In Sha Allah aku turun juga.... tu kira bukan nak cari populariti atau pujian... kejadahnya populariti atau pujian kalau yang menjadi taruhannya kelak mungkin zuriat aku sendiri. So..kalau aku nak turun maka aku akan turun.. kerana aku berasa tu tanggungjawab yang perlu aku buat... macam aku kata tadi.. jadi tak jadi bukan urusan aku.. dan kalau aku turun aku tak mau siapa pun tau bila masa aku pergi.. hari apa, dengan siapa dll.. so kalau aku atau sesiapa lagi murid aku yang hilang.. xda siapa pun yang tahu apa berlaku. Cuma PBT setempat akan aku maklumkan lah.

Buat masa skrg, hati aku masih teragak agak... nak pergi atau tak... dan aku menulis di sini seperti di PM agar semua orang membacanya dan tahu kenapa aku tak pergi... atau kenapa aku pergi atau kenapa aku balik atau kenapa aku tak dapat balik... maka semuanya sudah aku tulis di sini. Dan la ni aku pun tak tau murid mana yang sanggup nak ikut aku berhari hari duduk dalam trek tu, sementelah sekarang Ramadhan... dah 1 bulan, nanti Syawal dah 1 bulan... penangguhan demi penangguhan hanya menyebabkan peratusan nak mendapat kembali acap semakin tipis. Kepada Allah kita berserah.

Aku tak mau komen lebih panjang sebab aku takut keluarga acap terasa kok kok mana.. cuma penulisan aku yang lepas.. aku dah bagitau segala hamburan hamburan aku kepada team team ilmu Tahap DEWA LANGIT yang berani cakap itu dan ini sehingga mengguriskan hati keluarga mangsa.

Bab ni bukan bab biasa biasa... dan benda bukan biasa bukan boleh di selesaikan dengan manusia manusia biasa.

Zuriat aku dan acap kedua duanya sama besar, zuriat adalah bapa dan anak, acap pula adalah antara pengetahuan dan belas antara manusia. Ikut mana 1 yang Allah takdirkan... mungkin aku boleh selamatkan kedua dua dengan hanya 1 cara ... Tapi... nantilah dulu.... biar Allah menentukan segalanya.....

=====

Sebelum ni mungkin ada org bertanya kenapa kami tak pergi awal.. mungkin sebelum aku dapat berita menggembirakan itu... ini kerana dasar kami.... "Org tak minta... buat apa kami nak turun?" .... Tapi bila sampai dah lama macam ni..kiranya kes ni dah melampau sangat bagi aku... hati aku sendiri rasa nak membantu... tapi ..bila?... hari apa?..... dengan siapa?.... tiada siapa yang tahu kecuali aku dan murid2 yang lain In Sha Allah.... ( bukan semua murid tahu kecuali berlevel tinggi )...Jadi jangan persoal kenapa sebelum ni kami hanya berpeluk tubuh dan melihat dari jauh.... anda semua pun nampak.. akhirnya apa yang berlaku?... sebab itu ADAB... Orang tak minta / panggil... buat apa kita nak hulur muka?.... melainkan dengan cara cara sulit dan persendirian..

======

Lastly... bagi yang tak kenal betapa komplikatednya antara bunian , jin, campuran dll aku nasihatkan jangan cakap macam macam... lebih baik diam kerana ia hanya akan memburukkan keadaan... mereka 7:1 dengan manusia... apa kita cakap.. mereka tahu... kalau mereka marah.. bukankah ia hanya memburukkan keadaan... org hanya bijak dalam bidang masing masing dan bukan semua bidang dia bijak... Al-Quran menceritakan mengenai Bulan dan Bintang Juga... tapi tidak menceritakan komposisi setiap planet tu ada Halium ke, Ada Hidrogen ke Ada Oksigen ke. Dan setiap ayat di dalam Al-Quran itu ada maksud tersirat dan Allah mahu kita mengkajinya.... Dan.... di zaman dahulu tidak ada Boeing MAS atau AIR ASIA... Apa yang ada di dalam Al-Quran adalah Big Key... dan Big Key ini untuk menghuraikan semua pintu dan kotak kotak kecil... seiring dengan zaman dan ilmu... bukan memperkecilkan skop Master key itu sendiri. Jadi sila bercakap yang anda YAKIN dan TAHU sahaja.. bukan main hembos dan di hujung anda cakap, Anda Tak tau..

Sekian

5 ulasan:

  1. sesetengah orang ingat urusan mcm ni semudah pergi pasar beli ikan.. tipis sgt dh skrg ni

    BalasPadam
  2. Ini laa akibat x beradab. org skrg akan menganjing klu ada org beradab dgn mereka. kata ketinggalan zaman, khurafat dsbnya.. menafikan hak dan kewujudan hamba Allah selain manusia... mngkin dr awal2 lagi penganjur dan oeserta x peduli apa.. ingat mcm jogging kat taman bunga di kl jer..

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan kenyataan tok.Banyak tersirat dengan apa yang berlaku dan banyak urusan perlu dilakukan serta renyah bangsa sana lain mcm. Semoga Allah permudahkan bagi segala kesulitan atas keberakatan Ramadan

    BalasPadam
  4. Sekadar memberi pendapat saja...Rasa teragak agak tu mungkin isyarat agaknya...Kalau teragak agak sebab fikir negatif tu lain...Kalau yang tiba2 tu yang kena waspada juga...Dari pengalaman saya...Bab rasa teragak agak nak jumpa sorang teman ni...Saya abaikan rasa teragak agak tu dan jumpa juga..Akhirnya nyesal juga sbb lain jadinya...Kalau bab pertukaran tu tok teringat pla cam cerita2 kat tv...Nak buat pertukaran, akhirnya semua kena tangkap 😨...Bahaya ooo

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN