Ahad, 19 Mei 2019

TOK DAN BONDA BONDA




Alhamdulillah ini ialah gambar Tok dan Bonda Bonda Yang paling terbaru iaitu di ambil semasa berbuka puasa di Kedah Semalam. 

Lama Tok tak update gambar terutama di Facebook kerana tok tahu ada mata yang selalu mengintai, dan tok tahu apabila tok tak lagi update di wall mereka menyangka tok tidak bahagia... sebenarnya.. tok nak mengajar mereka bahawa "Sangka" mereka tidak tepat , sejak dari dahulu lagi asyik bersangka. Bonda Sha dulunya ada FB tapi dia padamkan kerana sudah tidak ada apa lagi nak di update dan tok menerapkan sifat kekeluargaan dan suami adalah insan paling penting di samping seorang Isteri, Syurga itu ada di bawah kaki suami dan Bukan lagi seorang Ibu. Itulah yang kebanyakan wanita lupa dan tok sebagai orang yang berpengalaman... perkara ini lah yang paling tok tekankan kepada semua bonda bonda. 

Dan ada juga benda yang tok belajar dari pendedahan gambar keluarga... iaitu jangan terlalu xcited upload gambar keluarga khuatir ada mata mata dengki yang akan beririhari... ya lah, mungkin mereka ada 1 isteri pun x mampu nak kawal.. tok pula ada 2 isteri... tinggal 1 rumah.......Ya... kadang kadang kami duduk 1 katil sambil sama sama membincangkan apa yang kurang samada barangan keperluan, kelengkapan lain lainnya. 

Jika mahu di katakan cemburu... tok akui terkadang antara keduanya ada sifat cemburu namun tok terus menyedarkan mereka bahawa inilah keluarga kita. orang lain, adik beradik lain mereka ada keluarga mereka sendiri, kawan kawan juga ada keluarga mereka sendiri. Kukuhkan rumahtangga kita dan keluarga kita , lantakkan orang lain jika mereka mengata kerana mereka tahu mereka tidak mampu ... perasaan mereka tidak mampu dan kerana Bonda Bonda berdua ini mampu maka mereka adalah dari kalangan wanita yang Hebat.... nak melihat Ahli Syurga, lihatlah Bonda JJ dan Bonda Sha... Alhamdulillah mereka belum pernah menyakitkan hati tok samada menengking suami, menipu, mengkhianti dan sebagainya dan In Sha Allah tok akan kekalkan begitu. 

Rahsianya...... mungkin ada yang bertanya bagaimana Rahsianya menjaga kerukunan Beristeri 2?.

Rahsia bukan sekadar ada pada Suami, tapi juga kepada isteri pertama yang bernama Ahli Syurga. Dan Seterusnya suami mestilah tegas, dan tegas itu bukan setakat tegas sahaja, malah boleh mematahkan mana mana serangan pihak luar dengan kekuatan, keberanian dan ketegasan melalui undang undang... Syukur kerana kerajaan rupanya mempunyai Sebuah Akta Yang tidak semua Para Suami atau Isteri tahu Iaitu :

"orang ketiga boleh didakwa di bawah Seksyen 36, Seksyen 37 dan Seksyen 38 akta tersebut yang membawa maksimum hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali."

“Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara seseorang dan pasangannya boleh dibicarakan,”


Bukti yang di perlukan adalah cukup dengan Mesej Mesej berbaur hasutan di FB atau Whatsapp dan cukup untuk mengheret orang luar yang menghasut ini ke muka pengadilan.

Bagi Tok.. Tok boleh memberi muka kepada mereka yang tikam belakang tok, acu domba tok, fitnah tok... tapi kalau melibatkan keluarga dan hubungan.. Minta Maaf banyak banyak walau sudah di mohon maaf dari anggota keluarganya dengan Semua Sekali Melakukan Kowtow di depan Tok


Walau ibu dan ayahnya sendiri melakukan Kowtow di Hadapan Tok. Tok tetap tidak akan menarik semula Kes

Bukan kita pakai teknik Gangstar , tapi undang undang sudah cukup untuk mengajar manusia seperti ini dan sekaligus mengajar manusia lainnya menjaga hati mereka. 

Dulu ada 1 Staff tok pecah amanah semasa tok tidak ada di rumah, sedangkan tok mempercayainya dan berharap dia menjaga rumah tok semasa tok berpergian.. namun dia pecah amanah dan tidak mengaku... laporan polis di buat dan siasatan di jalankan dan dia di tangkap, Ibu dan adiknya datang memohon maaf namun tok berkatanya " Jika anak saya sendiri pun sy akan sumbat ke dalam Penjara Biar dia belajar, jika tidak sampai bila ?".... 

Keesokannya Tok di panggil IPD Marang dan berjumpa dengan Inspektor Farhan beliau bertanya adakah tok nak menarik balik kes?, dan belum terlewat kalau nak tarik balik kes... tok tetap bertegas agar kes ini di lanjutkan dan staff ini di hukum penjara 10 bulan atas kes mencuri... kalau alasan kes pecah amanah dia mungkin kena sebatan 2x, tapi tok cuma meminta dia di penjarakan sahaja.

Sebelum ke penjara dia datang berjumpa dengan tok dan meminta maaf dan Tok berkata kepadanya " masuk dalam sana anggaplah seperti bermuhasabah diri dan bertapa...ubahlah diri kamu"...

10 Bulan berlalu.... bekas staff ini di bebaskan dan dia datang berjumpa Tok dan memeluk tok.. saat itu perasaan hiba muncul di hati tok ini... Dia memeluk dan menangis sera tidak henti henti mengucapkan terima kasih dan semasa di dalam penjara 10 bulan itu banyak benda dia pelajari . Kerana tok ada berjanji dengannya semasa sebelum dia ke penjara dulu..... Dia risau isterinya akan meminta cerai darinya kerana masuk penjara... tok memberi jaminan bahawa selepas dia keluar dari penjara tok akan memberinya pekerjaan semula...dan tok menunaikan janji itu... dia bekerja dengan amanah sekali selama 1 tahun sehinggalah di Negeri Perlis dia meminta izin Untuk pulang ke Terengganu dan Tok melepaskannya pergi... Hari ini... baru semalam dia menelefon tok bertanya khabar dan sekarang bekerja bersama sepupu Bonda JJ di Wakaf Tapai.... Siapa Sangka? Kerana itu apabila kita ingin mengajarkan seseorang, niat kita juga mesti di luruskan. In Sha Allah di akhirnya dia akan sedar akan perbuatan salahnya. 

Ramai di wakaf tapai memuji tok kerana mengambil dia bekerja semula.. tidak pernah ada seorang majikan pun yang mengambil kerja bekas staff yang pernah mencuri Harta Majikan.. itu cuma lah Tok Mat GBunian saja suka buat perkara aneh. 

Sama juga bagi yang cuba menganggu gugat rumahtangga tok.. memang tok tidak akan biarkan, apatah bermula pada tahun ini tok sudah ada seorang Peguam Khusus yang bersedia berkhidmat kepada tok secara percuma dan beliau selalu memenangi banyak kes atas sebab sebab tertentu yang berlaku padanya lepas maka dia berasa terhutang budi sampai ke mati. Harimau yang dulu hanya menunjukkan taring kini juga sudah mengeluarkan kukunya hanya tunggu untuk menerkam mangsa yang mengancam.

Jadi jika anda seorang suami, nak menjaga isteri anda di zaman ini bukanlah sukar... nasihat tok.. jangan mudah termakan kata kata rayu mohon maaf isteri yang pernah curang... di masa hadapan ia akan berlaku lagi malah perancangan curang itu lebih teliti umpama sebatang jarum pun tidak mampu untuk menembusinya. Kalau mau di ajar.... Kasi Ajar betul betul....

Itulah cara menjaga keharmonian rumahtangga di zaman ada undang undang ini... kalau dulu mudah saja... di tikam perut habis cerita.. sekarang tak boleh buat lagu tu.... pakai law dah cukup... nak kaw kaw lagi.... panggil Harian Metro ikut bersama... Akhbar tempatan cukup dahagakan berita setiap hari.... Jangan risau... memanggil Metro ini ... tak perlu bayar... percuma sahaja... Biar 7 keturunan mulut bawang ini mengingatinya.

9 ulasan:

  1. Wakaf Tapai,Terengganu.Sohor juga tok di sana ya.Masa hari raya nnti,datanglah tok.Boleh kita bersua muka di sana.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Bonda shaa pregnant ke tok? Apapun semoga tok sekaluarga sentiasa dalam Jagaan Allah dan bonda2 sekalian sentiasa dalam rahmat Allah. Tq bonda shaa yg x jemu2 layan setiap persoalan sy yang kurang arif mengenai setiap permata ni. Terima kasih. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN