Jumaat, 12 April 2019

ULASAN MISTERI KEHILANGAN ACAP



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua

Lama tok tak menulis di sini sehinggakan ramai pulak wakil gelaran " tok " tampil memberikan ulasan mengenai kehilangan acap.

So sekarang ni ha antara org pertama yang memakai gelaran tok sejak 2012 nak menjawab pulak mengenai kehilangan acap.

Berita pertama yang tok terima mengenai kehilangan saudara acap ni ialah pada hari ke 10 kejadian berlaku dari seorang pelanggan bernama Aredie, beliau memberikan tok info info terbaru dan meminta pandangan yang wajar.

Actually ... Aku ni nak menulis lama dah. Kalau lagi bagus nak buat video di YouTube, tapi tok Mat sekarang ni amat amat sibuk. Nak kata boleh kanselkan kesibukan tu boleh lah juga dengan cara memberhentikan sebentar kembara yang sedang tok jalankan.

Semasa tok menerima berita ini tok sedang memandu dari utara menuju ke KLIA dan ketika berita terakhir di terima pada hari itu, tok sedang memasuki highway melalui kawasan acap hilang, semasa tok lalu tok bagitau bonda ...kalau budak tu nak hilang pun.. tu.. arah tu, tok tjukkan di kawasan sebelah kiri sambil terus memandu.. tunjuk tu dekat, tapi kawasan yang tok tunjuk tu sebenarnya adalah lembah bukit bukit. Bukan dengan scan tapi melalui mata hati dengan apa yang ada di kawasan tu. Kami meneruskan perjalanan. Tok tak berhenti pun apatah nak tekan brake sebab dalam hati tok ni rasa "berat" .

Kemudian tok menerima mesej seterusnya ada yang kata acap ni langgar anak bunian... Bila masuk bab bunian ni tok rasa lapang sikit sebab tu dah memang urusan kita.. sebelum ni dok rasa berat sebab katanya di sorok jin. Jadi tok membuat ulasan di whatsapp grup dan peribadi seseorang " tok dah tanya 1 putera di sana dia kata takda pulak daftar anak bunian kena langgar manusia tengah jogging di ICU sana" tok tulis tu kelihatan macam melawak. Tapi itulah ayat sebiji sebiji yang tok ambil dari beliau dan sampaikan...mungkin bagi dia di sana pun kenyataan hamba Allah ini melucukan.

Kemudian. Tok dapat rakaman suara yang kata acap ni lupa famili....leka... Bodoh... Dan sebagainya... Yang ini... AKU CUKUP MARAH. Sebab apa?... Ilmu korang dah konform tahap dewa ke?.... Kedua ... Nabi kata apa??.. jangan Mudah percaya kata kata jin .... Apatah bila berlaku benda semacam ini... Kena ingat....

Jin akan cuba menyesatkan manusia sehingga ke sakaratul maut sekalipun dan jin jenis ni....
Jenis jahat ni kita sebut sebagai syaitan.

Yang kita ni ada otak....ada akai... Pertama sekali... HORMATILAH IBU dan ahli keluarga mangsa... Bagi benda yang buruk berlaku kita yang ada AKIDAH dan IMAN tak boleh nak cakap sesuatu yang tidak baik apatah benda tu hanya Rekayasa sahaja dan seterusnya nak mengcover diri setelah mendedahkan diri kepada khalayak.. kalau mereka dapat agak agak apa mereka kata..

Yang pergi ke sana dan balik resam orang lama lama tok memang respeklah.

Kami di KKST ada membuat perancangan, tapi kerana rasa BERAT di hati tok ni.. rancangan nak mencari dan membantu pada hari ini ( jumaat ) tok batalkan dan menambah pula trip kembara tok di Indonesia kini.

Keduanya kita sebagai pengamal alternatif tak boleh...dan memang rukun kita nak tuduh itu, nak tuduh ini , nak buat kesimpulan sendiri... Dan orang yang berilmu takkan sesuka hati melemparkan tuduhan seperti kata kata itu, takut jadi fitnah... Takut jadi aib dan ghibah.

Ni tok nak tanya la sikit kepada mereka yang cuba membantu it's okay. Tapi siapa. Ni lebih kepada yang mudah buat spekulasi tu.... Sebelum hangpa ke sana...

1. Dah siasat keadaan geografi sana?

2. Dah siasat haiwan jenis apa berhabitat di sana?

3. Dah siasat kalau kalau ada trek lain ?

4. Dah cari di lembah lembah?

5. Dah cari di kawasan berbatu atau berbatu besar?

Ok.. kalau dah cari semua ni termasuklah atas pokok di setiap pokok dalam hutan tu... Kot mana lah tau tengah dia berlari dia jumpa harimau kumbang lalu dia berlari panjat pokok dan kerana cemas terjatuh dan sangkut di pokok.... Ini cadangan.bukan konfirmation.

Kalau atas pokok takda.dan di atas tak ada, cuba siasat balik kejadian sebelum dia datang ada apa apa berlaku tak? . Contohnya pergaduhan.. masalah melibatkan jenayah?.

So... Katakan lah rupa rupanya kes acap ni bukan kes alam ghoib... Nih...yang mana dok bersorak, dok melaung, dok kata macam macam... HANGPA NAK SOROK MUKA TANG MANA?.

Sebab tu kita ni pengamal perubatan alternatif... Ada benda kita boleh cakap melalui apa kita dapat scan. Dan ada benda kita x boleh cakap .

Contohnya kita merawat 1 pesakit kena sihir dan kita dapat tau siapa yang buat melalui ilham...bukan bukti nyata. Pesakit tanya macam mana sekalipun kita tak boleh cakap siapa yang buat sihir tu.. kita cuma nasihat kembali pada Allah, kalau ada buat salah dengan org minta maaf kalau ada terambil barang orang, bagi balik dan mengalah. INIKAN BENDA sebesar ni.... Boleh cakap .. sampai ke perkataan BODOH. Dey... Aku nak tanya... Sebenarnya acap bodoh ke atau engkau yang sedang menunjukkan kebodohan sendiri?

Tok mat GB ni org sindir sebagai RAJA BUNIAN pemerintah alam sana.. aku rilek der.siap mai Indon lagi. Itu pun baru balik dari Kemboja, Burma , Bangkok . Patah balik mai sambung ke KLIA dan ke Indonesia.

Tahu apa bendanya yang tok mat ni rasa berat:


Kenyataan ni sudah di masukkan dalam grup sebelum orang kampung cakap lagi


1. Org tak jemput pun.. buat apa nak memandai mandai?

2. Org gopeng Sana handal handal bro... Kalau korang kena santau. Tu sana bomoh slim river jugak kau cari.. nak Menyantau orang pun tak Grik , Perak tengah kau cari.

3. Dah Ada org / team Di Sana


Ulasan lanjut tok dari 3 sebab di atas... Kalau konsep perubatan tok.. org tak minta..kita tak kan buat .... Bila orang x minta maksudnya mereka ada ikhtiar mereka sendiri.. tapi woiii tolong hormat keluarga mangsa.

Bomoh bomoh besar yang berusia , berpengalaman atau yang betul betul berbisa tak ramai yang turun atau mungkin tak ada.. dari apa yg tok tgk dalam gambar lah.... Maksud tok ni yang dah otai gila..janggut dah putih sampai ke dada, orgnya sudah berusia 60-80tahun.... Yang ada ... Masih bersifat baharu yang ilmunya bertapa sampai puncak gunung tapi paras ilmu baru di kaki bukit. Engkau faham aku cakap ni?

Orang kampung dan polis suruh blah. Blah la... Tuan tanah suruh balik kalau masih nak pergi lagi. Malu takde eh? Korang kena ingat.... Bila polis atau org kampung cakap macam tu... Ada lah bendanya depa nak buat . Ya lah kita tahu jugak kan polis kita pun pakai bomoh juga.. tapi bukan calang-calang . Bomoh yang nak turun tu langsung x mau mukanya di ketahui, apatah nak masuk dalam media sosial macam org muda muda buat ni. Itu pun kalau ada perancangan depa nak pakai bomoh besar. Umpamanya daun rendang... Kalau terlalu banyak... Semak Bhai.... Tapi kalau dah di buang buang tinggal pucuknya saja . Pohonnya nyaman , pemandangannya luas. Faham maksud kias ni? . Jadi berilah kerjasama. Yang korang nak sibuk sangat pehal, raja bunian pun rilek je Bhai?.. haha gurau na jangan marah... Tapi yang kata ayat ayat nista tu.. pikirlah balik. Minta maaf balik kat org ramai. Ilmu dah macam tahap dewa eh kau berani cakap macam macam?.

Ada 1 video katanya acap dah di tarik keluar tapi enggan keluar. Aku ni pun luangkan lah masa tengok video tu... Mana acap?... Ke mata aku rabun?.. yg aku nampak 1 perempuan. Kena rasuk... Katanya acap tak mau balik... Bila masa manusia boleh bercakap dalam diri manusia ?... Guru mana ajar korang ajaran sesat ni hah.. Tu la..masa Tok buat kem mistik tok mat GBunian korang lokek nak keluarkan rm 300 kursus 3 h 2 malam tu hahaha.. gurau lagi na. Dalam badan orang tu yang tok nampak jin bertanduk dua . Jinnya besar .... Dia bercakap lakon sebagai acap... Beginilah ya.... Contoh tok ni JIN lah kan... Tok masuk dalam badan orang dan mengaku sebagai orang lain contohnya dalam gurauan.. tok menyamar jadi Pak Jib dan mengaku merampok negara... So korang WAJIB percayalah? Gitu?. Aduhhh... Korang ni perawat tauliah mana ni... Sampai lupa pesanan Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam mengenai jin?. Sekali lagi tok tanya... Kalau kes acap ni melibatkan hal lain... Mana korang nak letak muka. Allah hurabbi...

Dalam perbincangan kami di KKST... Masa kami plan nak ke sana hari ni ( jumaat ).. tok dah pesan... Kita pi sana menyamar jadi hiker, konon nak buat perkhemahan... Dan arahan tok kepada mereka ialah ... Pakai rock rock dan berpakaian hiker. Atas sana lain cerita lah... Kalau dapat....dapatlah.... Kalau tak dapat ..balik lah... Tak payah nak ngomel apa apa... Media ke apa ke..tak payah. Tapi sebelum naik tu pergi jumpa org kampung dulu.. ayah ayahanda kat sana dulu. HORMAT kawasan orang. Kalau orang sana kata tak payah La... Balik lah... Balik je lah.. tu rumah org buat apa nak jadi muka tak malu dok tunggu. Bila depa suruh balik.. maksudnya depa ada ikhtiar.. org kalau dah sesak tak boleh buat apa. Mereka sendiri akan panggil orang .. tapi sebelum tu banyak lagi lah .

Saudara acap tu hilang di sana... Sepatutnya kena minta bantuan orang sana.. yang faham..yang tahu.

Tok memang tak tahu sangat bab kes acap ni melainkan yang ada di media-media. Tapi video yang tok tengok dan rakaman suara yang tok dengar jelas bagi tok memperjelaskan situasi yang berlaku di sana.

Ramai orang ingin turut sama terlibat dalam kes kehilangan acap... Sampaikan beberapa hari lepas ada hamba Allah mana tak tau ambil artikel tok dan masukkan ke dalam pagenya... Tok belum check lagi PM Facebook ni permintaan izin penerbitan semula. Tapi tok ingin pesan. Sekiranya paparan artikel tok tu mengundang nama buruk kepada tok dan kumpulan kami. Tok takkan berdiam diri. Jadi harus faham kenapa kebanyakan artikel tok hanya share kepada FRIEND... Bukan Public ... Kerana bukan semua orang faham benda ghoib.

So .....

Inilah ulasan pertama tok mengenai kehilangan acap... Dan artikel yang di copy paste tu ialah artikel beberapa tahun yang lepas.

Cukup untuk kali ini.... Dan tok ingin bagitau. Bukan tok pandang remeh kes acap ni... Dan bukan tok ambil mudah sampaikan tok membiarkannya dan sempat mengembara bersama anak isteri. Tapi sebabnya jawapan sudah di tulis di atas .

Tok juga ada tempoh masa tok tersendiri bila masa tok akan bertindak sekiranya acap belum juga di temui. Dan tok sentiasa menghitung hari hari kehilangan saudara acap. Jika kes ini betul melibatkan alam ghoib maka ada hitungannya kerana kehilangannya sudah melebihi 7-14 hari. Dan pada bilangan tertentu hari tertentu yang di hitungkan baru lah team kami team KKST akan bertindak..itu pun sekiranya belum di temui. Jadi jangan anggap juga kami buat tak endah dan tak bersimpati.

Cuma yang pasti bila kami bertindak. Tiada siapa pun yang tahu kecuali ahli ahli kami sahaja. Jadi jika bocor..kami tahu ada ulat dalam team kami. Namun tok mendoakan agar acap di jumpai segera sebelum tempoh hitungan tok sampai in Sha Allah dan tok ingin pesan kepada ahli keluarga acap.. jangan mudah terpedaya mainan jin sampai merayu rayu kepada mereka, sementara mereka sedang duduk hisap rokok dan ketawakan kita yang bernama manusia. Setahu tok melalui perlembagaan alam jin sedia ada... Jika di ambil harus di pulangkan ... Baik hidup atau mati. PASTI. Kenapa?.... Di kalangan jin itu masih ada SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW ... Sahabat ini istilah kepada mereka yang pernah berjumpa Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam dan memang ada segerombolan Jin datang berjumpa Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam untuk menganuti Islam...

Sahabat Rasulullah ada sebanyak 18,000 orang iaitu mereka yang pernah berjumpa Rasulullah... Tapi ramai org tahu cuma 4 betul?.. tu lah kan... Kalau cetek ilmu sejarah Rasulullah. Tok pun bukan pandai sangat. Apa aku tau aku cakaplah .

Jadi jin Islam ni ..samada yang dah tua tu atau anak anaknya dari kalangan alim ulama akan ikut campur masalah ni. Kalau perlu perang... Maka peranglah. Ketegasan mereka dalam ugama lagi dasyat.

" Tidak kami jadikan jin dan manusia untuk beribadah kepada kami"

Ayat ni dalam 1 ... Maksudnya ada jin ada manusia masuk syurga dan ada juga jin dan manusia yang masuk neraka. Faham?. Allah x sebut tidak kami jadikan binatang dan manusia pun. Tidak.

Seterusnya selain mainan jin kafir.. kita juga perlu menghormati jin Islam... Hormat..faham hormat..?... Bukan sembah... Bukan taksub?. Macam mana kita hormat jiran?.. lebih kurang macam tu lah hormat yang di maksudkan...

Baik. Sekian saja ulasan dan nasihat tok. Sekiranya ada kata kata yang kasar, mengguriskan hati tok minta maaf kerana ia datang dari hati seorang hamba Allah yang kerdil sahaja. Pandai cuma sedikit tapi bodohnya masih banyak, ilmu Allah tu seluas 7 lautan dunia.. 7 bumi dan 7 lautan...kita baru duduk di 1 bumi 1 lautan.

Sekian

Wassalam




*Anda diizinkan copy paste sahaja.. di larang membuang atau menokok tambah mana mana ayat.. salah ejaan pun..itulah dia...

22 ulasan:

  1. terima kasih tok atas pencerahan .....

    BalasPadam
  2. Tok...nak tanya tok...tok pernah cakap bunian ada pesta keramaian sekarang..bila habis tu tok pesta tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok dah tetapkan tarikh tok balik tu pada tanggal mereka tamat keramaian . baru kita fokus on case

      Padam
  3. Tok...ada kaitan tak pesta dengan budak hilang tu

    BalasPadam
  4. Salam.. tok..betul ke jin dan bunian ni tak sama.. ? Kami natizen konpius...

    BalasPadam
    Balasan
    1. X Sama tuan usah konfius. Tok sudah menceritakan mengenai kisah bunian ni dan asal usulnya semenjak zaman nabi Sulaiman a.s.. fakta kita beri sudah banyak membungkam pengamal perubatan dan guru guru .

      Padam
  5. Semoga urusan Tok selamat pergi dan balik tok

    BalasPadam
  6. As.salam tok.sya setuju apa yg tok ckp kan tu..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum WBT Tok
    Ini kali pertama saya terjumpa dan membaca page Tok ni. Penjelasan Tok agak bernas walaupun ada unsur humor. Alangkah elok jika Tok dapat menjadi penceramah kepada umat islam yg meminati bidang alam ghaib (dimensi yg satu lagi) untuk membimbing dan membetulkan mereka yg memang telah berkecimpung dibidang tersebut agar berada pada track yg sepatutnya. Saya amati dalam kes Acap, terima kasih...ramai yg mencuba secara percuma saja dengan kaedah spiritual namun segala usaha mereka ibarat cerita tak habis dan menimbulkan lebih banyak persoalan.
    Pasukan SAR yang mencari menggunakan kaedah fizikal, logik dan taktikal yang saya kasihan. Segenap kawasan berhampiran telah diperinci tapi masih tiada sebarang petunjuk.
    Teruskan Usaha Tok
    Sesungguhnya Allah Bersama Orang-orang Yg Benar
    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan Kamarozaman. In Sha Allah tujuan tok di sini juga untuk membawa peminat mistik di dalam track dan tidak tergelincir dari track yg sebenar. Tok memang ada beberapa video mengenai alam ghoib di YouTube. Semoga dapat memberi jalan kepada para newbie

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...semoga Tokmat sekeluarga sentiasa dirahmati..Aamiin

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...semoga Tokmat sekeluarga sentiasa dirahmati..Aamiin

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...semoga Tokmat sekeluarga sentiasa dirahmati..Aamiin

    BalasPadam
  12. Nak join nak join..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..sama2 Tokmat😄

    BalasPadam
  14. selari dengan cerita tokmat..

    https://www.facebook.com/200038254103622/posts/430084207765691/

    BalasPadam
  15. Tok...dah 6 bulan acap hilang ni.ada apa perkembangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok sudah maklumkan dalam blog dan YouTube. ORG hilang lebih 40 hari tidak akan lagi di temui. Kecuali jika dia benar berkahwin di alam sana. Maka dia akan kembali semula di depan parentnya selepas 360 hari hilang. Itupun cuma untuk 1 jam shj

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN