Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Alhamdulillah tok baru pulang ke tempat penginapan dan tok pun sudah beli tiket pulang ke Malaysia pada 15hb ni, urusan tok di sini pun sudah hampir selesai, Namun ada 1 lagi urusan yang belum selesai iaitu misi "mencari kawan lama " untuk bertemu jejak dengan Kiyai Gunting.
Kiyai Gunting ini terkenal dengan guntingnya haha.. kita huluq kepala dan dia tikam kepala kita lalu terus di cabut.. menggeletik kesakitan 3 minit dan selepas itu di sembuhkan semula.. siapa yang terkena tikaman guntingnya boleh bercakap 4 bahasa asing berbeza dalam 1 masa dan apa ilmu dia ada akan ada pada kita. Kiyai Gunting ini seorang Guru Al-Quran dan juga Hafiz Al-Quran . Kalau dulu popularnya dari kalangan orang kampung dan beberapa orang Malaysia . org sanggup datang hulur kepala kepadanya untuk di tikam.. termasuk tok pada hari ini hehehe.. Tapi belum di jumpai cuma yang tok sempat jumpa ialah Kiyai Soleh , maaf gambarnya tidak ada kerana beliau berkata " kalau di indonesia ini yang masuk gambar dalam internet itu semuanya penipu, kerana itu perlu di segerakan orang kenal.. jika sudah handal pula ga usah sulit sulit terkenal memang orang akan datang cari.
Berbual dengannya selama Hampir seharian tok dapat beberapa ilmu dan salah satunya tom boleh kongsikan kepada anda semua atas izin beliau, Alhamdulillah
ILMU PENAWAR GANGGUAN SETAN, JIN DAN IBLIS
Amat ampuh sekali
BAHAN BAHAN:
1. Epal Jin Merah
AYATNYA :
1. Tawasul
2. Istigfar
3. Syahadah
Kemudian di zikirkan sebanyak 3000x selama 3 hari ( Rabu, Khamis, Jumaat ) Ayat ini :
" Alam Tarokai, Alam Nasyhroh "
Epal jin ini di bacakan ayat ini 3 hari maksudnya 1 hari 1000x selama 3hari di tiupkan di epal jin ( epalnya hendaklah di buka )
Ia di campurkan dengan air dan kemudian di renjis kepada rumah berhantu, angker, atau orang yang kena gangguan, In Sha Allah sekali buat sahaja dengan kuasa Allah akan pulih selamamnya malah tidak akan mampu di sihir lagi, sukar mahu tembus.
Lamaaaaaaaaa tok dok bersembang dengan pelbagai lagi ilmu lain di samping tok menyemak kembali bacaan ilmu tok yang tok amalkan dulu.
Lamaaaaaa sembang... dalam kepala ni dok pikir 3000x?... aduh... pastu ilmu ilmu lain yang diisikan di badan tok amalannya ada sampai 5000x semalaman.... tok kan jenis pemalas nak buat benda ritual lama lama neh hehehe.
So tok tanyakan kepada dia secara bersindir... kalau mau Ke kota itu kan banyak jalannya kiyai....jadi kalau ilmu ini bagaimana?.. hehhee...
Beliau tersenyum dan menjawab " Sudah pasti ada", tapi pakai barang ya kan bermodal juga, kalau zikir ni ga perlu bayar apa apa.
Dia menunjukkan Minyak Ratu Kidul, Minyak Ratu Laut yang mana TIDAK ADA DI JUAL DI MALAYSIA. maaf ya bapak semua... barangan di kiyai ini memang JELAS ga ada di Malaysia. Baik di Chowkit sekalipun Hahahahaha ( itulah tempat yang org dok sebut pun )
Semua barangan Kiyai adalah barangan penarikan.... Anda semua tahu... Allah Hurobbi.... Sepanjang kami bersama dalam kenderaan... kan ramai orang di Indonesia ni berpeleseran di Jalanan.. mana dia jumpa ... siapa sahaja... Jaga Parking.. nanti keluar parking kena bayar tol parking, di toll tu ada lagi org minta derma... keluar dari toll ada lagi yang menunggu di jalanan... Pak kiyai ini memberikan wang .. tok perhatikan sahaja, dari mana wang muncul, ada yang di ambil dari dalam tangan, ada yang di dekat gear box, ada yang dekat stereng.. dan tok memerhatikan.. duit ni tadi ada.. sudah di beri... ini ada lagi... datang dari mana?... Lalu tok pun menegurnya " wah kiyai.. tadi jaga parking sudah bayar, lagi mau keluar bayar lagi, jalan kedepan lagi bagi lagi... nanti jalan Macet ada orang gelandangan lalu, di bagi lagi sampai mobil belakang HON..... jawabnya dengan senyum " Di sini orang nya susah susah, kita mesti tolong lagipula dalam islam itu kan suruh memperbanyakkan sedekah, amalan, tolak ansur ya kan?.. " tok nganga.... Ya aku tau lah sedekah tu semua, tapi wangnya tu datang dari mana kok?... tadi di sterengnya ada sekeping, lalu di beri, nanti mau di beri lagi ada lagi.... aku kena pukau ke kan?,... hahaha. Tok tak lepas pandang dari stereng tu..kosong ..kosong ...kosong lagi... kemudian dia nak beri lagi di ambilnya di tempat lain pula, tempat yang kita tak fokus... bila kita lihat tempat dia ambil tu, dan kemudian lihat di stereng , ada pulak duitnya... eh..bila masa tangannya meletakkan duit kat situ , yang tok nampak dia ambil dan beri... Tok tak mahu bertanya banyak kerana kita tahu lah kan apa ilmu dia pakai.. saja tok cerita kepada anda sebagai sebuah pengalaman.
Berbalik kepada amalan tadi.. kiyai ini menunjukkan sebotol Minyak Ratu Kidul Ratu laut dan berkata.. minyak ini di pakai sedikit sahaja kepada pesakit kena gangguan setan , jin .. atau boleh mendeteksi adanya jin di dalam badan manusia. Tidak perlu baca apa apa... cukup di palit sahaja di dahinya, di bahunya, di pelipat sikunya dan di pusatnya... sedikit sahaja buat buat syarat sahaja. Sedegil mana pun ... sekuat mana pun.. berambus lah dia. Minyak ini hanya ada di sini sahaja, seluas empayar Indonesia ini hanya kiyai pemegang kuncinya.
Anda nak tahu berapa cadangan mahar tok nak lepas kan di Malaysia ?... RM 1000. Tapi Kiyai memarahi tok dan berkata Barangan ini memang sukar di perolehi tapi kita sudah bersahabat kalau mahu lagi bilank saja, Tok tanyakan boleh tak dia poskan ke Malaysia jika tok mahu, dia cakap.. dia ga pandai pos pos barang ke Malaysia, Kalau mahu, datang ambil.. katanya kepada tok. Aku pun pening juga.. bukan senang nak mai sini.. lagian cukai di kastam Malaysia nanti?.. lagian kos pos, lagian dan lagian... macam macam lah dalam kepala tok ni... hahaha.. kiyai mencadangkan tok memaharkan pada nilai Maksima Rm 300 sahaja seperti mengetahui apa bicaara dalam kepala tok ni. Kemudian tok bertanya... nati di KLIA ada cukainya pak Kiyai.. dia terdiam.. kemudian selepas membaca sesuatu dia berkata kepada tok " Usah risau.. nanti saya buat barangnya lepas cukai"... huhu okay... tapi ya lah, nanti di KLIA dia mana ada temenin kan... Yakin sudah... In Sha Allah.
KERIS BERDIRI TANPA SARUNG DLL
Kiyai Ingin memaharkan 2 bilah keris berdirinya pada nilai RM 2000 pada tok.. masalahnya poket aku cuman tinggal lagi sekitar rm 600 dong sayang... bawaknya cuman RM 1200 aja.. HAHAHAHA... sebenarnya tok cadang nak melihat lihat dulu ... bencananya tu tuan tuan.. Nombor tok ni ada 4.. bonda ada 2 nombor , SEMUANYA tak boleh buat perantauan.. maybe belum di bayar yang kami ke Kemboja dan Burma tu huhuhuuhu.. sudah bayar semalam , tapi bodohnya aku ini.. macam mana nak aktifkan perantauan bila kita sudah ada di luar?.... kalau ada cara maaf lah tok memang bodoh bab ni haha.. lepas tu kad bank lupa nak buat aktif pengeluaran luar negara... korang nampak bodohnya kat mana?.. dah buat pengaktifan... DUIT SUDAH HABIS BAYAR BIL... korang rasa?....
So tok nak ambil barang ni terutama keris berdiri tanpa sarung tu .. nak lepas apa kalau kerisnya saja sudah RM 2000 nak pelepaskan?....
Tiket pun sudah di beli 15hb dan sumber beli tiket dah habis limitnya...
Ni jadi kerana sudah berjanji maka tok kena bergegas ke sini ..kalau ikutkan tok, maybe tok akan tunggu lagi 2 minggu atau hujung bulan, bagi ada income sikit baru tok datang.. ni tak... korang bayangkan Tok Shoot Kemboja---Bangkok----Maesot----Sempadan Burma---Bangkok----KLIA----Papua.... Korang rasa?.... tok sampai sini... hari kedua..tok sudah bankrup tau...
Terus trang tok cakap kepada anda... Tok balik sana 15hb... sapa nak 4 jenis barang RARE ni :
1. Minyak Ratu Kidul : RM 300 / Sebotol 8ml ---> tersedia sebanyak 20 unit sahaja--------boleh di gunakan untuk 2000 patient kerana gunanya hanya sedikit.
2. Keris boleh berdiri tanpa sarung : RM 2000 / sebilah ( ada 2 bilah )
3. Batu Sugih Kaya Gunung Ranjani : RM 250 1/biji
4. Cincin Penarikan ritual Khusus Khodam naga Khusus Kedudukan, jaga diri, pengaruh dan kuasa sebagaimana Bapak Jokowi pakai : RM 550 / Sebentuk ( cuma ada 3 bentuk 3 manusia pilihan )
Dan Banyak Lagi . Jika anda nak melihat gambarnya ( hanya utk pelanggan yang dah biasa dengan Kami sahaja di layan ) sila Whatsapp 0178259540...kalau kami di luar penginapan, tak dapat membalas kerana tiada internet.. di penginapan sahaja.
Nombor 2 tidak ada dengan tok, minta maaf tok tidak mampu untuk memilikinya lagi... jadi sesiapa yang mahukan sila Melakukan permaharan segera dan tok akan mengambilnya lalu terus memberikan gambar.. kalau selepas di berikan gambar rasa tak puas hati.. hujung bulan tok kembalikan wangnya ya..hujung bulan ya bah heu heu heu.. Tapi tok amat yakini... anda akan amat amat amat berpuas hati... bila lagi bang... tok last ke Sini tahun 2009 tau... dan ni baru kali ni datang lagi...
Ok tok bubar dulu ya...
Wassalam
=============================
*Ingat... Sebelum 15hb.... kalau selepas tanggal ini.. Mintak Ampun minta maap pakk.... sebaiknya sebelum 14hb ya. sebab 15hb tu kitanya dah suntuk masa
*esok tok akan ambil barangan Kegemaran anda semua dan kalau barang tu masuk ke blog, memang tak cukup barang.. barang tu hehehexxx... nanti lah.... dah balik Mesia raya tok terbitkan.. lagi kalau ada barangan lain tok kasi tau, In sha Allah. tangan kanan tok lenguh skrg kerana di coba 2x tadi, 1 coba di pukau dan keduanya di coba dengan 1 batu, tumbuk macam anak kecil, tapi sakitnya bukan main lagi.. masih lenguh lagi... ok. sampai jumpa lagi.. dan terima kasih kepada yang sudah melakukan permaharan baru sebentar tadi melalui whatsapp.
============================
UPDATE
Baru sebentar tadi Bapak Kiyai Soleh memberi keizinan Depo RM 1000 untuk melihat keris. Jika berpuas hati boleh lanjutkan ke mahar selebihnya , Jika tidak wang di kembalikan 100%... kad maybank tok sudah berjaya di aktifkan pengeluaran luar negara oleh 1 pelanggan yang baik hati melalui tunjuk ajarnya, terima kasih Tuan Syawal ..lega sikit hati ni. belum lagi di test, esok tok test jolok kat maybank sini. Kalau takda org berani nak tebusnya ya lah memandangkan barang tak dalam tangan tok, esok tok pergi tebuskan dan tunjukkan gambarnya di blog ya. Kalau ada yang depo hari ni pun tok dah balik berehat dah. lenguh tangan masih terasa.
Asalamualaikum tok minyak ratu roro kidul tu bole pakai untuk diri sendiri tak tok?? Dan ada penjagaan khusus tak tok
BalasPadamw.salam wbt ya tuan boleh pakai sendiri jika ada kesan sihir. tapi ... aduh tuan... pakai minyak ni bahana tuan... dia bukan kira sihir ka, khodam diri ka, dampingan sendiri ka, saka ka.... asal nama JIN... dia sapu habis... ni tok jawab
Padamkesannya serta merta tuan.. jangan terguling sudah, terhempas ke, tergolek ke
PadamOhh..kuat jgk...bermaksud jika kita pegang dan kita sapu kat pesakit auto matis kita pon terkesan sama lah kan....terkesan jika ada jin pada kita kan
Padamsebab tok tadi dah cuba.. tok ni kan khodam sana sini ada.. letak 1 spot saja tok hampir menangis..tu baru 1 spot...kalau kesemua spot, tok rasa tok boleh pitam.
PadamKalau kita yang oleskan kita tak jadi apa apa, org yang kena oles tu yang kena.
tok kata hampir menangis tu memang serius, berair mata..muka dah mencebik kesakitan.. malu juga ke kiyai , di oleskan pada anak murid tariqatnya tak jadi apa pulak... dia kata org Malaysia memang kuat main khodam, di sini orang sudah semakin melupakan
Padamdia cakap lah kan, org indon kan semangat patriotrik nya kuat huhu.. mana ada cakap benda tak elok tentang negaranya, semua alhamdulillah baik saja.. kita ni main pasal org kita makin moden , makin tgi jawatan, makin percaya, makin sanggup mencari. nak tak nak kita kena pakai, kalau kosong.. jadilah mangsa mereka
Padamtok sendiri kalau tak beramal rasanya dah lama jumpa tiang 1000. namun melalui amalan kita kita usaha Allah makbolkan, itu saja. niat jahat orang pun Allah makbolkan, niat baik pun Allah makbolkan. maut kita tidak tahu bila, entah sekejap lagi entah malam nanti. selagi boleh berusaha, usahalah. mana boleh pakai baju kalis peluru kalau dengan sihir ni
PadamAssalam tok guru..minyak Roro kidul tu klu guna utk pesakit sihir busung boleh ke..sbb dia dkt hosp,asyik buang air dri perot
BalasPadamw.salam wbt, kalau busung mesti di gunakan di pundak belakang. tempat ia masuk
Padamuntuk perubatan busung cara biasa , cuba di pawang org asli di slim river . cuma masalahnya tok tak tahu di mana, cuma dgr org cerita hebat juga kalau bab busung ni
Padamaskm tok.batu sugih kaya tu mcmner gna tok?klu mkn gaji bole?
BalasPadampm tok utk tahu. 01133012715 sementara tok dok pegang hp neh
PadamSalamualaikum tok. Minyak kidul tu gunanya untuk perubatan saja ke? Kalau kita sendiri pakai, apa2 yang ada menumpang kat kita tu semua terus lari ke tok? Yg baik dan x baik?
BalasPadamwsalam wbt... kalau mau tawarkan brgan juga boleh, di calitkan pada item. jika kita olahkan, masih banyak boleh di gunakan seperti pokok angker, menytawarkan sihir yang di calit di pintu rumah atau kedai.
PadamSoalan seterusnya...
Apa saja bernama JIN... habis
Grab batu sugih 1 tok.dh payment dan send detail pada bonda sha. 😊
BalasPadambaik tuan, terima kasih na... minyak tu serius mantap tuan tak sudi ke? :)
PadamSalam bonda. Sy ada respon whatsapp mengenai batu sugih tu ya. Mohon check whatsapp ya
PadamMohon respon whatsapp ya bonda. 🙏
PadamYa tuan.
PadamSalam tok..mcm manee nk tgk gmbr item tu tok..sy dh wsap bonda jj..tpi tk bls lgi
BalasPadamw.salam wbt tuan, bonda tengah sibuk bersembang dengan ibunya kiyai di luar, whatsapp tok skrg 01133012715
PadamDh wsap nombor tok..
Padamjap na
PadamNk tyn tok..cincin penarikan ritual khadam naga saiz bpr tok cincin..
BalasPadamsekitar 17-18 dan 19 shj
PadamCincin tu perak boleh tukar saiz
Sy grab cincin penarikan ritual khadam naga..tdi tok dh tunjuk gmbr kat wsap..nk tyn batu yg warna emas tu batu apo tok..
PadamW.salam wbt. Ya baik. Warna emas tu ler nombor 3
PadamPayment tok cincin penarikan ritual khadam naga..send bonda sha..
PadamAssalam bonda..nnt cek ws..sy grab 2 biji naa item smlm yg sy nak tu
BalasPadamSalam . Myk ratu kidul tu Ada efek tak dgn khodam yg ada dkt geliga yg kita pki?
BalasPadamKalau x di palit di geliganya maka x jadi masalah. Geliga dan badan bukanlah 1
PadamSy grab cincin penarikan ritual khadam naga..tdi tok dh tunjuk gmbr kat wsap tengah hari tadi....saya ambik yg warns cerah punya Tok.
BalasPadamYa tuan. Baiklah. Dengan rasminya cincin ini sudah habis 4 bentuk. Tahniah kepada yg dapat.
PadamPayment 75% Done.....lagi 25%....cukup Bulan ye Tok.
PadamYa tuan baiklah. Terima kasih na
PadamKat mana nak cari epal jin merah tok.
BalasPadamKlau mau, ada brgnya sama pak ustad. Whatapp bonda Jj 0178259540 ya
PadamAssalamualaikum Tok. Saya grab 1 Minyak Ratu Laut Nyai Roro Kidul
BalasPadamW.salam wbt. Silakan .dan terima kasih
PadamPayment done Tok
BalasPadam