Alhamdulillah Keris berpuaka yang bernilai RM 2000 Ini berjaya di tebus Tuan Chall Borneo. Tahniah sekali lagi, dan ini ialah yang terakhir di dapatkan edisi kembara kali ini.
Ada lagi 2 tok memerlukan untuk di bawa pulang tadi sampai tok mendesak sahabat untuk mencarikan juga dan esok selepas subuh mesti di perolehi, rasanya sahabat tok tak tidur malam pada malam ini. Doakan ia berjaya di perolehi.
Keris ini terbang Dari Madura melalui Penerbangan Udara selama 1 jam sebelum Tiba di Bandara dan kemudian Tiba di tangan Tok dengan selamatnya. Alhamdulillah.
Keris ini mempunyai rekod bergetar sendiri semasa di gantungkan di dinding beberapa kali dan pada bulan ini sahaja sudah bergetar secara misterius lebih dari 8x . Hal ini berlaku kerana mungkin ia tidak di jaga dengan Rapi seperti tidak di mandikan dan di minyakkan dengan Minyak Misik atau Jafron. Tok memegang bilahnya pun ada habuk sikit menandakan ia tidak di mandikan mungkin sudah bertahun... Kalau bagi tok..tok tak takut dia bergetar, malah lebih seronok melihat dia bergetar di malam hari. Tidak boleh dia apa apakan kita seperti yang di takutkan sesetengah orang.
Bagi pemilik keris ini, semasa sampai ke tangan anda, sila letakkan ia berdiri condong di cermin meja Make-up dalam bilik anda tidur, bawahnya alaskan selimut tebal agar jika ia jatuh tidak patah di mana mana. Jangan sapu apa apa lagi atau mandikan ia lagi sehingga ia bergetar mengamuk jika mahu melihat bagaimana ia bergetar. Ini asli bukan ada Vibrator di dalamnya.
Keris ini sudah memakan korban yang terlalu banyak di zamannya di mana darah manusia jika terkena besi ia akan menghakis seperti asid dan ia jelas di permukaan mata keris ini.
Tahniah sekali lagi
tengok pamor pun dh seram
BalasPadamtu belum dia geter dato, lebih serem lagi
PadamTQ Tok
BalasPadam