SOLD OUT
Assalamualaikum wbt semua dan salam sejahtera, Ayah di sini menulis. Apa khabar semua?
Alhamdulillah di dalam selama berbulan ini ayah kurang aktif di dalam blog melainkan para bonda dan 2 admin sahaja yang menerbitkan dan menulis deskripsi ( pakai nama ayah ler ) dan menulis komen ( pun pakai nama ayah ) memandangkan ayah baru selesai beberapa ritual tahunan yang ayah jalankan rutin setiap awal tahun dan hujung tahun.
Sekembalinya ayah ke blog ayah terlihat 1 komen yang masih di dalam draft yang menyatakan blog ayah mempunyai unsur unsur syirik..
Buat pengetahuan, salah satu ritual ( ritual ni majlis...ritual nama org lama pakai ) adalah berjumpa dengan guru tua yang berstatus ulama yang mempunyai ratusan murid bergelar ustaz dan perkara ini sudah kerap di rujukkan kepada beliau.
SYIRIK?.... kalau nak sebut kena tahu apa dia syirik, khuatir hukum itu kembali ke batang hidung...
Syirik ada 2, Syirik Kecil dan syirik besar... Syirik merujuk kepada menduakan Allah.. Faham atau tidak perkataan menduakan?..
Umpama ada 2 bini, hak sama rata kita bagi, layan sama rata kita layan...Umpama Allah tu kita sembah, Tuhan lain pun kita sembah sama rata... anggap ia sama kuasa... ini ayah bagi bahasa paling mudah nak di fahami sampaikan anak ayah umur 13 tahun pun faham apa yang ayah sampaikan.. kalau dah besar panjang masih belum faham juga, ayah tak tau nak cakap apa dah.
Apabila kita pakai batu permata dan menggunakan asbab...asbab ni maksudnya sebab pakai, sebab pakai tu untuk apa... kalau sekadar pakai nak lawa lawa, nak menayang ke orang dengan perasaan ujub.. ayah nasihatkan. baik tak payah pakai.
Sesuatu benda itu ada rahsia, setiap apa Allah cipta itu ada kelebihan dan kegunaannya. Dan minta maaf jika ayah cakap Zaman Rasullullah dan Sahabat Sudah Berlalu 1400 tahun lepas ( satu ribu empat ratus tahun lebih yang lepas.. )... anda tahu atau tidak sejauh mana perjalanan 1 ribu itu?.... ambil duit 1 sen dan cukupkan sebanyak RM 1000... penat tak?.. itu baru kira duit, belum kita duduk di dalam usia seribu tahun lebih itu.
Selama seribu tahun ini berapa banyak yang di tapis oleh agenda Yahudi, Zionis, Freemason?.... Peperangan terakhir antara umat islam dan Musuhnya siapa yang memenangi?.... yang TERAKHIR, sorry jika ayah cakap yang TERAKHIR itu ialah ratusan tahun lepas... Yang memenangi peperangan itu ialah musuh islam..musuh islam sayang kepada Al-Quran?... sayang kepada Hadis?.... kalau mereka tak sayang adakah mereka tiada kuasa menggubalnya dengan pena mereka?... Belajar atau tidak kenapa laut hitam itu namanya laut hitam?... Kalau belum tahu , belajar yang tu dulu baru masuk balik basic islam.
Allah bagi kita akal, untuk kita guna, kita kaji dan kita fikir kemudian kita manfaatkannya... adakah kita perlu menunggu kajian dari barat dahulu baru kita nak mentauliahkan ia??
Kenapa kita perlu menunggu barat buat kajian dulu baru kita nak terima sedangkan kita berugama islam? sedangkan banyak pengkaji pengkaji awal lahir dari orang orang islam?...
Apabila orang bertanya apakah nas nas dan dalil boleh pakai batu permata atas kelebihan, ayah nak jawab pun segan, tapi minta maaf jika ayah cakap pendidikan ugama islam di Malaysia adalah di bawah tapak kaki pelajar ugama di Indonesia dan Selatan Thailand. Minta maaf Banyak banyak kerana itulah hakikatnya. Jawapan kepada soalan itu hanya boleh di dedahkan di luar dari negara ini di Indonesia, di Thailand , Di negara islam lainnya.
Hukum memakai Batu permata di atas kelebihan adalah SYIRIK, ini ialah UMUM, di dalam perinciannya ialah......
Syirik jika mempercayai batu permata itu mempunyai kuasa yang lebih hebat dari Allah SWT dan menyamai Allah SWT...
Minta maaf jika ayah kata ....... SYIRIK yang orang tak nampak ialah Bagi Sumbangan Masuk TV, bagi Sumbangan Masuk Majalah Bagi Cek Sebesar Besar tidak... ianya Jelas syirik... lagu mana syirik ?.... Syirik apabila kita menayangkan apa kita beri dan membuatkan orang teruja dan menyanjung kita sedangkan yang layak di sanjung ialah ?..... Allah SWT sahaja. Tak percaya?... kenapa tak tanya Ustaz... dan sekiranya ustaz berkata Syirik pakai batu permata... Mulut tu jangan segan bertanya, kita ni orang yang nak belajar.. tanyakan kepada ustaz, Perinciannya...
Di dalam Mazhab Imam Syafie...iaitu mazhab yang kita anuti.... Imam Syafie melarang memakai pakaian yang di buat dari bukan islam, yang di jual orang bukan islam, yang datang dari kedai bukan islam... Ayah nak tanya semula... baju anda pakai... Makanan anda beli dari mana?.... Imam Syafie juga melarang pakaian berupa jeans bagi wanita , jeans bagi lelaki, yang boleh di pakaikan ialah Jubah, Serban, kopiah, songkok.... Hari ini apa pakaian anda... lalu jika ayah katakan anda yang berkata syirik itu bahawa mereka MUNAFIK... mereka nak marah?..... Itu lagi jelas ..bukan bab percaya lagi.. bukan syirik lagi, munafik teruih....
Kemudian kita mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, Yakni jemaah yang mengikut sunnah Nabi, Ayah ingin bertanya, Sunnah apa kamu pakai, sunnah apa kamu guna, makan pakai sudu, Pakai macam barat, Orang poligami kamu kutuk sedangkan itu hukum dari langit, Hudud kamu kecam sedangkan itu hukum dari langit... Islam seperti mana kamu sebenarnya?... jika ingin menjadi penghukum di dalam fikh, minta maaf ayah cakap, bab fikh itulah yang ayah belajar dulu bertahun lamanya....dan jika nak menghukum ayah boleh hukum anda dari 6 penjuru kehidupan anda.
Di dalam islam, islam itu indah, islam itu murni... Apabila kita tunjukkan kepada orang bukan islam di dalam blog ini Akhlak kita sebagai orang islam yang menjengkelkan, kita memalukan Nabi Muhammad SAW, apabila orang mengutuk Rasul kita, kita marah sedangkan orang mengutuk Rasul kita kerana diri kita sendiri menunjukkan akhlak yang tidak bagus.
Cukup sekadar ini ayah ingatkan... dan ayah ingin berkata, kajilah hayat batu permata, bagaimana ia terjadi, bagaimana ia terbentuk, melalui proses apa, dan melalui proses itu apakah kesannya kepada tubuh badan, manfaatnya kepada tubuh badan..
Makan benda sejuk badan sejuk, makan benda panas badan panas, makan benda berangin kentut sokmo.... Sama juga pakai baju kaij cotton badan sejuk, pakai kain Laicra Badan Panas... sama juga pakai batu kecubung air badan sejuk kerana kecubung dari air dan proses pengkarbonan di dalam Gua, Pakai batu agate memberi kelembapan kepada badan dan penawar kepada tubuh kerana ia terhasil dari organik di dalam tanah berupa Herba, Akar kayu, tanah, pasir, galian dan mineral.. Proses menjadi batu perlu ada tekanan haba, nak menghasilkan cermin yang kuat kita perlu gunakan api dengan suhu yang tinggi dan panas... nak membentuk batu memerlukan tekanan haba dari larva bumi dan matahari luar bumi , pembentukannya umpama serapan baru lah molekul itu membentuk padat menjadi permata, Haba yang tersimpan ini ada kelebihan untuk tubuh badan.... batu boleh serap haba?... siapa kata tak boleh... buktinya .... batu Sarang ular / fosfur mampu serap cahaya, bila dalam gelap ia bercahaya... cahaya itu ada bentuk ke?.....
Setiap perkara Allah Ciptakan ada pro dan kontra , ada bahan untuk kita rujuk dan kaji... contohnya JIN... Ada di kalangan kita di alam Ghoib... Kenapa Allah cipta jin bersama manusia?....
Jin Itu Ghoib... asas mempercayai adanya jin, bukan sekadar di hati, tapi melalui ilmu kita mampu nampak jin... kalau tak nampak nak yakin bagaimana, bukan kah orang kita ni kena nampak depan mata dulu baru nak YAKIN?.... kalau sekadar percaya Allah ada, di mulut percaya adanya jin di mulut, Benar kah KEYAKINAN itu?.... Atau bisa di goyangkan lagi?.... Kalau hal basic......Jin yang ghoib itu kita pelajari ilmu dan dapat melihatnya , PASTI kita akan YAKIN dan lebih jelas KEYAKINAN kita bahawa ALLAH itu memang ada, tetapi IA di alam Ghoib yang lebih terdalam yang mana kita sebagai Makhluk yang kerdil tidak akan mampu melihatnya, CUMA dengan adanya JIN itu, nampaknya JIN itu dengan ilmu, maka itu lah ASAS kita mempercayai perkara yang GHOIB... guru anda ajar tak benda ni, atau guru atau ustaz anda takut kena GAM dengan Kerajaan??.. nak Jaga periuk nasinya agar tak di sekat kerajaan?.... Agar mampu bawa ferrari dan berbini 3 dan hidup mewah?... agar dapat gelaran Dato dan di hormati....?.... KEBENARAN tidak akan di perjelaskan kerana sesuap nasi beb... Percayalah...inilah AKHIRUN ZAMAN.
==========================
Di atas ialah Kayu Penunduk, memang namanya baik bahasa pasar atau bahasa buku dari dulu sampai ke hari ini.
Bila tak nak menerima hidayah kelebihan barang ciptaan Allah..itu yang hidup makin susah, ada bini pun bini boleh tengking suka hati, ada kerja bagus pun orang tak respek.... Akibat tak percaya dan tak yakin kepada Item yang Allah cipta, Lebih percaya Gadget yang Jepun cipta Hahaha... Manusia memang nya kelakar dan lucu.
Kayu penunduk di gunakan sebagai medium pakaian cincin.. pakai buat cincin tak kisah kena atau tak kena kulit... ia untuk menundukkan mana mana sahaja manusia yang berniat membuli kita. Tak perlu nak khususkan kepada sesiapa kerana Tuhan itu maha Tahu. Gadget Allah cipta lagi hebat la bro... lihat diri kita, jasad kita umpama robot yang canggih, pernah terfikir?... itu pun tak pernah fikir lagikan nak sembang bab Hukum?.. hakdesss..
Kayu ni kalau belah dalamnya takde mekanikal, takde bateri, sebab Tuhan yang cipta, memang canggih tahap super gila sampaikan teknologi manusia pun belum tercapai . Mungkin teknologi Super nano yang mana Enjinnya, baterinya super nano kecilnya ada bersembunyi di dalam Antara Zarah kayu penunduk ini.. Anda tahu?... kalau nak kata mustahil...jangan....takut akidah sesat...sebab pada Allah tidak ada yang mustahil..bukankah begitu?.
Yang seronoknya , teknologi manusia lebih mahal dari teknologi Yang Tuhan cipta...
Gadget sebesar pendrive pun dah RM mahal mahal, boleh rosak pula tu... Gadget Tuhan Cipta dari Langit super canggih gila hanya bernilai RM 120... ada akik pula yang RM 20 pun ada...LIHAT bagaimana cara akal pikiran manusia memberi penilaian, sebab tu ayah kata , manusia ni memang kelakar dan lucu sekali.
Kita teruskan..sebab ayah dah tak tahan nak gelak, kejap lagi tergolek jatuh kerusi.
Kod Produk : TP1118
Bentuk : Kayu Penunduk
MAHAR : RM 120
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam Ulasan GRAB di tulis
Maybank 551016691626 My Gemstone
Maybank 551016691626 My Gemstone
RHB : 2012 9160 00660 3
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ dan Kekanda Chai Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0127845231
Mr Chai : 0178259540
Grab 3a
BalasPadamAssalam,ayah xde lgi ke?huhu
BalasPadamAssalam, Maaf ayah tumpang tyn,Ada stock lgi x?
BalasPadamWslm wbt. Sila berurusan dgn bonda untuk stok dapor ya. Rasa cam ada lagi tu.. Bonda memang selalunya simpan stok dapor sebiji dua coz sayang katanya nk masukkan semua dlm blog terutamanya kalau brg yg susah dapat n hyper rare..
Padam1a,2a dan 4a msih available
PadamTest (grab)
BalasPadamGrab 4a
BalasPadamId Sudah di sahkan. Terima kasih
PadamGrab 4a
BalasPadamChrist Harry
Silakan
PadamPayment Done. Dah update dgn chai
BalasPadamTu dia...
BalasPadamAyat yg KAW,KAW tok guna 👍
300 mukjizat Rasulullah yg di sampaikan lagi kaw kaw. Kalau x boleh terima juga. Jelas kafir. Bukan tok kata. Sepakat ulama yg kata. Manakan x . Semua bas dan dalil dah di berikan . Nak di bahaskan juga dia dgn dalil level bawahan. Nak tolak dalil kukuh.maka jatuh kafir kata ulama.
PadamKun fa ya kun
Itu kata Allah