Khamis, 11 Januari 2018

JOY GRABER PERLU TAHU KAMI ADA SENJATA INI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi beberapa Joy Grab, pihak kami ingin mengingatkan bahawa setiap komen anda akan di tapis dahulu dan selepas 12 jam tiada ulasan Payment Done di lakukan, maka Pelanggan lain boleh terus Melakukan Pembayaran tanpa bertanya kepada pihak kami terlebih dahulu.

Jika anda berfikir cara ini boleh melumpuhkan urusan perniagaan kami maka anda silap di 12 jam seterusnya. 

Beberapa ID yang sudah di kenal pasti sebagai joy Grabber sudah di sekat dari melakukan ulasan di blog kami. 

Bagi ID :

Tanpa Nama

Anonymous

Yang serius dengan permaharan kami, sebaiknya sila gunakan email Gmail anda untuk melakukan ulasan anda di blog , atau selepas anda melakukan ulasan GRAB di blog, sila terus maklumkan di No Bonda Secara terus bahawa anda ber-ID tanpa nama ingin grab kan ia , atau nanti khuatir selepas di semak , ulasan anda akan di masukkan ke dalam fail SPAM. Jadi ayah nasihatkan, gunalah akaun Gmail anda atau jika anda tidak mahu di kenali, sila gunakan email gmail baharu dengan nama baharu dan maklumkan kami ID baharu itu ialah anda ( nama anda semasa item di poskan ) . 

Bermula bulan lepas beberapa pesaing kami melakukan GRAB dengan banyak sekali dan terus membiarkan ia tanpa pembayaran dengan harapan pelanggan tetap kami berputus asa. 

Ada juga yang menggunakan taktik GRAB dan kemudian menulis payment done ( 1 ID ) dan ia sudah di kenal pasti dan sudah masuk ke dalam rekod SPAM kami. 

Ingin di maklumkan bahawa pihak kami amat memandang serius perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk Pengetahuan anda Juga, bahawa blog ini di lengkapi beberapa ciri ciri yang canggih yang tiada di blog blog lainnya. 

Setiap kunjungan , komen , komentar anda, berapa lama anda di sini, di halaman mana anda pergi dan dari website anda datang, ia di rekodkan di dalam sebuah sistem langganan kami yang amat canggih. 

Malah Jaringan Labah Labah ( IP Palsu Juga adalah di larang hadir ke halaman kami ) 


Berikut ialah contoh Print Screen Yang Ayah Dapatkan malam tadi jam 2.35am di dalam sistem ini. 




Ini ialah antara yang di rekodkan , Jika anda lihat di button di atas, ada button " CAME FROM"

Dan Page Tracker. 

Setiap pelawat dan pengunjung di sini mungkin boleh mengubah IP Address mereka, tapi MAC Address tidak mungkin akan mampu di ubah kerana ia adalah alamat Device / Perantai yang anda Pakai...Sila Lihat Contoh di bawah



Pengguna ini dari Negeri Perak dan server networknya dari Tapah, Beliau menggunakan Perkhidmatan TM NET, Ip Pertama dan Ip Terakhir juga di rekodkan, Malam Computer ID juga di rekodkan. 


Ini Bermaksud Jika kami ingin melakukan risikan menggunakan peguam , maka ia adalah sesuatu yang amat mudah sekali. 


Malah Pengguna Blog kami juga Di rekodkan lokasi mereka, samada lokasi atau lokasi terdekat ( pencawang network yang mereka gunakan ) 



Sistem ini telah kami gunakan selama 4 tahun di dalam blog ini , melalui ini juga kami boleh SEKAT, SEKAT dan tuju carian anda ke Halaman Lain contohnya ke halaman Polis Di Raja Malaysia atau Halaman Kosong. 

Cuma jika anda Joy Grabber, jangan berasa gembira selagi anda boleh lakukan komen, bukan kami tidak boleh menyekat, tapi kami sebenarnya sedang cuba Jejak kedudukan anda secara tepat... untuk menjejaknya, Beberapa komen GRAB anda terpaksa kami paparkan dan semasa ia di paparkan kerja penjejakan akan di lakukan. 

Ini ialah bagi keselamatan pihak kami dan juga blog kami, sistem ini bukan di gunakan untuk memantau pelanggan kami. Tapi jika salah 1 ketika anda hilang atau kena culik semasa baru selesai melakukan komen, sekurangnya Keluarga anda boleh melakukan permintaan kepada pihak kami untuk menjejaki di mana lokasi terakhir anda. Bukankah ia bagus ?... 

Untuk terakhir, ayah pesan kepada Joy Grabber yang masih baharu di dalam blog ini... Joy Grabber lama lama terdahulu dari kamu dah lama melarikan diri dan mendiamkan diri jadi budak baik. Jadi sebelum kami dapat mengesan kamu secara terperinci, berubahlah menjadi budak baik ya

Image result for Smiley

10 ulasan:

  1. Tok,skg ni bnyak orng tanpa ni.perang siber pun ada gk cm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perang persaingan perniagaan... Apa jalan mereka boleh pakai dan sempat pakai. Mereka akan pakai

      Padam
  2. Haaa , nasib baik nama nama saya tak tersenarai . Dok grab cancel grab cancel pastu p beli item lain . Tapi saya habaq dan mintak maaf . Takpa kan tok ? Saya baru lagi dok eksited pilih item . Maafkanlah saya yg khilaf dan serba kekurangan ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. habaq awai takpa tuan, jangan lepas 12 jam baru nak habaq, melilau customer lain dok tunggu, tapi jangan buat dah tuan. pasai pelanggan bila depa tgk dah ada yang grab depa takkan cek dah halaman tu kecuali lagi 2-3 hari

      Padam
    2. Baik tok , janji tak buat lagi . Tu lah sapa suruh tok bawak masuk item hat rambang mata . Bergelora jiwa dan raga saya nak pilih item . Apa apa pun saya mintak maaf ya tok , tak buat dah lagu tu .

      Padam
    3. Haha ok tuan. Nak buat gena .Tu lah brg Kita adanya

      Padam
  3. Biasa la tok kn.mcm2 skg ni.nasib ada joy grab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpa. Kalau tgk lebih dari 12 jam xda payment done Tu pepaham la. Tu antara joy bidder la. Kalau nak. PD je terus

      Padam
  4. terbaik..antara blog tercanggih d mlysia..teruskan maju jaya dlm bisnes tok..aminn

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN