Isnin, 6 Julai 2015

RE PUBLISH-TAS RIMAU









































































Ni namanya Tas Betong.... Erm, dengan nama Allah, sayang sungguh tu hari masa tok p Utan Betong bersama wife tok korang takde, takpa juga ,,,,kang macam riak pulak bhahahaha..... 

Tu hari masa tok masuk Hutan Betong... dah petang sekitar Jam 6.45pm.. Kami laki bini masuk hutan Betong... Tetiba Hujan Lebat.. Masa hujan lebat tu pulak, kami berada sekitar 20 minit perjalanan dari kenderaan di sungai tingkat 2 betong . Hujan Lebat tidak menjejaskan perjalanan kami yang entah ke mana, Tok hanya Mengikut langkah kaki tok sementara wife mengikut dari belakang tanpa bersuara, sesekali menoleh juga ke belakang.. kalau tak ada dia.. tok xkan risaukan apa apa lagi, tapi kali ini... Tak boleh macam tu memikirkan wife di belakang.. perjalanan kami di lanjutkan sehingga tiba di satu kawasan yang mempunyai balak balak yang besar, di depan mata sekitar 3-4 batang tersergam. Tok berhenti..wife juga memberhentikan langkahnya.. 

Mata terpaku pada ruang di antara 2 pokok besar tersebut... tiada petanda hadirnya para sahabat... tok merengus namun ia bukan rungutan, rengusan kerana di basahi hujan dan ada juga isteri bersama... berdiri di situ, tok membaca beberapa potong ayat Yang pernah di ajarkan Guru Hosnin Ulu jepak Bintulu.." Bismillah .... Robbish Rah li sadri...... Alam tarakai.... Ya Allah kau tajamkanlah hati serta mataku dan di sambung dengan beberapa ayat lagi.....

Hujan kian lebat.. kelihatan dari antara dua pokok itu muncul titik hitam, kelihatan jauh titik itu.. apabila dekat kelihatan... titik hitam itu ialah kepala yang mendahului badan, mukanya menghadap ke atas... " Celaka.....langsuir... " tok terus memeluk wife tok dan membacakan Ayat Pelindung berupa Ayatul Kursy dan mengaktifkan perisai Makrifat. Tujuan cuma tidak mahu isteri juga melihatnya... hebat hebat gak, perempuan ni kalau nampak benda macam ni mau mau jerit atau lari... jenuh nanti... 

Habis Lintasan Langsuir ini, kedengaran ngauman Harimau... " Ah..apa lagi, tak habis habis benda ni , aku datang bukan nak bermusuh, mentang mentang bawak pompuan nak tunjuk hebat....sial".... Tok terus mencabut Pokok Tas rimau yang berada berhampiran dan di patahkan, Nak bakar memang tengah basah, maka dengan keyakinan dan tawakal tok berundur sambil mengetuk banir banir pokok dengan Batang Tas ini, Tuukkk Tukkk Tukkkk ...... dan terus melangkah ke belakang... Petua di dalam Hutan, jika dengar bunyi harimau, jangan lari atau berjalan patah ke belakang, hanya cukup mengundur, jika berlari risau bau badan akan laju di bawa angin ke arah harimau, jika menoleh bimbang ia datang dari belakang... Tok mempersiapkan penumbok dan langkah.. kuatkan ia... dalam hati " macam mana pulak hari ni aku boleh tak bawak kerambit. Kelihatan di dalam jarak kurang 200 meter di bawah rimbunan pokok pak belang berjalan dan menghidu hidu.. Hati tok sudah berdebar, isteri yang juga melihatnya muka dah pucat... tok cuma isyaratkan agar dia diam dan terus berjalan ke belakang ke arah sungai, Bunyi ketukan tas ke banir ini cumalah ingin mengelirukan harimau, bunyi di dalam hutan ketika hujan akan menjadi tidak menentu arah bunyinya... Namun harimau ini seperti mengetahui arah kami hadir... Segera ayat tadi di baca semula, namun lebih pendek " Alam Tarakai Fafa Ala rob ", dan Hujung tudung isteri tok yang menjadi mangsa ikatan mati.... " Selagi tak terbuka ikatan ini, selagi itulah tidak akan terbuka mulut harimau ini "....... kemudian terpikir balik.... mulut tak terbuka pun..kukunya ada... ah serabut... perlahan lahan kami sudah mendekati kawasan sungai , hati berasa sikit lega, dan kami pun melintasinya dan terus berjalan laju ke arah kenderaan. Masin betul kata cikgu Bad, Kawasan ni memang ada harimau, ingatkan harimau jadian..isk... 

Isteri tok di tinggalkan ke dalam kenderaan, kelihatan ada juga kenderaan lain...siapa pula masuk hutan hujan hujan ni...selalunya pemburu saja masuk time gini... baru tok nak masuk semula ke dalam Kenderaan , bahu di cuit angin keras dan kedengaran suara Kiyai Haji Lebar meminta ke tempat tadi.... Aduhh...." Tok memberikan isyarat kepada isteri bahawa tok perlu masuk semula melalui luar kenderaan, hujan masih lagi lebat... 

Kali ini..langkah kaki di perkemaskan dengan beberapa bacaan agar Perjalanan menjadi pantas, Halimunan dari .... paling pun kepada harimau tadi .... Ilmu ini tok dapat dari zaman sekolah lagi di mana jika di lihat dari belakang langkah kaki kita umpama tidak jejak ke bumi.... ya macam hantu la.... 

Kurang 5 minit tok sudah berada di kawasan mula mula kami tiba tadi, iaitu kawasan 3 balak dan langsuir menjelma diri.. tak sampai beberapa minit alhamdulillah Kiyai Hj Lebar sampai... dia membawa tok ke satu tempat yang tok rasa ia adalah Air terjun Sekayu kawasan remaja meninggal tempohari... agak jauh juga tempat tu ke betong.. di sana tok di berikan beberapa barang dan tok pun tak nak bersuara kerana tak berapa berkenan cara orang sekayu memperlakukan manusia kita, mereka amat sensitif dan melakukan apa saja ke atas manusia tanpa memikirkan perasaan orang lain yang juga makhluk. Tak kiralah ada berapa pun puteri kat sana, tok memang dah tak pandang.. ni pun Kiyai Haji Lebar yang bawak.. maka layan sajalah... beberapa barang di perolehi dan ada antaranya dah pun di maharkan di Blog GB, kisah ni pun dah lama.. tok bercerita pun kerana ia melibatkan sang rimau ni tadi dan sebuah perkongsian bagaimana menghadapinya jika anda di dalam hutan. 

Masa di pendekkan.. walaupun sudah lebih 2 jam tok di kawasan Sekayu ini , Alhamdulillah masa di pendekkan agar tidak membuatkan isteri tok bimbang.. sekembalinya kami ke Betong, tok sudah berada di Anak Sungai tangga ke-2 iaitu hampir sangat dengan kenderaan..... BAMMM... bunyi kuat Datang dari arah Hutan... " Erm pemburu tembak harimau tadi kut ".... tok berjalan ke kenderaan dan mendapati isteri tok sedang tertidur... Alhamdulillah.selamat... Tamat Kisah Harimau Di Betong....

Di atas ialah Kayu Tas Rimau Betong... Mungkin ada yang nak cakap ia Larak salah.. minta maaf, kayu tas dan Larak salah memang hampir sama, namun uratnya larak salah lebih halus lagi.

Kegunaannya jika di bawak dan di bakar dalam hutan mampu menjauhkan binatang buas dan berbisa..itulah kelebihan Sebenar Kayu Tas..jika di pukul kepada binatang pula, ia amat berbisa.

Kod Produk : TASRIMAU 2915
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 90

Promo Idulfitri : RM 50

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Adowh, len kali cikgu kena buat muka betul2 seyes bagitau sana ada rimau.. ingatkan jadian, kalau jadian xpa lagi, mai hak betui boleh naya woo, jangan wat men

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN