Rabu, 15 Julai 2015

PENGUMUMAN RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt dan salam Aidilfitri...

Alhamdulillah pertama sekali Tok dan Semua Kakitangan ingin mengucapkan salam Lebaran Aidilfitri kepada Anda semua, semoga di limpahi rahmat dan di Berkati Allah SWT hendaknya.

Di sini kami ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap selama kita berurusan melalui Blog Geligabunian Ini, Insyallah

Blog akan Mulai Update semula pada 16hb Julai 2016 Pada JAM 12.00PM sehinggalah Pada Hari yang kami rasakan sesuai untuk di mengikut jadual Penerbitan Item seperti biasa. Tok hanya mampu menguploadkan 1 hari 1 barang... Ya lah memandangkan ni kan Raya, takkan lah sibuk beraya sempat lagi nak belek blog kan?.... mungkin ada tapi tidak seramai mana.. Kita Gantikan Keghairahan Batu permata buat sementara dengan Lebaran Aidilfitri pula ya... Sekejap sahaja... Insyallah pada hari raya Ke-4 , blog akan kembali aktif 1 hari 4x untuk 4x upload item.... Jadi sehingga ke Raya-4 ni... Item akan naik pada Jam 12.00pm Sahaja ya.

Bagi yang tinggal di Terengganu , insyallah datang lah beraya ke rumah Tok, tiada persiapan sangat tok jalankan tahun ini memandangkan Tok membawa isteri berpantang di kampung selama 1 bulan 3 minggu. Ada lah sejenis kuih Tart tu, haa. makan je la kuih Tart hahahaha......

Akhir kata.... sekali lagi harap di maafkan jika ada tutur kata dan perlakuan kami di sini yang memudaratkan hati dan jiwa anda di sana... sama juga bagi pihak anda... kami sentiasa memaafkan.

Hasil carian imej untuk Aidilfitri 2015


8 ulasan:

  1. As salam..Selamat hari raya aidilfitri..buat Tok Mat n Tn Baz sekeluarga..semua staff geligabunian..tak lupa juga buat semua warga geligabunian...

    BalasPadam
  2. Dari WAK SABAR; SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN...g+g+g+

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum w.b.t..Buat Tok Mat dan keluarga,warga gb & semua sahabat sekalian.Selamat Hari Raya AidilFitri,maaf zahir & batin andai salah silap serta terkhilaf perbuatan sepanjang pertemuan kita.Semoga rahmat Allah SWT sentiasa memayungi diri kita semua menjelang lebaran ini..Amiin.

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tok Mat dan Keluarga , En Baz , Semua Staff GB dan juga semua warga GB ...

    BalasPadam
  5. Slmt hari raya aidilfitri kpd tok nd team serta kelurga tok..maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  6. Slmt hari raya aidilfitri kpd tok nd team serta kelurga tok..maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  7. Slmt hari raya aidilfitri kpd tok nd team serta kelurga tok..maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  8. selamat hari raya juga buat tok mat dan keluarga. . maaf zahir dan batin.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN