Rabu, 10 Jun 2015

TEKPI BUGIS DAN KERAMBIT MELAYU






Assalamualaikum wbt....

Ini ialah Senjata Tekpi, Untuk Tahu Apa Itu Tekpi, Sila Lihat Video Vodeo Di Bawah Ya:













Best ?......

Bagi Tok, Tekpi ni masa sekitar tahun 90-an hingga 2004 amat sukar di cari terutama di kawasan Utara , Di arau Ada 1 silat Tekpi... Alhamdulillah, Seronok Juga Dok Main benda Ni Pusing Pusing, 1 Hari Tok Pusing Pusing , Rasa Lengan keras, Angkat barang rasa ringan sahaja.

Permainan Tekpi Amat Bagus untuk senaman Lengan, Siku, Pergelangan Tangan Dan kelincahan Pergerakan Anggota Tubuh. 

Selalu orang main keris, golok, tongkat..... apa kata kita belajar main tekpi pulak....Paling paling ada senjata ni sebagai Koleksi, sampai 1 masa tak lah tercari cari.... 

Jaga jaga.. kalau baru nak belajar main, pakailah kasut.... sebab apa... heheh.. nanti tau la.....


Insyallah lepas Raya Korban, Tok Memperluaskan Barang Dagangan Tok Ke senjata Juga, Bermula Tekpi Dan Kerambit Hulu Tanduk kerbau. Tekpi yang kebanyakan Orang beli ialah jenis Aloi, dan jenis welding, memang kuat juga, namun kalau di asak dengan senjata lebih berat.. boleh patah dibuatnya, Tekpi Yang Tok perolehi ini Alhamdulillah jenis selak Mati, Dah test pukul dengan benda berat , tak jadi apa apa, calar tu biasa lah....

Tekpi Yang di hasilkan ini sama dengan yang ada di Muzium Melaka, rasanya lah kot .

TEKPI ( sepasang )

Kod Produk : TEKPI
Bentuk : Tekpi
MAHAR : RM 860 

Borneo sila tambahkan Kos Pos RM 25 Ya.



15 ulasan:

  1. tok,xde ker gmbr kerambit?agak2 kalau masuk perut bleh 'JALAN' x macam terkena mata keris?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerambitnya belum siap, gambar ni tok amik dari salah seorang yang pernah memilikinya... insyallah... kerambit kalau rodok perut isk... kalau x mati pun koma la kut... ajal maut d tangan tuhan

      Padam
    2. Ingat lagi cerita Budak Navi woodland zaman 70-80an, gaduh kes awek kat pantai lido 11 lawan 2, yang 2 ni budak navy , 11 lagi ni org tempatan johor la, depa pakai parang, kayu, keris pun ada nak belasah mamat navy ni .... Ber-perisaikan Tiang lampu, mereka berjaya mengalahkan 11 orang dengan kecederaan teruk di peha, tangan, perut , kaki, belakang tok sah cakap la... 11 org ni ingatkan budak navy 2 org ni tak bawa senjata, sekali rupanya depa pun ada bawa, sang kerambit sepuh hitam... gadoh dalam lampu pun musuh tak nampak pergerakan kerambit ni, salah seorangnya koma disebabkan banyak urat yang putus dek akibat kerambit neh....

      Heheh.... La ni navy tu bukak kedai seafood Rosalinda Seafood di kola perlis...Sementara kawan dia pula ada sekarang kaki masjid dan ada kedai Runcit di kulim, huh. Nasib baik la tak bersembur perut sebab masa gadoh tu depa masih ingat lagi... gadoh pun sesama melayu..

      Itulah org kita, gadoh macam mana pun, tak lah nak buat sampai mati ... cedera putus urat saja...hehehe

      Padam
  2. assallammualaikum .. tok ? sy duduk di area klang selangor .. sy berminat nak beli tekpi ni .. kawan sy ada ilmu tentang tekpi ni .. tapi senjata nya tak ada .. dulu dia belajar pakai gurunya punya tekpi .. kami nak belajar tekpi tapi tekpi tak ada susah nak belajar .. sy berminat dengan seni tekpi ni .. apa salahnya anak muda modern mcm sy ni nak belajar kan tok ? boleh sy dapatkan tak tok ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt tuan, tekpi masih ada dalam simpanan tok, so, jika tuan mahu boleh order, nilai skrg ialah rm 600 sepasang

      Padam
  3. tok saya berminat dngan seni tekpi ni .. mana nak dapatkan area klang ? kawan sy dah ada ilmu tekpi ni , tapi tekpinya tiada .. gurunya pnya katanya .. apa salahnya kalau anak muda modern mcm saya nk blajar seni tekpi kan ? so , mcm mana sy nak dapatkan tekpi ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila request dari Mr Baz, kami ada 6 set lagi belum terjual tuan......01117775251

      Padam
  4. Muhammadzurin- sy juga dok area shah alam..kt ole2 ada jual.tp yg biasa untuk latihan..tp nk belajar kena cari guru..bgs ank muda sekarang jika kembali main seni melayu..kbnyakan ank muda kini dh kurang minat keatas persilatan dan tradisi melayu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo nak tekpi ni order segera, sebab tekpi jenis ni susah dah nak dapat...kos pun dah naik, ni kos lama tau

      Padam
  5. tok nak tanya kalau2 tekpi ni ada stok lagi tak? Kalau ada berapa ya harganya?

    BalasPadam
  6. hanya yg betul2 mahir je boleh main tekpi ni...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN