Pagi ni jugak la nampak gayanya....Bukan mudah nak amik gambar, not just shoot... perlu kelaskan kualiti, cek kot kot ada yang pecah, rosak, retak, then kodkan pula ikut jenis satu satu.... kemudian amik gambar satu satu, kemudian masukkan dalam PC, convert pulak ( resize ), then masukkan satu satu ke dalam blog one by one...
Ia bukan semudah petik jari... melakukannya memenatkan fizikal. sebab tu kalau x tahan dengan bisnes online ni... akan lenyap begitu saja...
Bila pikir balik... makan gaji jugak la best... masuk keje, buat keje bagi siap, balik keje..hujung bulan jolok dinding.... xde mende nak pikir serabut kepala otak.... terus terang...online biz memang utk tambah pendapatan, namun ia bukanlah 1 pilihan utama...jika ada pilihan lain... org lebih memilih pilihan berkenaan.
Kepada yang dah mencuba, maka tahu lah penangan biz online.... jika sekadar ingin menulis pandangan, nukilan, sesiapa pun boleh melakukannya kerana mereka mempunyai hasil pendapatan tetap di luar sana.
Sementara bagi kami di sini termasuk semua staff yang ada... ini saja pilihan kami ada ... jika tak siapa akan menyara kami?... untuk melihat bangsa melayu berjaya...bukan semudah bangsa cina dll bangsa berjaya di dalam perniagaan. Tanpa sokongan bangsa sendiri... Tambah 1 lagi kelompok Miskin merempat melayu di Malaysia..iaitu Kami Pembina Limbungan Maya dan semua kakitangan sedia ada... mungkin setelah miskin , akibat keperluan hidup, kemungkinan ada peratusan ada antara kami di sini terpaksa menjadi penjenayah merompak bank, merompak rumah anda, menculik dan meminta tebusan... itulah akibatnya dari kemiskinan dan desakan hidup.
Perkara ini berlaku sekarang jika kita lihat kadar jenayah yang semakin berleluasa , orang hilang pertimbangan dan kewarasan , jika di tanya ada yang dulunya berniaga namun di ranapkan bangsa sendiri, dendam membuatkan mereka hilang pedoman hidup. orang begini......siapa ingin kita salahkan ?
Perniagaan melayu sedia ada baik online atau nyata..sama samalah kita dukung dan sokong...jika sudah benar faham akan perjuangan bangsa yang di perjuangkan semenjak ratusan tahun dulu.
waduhh kul bape naik ni tok?
BalasPadamNAIK DAH, TADI ORG CALL TEPAT JAM 9PLOP TU huhuh
Padamxnk buat kombo ke tok.keh4
BalasPadamlock panglima jalil ya tok
Padam