Jumaat, 24 Oktober 2014

KEPULANGAN DARI P.BESAR MEMBAWA 1 JUTA MAKNA DAN PENGERTIAN

Ahaha, sibuk ngata org p Pulau Besar tarik harta.... x terkecuali jugak lah tok mencuba nasib di Tasik Bunian Tu....kalau pada hari tu kebetulan anda ke sana , di pesisir pantai berhampiran tasik bunian ada tok ukirkan " Subhanallah " dalam huruf arab besar besar ( permukaan pasir )... 

Beberapa item diperolehi, namun diberikan pilihan samada nak di berikan Ketulan " Kuning belum masak " atau batu permata...makanya Tok yang memang buta mata dengan benda bewarna kuning , tok pilih lah yang warna kuning sebanyak 5 ketul tu, baru je sampai di rumah ni, tok perlu menapakannya selama beberapa hari agar ianya serasi dengan suasana baharunya . Insyallah bila selesai diserasikan ( tapa ) akan di tunjukkan di dalam blog ini.. tapi tok x kan tunjukkan semuanya... risau la kalau ada yang lebih handal " menariknya" dari simpanan tok ni haaaaa..... 

So takde lah hasil batu permata dari Pulau besar sebenarnya melainkan beberapa raw yang tok kutip dari pulau Hantu yang bersebelahan dengan pulau besar ( hampir dengan Marina resort ).

Barang yang tok bawak balik dari Melaka hanyalah........ hehehe.. nak habaq segan.... ialah 6 botol minyak Zakar boya untuk kegunaan lelaki hahaha..tu je lah..... selain tu tiada apa apa lagi selain pembukaan gerbang dan negotiate di Pulau Besar...dah tak ramai Bunian sana, banyak dah pindah.. Jin dari Laut dan Dari pulau pulau berdekatan pulak yang banyaknya di sana, selain itu tulah dan daulat para ulama dan alim dahulu kala masih lagi melingkari kawasan sekitar Makam dan kawasan kawasan pertapaan Di Gua Yunus, kawasan padang Golf Berhampiran Marina resort dan telaga bunian yang masih bersih dan mampu di manfaatkan bagi yang memerlukan, selebih makamnya tak sempat tok lawat di sebabkan Tok sibuk mencari hala gerbang di kawasan kawasan terpencil Pulau itu, habis hutan dan belukar di redah ( kecuali makam Sultan Sultan, makam Syarifah Rodziah dan makam makam di kawasannya..

Sewaktu makan petang di medan selera tu, terjumpa seorang yang tok percaya seorang ahli pertapaan.... Cara pakaiannya ...... tok buka pandangan dan nampak kelibat 3 org lelaki tua berjubah di sekelilingnya..... dia duduk di meja tepi 45 darjah di depan tok... dan tarik 1 detik PM serta tok niatkan dalam hati utk menguji derianya " aku tahu siapa kau ".... terus dia jeling ke arah tok .... makan jeling..makan jeling.. pastu tangan kirinya di angkat bagi menutup mukanya sedangkan matanya masih sibuk menjeling tok melalui celahan jarinya ala ala main cak cak gitu... di jarinya ada cincin yang memang tok kenal...memang aku kenal cincin tu, ia bukan cincin alam ini, ia tulin dari alam sebelah.. dari jarinya berkilau memancar kekuningan dan mempunyai permata jernih di tengahnya... selesai makan, dia bangun... bersamanya ada tongkat rotan dan di hulu tongkatnya da kain kuning besar tapak tangan..memang tok yakin kain tu tiada apa apa di dalamnya.. semasa nak bayar dia amik kain kuning tu dan usap depan org kedai, dan keluar lah duit rm 50 sekeping.... wohoooooo.... boleh tahan........ dan tok respek org ni.. walau org lain sibuk di Pulau Nangka nak keluarkan harta karun... Hamba Allah ni sibuk berzikir di tempat pertapaannya dan Allah keruniakannya sumber untuk makanannya iaitu kain kuning tersebut... 

Selepas tok habis makan , kami menaiki motor dan lalu di depan kawasan makam Syarifah , hamba Allah ini ada di depannya dan memerhati kami dengan tajam... Wife tok bagitau, org tu merenung kami... tok cakap maybe dia x penah nampak kita kut kat kawasan ni, saja nak sejukkan hati dia... then masa kami lalu di sebuah kawasan tasik di padang golf..jumpa lagi hamba Allah ni memerhatikan kami berdua sampai hilang dari pandangan... bila masa dia sampai sini.... kalau jalan kaki mau mau dalam 10 minit baru sampai..ini... hehe.... namun tok tahu apakah yang menjadi tanda tanya kepada beliau sehingga memerhatikan kami begitu lama dalam ramai ramai pelawat yang hadir.. biarlah ia menjadi rahsia, apa pun.. sudah ku kirimkan buatnya " jika aku kembali, insyallah kita akan bertemu dan menjadi sahabat ".... itu sahaja.... 

Senjata Tok pula silap buat, x lengkap sifatnya, selaknya takde , selit nya takde, belakang gajahnya takde... alamak.. so terpaksa tukang repair semula dan akan siap dalam masa seminggu lagi... tok juga menempah kepadanya sebuah ****** , dan ia akan mengejutkan blog GB tidak lama lagi, insyallah ...ia amik masa yang terlalu lama menyiapkannya, amat amat lama... so bagi yang mengikuti blog GB sahaja akan berpeluang melihat apakah item tersebut.... ianya adalah sebuah LAGENDA......sure GEMPAK... Sure Menderamkan hati dan perasaan anda jika melihatnya.... ingin di mahar?... ya. sudah pasti...... walau pun belum siap.. biarlah tok menyampaikan dulu maharnya...maharnya item LAGENDA ITU ialah RM 12,000.... mungkin 6 bulan siap, mungkin juga 1 tahun siap..... bagi anda di GB, nilainya tidaklah sampai 12,000..mungkin hanya 10,000 kot haahhaa..... Apa la item ni ya, mahal sangat?..... tungguuuuuuuuuuuuu............ ia memang berbaloi...tok sudah tahu, ada yang mampu meneka..apakah ia......





Sebenarnya di kepala tengah pikir.. kitab yang ada di depan patung tu..



jom nek motor

Telaga Tempayan

10 ulasan:

  1. a,kum tok
    mungkin cantik pemandangan pantai dipulau besar tu kan.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Salam tok
      Maaf tok saya gurau je. Mana la saya ada kad kredit lagipun tak mampu saya degan gaji yang saya ada skarg utk membelinya. Sekadar sembang je tok. Maafkan saya sekali lg. T.kasih

      Padam
  3. Salam Tok Mat. Bila agaknya tok dapat buat dan terbitkan novel pengalaman tok dialam bidang mistik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm, maybe setelah pencen sepenuhnya tuan dalam bidang permata ni hehehe

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN