Isnin, 17 Februari 2014

TOK TANYA ?????..... ANDA JAWAB!!!!!!




Tak habis dengan slot halaman 

Anda Tanya ????.... Tok jawab!!!!

Asik menanya Tok aje, apa kata Tok pula tanya Korang , jawapannya boleh kita saling bertukar pendapat.

Oleh demikian maka secara RASMINYA, di halaman ini , Tok tanya , dan anda perlu menjawab......

Tok Tanya????....Anda Jawab!!!!

Hahaha, asik korang je soal aku kan..... bila lagi aku nak soal korang hahahaha.....


Penasihat dan pemerhati terlantik :

Imam Zaidi, Masjid Taman Anggerik Kempas, JB

Utz Safwan , Lahad Datu , Sabah


Dorang ni akan betulkan jika jawapan anda salah, insyallah... tiada yang salah pun, kita sama sama belajar okay


AMARAN KERAS !!!!!

Jika anda tidak tahu akan jawapan soalan soalan di atas, jangan membuat andaian dan jawapan sendirian, rujuklah dengan guru anda jika ada dan carilah guru yang sesuai jika belum ada guru

Halaman ini untuk membuka minda anda sahaja dan sebagai salah 1 langkah TMGB untuk anda agar belajar dan terus belajar untuk memahami Hakikat diri dan menjadi insan di kalangan Hamba

Bukan berniat riak atau Takbur, cuma sebuah perkongsian untuk anda fikir dan cari jawapannya

Tak wajib pun untuk anda menjawab kerana di khautiri Sesat akidah

Perkara ini perlu di fahami benar dan ia amat jauh serta mendalam, mengambil masa bertahun tahun menghabiskannya

Peluang ini, ambillah sebagai satu kesempurnaan di dalam hidup, bukan semua guru membuka hal hal begini secara umum untuk anda fahami dan insafi


===================

Soalan Soalan ekstrim sudah di buang... kita ikut level by level lah ya

80 ulasan:

  1. Bayangkan jika item item agama kita seperti kitab kitab kecil, barang barang sembahyang di katakan palsu oleh bangsa agama lain... apa perasaan anda...

    Sama juga jika kita menyatakan item item sembahyang bangsa agama lain tu palsu, apa mereka akan buat ?.....

    Bukankah Nabi meminta kita menghormati agama lain?... adakah Allah zalim atau kita yang zalim?.....

    " janganlah kamu menzalimi diri kamu "

    ===============================

    Item thai ada 2 jenis :

    1. jual tepi jalan dan sememangnya kosong dan cuma omongan kosong

    2. Di niagakan di ketik ketik siam dan di sembahyangkan / puja sami dan orang orang mereka.

    ============================

    Sebagai orang islam, adalah tidak di galakkan memilikinya takut memudaratkan AKIDAH , kerana bab akidah amat berat sekali. Hati perlu di jaga rapi dan teliti apakah niat kita menggunakannya.

    ==============================

    Di dalam konsep perniagaan, apa sahaja boleh di niagakan selagi mana masih sah di sisi undang undang Negara kita dan tidak melanggari hak mana mana Penjenamaan dan logo syarikat.

    Seperti sedia maklum, Blog ini ialah blog perniagaan dan ia adalah RASMI sebagai sebuah perniagaan setelah di korporatkan 2 tahun lepas.

    Setiap individu yang berniaga mempunyai perinsip niaga, jati diri dan pegangan... namun ia adalah bersifat personal bukan beerti maksud di dalam perniagaan... perniagaan bukanlah peribadi, bukanlah akhlak peniaga, namun perniagaan ialah sumber pendapatan selain hasil hasil lainnya.

    Jika anda menganggap perniagaan sebuah jiwa yang hidup dan mewakili diri anda. maka anda berniaga apa pun, tidak akan ke mana . situ lah duduknye sampai bila pun. Contohi bangsa lain yang mempelbagaikan item mereka. dan bandingkan pula dengan akhlak mereka , ia tak sama....

    Mari tok cerita sikit...

    Di Golok ada banyak syarikat Thai massage dan salah satu yang Tok kenal di sini, taukenya adalah org malaysia yang merupakan seorang yang jika anda lihat seperti seorang pengikut tariqat... janggut panjang, dahi berlebam.. isteri keduanya ada di sini ( mamak ), menjaga kebajikan pekerja dan perniagaan mereka di sini.

    Sedangkan di Penang sana, ahli perniagaan ini cumalah ada sebuah kedai makan yang berstatus Restoran mamak.

    Jika menurut pandangan cetek kita akan lihat dan berkata
    " tokeynya mesti bapak ayam atau org siam"

    Maka anda salah sama sekali.

    Peniaga mengiktikadkan bahawa khidmatnya cuma thai massage only, untuk selebihnya ***** tu, adalah urusan pekerjanya cari duit lebih, yang banyak di sini sewaktu hari bekerja ialah cina Malaysia, dan yang banyak di sini sewaktu hari minggu ialah orang melayu, baya atok atok kita pun ada melanggan ****... amacam....?... sudah pening

    Nanti ...jangan pening....

    Peniaga mengitikadkan bahawa beliau menyediakan khidmat Urut sahaja, namun tahu pekerjanya buat kerja lain ***** semasa khidmat urut....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum. Sy cuba mnjawab dan berkongsi pandangan berkaitan permasaalahan ini. Jika berlaku kekurangan mohon sama2 perbetulkan.

      Dr hadis riwayat imam bukhari dan muslim.
      “Segala amal itu tergantung Niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.

      Niat adalh pnting dlm apa jua yg kita lakukan di atas muka bumi allah ini. Namun begitu kita perlu berhati2 dalam mengatur niat agar tidak jatuh pula dalam kesesatan. Niat kita hendaklah selari dengan tuntutan agama. Firman allah:

      “Dan janganlah tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran, Dan bertakwalah kamu pada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya”(QS. Al- Maidah: 2)

      Ayat ini melarang kita drp bersubahat melakukan perbuatan mungkar. ...DAN JANGALAH KAMU MEMBUKA JALAN KEPADA KEBURUKAN.....contoh mudah kita fahami dlm situasi ini:- abu trlibat dlm penjualan dadah trlarang.namun begitu dia sama sekali tidak menghisap dadah. Dlm situasi ini abu sama sekali trjerat dlm dosa krana ia bersubahat. Walaupun niatnya adlh untuk mncari rezeki hidup. Hal ini kerana ia harus dipertanggungjawabkan diatas segala tindakan dan kesan/tindakan yg dilakukan oleh pelanggan beliau.

      Sama2 kita berdoa agar allah merahmati apa yg kita lakukan. Yg baik itu dtg dr allah. Yg buruk itu dtg dr kelemahan dri sy sndiri. Wallahualam.

      Padam
  2. 2.

    Seorang kiyai lulusan mesir mempunyai Sekolah agama peribadi berstatus kompleks di narathiwat dan beliau juga memiliki :

    Disco dangdut di Golok, tanpa GRO, tapi ada arak......

    Apa pandangan anda , berikan pandangan menurut Fikh yang relevan dan international

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni soalan basic tuan, jangan pening kepala...hehe

      Padam
    2. Hukumnya haram. Seungguhpun xde arak tetapi tempat tersebut menjadi satu tempat yg boleh mendekatkan diri kepada maksiat..

      Padam
    3. Surah al isra' ayat 32
      Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
      . Maksudnya mendekatkan diri pun dah tak boleh apatah lagi membutnya....

      Padam
    4. Tepat tuan OBI tam tam......

      Hukumnya tetap haram , perkara haram tidak akan mampu manusia ubah menjadi halal atau separuh hala ( ada ke ).....

      Di Thailand ada 4 mazhab yang di praktikkan:

      Salah satunya ialah syiah....( kuat juga kat sini )

      Padam
    5. Assalamualaikum. Sy rasa trpanggil untuk berkongsi ilmu dan nasihat semoga ia berguna kpd diri sy dan rakan2 lain.

      MERUJUK KPD SOALAN TOK MAT:
      Seorang kiyai lulusan mesir mempunyai Sekolah agama peribadi berstatus kompleks di narathiwat dan beliau juga memiliki :

      Disco dangdut di Golok, tanpa GRO, tapi ada arak......

      Apa pandangan anda , berikan pandangan menurut Fikh yang relevan dan international haram.

      JAWAPAN; HARAM

      Dalil Hadith Yang Mengharamkan Arak

      Nabi Muhammad s.a.w bersabda:“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)"

      Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
      "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mnereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

      Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
      Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.

      Dalam suraH al maidah - hukum arak diharamkan secara mutlak .

      Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arnak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
      Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus/pemilik yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya/KEDAI/PREMIS/KELAB MALAM DAN SEBAGAINYa untuk bekerja sebagai operator pengeluaran/terlibat dlm urusniaga arak. Maka haramlah pekerjaannya itu.
      Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .

      Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
      Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
      Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
      Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram.
      Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
      Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
      Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram.

      Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
      “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- 1- Pembuatnya, 2-pengedarnya, 3- peminumnya,
      4- pembawanya, 5-pengirimnya, 6- penuangnya, 7- penjualnya, 8- pemakan wang hasilnya,
      9- pembayarnya 10-dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

      Yg baik itu dtg dr allah dan yg buruk iti dtg dr kelemahan diri sy .wallahualam.

      Padam
  3. Allah berfirman

    " Janganlah kamu menzalimi diri kamu "

    Di dalam hadis pula menyatakan pendapat darurat adalah di dalam pelbagai bentuk.... sila nyatakan?.....

    2. Jika kita sakit dan penawarnya memerlukan secebis daging babi / anjing dan memang hanya itu sahaja penawarnya ..... boleh atau tidak....

    Hint : Makan org kata haram, tak makan maka akan memudaratkan diri...

    Allah meminta hambanya berusaha untuk hidup , bukan untuk mati kerana mati itu adalah sudah ditentukannya, dan usaha itu adalah di suruh..

    Usaha yang bagai mana kah ?


    Haaa.. Jawab jawab...... ni baru soklan Thorbaaaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawabnya harus kalau dah xde jalan lain....

      Padam
    2. Assalamualaikum...


      Darurat secara bahasa adalah berasal dari kalimat "adh dharar" yang berarti sesuatu yang turun tanpa ada yang dapat menahannya.[1]
      Makna idhtirar ialah ihtiyaj ilassyai' yaitu memerlukan sesuatu. Dalam mu'jamul wasith disebutkan bahwa kalimat idhtiraru ilaihi bermakna seseorang sangat memerlukan .[2] Jadi darurah adalah sebuah kalimat yang menunjukkan atas erti memerlukan/ kesulitan yang berlebihan.
      Darurat secara istilah menurut para ulama ada beberapa pengertian diantaranya adalah[3]:
      Darurat ialah situasi seseorang pada suatu keadaan/ jika dia tidak melakukan sesuatu yang dilarang maka boleh mnyebabkan kematian atau nyaris mati. Situasi seperti ini memperbolehkan ia melanggarkan sesuatu yang diharamkan.
      Abu Bakar Al Jashas, "Makna darurat disini adalah ketakutan seseorang pada bahaya yang mengancam nyawanya atau sebagian anggata badannya karena ia tidak makan.
      Menurut Ad Dardiri, "Darurat ialah menjaga diri dari kematian atau dari kesusahan yang teramat sangat.
      Menurut sebagian ulama dari Madzhab Maliki, "Darurat ialah mengkhawatirkan diri dari dari kematian berdasarkan keyakinan[4]

      Dalil-dalil yang menunjukkan diperbolehkannya sesuatu yang diharamkan dalam keadaan darurat
      Pertama; dalil dari al quran
      "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

      Menurut As Sa'dit, makna firman Allahl, "sedang dia tidak menginginkannya" ialah seseorang memakan hal-hal yang diharamkan tersebut semata-mata karena memang terpaksa.


      Wallahualam. Segala yg baik dtg dr allah dan yg buruk dtg dr kelemahan diri sy sndiri.

      Padam
  4. Boleh tak Jamak sebelum 2 marhalah..?.... nyatakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam..sy cuba jwb ye..boleh..asalkan niat dan perjalanan mstilah mlbhi 2 marhala..dan namanya pn perjalanan.xde mslh utk solatnya dibuat sblm 2 marhala ataupn sesudah smpai ke tmpt yg ditujui iaitu mlbhi 2 marhala..kalo slah tlog btulkn..sy bdak bru bljar..hehehe

      Padam
    2. dulu pernah tanya soalan ni kat imam zaidi... yang masih tok ingat ialah :

      Boleh jika di dalam keadaan darurat... ada lagi kata kata dia, tok lupa sebab bercakap sambil memandu, makan semut betol la tok ni

      Padam
    3. Pernah ustaz sya bincang kan pasal benda ni.dia ckp boleh tetapi x boleh diqasar

      Padam
    4. Pernah ustaz sya bincang kan pasal benda ni.dia ckp boleh tetapi x boleh diqasar

      Padam
    5. Assalamualaikum

      musafir adalah
      Seseorang yang perjalanan melebihi dua marhalah (90km keatas), atas tujuan yang baik,(niat nk g mncuri.merompak.berzina haram dijamak) dan berniat untuk tinggal di satu tempat tidak melebihi 3 hari dan 3 malam, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. jika berniat untuk tinggal lebih daripada 3 hari dan 3 malam, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan SAHAJA, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermukim di situ (TIDAK BOLEH DIJAMAK). Sebagai orang bermukim, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jika dia niat untuk tinggal di situ selama-selamanya pula, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermastautin di situ.Sebagai orang bermastautin, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar.

      Masalah jamak sblum perjalanan:-
      1- kne conformkan prjalanan mlebihi 90,km dan prjalanan brterusan.
      2-niat musafir dgn tjuan baik.
      3- kne jamak di luar mukim.xboleh jamak di rumh sblum bertolak@musafir krn rumah kita dlm kwsan mukim kita. Contoh situasi:- rumh mamat di besut n mamat nk kuar musafir ke kedh ats urusan keluarga. Dan kebetulan waktu zohor dh masuk. So mamat harus keluar@bertolak dr rumah
      Dan stop di pertengahan perjalanan contoh di pasir mas untuk jamak taqdim iaitu Jamak zohor n asar didlm wktu zohor. (perjalanan ke kedah ikot kelate).
      Harap2 rakan2 dpt memahami dan berkongsi ilmu bersama. Yg baik dtg dr allah dan yg buruk dtg dr kelemahan diri sy sendiri. Wallahualam.

      Padam
  5. Telah kami menjadikan Manusia dan jin untuk beriman kepada Kami......

    Apakah caranya " beriman " itu dari segi fikh , akidah dan tata lakunya?.....

    Nyatakan secara kompleks......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum. Sy cuba mnjawab.
      Allah tlh berfirman 'telah ak jadikan jin dan manusia untuk beribadat kpdku'
      sebenar sebenarnya. Beriman kpd allah adalah percaya allah itu wujud. Allah yang satu. Seperti mana firman allah dlm surah al ikhlas;
      1. Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa.
      2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
      3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
      4. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”

      Beriman kpd allah kita percaya allah adalah tuhan sekalian bagi sekalian.wajib untuk disembah dan tidak sama sekali menyekutukan @ mensyiritkan dia. Wajib mengikut segala suruhan dN meninggalkan segala larangan. Wajib percaya kpd ketentuan Nya . Islam agama allah dan agama yg dijamin dan dpt mmberi kebahgian di dunia dan akhirat.

      Padam
  6. Allah menjadikan alam semesta dengan rapi dan teliti, jika anda teliti google maps, luar dari galaksi, banyak lagi bintang dan planet lain, US mengesahkan menggunakan teropong terbesar mereka bahawa di luar galaksi Bima sakti itu ada lebih 10 juta galaksi lagi.

    Mengapa anda mahu memperkecilkan Allah dengan memperkatakan bahawa di dalam batu atau ke atas permata itu tiada makhluk....

    Nyatakan sejauh mana kepercayaan anda kepada Allah?

    Atau anda cuma memandang ia hanyalah sebutir permata tidak bernilai.

    Sedangkan Allah menjadikan semuanya "hidup" beza cuma ber-roh atau tidak, bernyawa atau tidak. Apa tata laku kita sebagai manusia , dan apa tata laku ia sebagai Permata?...

    Adakah Allah menyatakan Kun Fa Ya Kun sana sini hanya untuk semak dunia atau bagi Allah ia cuma sekadar hiasan sahaja di sisinya tanpa apa apa kegunaan... maksudnya , adakah kita ini hanyalah hiasan baginya...

    NANTI... jangan pening lagi !!!!

    Kita memiliki akal dan ego, sudah tentu kita akan jawab :

    " aku manusia la, sebaik baik kejadian "

    Sebaik baik kejadian ??????.... maksudnya .. ada kejadian lain lagi yang sebelum ini mungkin baik bagi Allah.

    Namun keegoan kita sebagai manusia menyatakan dan merendahkan makhluk lain termasuk permata.... apakah HUKUMnya dari bidang Fikh?...


    NANTI...Jangan pening dan Pengsan lagi dengan soalan ini.....!!!!

    Sebagai Sebaik baik ciptaan , perlunya kita berfikir dengan lebih baik lagi bahawa permata juga ada hidupannya walaupun bukanlah yang terbaik, namun tetap baik di sisi Allah.

    Jika anda memandangnya sebagai " ITS NOTHING " .... so... adakah kita adalah sebaik baik ciptaan yang Allah Keruniakan Akal untuk berfikir....

    NANTI... Jangan Muntah Hijau Ok !!!!!! sabaq sat...

    Oleh demikian apa cara anda untuk mengolah penglihatan, fikiran dan hati anda untuk menjadi manusia yang benar benar terbaik dan membuktikannya kepada iblis bahawasanya kita adalah sebaik baik ciptaan Allah...????

    Percaya kepada Batu Adalah syirik.... namun sejauh mana kebenarannya ?...

    TUNGGU dulu, jangan report JAWI lagi, baca lagi.......

    Kata kata Ini :

    " Mempercayai / menyembah selain dari Allah, percaya adanya KEKUATAN YANG lebih hebat dari Allah, ia akan membawakan kepada Unsur syirik dan dosanya adalah amat berat.

    Fahami ayat ayat ini...... adakah ia memaksudkan kepada pemakaian?.... adakah ia membawa maksud kepada menyimpan adalah berdosa....

    Tidakkah ia berkata dengan JELAS.....

    percaya adanya YANG LEBIH HEBAT dari Allah swt, baru syirik....

    Pening????.... loya??? atau anda dah pengsan depan Laptop.... Nanti... take ur mind to rest, jawab ikut akal bukan nafsu...

    So... Tok tak rasa anda percaya semua benda ni adalah LEBIH HEBAT DARI ALLAH bukan?...... atau bagai mana ...

    Jawabkan semua soalan di dalam petikan ini dengan jelas mengikut ukuran ilmu anda

    Peace with war hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. lahaula wala kuwwata illah billahil aliyyil azim

      Padam
    2. Tau.... tapi bukan itu jawapan yang tok mahukan hehe,, anggap tok ibarat tak tahu apa apa dan nak tahu dari anda okay.. jangan malu malu. insyallah sama sama la ya

      Padam
    3. correction: "make love, not war" hehe
      kesimpulannya: beromen lagi baik dari berperang...

      aiseh merapu dan mencarut plak. back to topic haha

      Padam
    4. huih... lucah ey...

      Betui dah tok tulih dah, kerana ulama sentiasa berpesan

      " di dalam majlis agama , pasti syaitan juga akan turut menyertainya"

      Maksud dalam maksud ialah,

      Peace with war : di dalam ke amanan, iblis dan syaitan tetap di perangi, kerana tok tahu kedua ini atau salah satunya akan tumpang berdebat juga dan akan menimbulkan fitnah dan pertelingkahan

      Tak cayo?... tgk la nanti

      Padam
    5. Saya try jawab tok.

      Katakan saya seorang yang tidak mahu menggunakan batu mungkin disebabkan takut akan akidah saya terpesong dan sebab lain takut adanya penjaga atau khadam di dalamnya yang akan mengganggu diri saya serta keturunan saya kelak(saka).

      Alasan saya ialah saya tidak mahu makhluk dari alam lain mencampuri urusan kehidupan manusia (saya). Mungkin segala urusan/permasalahan kehidupan saya sebagai seorang manusia boleh diatasi dengan kaedah lain iaitu yang Nabi Muhammad SAW tekankan iaitu dengan jalan solat, sabar doa serta berusaha (Mungkin saya salah sebab ilmu saya tak cukup mana).

      Namun saya percaya setiap batu ada fungsinya berdasarkan amanah Allah SWT yang telah ditetapkan padanya. Pemakaiannya bukanlah menyembah sebaliknya menggunakannya sebagai alat untuk melakukan perkerjaan dan memperolehi hasilnya berdasarkan pengkhususan hajat saya.

      Manusia memang sebaik-baik kejadian kerana dikurniakan akal dan menggunakan akal pada tempat yang betul serta berlandaskan pada syarak. Manusia juga diangkat martabatnya kerana ilmu pengetahuan yang ada padanya, memegang serta menjalankan amanah dan kewajipan yang diberikan kepadanya. Terpulanglah kepada manusia mengolahkan ilmunya mengikut kepandaiannya sendiri untuk mengexplore berbagai-bagai perkara di dalam dunia ini namun jgn sampai melampaui batas.

      Jika salah silah tegur. Tak dapat nak jawab semua sebab tk pandai.

      Padam
    6. Alhamdulillah, jawapannya tepat sekali tuan, namun jangan kita sesekali merasa takut atau wujudnya ketakutan itu di dalam hati kita terhadapa makhluk lain selain Allah swt... ( Allah bukan makhluk, dia Pencipta makhluk ).

      Benar kata kata tuan, sama seperti yang tok pegang juga

      Padam
    7. Manusia memang sebaik-baik kejadian kerana dikurniakan akal dan menggunakan akal pada tempat yang betul serta berlandaskan pada syarak. Manusia juga diangkat martabatnya kerana ilmu pengetahuan yang ada padanya, memegang serta menjalankan amanah dan kewajipan yang diberikan kepadanya. Terpulanglah kepada manusia mengolahkan ilmunya mengikut kepandaiannya sendiri untuk mengexplore berbagai-bagai perkara di dalam dunia ini namun jgn sampai melampaui batas.

      ------------------------->

      Ayat tuan ini masih banyak boleh dikupaskan lagi sebenarnya...insyallah cukup tuan memahaminya , itu sudah memadai. yg lain juga rasanya dah boleh tangkap maksudnya

      Padam
    8. terima kasih tok, kalau ada yang maafkan saya...

      Padam
    9. sama sama tuan, tak apa, niat tuan ingin berkongsi itu insyallah Allah akan membalas dengan 1000 kebaikan buat tuan dunia dan akhirat.. insyallah tuan

      Padam
    10. Assalammualaikum, saya ingin menambah sedikit kenyataan TMGB mengenai perkara AKAL.

      Sebaik-baik kejadian di Alam ini ialah Manusia bukan kerana dikurniakan akal semata-mata tetapi kerana manusia berpotensi BELAJAR melalui Nur Muhammad atau bahasa halusnya Ruh Quddus.

      Apabila sampai 1 tahap di mana kita tidak lg bergantung kpd Akal tetapi melalui mushawarah & perbincangan dgn KITA SENDIRI.

      Manusia yg hebat ialah manusia yg tdk lg menggunakan akalnya kerana ilmu Allah swt yg hebat tdk mampu dibahas oleh akal semata tapi dgn menggunakan Guru atau Sukma Sejati kerana curahan ilham atau hidayah dtg dr Allah swt terus ke Nur kita.

      Insya'Allah TMGB faham sgt ayat ini. Bukan kah ini yg TMGB cari selama ini. Maaf sekiranya ada kesilapan bahasa maupun disalah faham hakikatnya.

      Padam
    11. Perkara syirik ni kerap-kali berlaku dlm kehidupan seharian kita sendiri tapi kita tdk sedar. Namun apabila kita nampak orang lain yg melakukan kesyirikan, mula lah kita melenting.

      Kita wajib percaya akan kekuatan yg ada dlm satu batu atau apa2 shj kerana kehidupan yg ada di dlm batu tersebut berbentuk jin atau ruh suci. Dan tdk salah kita bersahabat mahupun bekerjasama dgn makhluk yg ada dlm suatu batu melainkan kita terlebih dahulu tau sempadan persahabatan tersebut.

      Iya, perlu diketahui bahawa kekuatan satu2 batu itupun dtgnya dr Allah Maha Esa......maka semudah itu jatuh syirik sekiranya kita mempergunakan kekuatan pd suatu batu.

      Masalahnya kita tdk nampak entiti atau makhluk yg hidup di dlm batu tsb melainkan diri kita ini kasyaf jin atau kasyaf mukmin. Maka takut diri kita ini jatuh syirik sb kita tdk dpt menduga kehebatan tipu-helah syaitan dan iblis apabila kita bersahabat atau bekerjasama dgn batu tsb.

      Padam
    12. Maaf ada kesilapan tulisan ...Iya, perlu diketahui bahawa kekuatan satu2 batu itupun dtgnya dr Allah Maha Esa......maka BUKAN semudah itu jatuh syirik sekiranya kita mempergunakan kekuatan pd suatu batu.....

      Maaf jika ada kesilapan penulisan ya....saya hanya hamba Allah swt yg lemah

      Padam
  7. Saya sukaaaaaaaaaa!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoihh , jawab jawab.. boleh suka pulak ye heheheh...

      Ni soklan utk pembukaannya, banyak lagi soklan nak tanya korang.... tujuannya nak kongsi dan sama sama belajar......

      Hati hati dengan jawapan anda, ada 2 utz dok memerhati jawapan anda, mereka kelulusan mesir, riyadh dan jordon tau

      Padam
  8. THREAD INI UNTUK PARA UTZ BERBUAL BAHASA ARAB... KALO DORANG NAK LA OKAY

    BalasPadam
  9. Best bila tok plak soal he he...bagus unyk perkongsian..

    BalasPadam
  10. 1. Mengapa Allah menjadikan Jin dan mengapa Allah mengizinkan Jin berdampingan dengan manusia / barang?

    2. Apa peranan kita sebagai Khalifah serta apakah makna khalifah, adakah kita memang sudah khalifah atau perlukan ilmu untuk menjadi khalifah di atas muka bumi

    3. Apa pula peranan Jin kepada Khalifah, dan sebagai khalifah apa pula hak kita ke atas mereka?... bagaimana untuk menjadi BERHAK ke atas mereka?.... mereka atau kita yang berhak...

    Tunggu.... jangan gusar dan gundah gulana.. sebenarnya soalan di atas cumalah basic / asas sahaja bagi pengukuhan akidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini memerlukan pengetahuan yang tinggi sedikit untuk mengupasnya.

      Padam
    2. Allah mnjadikan jin dan manusia untuk beribadat kpdnya. Jin trdiri drp jin islam dan kafir. Sebahagian ulamak bersetuju jin@iblis merupakan 1 bgsa yg sama. Iblis prnah memohon kpd allah dan allah memakbulkan permohonan mrk. Apa yg allah mkbulkan permohonan iblis?? Iblis memohon kpd allah agar mmpunyai umur yg pnjang dan hidup sampai hari kiamat. Dan iblis@jin prnh bersumpah akan menyesatkan anak-anak adam sehingga ari kiamat. Ini merupakan satu sbb allah mmbenarkan jin berdamping dgn manusia. Permata dan lain2. Jin akan cuba menyesatkan manusia dlm pelbagai cara dan kaedah sehingga niat akidah dan pegangan kita akan tersasar. Jin akan mmberi kelebihan kekuasaan dan kemampuan luar biasa kpd hmba allah dgn tujuan agar manusia lupa kpd kekuasaan allah yg sebenar. Knpa allah mmbenarkan ini semua. Wallahualam. Semuanyaa untuk menguji keimanan hambanya. Segala yg baik itu dtg dr allah dan segala yg buruk itu dtg dr kelemahan diri sy iatu hamba allah yg hina. Wallahualam

      Padam
  11. Lagi tok..lagi..hihii...sy pemerhati yg setia..hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti dulu.... soklan di atas belum terjawab lagi, bagi terjawab baru ada soklan baru, kang banyak soalan takut ada yang loya hijau kang huhu

      Padam
    2. Yang pandai pandai tu, JAWAB le, kato pandai!!!!!...

      Tok nak tau juga, maklum la Tok ni cetek ilmu dan Jahil....

      Silakan la

      Padam
    3. saya jadi observer je tok. saya pass degree 3rd class je, mana nak lawan ilmuwan dari al-azhar yang banyak kat sini hehe

      Padam
    4. tok pun. sejengkal pun x sampai, macam mana

      Padam
  12. Bukankah indah seandai sekelian yg ada mengenal antara satu dgn yg lain bersilatulrahim.tiada hasad dengki tiada bermusohan tiada peperangan hidup saperti di dalam shorga semuanya bertasbih dan berselawat.
    Maaf tok kalau khilaf.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak sabar...

      Jawapan Tok: Tidak Allah menjadikan manusia itu selain untuk di uji dengan kenikmatanNYA.

      Tidak Allah jadikan Syurga dan neraka bagi yang beruntung dan rugi jika sudah di dunia umpama syurga.

      Nikmat yang Allah berikan ialah dugaan kepada HambaNYA..... setiap nikmat berbeza dugaanNYA dan setiap Dugaan ada NikmatNYA.

      Soalan Tok seterusnya untuk jawapan ini ialah :

      Apakah NIKAMAT yang tertinggi Allah berikan kepada manusia?.......

      Jangan malu semua, kita sama sama berkongsi, tok nak belajar dari anda juga.. tok ni masih bodoh lagi dan banyak nak kena belajar dari tuan tuan semua.. di atas sana bukan mencabar, tapi nak menegaskan... TOLONGLAH SAMA SAMA BAGI JAWAPAN

      hahhaha... kang tok yang pening kang haaa...


      Kita berjawab dulu la, sementara nunggukan hp kamera tok sedang cas tuh.... tak lari gunung di kejar, lari pahala jika dosa yang kita kejar kan?

      Padam
    2. Sudah betul, namun ada lagi yang betul juga ...

      NIKMAT terbesar Allah keruniakan kepada manusia, ialah SAKARATUL MAUT.

      Sakitnya hanya sekali.... mati kita hanya sekali, mati jasad bukan beerti mati roh.

      Buktinya :

      - Suka gigit kuku atau kopek kuku kaki?... tau benda tu sampai berdarah dan sakit. tapi mengapa buat lagi sampai jadi tabiat?.......

      Sakit itu nikmat... pernah dgr kan ayat ni... inilah maksudnya .... betulkan jika salah ya

      Padam
    3. Yg dikatakan nikmat tu yg sedap aje tok, kalau yg sakit tu namanya azab.
      Maaf kalau khilaf.

      Padam
    4. ya betul, namun ada yang lebih betul, sebenar benar azab ialah di neraka.

      Kerana itulah apabila memperolehi sakit, kita kena bawakkan bersabar, kerana nikmatnya amatlah tinggi

      Padam
    5. Berbalik kepada kata kata tuan di atas sekali, Ya benar tuan, tepat sekali,. alangkah indahnya jika kita hidup dalam rukun dan damai. Itulah yang Nabi Muhammad risaukan di akhir zaman semasa baginda tiada, masyallah... Allah humma salli a'la muhammad.... masyallah, sebak mengingatkan Nabi Muhammad, kita buka thread begini pun dah org cakap bukan bukan.... macam mana lah Nabi dulu berdepan dengan jutaan musuh islam.... allah huakbar

      Padam
    6. perkongsian ilmu Allah memang best tuan Fahru, tiada yang salah sebenarnya.. memang benar aoa yang di katakan namun ada juga lagi yang benar di dalam benar itu, insyallah... seronok jika semua pelayan GB seperti wak sabar, alhamdulillah...bila nak jumpa wak lagi ni, nak peluk cium wak sabar tanda kasih sayang sesama saudara seislam. Alhamdulillah

      Padam
    7. Kata pepatah tok Jauh bau bunga Dekat bau ta.....k
      Biar rindu2an jgn bermusohan.

      Padam
    8. MERUJUK SOALAN TOK MAT:

      Apakah NIKAMAT yang tertinggi Allah berikan kepada manusia?...

      Sy cuba mnjawb dgn apa yg saya tahu.insyallah . kalo kurang tepat sila perbetulkan insyallah.

      Nikmat yg paling tinggi yg allah bg kpd manusia di muka bumi ini adalah nikmat islam dan iman. Kalimah syahadah adalah kunci segala2 nya. Islam mngajar kita untuk mnyerah diri kpd allah yg esa. Akal kita trbatas untuk memikirkan kekuasaan dan zatnya. Kunci syurga adalah kalimah syahadah. Tidak semua manusia dpt nur islam dan allah hanya memberikan nikmat ini kpd sesiapa yg dikehendaki.
      Msti kita trtanya2 knapa org bukan islam ada yg kaya raya dan hidup senang. Ttp umat islam ad yg hidup susah?? Padahal kita menyembah allah. Adakah allah tidak adil ? Renungkan2 kan sebentar. Allah itu maha kuasa dan semua yg berlaku di atas kehendaknya. Allah bersifat ar rahman dan ar rahim. Allah maha pemurah dan penyayang. Sifat pemurah meliputi semua makhluk atau manusia. Sesiapa YG rajin berusaha allah akan mmberi rezeki xkira dia muslim atau tidak. Allah juga bersifat penyayang. Sifat ini khusus untk org islam. Allah sntiasa menyayangi org yg sntiasa mengingati nya. Subhanallah nikmat islam adlah nikmat trbesar @ trtinggi kpd seluruh manusia. Mati dlm islam lbh baik dr yg sebaliknya. Nikmat islam adlah Kunci kpd nikmat allah yg seterusnya. Insyallah. Maha suci allah tuhan sekalian alam. Allahuakbar. Semoga kita terus brada dlm nikmat islam sehingga akhir hayat kita. Amin. Hanya allah yg esa. Wallahualam. Sedikit perkongsian dr sy hamba allah yg hina. Yg baik dtg dr allah. Yg buruk dtg dr kelemahan diri sy.

      Padam
  13. As salam. Semua soalan2 tu kalau level macam saya ni. Jawabnya, tak reti jawab tok dan ustaz2. Tok jawab la tok. Takpun, uztaz2 la yg jawab. Kitorang dengar. Cuba nak jawab tapi tak reti jawab tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, Tuan , nanti kang jadi lain pulak :

      Tok Tanya?...... Tok Jawab sendiri "

      Hahahahaha


      Tok Tanya? ....ustaz jawab!!!!

      Lepas tu :

      USTAZ TANYA ???? TOK JAWAB!!!!

      Haaa, mapoh den hahahahhaa

      Padam
  14. Pokcik poning tok..... jap2 nak kol safwan utk jawab.. :))

    BalasPadam
  15. Sy jd pemerhati yg tak terlantik je laa tok.. Huhuhu..

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Orang yang tinggi ilmunya, xpernah mengaku yang beliau pandai... orang yang gila x akan mengaku dan sedar dia gila... Tapi, orang yang Jahil Sombong adalah serugi2 manusia, bila akal yang dianugerahkan dipadam tinggal debu, yang dicedok cuma nafsu dan keegoan tahap tinggi.

    BalasPadam
  18. Fikir...fikir... Fikir... Aduh xdpt nk fikir lh tok. Huhuhuu

    BalasPadam
  19. Tok kalo dpt jwb ada hadiah x tok?...(sebenaqnya xtau nk jwb, ketaq lutut nengok soklan tok)...ngaaaa...!!! Hehe...ampun tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belanja pulut ayam dpn 7e to'roon kat masjid pakistan tok lama dah tk merasa tok.huhuhuhu

      Padam
    2. huhu macam best aje tuan cheknik, tunggu tok p sana okay.. tok belanjakan

      Padam
  20. Balasan
    1. ye la, asik korang je tanya tok, ini tidak adil...Tok mahukan keadilan wakakaka....

      Tok pual nak menanya korang utk berkongsi kongsi hehehe

      Padam
  21. Sebenonye susoh nok jwb soklan tok ni, silap2 ustaz2 yg biasa pun blom tntu dpt jwb dgn betoi...apatah lg org jahil mcm teman ni, lain le kot tok bg A,B,C boleh jugok main teka je...
    Kalo ada yg ahli dlm ilmu bab Mengenal Diri dan yg betoi2 memahami syariat,tarikat,hakikat,makrifat mungkin akan dpt menjawab soklan tok dgn tepat. Byk rahsia didlm rahsia. Sekali tengok pd cerita diatas mcm mencarik adat tp pd yg memahami ianya tak salah la kot....
    Tok ni sekadar pendapat teman je tok, betoi ke idok...idok le teman tau, pd tok soklan tu basic je, tp pd teman soklan tahap universiti tu, sedangkan teman kt tadika lg ni. Tumpo nok menjawabnye...masuk ni dah 17x muntoh ijo tok oiii...

    Ampun tok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, bawaklah soklan ini kepada guru masing masing, insyallah ...tiap persoalan ada jawapannya...

      Jnagan muntah hijo tuan, kalo tok nampak Sekali ngan tok muntah ijo kang hehe

      Padam
  22. Kalau xdapat jawab kita tiru org sebelah..hehe
    Tp kena line clear la...hehe

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum.Sy cuba jawab setakat yg mampu, klu salah tolong betulkan. Nikmat yg paling besar adalah nikmat iman dan islam, kerana dgn iman dan islamlah yg akan membawa kita ke syurga kerana syurga adalah sebaik2 tempat kembalinya kita.Dengan Tauhid yg benar maka akan lahirlah jiwa yg tenang dan bahagia, dengan iman dan islam jugalah kita akan kenal diri dan Tuhannya. Dengan mengenalNYA maka lahirlah Cinta yg sebenar dan berbahagialah mereka yg sentiasa merasai hidupnya dalam dakapan cinta Allah.Itulah nikmat yg terbesar yg xboleh diluahkan dgn kata-kata.Dan kunci cinta itu berada pada kekasihnya MUHAMMAD SAW. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  24. Fuhh.. seronok gak baca soalan dan jawapan2 ni.. insyaAllah nnt free2 yang mana agak2 sy boleh jawab saya jawab yer tok.. now at office,(speaking sket) xleh fokus.. hehehe...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN