Alhamdulillah, seperti tajuk di atas... Hari ini ialah hari jumaat !!!!
Penulisan Tok Mat GB untuk Hari ini ialah kekesalan Sikap Umat Islam yang mengaku islam Namun tidak Yakin dengan Islam dan Allah swt
Penulisan ini tidak Tok tujukan kepada Sesiapa , Namun ia bersifat Umum dan terbuka, Jadi jangan lah nak terasa hati atau apa apa, kalau mudah terasa hati... maksudnya betapa kerasnya hati kita untuk menerima teguran , walau teguran umum... Apatah jika ia adalah suatu teguran Khusus....
Di dalam Urusan Tok Mat GB Apa sahaja permasalahan baik perniagaan, peribadi, jodoh, rezeki, masalah dan urusan urusan lain. Cuma satu sahaja jalan yakni Solat Hajat.
Telah Tok katakan di dalam penulisan mahupun ucapan video , Tingkat manusia ini tidak lah sama, namun sedalam @ setinggi mana pun tingkat kita di dalam pencapaian sebagai insan, Rupa rupanya ia akan kembali juga kepada Asal dan azali atau asasnya islam.
Semasa pembelajaran , kita sibuk dengan puasa mutih, pertegeni, ritual itu dan ini untuk mencapai sesuatu, Namun di akhirnya Bersujud juga kita di dalam sujud solat hajat.... dan tetap akhirnya sujud memohon kepada Allah swt sambil menitiskan air mata.
Itulah...... orang lama lama selalu berkata kata " ini semua ilmu dunia, tak ke mana pun "....... ringkas dan pendek ayatnya, kita yang masih di dalam tariqat ini tika itu masih belum mampu memahaminya... Apabila kita di dalam Tariqat ( perjalanan ), dan sampai ke destinasi Hakikatullah, Kita gemar dengan aktiviti yang di ajarkan guru dan kekadang taksub... Tidak salah dan tidak juga betul.... Maksudnya tidak menjadi kesalahan, kerana memang lumrah memang di dalam pencarian kita akan berjumpa bermacam macam perkara , ada yang betul betul....dan tak kurang juga ada yang salah.
Namun apabila sudah sampai masa dan ketikanya.. Barulah kita menyedari bahawa semua benda yang kita pelajari itu bukanlah tidak berguna atau bull shit, namun ia mengajar kita untuk kembali kepada azali asas nya islam dan ugama.
Tidak juga kita rugi kerana pada ketika itu , kita adalah manusia yang lebih daripada manusia lain yang berada di dalam Jalan Asas atau Jalan umum di dalam ugama islam. Dan kefahaman yang lebih di dalam mengenal diri dan mengenal Allah. Jangan gunakan ia untuk bermegah dan jangan gunakan ia untuk takabbur , kerana sifat itu adalah amat dilarang Allah swt di dalam kita mengejar syurga.
Tok Mat GB rasa, tiada istilah mengejar syurga, namun kita perlu mengejar keredhaan Allah di mana di dalamnya ada :
1. Ibadah
2. Ikhlas
3. Yakin
4. Tawakkal
5. Tawadduk
6. Suci dan bersih diri
Jika ada kesemua ini maka insyallah dengan sendirinya Syurga itu bakal Milik Kita.
Terdapat banyak pilihan bagi jalan amal, namun semuanya tetap tertuju kepada yang 1 yakni Allah swt. Apabila kita Yakin bahawa adanya Allah, Adanya syurga dan neraka dan juga akan adanya nasib dan ketentuan Allah itu, insyallah Yakinilah bahawa Allah itu tetap bersama kita dan akan membantu di dalam setiap urusan kita sebagai HambaNYA yang bergelar insani.
====================================
Di dalam perubatan Tok Mat GB menekankan solat Hajat 2 atau 4 Rakaat, khusus kepada apa sahaja masalah anda dan Insyallah cara cara berdoa yang lebih baik juga akan di ajarkan bagi yang mengingininya.
Namun amatlah mendukacitakan Tok Mat GB apabila ada yang bertanya permasalahan mereka untuk meminta usaha Tok Mat GB membantu dan bantuan itu di dalam bentuk Solat Hajat, mereka seolah olah tidak Yakin , dan menganggap perkara itu ringan.
Ingatlah.. apabila mereka menganggapnya Ringan dan beranggapan ada lagi cara yang lebih dari solat Hajat ini, maka mereka secara automatiknya berada di dalam golongan orang orang yang kufur dan semestinya tidak akan ada bantuan Allah swt untuk mereka, malahan mereka akan terus di uji dengan ujian ujian Allah.
Antara Kebanyakan Dialog :
Pengadu : Tok, saya nak mintak Tolong , isteri saya ada lelaki lain, nak minta *tolong Tok , boleh tak ?
Tok Mat GB : Boleh tuan, banyakkan bersabar, cubalah solat Hajat dan * minta tolong kepada Allah.
Pengadu : Macam tu.... erm ok lah Tok Terima kaseh Ya....
Tok Mat GB : ????
Astagfirullah hal azim , Masyallah... begitu namanya Islam dan yakin pada Allah..... Apatah Jauh sekali mempercayai Adanya Allah Swt.
Jika Yakin dan percaya kepada Allah...Insyallah Akan buat.....
Antara Dialog Lain :
Pengadu : Salam Tok, saya ada hajat nak minta *pendapat Tok atau *diusahakan tentang masalah saya ini, Saya ada masalah kerja dan rumahtangga, rezeki saya pun macam tersekat , macam macam dugaan Allah Bagi . Apa pendapat Tok?
Tok Mat GB : W.salam wbt tuan, Alhamdulillah....apa yang tuan alami ialah nikmat dan dugaan itu adalah peningkatan kita sebagai umat Muhammad. Tok nasihatkan Tuan Buat lah solat hajat dan memohon Kepada Allah swt, insyallah
Pengadu : Bagaimana Nak buat Tok??. ( pengadu tahu solat hajat, tapi tertibnya ? , kerana itulah perlu bertanya )
Tok Mat GB : insyallah tuan sms atau call Tok malam ***** pada jam **** , kita buat sama sama....
Pengadu : Nak saya datang ke rumah Tok atau bagaimana ?
Tok Mat GB : ????...... Tak tuan... kita buat dalam masa yang yang sama, malam yang sama, namun di lokasi berbeza. Insyallah di mana sahaja kita bersolat , di situlah masjid kita.....Allah akan kabulkannya jika tuan ikhlas
Pengadu : Masjid???...bukan masjid tu di masjid ke hahaha.... ( Ala ala sinis begitu )
Tok Mat GB : Tuan.... Masjid bukan beerti sebuah bangunan di dalam kawasan sesuatu tempat sahaja, namun masjid ialah di mana mana sahaja, di mana adanya Tegak Alif, di mana tegaknya solat , di situlah masjid....Bukankah Bumi ini ciptaanNYA, dan Allah berada di mana mana sahaja
Pengadu : ???... Ya betul Tok Mat GB.... Insyallah saya Akan call Tok Pada malam tu..
Tok Mat GB : Insyallah dan alhamdulillah.....
Tuan Tuan , puan puan, cik , adik adik dan kakak kakak di manakah perbezaannya yang bertanda * dan di antara 2 dialog di atas?.... carikan sendiri jika anda meyakini Allah dan Hanya kepada Allah sahaja, Jika anda belum terjumpa apa maksudnya... Kemungkinan ada something wrong dalam diri anda
Insyallah
Wallahhualam bissawab
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalammualaikum tok, sempena hari jumaat yg penuh rahmat ni.... tok mcmana tertib dan bacaan solat hajat yg dimaksudkan..boleh tok tlg huraikan
BalasPadamtertib sama tuan, namun ada cara doanya .... tu kena mai la belajaq hehe
PadamTrma ksh Tok....ats prkongsian ilmu......
BalasPadaminsyaallah..
BalasPadamTok buat video tok.. mihahaha
BalasPadamTuan lee,klo mntk tok printkn cra2,ayt2,doa bknaan solt hjat.kpd shbt2 yg perluknnya.inshALLAH dpt mmbntu.dlm melksanaknya.
Padamberdoa ada caranya jika ingin makbol , antara lain juga mesti menjaga hati....
PadamAllah akan memberi dan mengabulkan doa hambanya yang beriman
Sy sokong apa yg telah tok tulis dan kata2tok mmg benar...
BalasPadamhati terdetik klik blog ni, dan mata terlihat paparan ni, otak berfikikir sejenak, Maha Besar Ya Allah Tuhan sekalian alam, memberi nikmat pertolongan pada hamba2Nya... Tapi kita mudah lupa...terima kasih tok, ingatkan kami.... :')
BalasPadam