Sabtu, 30 November 2013

APA LAGI YANG ANDA CARI



Usia makin hari makin Kurang
Mengejar dunia yang tidak pernah berkesudahan
Mengapa dikejar Bunian Serba kekurangan
Di sana Allah menjanjikan Kebahagiaan

Usah terpengaruh dengan Nikmat dunia yang Allah berikan sementara ini , Wahai Saudaraku. Bangkitlah mengejar amal, Bangunlah dari Kelekaan Duniawi. Kerana sesungguhnya Balasan yang Allah sediakan untuk Kamu adalah lebih besar nikmatnya dari Hidup di dunia 40,000 Tahun.

Sepanjang di dalam Perjuangan Tok menegakkan Syiar islam di dalam Bidang Mistik, Kelihatan masih ramai yang sesat di dalam urusan dunia, Urusan nafsu urusan serakah dan urusan kehendak. Adakah mereka tidak Menyedari bahawa Mereka Semakin Hampir dengan AJAL?



Jangan Takutkan Kepada Kematian, kerana kita tetap akan Menghadapinya

Namun Takutlah Jika amalanmu kurang disebabkan mengejar duniawi secara berlebihan

===================================






Secebis Kisah Kenikmatan Di dalam Syurga.


Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia.

Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antaratimur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;


1. Salam alaikum bima
shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)

2. Ud khuluha bisalamin aminin
(Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)

3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun
(Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)

4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum
(Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)

5. Albasakum alhuli wal hulal
(Kami berimu pakaian dan perhiasan)

6. Zawwa jakum ul hurul iin
(Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)

7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun
(Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)

8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin
(Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)

9. Shirtum syababa laa tahromun
(Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)

10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran
(Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)

Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a. Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya
dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak.
Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk
ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna;
putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari
za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas,
memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari
itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya.
Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.

Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama.
Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka
menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda:

"Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yangbelum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan
kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani.
Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.
Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.
Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.


Wallahu'alam.


Maha Suci Tuhan yang menjadikan segala kejadian.






===============================





Kisah penciptaan malaikat Jibril


Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa ;“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibril dengan bentuk yang sangat indah.. Jibril mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak.. Sayap itu antara timur dan barat.. Jika Jibril menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya,, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”..
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna,, maka malaikat Jibril pun berkata kepada Allah ;

“Wahai Rabbku,, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku..?”

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibril ;
Tidak”..

Mendengar jawapan Allah,, maka malaikat Jibril pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah.. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibril,, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya..

Setelah malaikat Jibril selesai melaksanakan solatnya,, kemudian Allah pun berfirman kepadanya ;

“Wahai Jibril,, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah-Ku seperti ibadah yang kamu lakukan,, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia,, yang paling Aku cintai bernama Muhammad.. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.. Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang,, dengan fikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar,, maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku,, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu.. Hal itu kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintah-Ku sedangkan solat kamu bukan atas perintah-Ku”..


Setelah mendengar hal tersebut,, Jibril pun kembali bertanya kepada Allah ;
“Ya Rabbku,, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu..?”

Maka Allah berfirman yang ertinya ;
“Ya Jibril,, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”..

Malaikat Jibril kemudian meminta izin daripada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut..
Setelah Allah memberikan izin kepadanya,, maka malaikat Jibril pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa..

Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun.. Maka terbanglah malaikat Jibril selama beberapa lama perjalanan,, malaikat Jibril akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon..

Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata ;
“Ya Rabbku,, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa..?”

Maka Allah pun berfirman ;
“Wahai Jibril,, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap ganjaran solat dua rakaat yang mereka kerjakan”..

Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebelah kanan sayap Jibril terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari,, istana,, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup berbisa,, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“..

Kata Rasulullah Rasulullah SAW lagi ;
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu,, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar.. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut.. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya.. Itu saat nazak seseorang”..
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman,, maka malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya..
Jika orang yang nazak itu orang munafik,, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehingga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”..

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib..Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta..

Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tak bertiang,, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya..?



14 ulasan:

  1. salam suboh dan selamat malam bagi TMGB ....

    BalasPadam
  2. Wslm,Terima kasih Tok,Satu peringatan yg bermanfaat.

    BalasPadam
  3. W'salam. Terima kasih dengan ilmunya dan peringatan. Alhamdullilah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.trima kasih tok kerna memberi peringatan kepada kami yg lena d buai kenikmatan dunia ni.

    BalasPadam
  5. Belajar sehingga temui ajal.. sesungguhny ilmu Allah sgt luas... peringatan yg bgus oleh tok mat kepada warga gb...

    BalasPadam
  6. Trma ksh Tok n Pn Alisya.....atas prkongsian ilmu......

    BalasPadam
  7. macih tok memberi peringatan buat kami n sy khas nyer...

    BalasPadam
  8. terim kasih tok atas peringatan yg tok berikan

    BalasPadam
  9. Tq tok.... :-) peringatan tuk diri sendiri.manusia zaman skrg suka2 je ckp org kapir.. Tentukan nasib manusia . Mereka lupa Allah swt sahaja yg menentukan

    BalasPadam
  10. Terima kasih Tok.... satu peringatan untuk diri saya sendiri, yang cukup menginsafkan bagaimana mulianya dan bertuahnya kita semua umat nabi Muhammad s.a.w. Tetapi sering terleka dan terlena dengan kenikmatan duniawi. Sering terlupa asal usul kita dan destinasi sebenar kita. Sudah tidak dapat membezakan antara orang Kafir dan Muslim sehingga melemparkan bermacam2 tuduhan kepada saudara se agama. Menuding jari kepada saudara se agama samada Syurga atau Neraka sedangkan itu semua milik Allah swt. Cuma kita sebagai hamba-Nya, paling tidak menimbang diri sendiri dengan neraca timbangan yang telah di firmankan oleh Allah swat di dalam Kitab Al-Qur'an-Nya dan di sabdakan oleh Rasulullah saw di dalam Al-Sunnah..

    BalasPadam
  11. jazakallah khair 👍🏼👍🏻👍🏼☝☝

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN