Jumaat, 30 Ogos 2024

KITA MENUNGGU....

 Kita menunggu Cik Diela kembali ke Perlis untuk menguruskan item item Permaharan anda.


Setiap hari tok mengingatkan Puan kai untuk mengeposkan item belian anda, tapi tok lihat sendiri pun memang Puan Kai agak sibuk, sekarang dia ada 4 org anak serentak, kalau campur yang dah besar sulung dan kedua nu, 6 lah...hahah , cuma mereka berdua tu ada ibu yang menjaga.

Kalut lah Puan Kai ni mundar mandir , tapi dia tak merungut, dia melayan 2 anak ni yang salah 1nya anak Kandung Bonda JJ dengan sabar, ada 1 part tok suruh marah je Si Nisa tu sebab buat salah tapi dia cakap dia tak sampai hati nak marah Nisa. Anak dia sendiri si Mata coklat tu dia boleh pulak Cubit dan marah hahah hurm. 

Semasa arwah masih hidup, bila masuk bab rezeki ni, arwah selalu pesan, Benda haram buat bayar benda haram... contohnya RIBA bank, Sia sialah kerja penat lelah duitu tu nak di buat bayar benda haram, sememangnya itulah benda Yang Iblis mahukan. Pekerjaan yang di mulai dengan Bismillah di akhir dengan benda haram... Nabi Kata duit haram RM 1 ... masuk dalam Duit haram (bercampur ) yang sebanyak RM 10,000 atau sejuta pun.. masuk je RM 1 tu dalam bahagian duit haram, maka semua jadi haram.  Sia sia semuanya. 

Sepanjang Tok hidup... di dalam dunia kemiskinan, di dalam dunia berniaga kecil kecilan sehinggalah di dalam  dunia korporat dan kemudian politik dan kini sederhana, Tok memang kenal ramai kenalan di dalam semua bidang tersebut. 

Org kaya terus kaya kerana mereka sanggup menempuh perkataan perkataan Ulama mengenai Haram, mereka invest sana sini, termasuk Casino, Forex, Judi dan kita dengar kini ada timb menteri melakukan pemerdagangan manusia... Ia..itulah hakikat jika ingin terus kaya dan hidup kaya. Melanggar perinsip Ulama.

Namun....


Ada Namun... tapi niat tidak menghalalkan cara...

Mungkin pada permulaannya mereka ingin melunaskan hutang, tapi terus seronok di dalam dunia maksiat dan terus lupa dan lupa. 


Yang haram ialah perbuatan , duit tak haram ( kata seorang guru tok dan di akui seorang Ulama ) kalau duit tu haram, kena samak la setiap kali pegang.. Yang haram ialah perbuatan , dan perbuatan mestilah Di akhiri dengan taubat, hari hari bertaubat.... cxuma yang kita risaukan...katakan sebelum tidur kita kerap bertaubat... tapi nak jadi cerita.... jam 4pm kita mati... belum sempat bertaubat... maka dosa sehari kita tanggung .... Ya kita manusia tidak pernah leka dari berbuat salah. Kerana itu UAI kata..... " Allah ampunkan mereka yang berzina... katakan sepasang pasangan zina baru lepas zina... x dan pakai spender mereka dah bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa mereka... di situlah terletaknya perkataan MAHA. 


Di dalam konsep kerezekian ini, tok kenal ramai mereka yang terdiri dari bomo nombor ekor yg juga ahli korporat , broker forex yang bergelar IB, pakar kewangan Malaysia Aziz Cfp ( pernah jadi murid dia ) , Broker broker luar negara dari eropah, Nigeria, Dubai , UK dan sebagainya, Agen dan Broker penjualan barangan antik ( Bidding Int ) dan sebagainya. Banyak... bayangkan kalau korang yang makan gaji pun boleh kenal ramai dalam  hayat korang, korang bayangkan la aku ni yang bebas dari sebarang pekerjaan, apa saja lalu depan mata tok rembat peluang nya. Lagilah ramai...dan bukan jenis duduk dalam 1 negeri, merantau sana sini dalam dan luar negeri serta negara. 

Kalau hari ini nak gandakan duit dari RM 5000 jadi RM Ratusan ribu , ada saja jalannya , tapi jalannya haram... dalam status tok sekarang tok belum perlukan jalan ini untuk selesaikan benda haram dengan benda haram. 

Tok nak buka peluang di dalam blog pun takut org kata tok nak ajar org lain  buat benda haram, jadi tok berdiam selama ini. 


Sebelum ini tok hanya berani tawarkan anda set Fairy tail, khidmat baca kuku dsbgnya. Itu cuma sebuah peluang yang ahli korporat gelarkan ia sebagai celah gigi kerana mereka mampu beli maklumat itu. 

Adakah ia forex?.. bukan.. forex pun haram juga sebab ia membayar dengan hasil trade lain juga... 


Benda apa pun selagi ia bayar pakai hasil duit org lain yang turut serta maka ia tetap bernama Judi, sama seperti pertandingan memancxing di kolam kolam... YA.,.itu JUDI... hasil mana pengusaha nak bayar?... hasil dia bina rumah?.. kemudian hasil tu di bayar sebagai hadiah kepada pesertsa yang memang, Sampai setiap minggu dia mampu bayar RM 100-300k. rumah apa siap di bini dalam masa setiap hari atau setiap minggu?.... 

Manusia akhir zaman tidak akan terlepas dari fitnah dan maksiat.,,,, paling penting JANGAN LUPA BERTAUBAT.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN