Khamis, 23 Januari 2020

MAJUKAH KITA 2020 INI



2020........Baru ini teknologi tamadun manusia akhir zaman?


Betapa malunya dengan penduduk di langit dan berdekahnya penduduk di alam Ghoib.... Nanti..jangan marah @ tersinggung lagi.


Sepanjang hayat bumi ini, Tamadun manusia Akhir zaman kini lah yang paling mundur , teruskan membaca....


Hayat Manusia Zaman Moden Kini 60-90 Tahun. Katakan 1 manusia pintar Lahir dan dalam hayatnya 70 tahun berapakah teknologi yang mampu dia bina ? Berbanding dengan Jangka Hayat Manusia Zaman terdahulu Yang mampu hidup ratusan tahun?. Dan manusia zaman ini berapa banyak bendakah yang mampu di terokainya berbanding manusia zaman dahulu.


PERADABAN MANUSIA YANG DI SEMBUNYIKAN


ولكل أمة أجل فإذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. (Q.S. Al-A’raf: 34).


*malangnya manusia mentafsirkan ia sebagai hayat seseorang , sedangkan Jelas Allah menyebut UMAT, Umat terbahagi kepada beberapa Nabi dan rasul contohnya kita UMAT MUHAMMAD 


Setiap umat mempunyai ketamadunnya sendiri bermula dari zaman Nabi Adam AS , sehinggalah Ke Umat Nabi Noh AS Sebelum Allah mereset semula secara Half melalui banjir besar, pada ketika itu hilang semua ketamadunan yang serba canggih dan moden, Bermula Era Manusia hidup di dalam Gua, Ya..inilah Kebenarannya yang cuba di selindungkan oleh Musuh Allah. 


Manusia di zaman Dahulu bersistemkan 1 Dunia 1 Raja, dan dalam 1 Raja Semua wilayah yang ada di gabungkan, setelah di gabungkan kesemua cendekiawan di alu alukan untuk memperlihatkan kehebatan mereka dan kemudian ia di majukan.


Namun Ketamadunan Manusia tidak mampu mengalahkan Ketamadunan Bangsa JAN iaitu sebuah Bangsa Yang Wujud Sebelum Manusia.


Kecanggihan Golongan JAN ini di dalam bidang teknologi, pembinaan, pertanian, peperangan malah juga pastinya pendidikan adalah 1 peradaban di Bumi yang Super canggih. 


Kecanggihan manusia di dalam peperangan cuma Nuklear yang mana menghabisi Sesebuah kawasan dalam skala besar dan menebarkan radiasi yang membuatkan hidupan tidak mampu di bangunkan untuk berabad lamanya.


Kecanggihan Golongan JAN di dalam sistem peperangan pula masih jelas terlihat sehingga kini, Bukan Nuklear, malah bukan apa apa yang kita mampu namakan di zaman Ini ( Tidak terkata ) , kerajaan kerajaan besar ini membangunkan sistem peperangan mereka sehingga pemusnah nombor 1 nya menjadikan Kawasan itu tandus, Panas dan gersang Berbillion lamanya , kawasan kawasan yang kita gelar gurun Sahara ini ialah bekas bekas Kerajaan Bangsa JAN yang dulunya maju, canggih dan moden , mereka berperang sedasyat dasyatnya sehinggakan Allah murka dan mengarahkan Malaikat Malaikat turun untuk memerangi mereka pula, Sebelum di perangi Malaikat Bangsa ini berperang sesama mereka sampaikan banyak yang terkorban malah tidak ada langsung sisa sisa yang tinggal kecuali butiran pasir halus. Itulah kecanggihan Era Bangsa JAN. 


Dan selepas itu Adam di ciptakan oleh Allah SWT dan kemudian di turunkan atas TakdirNya bersama ILMU dari Syurga, Ilmu ilmu ini merangkumi kesemuanya sekali termasuklah Sistem kemodenan yang canggih.


Sehinggalah ke sebuah zaman Dunia ini di Banjiri Air dan kemudian Allah timpakan Lagi bencana atas kemusyirikan yang Mereka cipta di atas muka bumi sehingga Muncul perkataan " God Abandon Us " , dan tat kala ini manusia harus berusaha sendiri untuk hidup, bermulalah zaman Ais ( Akibat Banjir ini ais membeku ) kemudian zaman Air air ini disurutkan ke 2 kutub dan membeku di sana , Manusia kembali ke daratan belajar untuk hidup kembali, Ada golongan yang tersisa dari Banjir besar ini dan salah 1 nya di sebut sebagai Bangsa Ta Mim, Nabi Noh AS berdoa kepada Allah SWT agar golongan bangsa ini di pelihara walau apa jua bencananya selepas itu.


Golongan TAMIM ini di sebut sebagai golongan melayu... terlalu awal untuk membuat tafsiran kerana golongan istimewa ini ada di sebut Allah di Dalam Al Quran sebanyak beberapa kali yang pasti MELAYU itu masih terlalu muda untuk di sebutkan. 


Golongan yang Allah Sebutkan beberapa kali di dalam Al Quran ialah BANI ISRAEL dan di dalam zaman berzaman kenabian sudah beberapa kali mereka di selamatkan Allah SWT malah di berikan beberapa kelebihan. 


Bani Israil (bahasa Ibrani: בני ישראל Bnei Yisra'el, bahasa Arab: بني إسرائيل ‎, Banī Israīl) atau Bani Israel adalah sebutan untuk umat yang Allah istimewakan melampaui alam semesta.[1] Bani Israel juga dikenal sebagai sebuah umat yang telah Allah selamatkan untuk menyeberangi Laut Merah sewaktu meninggalkan Mesir.[2][3]


Bani Ini lah Bani TAMIM namun di salah ertikan oleh manusia bersifat baharu sebagai melayu, Ya Benar jika di katakan Melayu tapi bangsa ini masih terlalu muda untuk di tafsirkan sebagai TAMIM dan kini sungguh memalukan untuk menyebut diri kita ialah TAMIM. Apakah kemajuan kita ada kini?. 


Sungguh..... jika ini dll mahu kita banggakan di akhir zaman, sungguh malu kita dengan Penduduk di langit dan bumi yang tidak terlihat, Sedangkan kita ialah TAMIM... kelebihan kita ada...kita menerima ajaran liberalisme untuk kita sama rata dengan mereka.. 


Memalukan sekali.... umat manusia akhir zaman ini sudah mahu Allah lupuskan tapi angkuh dan berasa kuat di dunia ini, sedangkan ini lah rekod peradaban teknologi paling rendah selama dunia ini wujud


Bunian itu 300 tahun lebih maju dari Manusia kerana hayat mereka


Jin Itu 600 tahun lebih maju dari Manusia Kerana Hayat mereka




Apakah sebenarnya yang menunggu kita di tahun 2020 ini, permulaan atau pengakhiran?




Dari : Tok Mat GB



4 ulasan:

  1. Jawapan bagi soalan Tn Jebat ( Tertekan delete pulak )

    Nak tunggu apa lagi?. kita sebagai rakyat hanya mampu memerhatikan dan menunggu, dan memang itu yg selama ini kita lakukan

    BalasPadam
  2. Yg menunggu kita di tahun 2020, bagi saya ialah sebuah permulaan. Ya tidak tok..

    BalasPadam
  3. Terima kasih TokMat..moga kita dilimpahi rahmat kaseh syg NYA...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN