Selasa, 24 Disember 2019

MINYAK BUNGA CENUAI EMAS KERAJAAN FAKIR


Assalamualaikum wbt semua 

Nih tok baru sampai rumah dari kerajaan Fakir , baju pun dok berpeluh lagi di buatnya berlari dalam hutan 2 jam tadi di kejar bunyi harimau. 

Alhamdulillah perolehan di sana tok dapat Minyak Bunga cenuai emas , bukan batu sand stone. adoi... ni minyak bunga cenuai emas. Tok sedang persiapkan dengan bonda, bonda hang pun x tidur lagi dok botolkan satu demi satu, kejap lagi masuk itemnya dalam jam 12pm. 

Item ni sudah di maklumkan hanya setakat sekali perolehan sahaja, takkan ada lagi selepas ni, bukan melawak. kalau nak dapat lagi pun maybe 1 tahun ke 2 tahun, tok ambil sempena anak lelaki tok lahir dan daftarkan namanya di sana untuk tujuan warisan di masa depan jika dewasanya dia berminat bidang ni ( anak sendiri pun kita x boleh paksa minat ). bila dia berminat maka time tu segala mak nenek kawan dan sahabat alam ghaib tok akan menghadirinya. 

Baik, tunggu bonda JJ pack dulu satu persatu na. Mahar dia boleh tahan , tapi x sampai ribu pun, angka 500 pun x sampai. Gatal tangan tok masa menaip sebab bunganya ada efek gatal , sesuai untuk menggatal. 

Dalam jam 12pm akan keluar, tu bonda baru bagitau dia dah tak larat dah. 


Kelebihan :


1. Pelarisan niaga

2. Pengasehan untuk dapat jodoh

3. Pemagar diri dari di sihir



* Setiap minyak ini berkhodam, kalau org jual brg mistik takda khodam maksudnya barang tu takda enjinnya, walau pakai Ayat Al-Quran tetap berkhodam kerana setiap huruf ayat itu ada penjaganya, ada khodamnya, jadi jika ada peniaga kata takda khodam sebab pakai ayat Al-Quran, suruh p mengaji balik. Ada ilmu 1 jangan tunjuk ada 10, sat g kena sudi dengan org menyesal seumur hidup apa pun tak boleh. Sebenarnya org nak buat sihir tak perlukan nama dan gambar pun, semua tu gimik sahaja nak buat pesakit YAKIN , itu sahaja. Kenalan tok sudah berapa ramai kena sudi, murid tok yang handal sudah 3 org meninggal dunia, Maksudnya di luar sana ada org suka menyudi org lain , cuma masa kamu sahaja belum sampai, kalau sudah sampai, pasti menyesal tidak ada gunanya, sebab tu kena ada ilmu. bukan sembrono sahaja, reseller tok mesti ikut rentak tok, jangan memandai mandai, kalau anda ada kena apa apa, busung ke, santet ke, muntah darah ke, tiba2 pisau gilette dalam perut ke tok akan siasat dulu macam mana rentak kamu buat. 

Kena ingat 1 benda, atas langit ada lagi langit, sampai langit ke 7. adanya Allah. Bukan kita hebat sokmo. Tok sendiri tak pernah mengaku tok hebat atau bercakap macam org hebat gila, kerana tok tahu ada org lebih hebat dari tok, kalau tok ni hebat tahap dewa pun tok tak akan mengaku kerana tok tahu yang ada ilmu cuma tok, yang ada pemagar cuma tok, anak bini tok tak pernah berguru dalam gua, tak pernah puasa mutih 41 hari, tak pernah masuk keluar hutan dan bukit ......kita tak kena...anak bini kita kena.... bini kena takpa menikah lain, anak kena?............. fikir fikir fikir fikir.... 14x fikir dan tambah lagi 16x ganda 14x berfikir. Mundurkan diri bila sampai sempadan. Resam padi makin berisi makin menunduk, Resam Ubi Kayu, Kurus sebatang di atas , tapi isi dalam besar peha dan panjang sedepa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN