Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Lama dah tok nak menerangkan Di blog perkara ni tapi selalu terlupa.
Jadi hari ni kebetulan 1 cust bertanya. Maka tok terus lanjutkan sahaja
Selalu sangat kita lihat testimoni di mana mana, mudah kan nak dapat testimoni sedangkan kita tahu bangsa kita ni kalau dah beli memang susah nak buat testimoni, masa susah saja mesej mesej, dan kalau barang tak jadi masuklah mesej berjela jela, kalau barang jadi asbabnya senyap membisu, cuma kalau org tanya barulah nak di rekmenkan itupun kalau boleh antara dia dan kawan sahaja, susah org kita nak puji produk org lain dalam wall fb mereka sebagaimana bangsa lain buat untuk memajukan bangsanya kecuali menghentam saja. Menghentam memang bangsa melayulah NO 1 di Malaysia kalau bab produk. Apatah kalau diri sendiri ialah peniaga.
Pengalaman tok berniaga mistik.
Kalau barang tak jadi, berjela panjang masuk... dalam diri tok berkata " owh patutlah tak jadi... kalau org hentam kita di media sosial, lagi lah " macam ni sikap macam mana Allah nak berikan kelebihan dan memudahkan urusan hidupnya, begini rupanya perangai dia ".
Kalau barang menjadi, kalau ada 100 orang 99 senyap membisu, cuma kita tau esok dia beli lagi dan lagi, maka kita tau brg tu menjadi pada dirinya.
Contoh anda beli minyak pengaseh ...jadi pulak... ada sesiapa di sini yang DEWASA nak mengaku anda dapat awek?..... kalau budak budak sekolah memang ya. mereka belum matang .
Paling tok dapat pun ialah, " Alhamdulillah asbab barang tok, memang jadi, terima kasih tok "...itulah jawapan org DEWASA.
Kita ni ( GELIGABUNIAN ) dah lama bertapak di dunia mistik online selama 8 tahun, kalau campur offline dah 12 tahun dah, tapi yang kita ada bukti ialah 8 tahun lah tu cuba buka blog ni pakai pc / laptop, tengok sebelah kanan , penghargaan dari SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) yang tok masukkan tahun lepas.
Kalau nak ikut barang kat sini tak menjadi , tok tak kata jadi semua, dalam 100 barang , 100 pembeli dalam barang yang sama mungkin 20 org tak jadi , HAK TU kena tanya ALLAH la, tok ni cuma sediakan saja perkhidmatan. TOK BUKAN TUHAN. Tanya Allah ni maksudnya muhasabah balik diri paling penting dengan MAK PAK kita dah minta maaf ke belum?
Dah mintak Halal Susu yang kita minum dari dadanya dulu
Dah Mintak Di redhoi Jalan Hidup Kita selama ini
Dah Minta doa seorang ibu untuk kejayaan kita?
Setelah tu cari kawan kawan kita dan minta maaf kepada mereka, adik beradik juga jangan lupa... bukan tunggu nak MATI baru nak buat.
Kemudian kembali kepada Allah , taubat .. awat ...tak pernah buat dosa ka?
Kalau ada peniaga nak guna cara macam ni, TESTIMONI BUAT SENDIRI... walau org tak tahu ALLAH TAHU, itu juga adalah kategori MENIPU.
Ni semua tiru agenda Barat lah, jual ubat, jual produk tulis testimoni sendiri, gambar tah apa apa di ambilnya secara rambang di media sosial.
Orang tak tengok TESTIMONI
Orang tengok How Old The Business ESTABLISH
Kalau tak kat kedai kedai lama tak tulis atas puncak bangunan tu bosau bosau SINCE 1884 Dll
So kembalilah kepada HAKIKAT sebenar bagaimana nak menilai sesuatu perniagaan. Bukan cara murahan... Kedai yang duduk di sana sejak 1884 hingga kini agak agak murah ke maintenance dia dan berapa lama sudah perniagaannya TERPERCAYA sejak tahun itu?. Kalau tak terpercaya, 2 tahun saja peniaga mampu pusing modal, lepas tu HANGUS di tengah jalan, Bankrupsi.
* Anda sendiri MAKAN GAJI mampu ada 2 HP, inikan peniaga?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja