HANYA 1 DALAM MALAYSIA
KISAH BADIK SULAWESI
Nama Asli : Badik Lompo Battang
Jenis Kayu : Akar Kayu Jati
Jenis Besi : Besi Dasar Laut
Hiasan : Tulang Kambing Gurun
Pamor : Batu Lappa
Jenis Tuah : Tenri Isseng Poadai Decenna
Material
"Nah, dibawah ini adalah jenis-jenis pamor yang sering dianggap istimewa dan paling dicari oleh para kolektor dan pecinta pusaka Polobessi :
Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuo
Secara umum Bdik berpamor Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuo adalah pamor yang terbentuk dan dihasilkan dari bahan pamor dengan kandungan meteorit yang cukup tinggi. Bentuk dari Badik pamor Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuo pada dasarnya dari bahan yang sama dengan ciri kesamaan yaitu mengkilap menyerupai warna perak/nikel. Pembedanya adalah, jika bentuknya berupa gumpalan-gumpalan besar atau melebar maka disebut Batu Lappa'. Jika bentuknya berupa gumpalan-gumpalan kecil kira-kira sebesar biji cabe maka disebut Uleng-Puleng. Kemudian jika bentuknya membentuk guratan-guratan tipis memanjang maka disebut Ure' Tuo.
Tiga jenis pamor ini dianggap paling istimewa dan paling banyak dicari karena kemunculan pamor ini harus dari bahan pamor khusus. Bahan-bahan pamor yang biasa bagaimanapun tidak akan bisa menghasilkan Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuo. Jadi dapat disimpulkan bahwa ini adalah pamor hadiah aari alam. Berbeda dengan penyebutan pamor lain yang seperti Daung Ase, Teppo Baja, Kuribojo, Dato-Dato misalnya, adalah jenis pamor yang bisa dibentuk dari bahan pamor apa saja. Untuk Pamor Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuor bahan pamor yang digunakan adalah harus dari bahan dengan kandungan meteorit yang tinggi.
Sedikit tentang meteorit, bahan pamor ini menurut penelitian adalah bahan pamor yang berasal dari meteor (bintang jatuh). Sejak dahulu, orang-orang suku Bugis banyak yang menggunakan gumpalan batu meteor ini sebagai azimat anti makhluk halus yang jahat.
Karena kebiasaan ini maka, Badik pusaka yang mempunyai pamor Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuo dipercaya sebagai Badik yang sulit dihuni oleh khodam dari golongan hitam. Ini adalah tuah atau makna pamor Batu Lappa, Uleng-Puleng, Dan Ure' Tuo secara umum, tapi untuk secara khusus akan banyak lagi yang mempengaruhi berhubungan dengan letak pamor Batu Lappa, Uleng-Puleng, dan Ure' Tuo"
Alhamdulillah semasa di Indonesia Pada waktu tok berurusan dengan murid Kiyai bagi menebus beberapa keris berdiri ada seorang Hamba Allah misteri, kerana apa tok menggelarnya misteri kerana wajahnya mirip seseorang yang pernah tok lihat di dalam Gambar yang ada di Google
HANYA 1 DALAM MALAYSIA
Mukanya kasar, Janggutnya seperti di dalam gambar di atas, dan rambutnya panjang, mukanya cengkung. Gambar di atas ialah ilustrasi hang tuah.
Pemilik asal ini banyak berdiam diri sehinggalah tok bertanyakan kepada murid Kiyai, " Kalau di sini ada ga keris taming Sari ?" , sengaja tok lemparkan soalan ini mana tahu kalau kalau ada yang sesat dalam simpanannya, murid Kiyai Bertanya kepada tok" Benda apa taming sari ?" , tok hampir ketawa mendengar soalannya, masakan dia tidak tahu sedangkan keris ternama itu salah satu ada di Muzium Majapahit?.
Tok bertanya lagi dan di jawab tidak pernah nampak. Lelaki empunya badik ini menyampuk dan mengeluarkan sekeping gambar, ini taming sari... Wahhhh..... orang sulawesi tahu Taming Sari berbanding orang yang punya ribuan keris di dalam simpanan??.. sambil menunjukkan gambar itu, murid kiyai kelihatan tercengang dan cuba mencari jika ada.. tapi semua yang di keluarkan beliau itu tidak ada di dalam simpanan.
Lelaki ini sering kali menjeling ke arah tok , tujuan dia datang adalah kerana untuk memaharkan badiknya kepada murid Kiyai dan ia di tebus sebanyak 5 juta Rupiah sekitar wang kita RM 1500. Tok melihat Badik ini , hati teringin memilikinya namun tok segera menolak kerana tok perlu standby untuk kos bagasi di Bandara kelak.
2 Malam.. tok tidak dapat tidur kerana terkenangkan badik ini.. pada hari seterusnya hati ini sudah tidak dapat tok tahan tahankan lagi, terus bersiap ke rumah Murid kiyai dan meminta badik ini , mulanya tok hanya memegang dan memerhatikan sahaja, indah sekali buatannya, besinya dari jenis kukuh dan kuat dan jarang tok lihat besi begini. ia terbuat dari besi kursani 100%
Cara penjagaan yang mudah melalui Minyak Pusaka yang sedang tok order pada kuantiti yang banyak, jika pada bulan muharam hanya perlu di gosok dengan limau bagi menaikkan pamornya.
Badik ini adalah antara 3 benda berpuaka yang tok bawak balik, puaka ni maksudnya punya khodam yang kuat berstatus panglima atau lebih up lagi namun below King, jenis king tok bawak balik sepasang.
Semenjak tok bawa ia pulang, 1 hari berkali kali tok membeleknya sampai saat tadi tok mengambil gambarnya sehinggakan Bonda JJ naik cemburu dan katanya nak di sembunyikan hahaha, jeles.. dengan badik pun nak jeles.. dengan madu dia x nak jeles pulak.. hehe.
2 Hari lepas Hulu Badik ini sedikit patah , jika di fikirkan lojik jenis kayunya amat keras namun jika di fikirkan dia ni datang dari Indonesia , lalu sepanjang jalan ada saja lah jenis jin jin tak puas hati melihat rumahnya lawa ( badik ), senjata ni kalau bagi jin ialah rumah mereka.. lagi kita jaga elok letak harum haruman lagi depa suka dan lagi kuat semangat senjata itu. Jadi mungkin kerana jin kat luar sana jeles, di patahkan hujung hulu badik ini .. bukan jatuh tau.. tok pun tak tahu bila masanya patah semasa dalam kereta, benda kita sayang mestilah kita letak di tempat elok, beralas dan sebagainya kan. Tapi tu lah, ada saja jin yang dengki dengan rumahnya, ia di rosakkan. Tok pun dah order peralatan membaiki hulu badik ini ..bonda terkejut kerana hanya kerana badik yang satu ni, tok sanggup beli peralatan untuk memperbaikinya dan ia sudah di perbaiki.
Selain kelebihan kelebihan lain badik ini ialah senjata pelupus kekebalan dari laut, contohnya Gelang Raja Naga Laut tu, ia kan ada kekebalan. dan dari laut, maka kelemahannya ialah badik ini dengan izin Allah SWT.
=================
Tambahan Kelebihan
Setelah lama menyimpannya tok mendapati ia juga mempunyai pelbagai kelebihan lain. Antaranya ialah:
Membinasakan sihir yang di hantar orang, ia sudah berlaku kepada diri tok sendiri
Seorang Ahli Spiritual peringkat tinggi pernah datang ke rumah dan memberitahu dalam rumah ini ada 1 barang yang amat kuat sampai meremang bukan takat bulu tangannya, malah sampai bulu mukanya sekali meremang, tok menunjukkan kepada dia badik ini dan ia mengakui inilah barangnya, sebelum badik di keluarkan banyak juga barang di tunjukkan tapi di nafikan beliau, dia ni dulu otai samseng di KL. nama tak boleh petik lah, tapi kalau teringin nak kenal mai sini tok bawak jumpa.
Kekebalan pada sang pemilik dari peluru, parang dan sebagainya
AMAT TAJAM GILA TANPA PERLU ASAH
HANYA 1 DALAM MALAYSIA
Mempunyai Khodam Bertaraf Panglima yang Gah dan tegap
Jika anda bawa bertanding pertandingan keris dan badik.. percayalah.. anda akan menang, kerana seni mata begini jangan harap ada di dalam Malaysia, kerana selama tok sendiri menghadiri pertandingan keris dan senjata, belum ada yang secantik ini. Pertukangan kita belum setanding dengan pertukangan di Indonesia itu kena akui. Kita buat senjata berapa hari siap?... tukang senjata indonesia buat 12 senjata berapa bulan siap?
Hari Ini tok membuka peluang dan sengaja tok mencuba nasib diri tok dan diri anda sendiri untuk cuba memaharkannya jika anda berkemampuan In Sha Allah... Sudah puas tok belek dan sudah tersemat sebati setiap likunya pamor keris ini di dalam ingatan tok.
Mahar yang tok inginkan juga bukan calang calang dan ia sudah ada di dalam Minda tok. Namun tok tidak ingin merevealkan NILAI yang tok Target.
So tok nak lihat Kemampuan anda menilai Badik ini dan jika sekiranya anda berani , Boleh lah cuba meminangnya. Mana tahu Pinangan anda Tok Terima
Kenapa anda Perlu BERANI meminangnya?
Ia datang dari Sulawesi Dan Di jamin 100% Besi dasar Laut, Sila Baca wikipedia mengenai kelebihan besi sulawesi yang tidak sama dengan besi di mana mana pun di dalam dunia ini.
Jika anda mahu ke sana walau seberapa banyak wang anda ada, anda boleh merasuah pegawi di Indonesia ( di bandaranya ) namun di Malaysia dengan Mesin Scannya yang banyak gila.. fikir semula apakah anda berkeupayaan membawanya masuk ke dalam Malaysia
Jika anda ingin mendapatkan HANYA 1 Bilah Badik ini dari Sulawesi dan sanggup menghabiskan banyak wang di sini bagi penyediaan dokumen Ke KDN dan perlu mempunyai 1001 alasan kukuh , maka fikirkan semula adakah ia berbaloi?
Ini bukan barang main main, bukan sekadar Hiasan, tapi ia adalah barangan betul untuk apa yang kamu fikirkan samada pertarungan atau apa sahaja.
Barang ini ada tuahnya dan sudah tok jelaskan seperti di atas, jika anda tidak berpuas hati. sila Langsung Google aja
Tuah ayam nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu.
Kod Produk : BADIKRAJABESI
Bentuk : Badik Sulawesi
KEMBALI KE MAHAR ASAL
RM 11,000
RM 11,000
Selepas dari itu tok akan menganggapnya ia adalah rezeki tok untuk menyimpannya
PENGEPOSAN
Pengeposan ke Luar Negara Akan Disertakan Resti sebagai Koleksi
Allahuakhbar,masyaAllah cantikk..
BalasPadamAlhamdulillah. Mmg cantik puan
Padam...aduiii 😑
BalasPadam