Isnin, 25 Februari 2019

PERMATA JJ DIAMOND CUTTING












































Ini ialah Permata JJ cuting diamond, Bukan jenis batu asli, namun di gemari kerana ia tahan lama, kuat, kalau tonyoh kat lantai pun tak calar, ini lah modal peniaga jalanan selalu buat. sedangkan batu yang keras sebenarnya ialah BERLIAN. Jadi jangan mudah terpedaya dengan iklan tonyoh batu atas lantai itu kerana ia hanya akan membuatkan minda akan terserkup bahawa BATU ASLI tahan calar. 

Perlu diingatkan 

Setiap permata ada skala kekerasannya .

Contohnya Mani Gajah, cuma berskala 3-4 Skala MoH kekerasannya

Citrine pula cuma 2 Skala MoH kekerasannya mudah calar walau dengan kuku

Tourmaline Pula 4-5 kekerasannya 

Delima, Yakuk 9 Skala MoH

Berlian Pula 10 Skala MoH 


Batu JJ sama dengan kekuatan berlian iaitu 10 Skala MoH, murah tapi tahan lama, lawa.

Ada kelebihannya?..

Tetap ada kerana ia di buat dari pasir , pasir menjadi kaca, kaca di bakar suhu yang tinggi menghasilkan Batu JJ Ini. Jadi unsurnya tetap dari batu , cuma ia bukan asli mineral yang di korek dari bumi berbentuk begini, ia di cipta manusia dan mesin. 

Batu JJ ini diisikan dengan kelebihan :

Kerezekian 

Pengasehan diri dan umum

Memudahkan Urusan seharian dengan izin Allah SWT

Item JJ atau item sintetik selalunya di perolehi di hujung hujung power zikir , di mana jumlah kekuatan zikir yang di kumpulkan sudah menjadi sedikit , dan pada akhir penarikan hanya mendapat batu batu berunsur sintetik atau JJ seperti ini. Namun ia tetap berguna. Jika plastik sudah lama kami pulangkan atau berikan sahaja sebagai hadiah kepada orang kampung sekeliling. atau sanak saudara. 

1 Tahun berlalu tok kurang bercerita mengenai alam bunian dan tok tahu anda dahagakan cerita, masalahnya ialah dalam 1 tahun atau tepatnya 3 tahun lepas, tok tidak lagi berapa aktif di dalam terawangan alam bunian yang biasa tok lalui, di alam sana tok sebenarnya berpindah ke dimensi yang lebih jauh dan lebih dalam, katakan terawangan biasa tok lakukan sejak berusia 16-17 tahun dulu hanya memakan masa 3-5 saat sahaja sudah sampai, kini tok menerawang ke 1 dimensi alam yang lebih jauh, pada pertama kali ia berlaku masih tok ingat di Setia Tropika ia memakan masa selama hampir 30 minit untuk tok sampai ke lokasi , waktu di sana amat perlahan, katakan 6 bulan lepas tok ke sana orang di sana baru nak pegang cawan untuk minum, sekarang kalau tok ke sana, cawan itu baru sampai ke bibir mereka, belum lagi di minum, betapa perlahannya masa di sana tidak dapat tok kira, amat lah perlahan sekali. Jadi 6 bulan itu cerita apa nak tok sampaikan selain cawan baru nak angkat, dan cawan baru sampai ke bibir?.... Alam yang jauh ini adalah alam Tapa diri. 

Anda tahu alam Tapa diri?.... alam tapa diri di gunakan pertapa pertapa di dalam pertapaan , mereka boleh bertapa selama ratusan tahun dengan jasad masih hidup, namun tinggal kulit , kuku sudah tumbuh sekeliling badan mereka, malah ada yang sudah bersatu dengan pokok yang menjadi tempat mereka bersandar.

Di tasek Chini ada 1 jasad yang masih utuh di dalam hutan, kini ia sudah di tebing tasik Chini itu sendiri, Jasad ini sudah tidak dapat terlihat jelas kerana ia sudah di tutup kulit pokok yang membaluti . Tok sendiri cuma dapat melihatnya sekali dulu semasa mengikut 1 jemaah masuk ke dalam sana, dan guru jemaah yg menunjukkan jasad ini. Agak mengerikan jika anda tidak terbiasa. Jasadnya masih hidup, nafasnya masih ada. Tapi jiwanya di tempat lain.. masih hidup dan mungkin sudah beranak pinak. Inilah kehebatan Tubuh yang Allah Pinjamkan kepada manusia... haaa perasan ayat tu.. TUBUH NI CUMA PINJAMAN sahaja, jadi jika faham dan ada ilmunya... tahu lah kan bagaimana nak buat dan guna. Taklah mempertikaikan bagaimana pula boleh beranak pinak di alam lain, asyik mempertikaikan sahaja, kita kalau dahagakan ilmu jangan pertikai, cari guru yang arif dan belajar tau.

Mengenai alam Tapa diri ini sayang dan malang sekali, tok tidak di benarkan cerita kepada sesiapa pun , bukan tok nak berahsia, tok pernah nak cerita kepada anak murid, namun cerita tu jadi serba tak kena, tonggang terbalik kita nak kaitkan dengan fakta lojikal pun tak dapat. 

Contohnya Alam Allah... berapa hari kah dunia ini Kepada DIA?.. cuba tanya guru sufi anda.... kalau jawapan tok. dari dunia ni wujud sampai kiamat.. ia cuma bernilai 2 hari sahaja. 

Dan 2 hari kita di dunia ini menentukan berapa juta tahun kah kita di Syurga atau Neraka di Alam Allah.. Allah Hu Akbar.. 

Kehidupan tidak boleh di hentikan.. maksudnya ada orang kata dia nak stop, nak duduk kat bukit dan bersuluk, mereka salah... cuba buat dulu.. dan bandingkan

Kehidupan anda yang normal amat laju kita rasakan

Kehidupan Bersuluk amat perlahan, sehari bagaikan 1 minggu nak di habiskan. 


Itulah kehidupan, lagi laju kehidupan kita , lagi kita terleka. 

Umpamanya kita naik kenderaan , naik kereta... kita lalu di sesebuah kawasan , hari hari lalu pun.. ia tak sama dengan naik basikal atau jalan kaki, rupanya jalan yang kita lalui itu ada banyak benda yang kita tak nampak semasa naik kereta. Tapi nampak semasa berjalan kaki... lihat... inilah contoh kehidupan. 

Kita naik kenderaan untuk mendapatkan rezeki di depan, tapi kita tak tahu pun sepanjang perjalanan tu banyak rezeki untuk kita... contohnya kita nak ke pasar beli sayur kangkung, pucuk paku, bayam... naik kenderaan sampai di pasar kita boleh beli pakai WANG..

Tapi bila kita berjalan kaki silap haribulan kita tak sempat sampai ke pasar kita sudah berpatah balik kerana di tepi jalan ada bayam liar, di dalam parit ada kangkung, di tepi parit ada pucuk paku pakis... Nampak apa yang tok cuba sampaikan?... 

Nikmatilah kehidupan ini.

Guru Tok yang sudah  arwah ( Al Fatehah Buatnya ) mengatakan 


Hayati dunia ini sebaiknya kerana dunia ini hanya sementara, ia penuh liku dan duka, namun akhirnya ia memberi bahagia

Setelah kita mati kita akan di hisab dan di masukkan ke dalam syurga atau neraka, di neraka tiada duka dan derita, kita bahagia sokmo, apa kita nak Allah bagi. 

Sakit adalah nikmat

Derita adalah nikmat

Susah payah adalah Nikmat

Nikmat setelah kita menyelesaikannya


Di dunia kita di berikan emosi....Marah, gembira, kesal, suka, duka, cemburu, iri hati, puas hati dan lain lain

Di Syurga ini semua tidak ada...yang ada cuma SUKA, cuma GEMBIRA. 

Kenikmatan di dalam kepayahan Allah Cabut, Allah Tarik . Mungkin kita sudah gila, tapi kita bukan gila kerana kita di syurga, tapi orang Gila di tepi jalan suka dengan kehidupannya, dia ada mimpi dia sendiri, dia ada khayalan dia sendiri, di dalam mindanya, apa dia mahu dia dapat.

Kita bukan gila di syurga, cuma Allah menarik rasa yang kita lalui di bumi ini.

Pada ketika di syurga nanti kita tidak akan ada pun perasaan menafikan ke manakah perasaan cemburu kita, ke manakah perasaan untuk bersaing kita, ke manakah perasaan sakit kita.. tidak ada.. yang kita tahu cuma NIKMAT selama lamanya, ya Selama Lamanya. 

Maka HAYATI dan NIKMATI dunia ini sepuasnya, perbuatan ini akan mengundang kesyukuran dan Allah suka kepada HambaNya yang bersyukur. perbuatkan apa yang kamu ingin lakukan di dunia ini selagi tidak menyalahi hukum Ugama , Nikmatilah dunia yang sementara ini. Kerana tiada lagi kelahiran semula di bumi yang serupa untuk kita Hayati jika kita kesal dengan kehidupan sekarang. 

Ada duit, berjalanlah seluruh dunia

Ada duit rasalah semua kenikmatan dunia dengan Halal

Ada Duit buat lah tempat impian anda 


Jangan KUFUR NIKMAT


Ingat Tu




Kod Produk : PJJ 23219
Bentuk : Permata JJ
MAHAR : RM 150




Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini

Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya





*we use FREE Shipping In Malaysia  
( No Postage cost will be charge )


Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +601111113044, Atau komen anda tidak akan di terbitkan

Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu

Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan

Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama bidang

Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan

GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 01111113044 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamirkan


Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam Ulasan GRAB di tulis


Maybank 551016691626 My Gemstone
RHB : 2012 9160 00660 3
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com

Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya . 



Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ  ATAU BONDA SHA Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB



BONDA JJ : 0127845231





BONDA SHA : 0178259540

2 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN