Cincin akik Yaman...
Jangan Endahkan cincinnya, cincin tu tok yang buat dan pasang dengan penuh kasih sayang hahaha.
Akik yaman tu yang kena ambik kira. Akik yaman ini dari jenis Grade A dan jenis batu lama.. bila sebut batu lama ni, otai lama dalam permata memang tahu kualitinya adalah lebih dari batu baharu. Lebih matang dan energynya lebih kuat dari batu baharu.
Akik Yaman adalah salah 1 pakaian Di Pedang Dan Jari Rasullullah SAW ( kita pakai jadi sunnah dan amik berkat apa Nabi pernah pakai dan buat ) dan di katakan adalah Batu pertama yang mengucapkan 2 kalimah Syahadah, jenis ini tau,.bukan yang atas ni.
Apa dia kelebihan akik Yaman?
Dari dulu sampai ke hari ini, tok tetap dengan cerita lama iaitu ia mampu menyedut energy alami yang kecil dan kemudian mengeluarkan semula menjadi energy yang besar
Kisahnya begini:
Semasa tok menetap di Johor dulu bersama isteri yang dulu. tok mendapat 1 pesanan batu akik yaman , batu mani gajah dan 1 raw dari 1 pelanggan yang aneh, misteri, dan pelik...
Order ni kami terima pada jam 10malam oleh seorang pemuda yang di katakan berusia 18 tahun.
Beliau meminta kami menghantar kesemua beliannya ke sebuah Felda yang hulu.. felda apa pun lupa dah, di Kluang, berhampiran dengan Gunung berlumut. Felda ni memang agak jauh ke dalam, jauh.. memang jauh.
Kami sampai sekitar jam 12 malam di lokasi yang di berikan iaitu sebuah stesen minyak tidak berjenama di felda berkenaan, stesen minyak ini sudah tutup dan kami menanti pemuda ini.. di dalam kegelapan , kami suami isteri pandang kiri pandang kanan, pandang depan pandang belakang.. mana orangnya... tiba tiba seperti masa terhenti dan berjalan semula ada lampu motorsikal di tepi pintu sebelah isteri tok . Tok agak kaget, tapi tak mempersoalkan kerana dah lama menunggu, jadi gembira dia sudah datang tu menggantikan kekagetan kami. Kalau nak pikir lojik... sebelum dia tiba tiba sampai, mesti dah nampak dari jauh samada nampak lampu atau bunyi motornya.. stesen minyak ni ada kawasan lapang luas. jadi agak mustahil tiba tiba nak ada di sebelah kereta .
Kami di bawa ke 1 kedai makan atas bukit... item di keluarkan. pelanggan ini memperkenalkan diri sebagai Z. kopi di pesan.
Sembang demi sembang.. lama bersembang baru tok cuba mengamati rupa bentuk pemuda ini.. kulitnya putih, badannya tinggi, jemarinya runcing, lebih tinggi dari tok 2 inci ke 3 inci. dalam perbualan ini Z menyatakan dia sedang belajar di sebuah Universiti dan kumpulan mereka sedang mengkaji alam ghoib, cara nak ke alam sebelah.. mereka sudah menciptakan sebuah alat dan berjaya mewujudkan portal ke alam tersebut.
Katanya , mereka sudah menghantar 1 walkie talkie, dan 1 cctv, namun tidak berjaya, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menghantar 1 manusia ke alam sana. Kami suami isteri mendengar penuh minat walau pun di dalam hati tok mulai timbul was was dan curiga kepada dirinya, kedai yang kami duduk dan juga orang sekeliling, mata tok mulai melilau melihat keadaan sekeliling.
Z Juga menceritakan bahawa tujuannya membeli akik yaman adalah untuk berhubungan dengan alam ghoib tersebut dan beliau menjelaskan bahawa batu akik Yaman adalah satu satunya permata yang mampu menyedut tenaga yang lemah dan kemudian menukarkan ia menjadi tenaga yang lebih lagi.
Pada akhir perbualan kami menyelesaikan minuman, dan Z membayar semua perbelanjaan , kami ke kenderaan untuk melihat batu dan geliga lainnya, namun Z tidak berminat melainkan hanya kepada apa yang di tempahnya sahaja. Kami bersalaman dan dia berlalu di tepi kanan tok..... HANYA... 3 saat dia berlalu tanpa bunyi tanpa apa pun.... kami di suluh oleh 2 anggota RELA felda berkenaan... Mereka tanya, dari mana kami datang.. kami cakap kami datang jumpa kawan dan tok tunjuk arah belakang .. ye lah baru 3 saat.. bunyi motor pun belum dengar mesti Z belum start motornya, RELA menyuluh ke arah yang tok tunjukkan , tok berpusing dan melihat tiada apa apa..Z sudah tiada..bunyi apa pun tidak ada. Tok ingin bagitahu RELA itu kami ada duduk di warung atas bukit tu tapi bila tok menolah melihat warung itu sudah pun tutup, sudah lengang. Tok bertanya kepada Anggota RELA, kedai tu tutup pukul berapa?... Anggota RELA menjawab jam 10malam dah tutup, Felda macam ni siapa nak melepak sampai jam 2 pagi?.... tok melihat jam ... ya , sudah 2 pagi... kami terkedu..
Pada malam itu tok terus menceritakan kejadian ini di blog, pagi esoknya tok mendapat sms dari Z menyuruh tok memadamkan semula apa yang tulis . Halaman itu di padamkan namun kemudian ia di sebutkan sekali lagi tahun lepas dan pada halaman ini.
Malam selepas kami pulang itu isteri tok mendapat mimpi bahawa Z datang bersama 1 lelaki tua dan menyatakan diri sebenarnya ialah Tengku Mahkota di Kerajaan Berlumut dan dia menghadiahkan seutas rantai kepada bekas isteri tok itu.
Pada esoknya selepas halaman itu di padamkan, Z membuat bayaran melalui kad kredit yang tak lojik... maksud tak lojik ialah cara pembayaran tu tak lojik... contohnya , anda bayar online pakai maybank2u atau 1click kan?... kalau melalui kad kredit pun ia transfer melalui paypal . tapi bayangkan anda pakai kad kredit yang bukan dari bank yang anda pernah tahu dan online dari jenis yang anda tak pernah tahu, walau pun online luar negara. Tapi tok menerima asalkan ia sejenis bayaran.
Sebulan selepas itu tok meminta abang ipar tok yang bekerja sebagai Manager CIMB menyemak pembayaran itu namun gagal, kemudian dia meminta adiknya yang juga manager Maybank Langkawi masa tu untuk menyemak.. ada transaksi duit masuk, tapi sumbernya jadi pening lalat.. tak di ketahui dari mana.. dia pun pening di mana dia nak mulakan semakan. akhirnya close case jadi Xfiles la.
Itu 1... 1 lagi di Bandar Baru Uda.. seorang lelaki berusia 48-52 tahun , datang berjumpa tok , salam, duduk dan tanya , apa kereta tok pakai?... tok tunjuk Picanto 1.0 tok yang di beli 1 bulan secara sambung bayar.. dia berkata " tu je?" dia terus bangun dan berlalu.. 2 lelaki di laluinya dan dia ghoib di depan mata berhampiran Mydin BBU, Tok tersenyum sebab masa tu dah tahu... 2 bulan kemudian tok mendapat peluang menukar picanto itu dengan Merc Kompressor SLK250 dengan nilai hanya RM 19000 sahaja.. Alhamdulillah... tok dapat dan tok jual semula pada nilai Sambung Bayar RM 30,000 hahahaha.
Kehadiran mereka ini selalunya mengejut, drastik, dan pelik... tiba tiba je..
Contohnya anda pernah ke Mekah dan berjumpa dengan 1 lelaki yang entah datang dari mana sedangkan anda tahu pada ketika itu mata anda sedang berawas memandang sana sini, tiba tiba dia muncul di depan muka anda dan berkata sesuatu atau memberi sesuatu..... haaa tu lah dia.. siap tuh... Jin kah, Bunian Kah, Roh Kah, Malaikat Kah?.... wallahualam.
Berbalik kepada cerita Z tadi, rupanya alam ghoib yang dia katakan itu ialah alam manusia, dan manusia yang di hantarkan ke alam kita ini ialah dirinya sendiri. Subhanallah, hebat bukan. Jika di fikir lojik akal, universiti mana kah di alam kita ni yang nak buat mesin ke alam lain?... Universiti kita manakah yang percaya benda alami macam AKIK YAMAN ini mampu menyedut tenaga alam?... USM?kikiki.
Di alam Bunian itu sendiri , tak nampak alam manusia, makanya bila tak nampak namanya ialah GHOIB, betul tak?.
Jadi Bagi orang Bunian, alam manusia ini ialah Alam Ghoib bagi mereka dan sebaliknya juga kita kepada mereka. Allahu Akbar, besar Sungguh ciptaan Allah Taala... Itu belum kita kaji di luar planet kita lagi kan, apa yang ada di planet lain dsbgnya kan?.. Kita cuma percaya apa yang omputeh cakap sahaja.. wakil kita pun tak berapa nak cakap banyak selepas pergi ke sana.. kononnya lah..
Kita Percaya Bulan itu kelabu asap, sedangkan jarak kita dengan gunung yang baru 20 kilometer pun dah menampakkan gunung itu kelabu asap, inikan bulan?
Orang bunian ni siapa pula?...
Ada yang kata Jin
Ada yang kata Manusia
Kefahaman tok yang terkini menerima kedua pendapat ini kerana memang di alam sana ada belaka, nak cakap ada raksasa naga besar pun tok percaya, sebab memang ada, sepanjang tok menerawang sebelum ini ke sana semenjak berusia 17 tahun sehingga kini memang semuanya ada.
Asal usul orang bunian ni ramai orang Pertikaikan, tak kiralah tua muda, pandai, tak pandai. Tapi fakta tok cukup menarik dan membuatkan ramai dari mereka terbungkam.. biarlah sudah berapa banyak buku di terbitkan untuk menidakkan orang bunian , setelah mendengar kenyataan tok ini pasti mereka kalau boleh nak menarik semula buku buku keluaran mereka keluar dari pasaran.
Tahu kenapa?...apakah faktanya yang tidak MAMPU di sangkal?... biarpun kamu belajar sampai ke PHD di London?
Iaitu kisah Nabi Sulaiman, Kisah Zamannya yang mana tiada apa pun yang GHOIB, semua nyata. dan Nyata ini sampailah ke akhir zaman zaman Dekat Nabi Muhammad Nak Lahir. Tu gunanya kitab lama.. Para ustaz ustazah yang mengaji tinggi mana pun, akhirnya mereka akan kembali mencari kitab lama kerana mereka tidak puas hati apatah setelah mendengar penjelasan dari orang macam tok ni.
Nabi Sulaiman berkahwin dengan siapa?.. siapa Ratu Yang Angkuh itu? Yang di bawa istananya sekelip mata di depan Istana Nabi Sulaiman AS?
Ya , Ratu Balqis.
Siapa Ratu Balqis ni tuan tuan sekalian?
Siapa ayah dan siapa ibunya?....
Salah satu dari parentnya ialah Bangsa JIN
Dia anak KACUKAN JIN & MANUSIA
Di dalam kitab lama memperjelaskan kejelitaan Ratu Balqis ini, cuba di Ngurat Nabi Sulaiman, Tapi dia sombong dan menyembah matahari, kenapa Nabi Sulaiman AS nak Mengahwininya dia kalau dia tak lawa... manusia banyak lagi kot?..., sampaikan semasa dia berjalan di istana Nabi Sulaiman, dari kaca marmar / tile lantai istana Nabi Sulaiman di sebutkan " kelihatan Indahnya Betis dan peha Ratu Balqis di lantai Istana Nabi Sulaiman AS seperti pangkal serai, wajahnya Indah Bak Bulan Purnama " ...Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu. Dan tunduknya Ratu Ini di hadapan Nabi Sulaiman AS lalu mengahwininya.
Pada ketika itu bukan Ratu Balqis sahaja yang bernama anak KACUKAN... ramai lagi. ribuan, jutaan orang.
Mereka yang bernama anak kacukan ini mempunyai kehebatan luar biasa antaranya mampu terbang, mampu berlari atas air, mampu melumatkan besi, mampu mengangkat benda berat.
Dari sinilah muncul kisah Badang, Nabi Sam'un yang kuat ( hercules la ), Nabi Daud yang melumatkan besi, Jesus yang boleh terbang dan mengawal kilat, Poseidon yang menguasai lautan dsbgnya.
Mereka ini adalah orang orang yang beriman kepada Allah SWT, namun manusia biasa yang jahil mengangkat mereka sebagai Tuhan, sebagai God.
Lalu pada akhirnya mereka meminta kepada Allah agar di ghoibkan dari pandangan mata manusia, ada kitab lama yang menceritakan mereka lari ke bulan , di katakan dulunya bumi ada 2 bulan, ada yang lari naik ke kayangan , bab kayangan ini memang menjadi lagenda seluruh dunia, dan di Universiti Oxford London ada 1 peta lama yang menunjukkan dunia ini berpeta 2. 1 di bumi dan 1 di langit. Wallahu alam.
Siapakah Iskandar Dzulkarnaian... Nama ini cuma Gelaran yang bermaksud pemimpin yang Hebat. dia ada namanya yang asli. Bagaimana Iskandar ini mampu membuat tembok besi untuk Yakjuj dan Makjuj , sedangkan di akhir Zaman hanya Allah yang akan membinasakan Bangsa bangsa ini. Sehinggakan Allah memerintahkan Nabi Isa dan pengikutnya di akhir zaman ini melarikan diri, tiada siapa dapat mengalahkannya. Lihat.. betapa hebatnya Iskandar. Bukan nak kata Nabi Isa Tidak hebat, tidak, tapi setiap nabi turun ada kerjanya, ada tugasnya. Sama seperti kita manusia, setiap kita ada peranannya.
LIHAT FAKTA yang tok berikan.. jika ilmu yang anda pelajari selama ini masih berkata bunian itu jin semata mata... maka semestinya anda orang yang bodoh sombong, setiap hal , ada bukti, ada fakta, ada sebab. Bukan suka suka di ceritakan.
Jin ada di alam bunian, namun mereka ada alam mereka sendiri, Jin yang menduduki alam Bunian ialah Jin yang tidak mahu bercampur gaul dengan Jin Kafir yang di pimpin Iblis , Jin mempunyai keupayaan ke alam Jin, Bunian dan Manusia dengan KehendakNya, sementara Bunian dan Manusia ini terbatas kerana ilmu.
Setiap benda di bumi ini ada kisahnya.
Asal usul semua binatang dan tumbuhan... sudah berapa milliar tahun dunia ini tercipta... setiap tunas dan benih ada sebabnya kenapa diciptakan..bukan sesuka hati.
Kod Produk : CAYAMAN GA
Saiz : 16
Bentuk : Akik Yaman Siap cincin
MAHAR : RM 100
* Cincin boleh di ubah saiz lain dengan tambah sedikit kos ( bukan perak , kalau perak banyak kos )
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +601111113044, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 01111113044 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamirkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam Ulasan GRAB di tulis
Maybank 551016691626 My Gemstone
RHB : 2012 9160 00660 3
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU BONDA SHA Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0127845231
BONDA SHA : 0178259540
Assalam tok, saya grab
BalasPadamButiran PD mahar sudah wasap pd bonda.
Padambaik terima kasih tuan
PadamAlhamdulillah, jazakallahu khairan kathira
PadamWa Jazakumullahu Khairan
PadamGrab tok..bismillahirrahmanirrahim
BalasPadamGrab tok..bismillah
BalasPadamAssalamualaikum tok...saya grab CAYAMAN GA
BalasPadamw.salam wbt , silakan
Padamsudah di grab tuan di atas
PadamLepas kat saya lah tuan sweet..huhu
BalasPadamgrab tok
BalasPadam“ opit “
baca cerita ni teringat masa beli batu murah2 kat gunung ledang dulu.. hihi
BalasPadamhuhu. tu lah, kalau la ni, otai lama selalu jumpa tok tengah jalan saja untuk belinya
PadamMohon grab tapi cincin tukar saiz 22
BalasPadamMaaf tuan, item ni sudah di grab di atas.
Padam