Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.
Alhamdulillah perolehan semalam berupa geliga cenderawaseh itupun ada 4 tir je.. orang tengok kami bisnes ni macam mana la kan.. macam mana tok berniaga dengan hanya 4 butir?.. macam tu lah tuan tuan.. tu pun macam macam org dok kata. kita kalau boleh kan.. teringin nak ada stok 100-200 biji, buat buat bekalan ke depan, tak perlu lah nak bersusah ke sana sini buat ritual.. tapi ni lah.. kerja orang takda modal macam tok ni hahahahaha. Ada modal sikit sikit buat tambang, buat makan jadi laaaa...
Ada orang cakap tok ni berniaga sejak 2012 online dan dia kira semua halaman tok yang sudah termaharkan, dia kata tok ni dah jutawan dah. Isk.. jutawan apanya.. rumah pun dalam kebun, tanah pun harap pesaka, rumah di siam pun harap rumah bini, kereta pakai pun second hand 2008 ( kete sendiri bukan ihsan member ) . Kalau tok ni jutawan, tok rasa tok tak da masa dah nak berjalan jalan sesuka hati, maklumlah kalau duit dah banyak mesti nak buka pasaraya, mall, kedai makan.. semua ni bukan boleh tinggal membabi buta pada pekerja. Kena di jaga dan di selia selalu. Parent tok di Kulim ada kedai runcit pun susah nak keluar ke mana mana , tak bukak kedai takda duit..
Tak silap tok pelanggan lama kita lah Tuan Azasham yang cakap tok ni kalau dia kira dah jadi jutawan. Jutawan tu tak ada lah, tapi nak makan minum, belanja staff dan kawan kawan makan tu adalah. Kereta tok pakai hak nama tok yang dok seret p siam mana hala pun cuma Camry 2008 beli second Rm 32000. Dalam hati teringin nak pakai kereta besar besar, tapi tak dapat lagi. Bukan tak boleh pakai, bukan tok tak boleh nak kaya cepat gila gila. tapi cara tu tok tak mau, Test buat gimik bagai, video itu dan ini, semua tu boleh buat, test barang kebal tak lut la, keluar api kok tangan lah, bakar kertas keluar duit apa semua. Tok belajar semua tu dulu. Tapi tok tak mau.. Murid tok berapa ramai kaya dengan hanya berniaga tepi jalan tapi penuh dengan demo dan trick. Peniaga lain pun sama juga.. Macam macam.. semua trick. Kalau buat video... pun masih boleh pakai trick lagi walau ada saksi dari orang luar. Boleh. Waima duit keluar dari kotak pun boleh buat. omputeh boleh buat trick melayang di udara , lagi dasyat. Tu kalau nak kaya cepat lah. Maklumlah orang la ni semua nak tengok bukti.. Bila tanya bab Allah tau pula tersipu sipu.
Kalau nak belajar trick trick ni , tok boleh ajarkan, bukan tak boleh. Tapi takkan free kot haha, adoi. dulu trick ni sebenarnya orang pakai untuk ajar orang yang sombong, bangga diri.. contohnya Telor ayam... Meh tok ajarkan 1 benda.
Telor ayam biasa kalau di ambil dan di genggam sekuat hati, tanpa pakai kuku dan takda cincin di jari, telor ini susah mau pecah. Bila mau di suruh pecahkan kepada orang yang sombong, suruh dia genggam samada 1 tangan atau 2 tangan untuk memecahkan, nyata ia sukar di pecahkan, kemudian ambil telor itu selepas cubaan selama 10 saat di berikan kepada budak kecil suruh budak ini pecahkan, pasti pecah... ini kerana telor ini kena kuku anak kecil itu, sementara tangan dewasa sukar kena kuku sebab tangannya besar, anak kecil tangannya kecil.
Sebelum melakukan itu , ambil telor.. Pura pura tahan napas di perut konon mau diisikan energy dalaman, Telor pula di dalam 1 tangan dan di genggam kuat, lagi kuat nafas di tahan, lagi kuat genggaman pada telor, AWAS, hanya dalam genggaman kulit sahaja, bukan kuku atau sendi jari ya, genggam sekuatnya sampai tangan terketar dan rasa telor ini sudah keras seperti batu.
Setelah nafas habis tertahan, berikan telor ini kepada orang yang sombong itu, yang katanya punya ilmu tinggi, minta dia pecahkan telor yang sudah masuk energy anda tadi, katakan kepadanya :
" nah, coba pecahkan telor yang sudah saya masukkan energy kecil ini jika kamu hebat"
Jika ia pakai cincin suruh ia tanggalkan cincin dengan alasan tidak mahu ada bantuan dari energy cincin, padahal besi cincin itu sudah cukup keras untuk memecahkan telor.
Kira 10 saat dia menggengam atau kurang.. jangan lebih kerana khuatir dia akan cuba guna kukunya dalam diam. kemudian ambil dari tangannya
" Mari sini telor itu , saya berikan kepada anak kecil sahaja "
Berikan kepada anak kecil, anak kita ke, anak dia ke atau anak kecil mana pun, minta dia pecahkan dengan tangan... Sekali tangan kecil itu genggam, PoooPP pecah.... kerana tangannya yang kecil membuatkan kukunya terkena kulit telor lalu katakan kepada Si sombong tadi:
" apaan kamu , cakap hebat, sombong, telor pun tidak mampu di pecahkan "
Lihat , mau jadi malunya dan selepas itu tidak akan sombong lagi. Gunakan Ilmu ini sebaiknya.
Kaedah ini sama dengan Mentol lampu bewarna putih telor... kenapa tak pakai mentol yang lutsinar atau mentol yang macam spring?.... kerana yang putih telor itu memang kuat dan keras sama macam telor .
Diisikan tenaga dalaman kononnya dan kemudian di ketuk ketuk kecil di marmar / tile dan kemudian ketukan kecil di ubah kepada lebih kuat sampai tile / marmar ini pecah dua.
Ini baru sedikit. Ilmu trick dan gimik di dunia mistik amat luas. sampaikan mampu tampakkan darah keluar dari tangan orang lain.
Gunakan ilmu di atas untuk mengajar orang ya.. jangan di gunakan untuk menipu.
Tok mereveal trick ini sebenarnya hanya akan mewujudkan musuh ke atas diri tok sahaja , jadi anda perlu bersyukur tok sanggup mengajarkan kepada anda secara online sahaja tanpa sebarang bayaran. Secara dasarnya ilmu Ghoib tidak mampu di buktikan kecuali memakai 2 perkara yakni JIN atau Trick, manakala yang memakai Jin pula ada perjanjian tertentu misalnya tidak boleh tinggal solat Jumaat, kelihatan bagus ya.. tapi pengamal tidak berfikir jika 1 masa dia sakit gering terlantar tidak mampu bangun sekalipun atau koma. 1 jumaat 1 korban, dari anak kepada anak , habis anak kepada isteri, habis isteri, kepada ibu, habis ibu kepada ayah, habis ayah langsung terus diri sendiri. Apa hanya kerana untuk membuktikan kamu diri kita hebat , kita mahu menjua jiwa kita kepada setan?.. tidak hairan kepada pakaian , berapa lapis jubah di pakai, berapa tinggi serban, jika hati sudah di kuasai setan, maka tetap setan. Setan tidak akan ragu ragu memberikan bantuan sakti kepada 1 orang jika kesaktian ini mampu menyesatkan iman dan akidah ribuan umat islam yang menyaksikan kehebatan ini, apabila mereka berasa takjub, berasa aneh dan memuja muja, maka mereka terus tergolong dari kalangan orang orang yang syirik, sementelah dosa syirik ini satu satunya dosa yang tidak akan Allah Ampuni, jika ada nas nas atau dalil bahawa Allah akan ampuni, berikan kepada tok untuk melihat walau pun 1 ayat. Syaitan tidak akan menyesatkan kamu dalam keburukan melainkan dari perkara yang tampak baik.
Geliga cenderawaseh di atas mempunyai energy di dalam :
Pengasehan
Kekuatan penarikan kerezekian dengan izin Allah SWT
Di Pakaikan sebagai cincin, in sha Allah energynya mampu bersebati dengan aura dan energy pemilik, malah kelebihannya akan bertambah mengikut jenis aura pemakainya
Kod Produk : G.SEH 23219
Bentuk : Geliga Cenderawaseh
MAHAR : RM 90
Siap Kos Pos, dont worry be happy untuk semenanjung dan Borneo kini
Pantangan Membeli Item Mistik ialah JANGAN meminta kurang kecuali di beri promosi, berkurangnya Mahar maka berkuranglah Khasiat dan kelebihan, Ini lah peraturan dunia Mistik Semenjak Berabad lamanya
*we use FREE Shipping In Malaysia
( No Postage cost will be charge )
Id " Tanpa Nama" @ " Anonymous", sila lakukan pengesahan id di no khusus yang kami sediakan yang berhubung dengan sistem canggih kami di +601111113044, Atau komen anda tidak akan di terbitkan
Hantarkan whatsapp nama anda dan komen GRAB yang anda lakukan di halaman tertentu
Bagi Pelanggan Baharu ( Id Baharu ) sila Whatsapp juga Nama anda ke Nombor ini Sebelum Komen anda di terbitkan
Kami ingin menggelakkan SPAM ID dari pesaing blogger lain yang meniagakan item yang sama bidang
Sekiranya ada peniruan ID , Pihak kami akan merujuk kepada pemilik asal ID dan memintanya melaporkan kepada pihak berkuasa di atas penyamaran yang di lakukan
GRAB Melebihi dari 1 di dalam 1 Halaman Perlu pengesahan ID di 01111113044 KECUALI bagi OTAI LAMA BLOG, Jika Tidak GRAB anda tidak akan di Pamirkan
Sila Tinggalkan ulasan GRAB anda dan semak semula dalam masa kurang 2 jam sebelum melakukan permaharan, sekiranya anda berjaya mendapatkannya, maka sila lakukan bayaran dalam tempoh 12 jam Ulasan GRAB di tulis
Maybank 551016691626 My Gemstone
RHB : 2012 9160 00660 3
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
Atau Jika anda ingin menggunakan medium RHB atau PAYPAL, sila rujuk header blog di atas akan maklumatnya .
Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Bonda JJ ATAU BONDA SHA Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama GB
BONDA JJ : 0127845231
BONDA SHA : 0178259540
grab 2a tok
BalasPadamSilakan tuan, 2a memang paling lawa. Tahniah.
Padammemang cantik tok ...dah PD ..dah wasap Bonda
PadamAlhamdulillah, jazakallahu khairan kathira.
Padamtok, grab 3a tok
BalasPadamSilakan 3a
Padam