Ahad, 23 Disember 2018

BUKTI JELAS AD DUKHAN, DAJJAL, IMAM MAHDI


UMAT ISLAM WAJIB BACA SAMPAI HABIS... TAK SUKA BACA...PAKSA LAH DIRI UNTUK MEMBACA " Iqra" Bacalah.... Pergi Topup dulu dan beli data , baca dan tonton semuanya , baru akan masuk Zuuq Islam ke dalam Jiwa anda 




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Tok minta maaf sekiranya artikel dan penyampaian di dalam halaman ini boleh menganggu jiwa dan ketenteraman kehidupan anda yang kini terasa masih selesa itu, kerana sesungguhnya perkara ini haruslah di sampaikan kepada umum khususnya umat islam di dalam Malaysia dan juga di luar negara yang mana masih kebingungan dan keliru akan apa yang sedang di war warkan oleh sesetangah individu seperti tok mengenai Ad Dukhan.


Apa Kah Ad Dukhan?


Ad dukhan ialah Petanda Pertama Kiamat Besar dan ia berupa asap yang maha tebal sehinggakan Rasullullah SAW bersabda jika telapak tangan di dekatkan ke muka , kita tidak mampu melihat tapak tangan itu kerana tebalnya asap dukhan ini. 


Dan hari kedua Ad dukhan ini semua elekrtik akan habis, bagaimana?.


Tuan tuan dan Puan Puan yang di hormati.

Setiap kejadian ada fakta dan buktinya dan fakta akan kehadiran Dajjal selepas Ad Dukhan ini ialah DANAU TIBERIAS yang kini sudah mengering dan menampakkan pulau pulau kecilnya yang mana pulau ini dahulu ialah dasar tasik ini. 

Fakta kedua pula mengenai kewujudan Imam Mahdi ialah :

Imam Mahdi akan lahir pada ramadhan yang ada 2 gerhana.... dan pada tahun 1980 dan 1981 pada ramadhan tahun tahun ini sudah berlaku 2x gerhana setiap ramadhannya 




Imam Mahdi akan di BAIAT pada usianya 40 tahun genap kata Nabi Muhammad SAW. 


Silakan Kira sendiri 2018-1981 @ 1980 : ?


Dan jangan terpedaya dengan kalendar Inggeris yang kita pakai hari ini, kalendar itu sebenarnya melengahkan usia sebenar kita sekitar 1 tahun 9 bulan.. bermaksud sekiranya tahun ini tok berusia 36 tahun, sebenarnya di dalam islam tok sudah berusia 38 tahun. begitu  juga anda. 


Bagaimana datangnya Ad Dukhan ini dan bagaimana ia sampai melumpuhkan Elektrikal?


Ad Dukhan akan datang dalam bentuk meteor.... 




Ibnu Jarir meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Abu Malikah, berkata, “Pada suatu pagi saya pergi kepada Ibn ‘Abbas.” Maka ia berkata, “Malam tadi aku tidak dapat tidur sampai pagi.” Aku bertanya, “Apa Sebabnya.” Beliau menjawab, “Karena orang-orang berkata bahwa bintang berekor sudah terbit, maka saya cemas akan kedatangan as

Terdapat banyak persepsi di kalangan masyarakat mengenai wujud dukhan. Dalam Qs. Ad Dukhan ayat 10-11 Allah SWT telah memberikan isyarat mengenai gambaran dukhan. Dukhan dikatakan sebagai sesuatu yang nyata, meliputi manusia dan merupakan azab yang pedih dari Allah SWT. Penelitian akan mengkaji bagaimana penafsiran Qs. Ad Dukhan ayat 10-11? Bagaimana penjelasan sains terhadap fenomena dukhan dalam Qs. Ad Dukhan ayat 10-11? Bagaimana korelasi penafsiran dukhan dengan penjelasan sains? Penelitian ini berjenis penelitian kualitatif dengan menggunakan metode analisis deskriptif. Hasil penelitian menunjukkan bahwa pertama, terdapat perbedaan pendapat di kalangan para mufassir tentang dukhan. Namun, pendapat yang kuat menyatakan bahwa dukhan merupakan bagian dari tanda-tanda kiamat besar berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Hudzaifah bin Asid Al Ghiffari mengenai 10 tanda kiamat besar. Dan penafsiran ini juga sesuai dengan dzahir ayat al Qur’an itu sendiri yang menyatakan bahwa dukhan merupakan sesuatu yang nyata yang meliputi manusia. Jadi bukan sekedar hayalan seperti yang telah disebutkan oleh mufassir yang lain. Kedua, Penyebab terjadinya dukhan adalah akibat dari hantaman meteor ke daratan bumi yang kira-kira berukuran 1 km atau lebih, namun tidak mencapai 10 km. Jutaan ton debu akibat hantaman meteor akan menjalar ke angkasa dan meliputi bumi. Bumi terhalang dari pancaran sinar matahari selama beberapa bulan. Sehingga tumbuh-tumbuhan tidak dapat melakukan fotosintesis. Akibatnya, banyak tumbuhan yang mati dan bencana kelaparan di mana-mana. Ketiga, korelasi antara penafsiran Qs. Ad Dukhan ayat 10-11 dengan penjelasan sains adalah dukhan merupakan salah satu dari tanda-tanda kiamat besar. Dan menjelang kiamat nanti akan ada benda angkasa yang jatuh menghantam bumi. Benda angkasa tersebut kemungkinan berjenis meteor besi, karena sesuai dengan prediksi Rasulullah SAW dan NASA bahwa di akhir zaman nanti teknologi akan musnah dan manusia akan kembali lagi ke zaman batu seperti sedia kala. Meteor yang mempunyai kandungan besi akan menginduksi medan magnet yang ada di bumi sehingga semua jenis teknologi yang berbahan dasar besi tidak dapat digunakan lagi. Seperti motor, mobil, komputer, dan lain sebagainya. 

( Ruj: http://eprints.walisongo.ac.id/8202/1/134211043.pdf )


BAGAIMANA LETRIK AKAN TAMAT ????


1. Hentaman Meteor ini akan menghentam LOJI JANAKUASA LETRIK 



Nabi Muhammad SAW Bersabda 

" Org Org kafir yang terkena asap ini , kulit mereka akan melecur , mata mereka akan terkeluar, asap akan keluar dari mulut , telinga dan dubur mereka, sedangkan tidak berlaku apa apa kejadian seperti itu kepada kaum muslimin "

Kenapa?


Tuan tuan yang di hormati....

Ad Dukhan ialah Asap yang tebal serta Berhaba dan sepastinya di dalamnya ada pelbagai lapisan kimia. 

Tok beri contoh paling mudah... anda tahu resdung ?... anda tahu apakah bentuk resdung itu?... ia berupa ulat putih yang kecil kecil di bawah kulit atau di dalam rongga kulit manusia dan ia menimbulkan gatal apabila terkena asap masakan yang berminyak, atau yang ada bahan bahan pedas. 

Dan rokok resdung untuk rawatan resdung ialah asapnya.... itu pun sudah menyebabkan pedih pedih di muka. 

Bagi kaum kafir yang berdepan risiko melecur ini ialah mereka yang memakan daging Babi ( pork ) yang mana sudah jelas bagi kajian doktor ilmiah moden sendiri daging babi mempunyai sejenis ulat yang tidak mampu di bunuh walau dengan suhu yang tinggi di dalam masakan. 

Asap ad dukhan ini apabila menyentuh kulit yang ada ulat ini, ia akan bereaksi dan akan menyebabkan kulit seperti terbakar


Fakta seterusnya berlaku melecur kulit ini ialah apabila hentaman meteor ini menghentam loji NUKLEAR dan menebarnya asap yang penuh radiasi merbahaya....Negara manakah yang ada Loji Nuklear ini?.


==========================


DAJJAL



Dajjal akan datang sesegeranya selepas Ad dukhan itu datang KONON bagi memberi bantuan, memberi kekayaan, kesenangan, dan KAMU sendiri yang sekarang ini berkata dengan bersemangat hendak menentangnya kemungkinan besar akan menjadi pengikutnya. 

Sehinggakan Nabi Muhammad SAW berkata :

" Apabila kamu mendengar perkhabaran kedatangan Dajjal, Hendaklah Kamu melarikan diri sekuatnya dan di haramkan kamu berjumpa dengannya, jika kamu berjumpa dengannya maka nescaya kamu akan kafir kerana kekuatan sihir yang di milikinya ( teknologi ) "



Teknologi apakah di zaman ini yang di maksudkan dengan zihir?

" Amerika sudah menciptakan sebuah frekuensi yang mampu di hantar ke seluruh HP pintar kamu dan frekuensi ini akan menyebabkan org org akan menjadi seperti di pukau .... bangun dari kerusi sambil memakai baju tidur, keluar dari bilik air dalam keadaan telanjang , atau bangun dari tidur dalam keadaan tidak bergosok gigi, beramai ramai akan ke sebuah tempat di mana adanya dajjal menunggu , dan di sana kamu semua yang sudah di kumpulkan ini akan di persembahkan sesuatu sehingga kamu mengikutinya "



Maka... AWAS lah....

Nabi Bersabda :

" Ikatlah anak perempuan dan isteri isterimu di tiang tiang agar mereka tidak keluar berjumpa dajjal ini " 

Ayat ini tiada maksud tersirat... ia JELAS Nabi Menyuruh suami mengikat anak dan isteri mereka.. tidak perlu di tafsirkan lagi perkara yang sudah jelas.


Pada ketika ini org org beriman tiada makanan, tiada minuman, semua pengikut dajjal mewah mewah namun mereka lupa bahawa usia dajjal memerintah hanyalah 1 tahun 2 bulan dan 10 hari sahaja sebelum ia di bunuh oleh Nabi Isa A.S dan kemudiannya naiknya Pemerintahan Khalifah seluruh Dunia 



Maka kerana itu , Nabi berpesan kepada kaum muslimin :

" Hijrah dan pindahlah ke kawasan yang banyaknya Kaum Muslimin dan beriman kerana mampu menjaga antara satu sama lain "


Pada ketika ini semua ugama dan bangsa akan teruji Iman dan Akidah mereka , sejauh manakah kesabaran mereka menanggung ujian dari Tuhan.



ASAL USUL DAJJAL


Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.

Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’

Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. Dulu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.

Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun turut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah.

(Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh ad­DajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-­duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan.

Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.

Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan.

Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal lagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelakit tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki.

Perempuan itu pun melahirkan anak lelaki tetlapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.

“Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Se­dangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.

Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan.

Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.

Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.”

Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung lembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristlwa yang terjadi itu telapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-­tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.

Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun­-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-­hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi.

Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut.

Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim.

Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia.

Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.

Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-­tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.” Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.

Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum.

Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-­sebab lain.

Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal al­mutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil.

Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur lima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang­orang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.

Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.

Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali.

Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal.

Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu.

Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.

(Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, die menjawab bahawa dia tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam, tidak pernah meninggaikan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya iaiah madu, kurma, susu dan air putih.)

Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah ats­tsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-­halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai­-bagai bahasa di muka bumi ini dan ia menguasai pulau itu. Ular itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang mengarahkannya.

Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokok­pokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan yang hodoh.

lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan.

Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.

Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir.

Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas.

“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu.

Anak kecil itu pun berjalan­jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.

Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham.

Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.”

Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata:

Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)

Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya)

Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”

Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”

Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Rja.”

Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”

Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang­-orang yang terusir dari rahmat Nya.

Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanah­tanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam.

Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’

Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)

lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja.

Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.

Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.

“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.

Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-­wasiat dari malaikata Jibril itu.

Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu


=========================


LAHIRNYA REMAJA YANG AKAN DI BUNUH DAJJAL 15 TAHUN YANG LALU


15 Tahun yang lalu sudah lahir seorang bayi yang apabila awal kelahirannya bayi ini bercakap dalam bahasa arab Pasar iaitu :

" Akulah Remaja yang akan di bunuh oleh Dajjal "

Dan setelah itu dia kembali seperti bayi normal

Dan HARI INI... bayi ini sudah berusia 15 tahun


Tuan Tuan yang di hormati.... Ini bukan lagi masa untuk kejar anak anak ke Sekolah mengejar prestasi ke Universiti, Ini adalah masa nya yang paling Genting untuk mengajarkan anak anak anda menjaga diri mereka sendiri jika kita yang TUA ini sudah MATI kerana usia, kerana penyakit, kerana kudrat ... Jika anda sayangi anak anak kita, perlengkapkan mereka dengan latihan Memanah, berkuda, Paksa mereka belajar berenang dan berpedang.

Biar lahir anak anak yang boleh kita banggakan sehingga ke Padang masyar kelak, In Sha Allah




================================


ORANG YAHUDI SEDANG BERPESTA MENYAMBUT RAJA ( Messiah / Dajjal )


Lihat Bagaimana Mereka Bersorak untuk menyambut kehadiran Dajjal ini...LIHAT !!!


Bersama Sama Israel Menunggu Messiah ( Raja /Dajjal )

Mereka Mengadaptasikan Kegembiraan Mereka Akan Dajjal 

Dan...... tok ingin mereka tidak lupa akan Lagu ini Pula... JANGAN MEREKA LUPA, melompat lah sepuasnya ...

 
Gegarkan Israel

Lagu yang pernah melemahkan semangat tentera mereka di tahun 2014 , tentera mereka lari bertempiaran ketakutan ketika di serang waktu siang oleh peluru Berpandu Palestin, askar wanita mereka berlari sambil menangis


=======================

DAJJAL DAN YAHUDI SERTA MELAYU


Satu Syarat Untuk Dajjal Ini Hadir di kalangan Yahudi, Mereka perlu melakukan korban Nyawa secara besar besaran bagi bukan Golongan Yahudi , pembunuhan berama ramai perlu di lakukan ke atas bukan berdarah Yahudi.
\
Mengapa Tok Tag Kan MELAYU?


Sekitar tahun 70-an lagi Orang Israel mencari keturunan mereka yang hilang atau yang di panggil The Lost Tribe , mereka perlu mencari agar tidak "tersalah Bunuh " dan ada sebab kenapa di dalam passport kita tidak di benarkan melawat Israel. 

MELAYU ada peranan untuk akhir zaman, namun tok ingin nyatakan kepada anda , peranan ini adalah amat sukar kerana Genetik Yahudi ada dalam badan Melayu. Mungkin akan wujud melayu islam...dan juga melayu Yahudi... Siapa tahu



Wallahualam Bissawab






10 ulasan:

  1. Memang betul ada yg berketurunan yahudi..

    BalasPadam
  2. Masanya semakin hampir tok....semoga Allah memberi pertolongan kepada kita semua.

    BalasPadam
  3. Perkara pasal genetik yahudi ni ada di bahaskan oleh ustaz auni dalam youtube

    BalasPadam
  4. Syukur Alhamdulillah.. Pencerahan yt baik.. Mohon izin kami copy utk saudara2 kami yg lain tok.

    BalasPadam
  5. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua
    bahawa lost tribe dari kalangan Manasseh
    (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di
    barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan
    bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin
    dan bakal juga memadamkan Israel daripada
    peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang
    Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-
    mana hadis mengenai Imam Mahdi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah bersama Keadilan menyusul menjaga orang orang mukmin dan menyelamatkan orang orang mukmin sepenuh kudrat dan kekuatan ...hanya tggu langit terbuka Inn Syaa Allah sampai waktu...

      Padam
    2. Allah bersama Keadilan menyusul menjaga orang orang mukmin dan menyelamatkan orang orang mukmin sepenuh kudrat dan kekuatan ...hanya tggu langit terbuka Inn Syaa Allah sampai waktu...

      Padam
    3. jika nak kira org melayu, memang sudah ada org melayu di sana ikut sama sama berperang, walau ia cuma 1 org sahaja melayu, tetap mewakili 1 bangsa , maka layak di sebut sebagai kaum melayu yg menyembelih Yahudi. .

      Kita tgu 8hb , jika tidak berlaku apa apa, maka ia hadif dhoif, bukan Nabi menipu, tetapi perawi hadis itu yang menipu. Apa pun jika kita lihat, tanda2 dukhan itu sudah ada...putrajaya kena gegar kan 2 hari lepas?

      Padam
  6. Demi Masa, minta bersabar semua.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN