Sabtu, 19 Mei 2018

REZEKI DUNIA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua rakyat G.Bunian. Apa khabar semuanya?

Tok di sini beserta Bonda dan Juga Mr Kapten kami alhamdulillah sihat sihat Alhamdulillah. 

Pada bulan ramadhan yang Mulia ini Tok ingin memberikan sedikit bebelan melalui pengalaman tok selama hidup ini. 

Bagi yang sudah lama mengenali diri tok, mungkin selama blog ini muncul pada tahun 2012 Januari. Dan mungkin murid murid lama tok yang mengenali tok sejak tok memperkenalkan diri di alam maya ini lagi iaitu tahun 2006 ketika website utama tok di lancarkan iaitu www.runnerantik.webs.com. 

Mereka yang mengenali diri tok mengetahui bahawa tok bukan bermula dengan orang senang dan juga bukan orang yang berada , walau pun tok berasal dari keluarga berada namun semenjak remaja tok tidak suka menerima wang dan ehsan ke empat ibu bapa tok , mungkin juga kerana tok ini anak sulung jadinya keegoan itu agak menebal dan bebal haha. 

Tok usaha sendiri dan berkali kali jatuh dan bangun, pernah jatuh sampai terduduk pun ada dulu , merantau merata negeri dan negara konon pada ketika itu untuk mencari kehidupan, namun sumpahan takdir tidak pernah lari dari diri tok , kemana sahaja tok pergi pastinya tok akan mencari guru untuk menimba ilmu. Jika nak di kira keluarga angkat tu, ah... banyak keluarga angkat, yang tok lari kerana nak di jodohkan dengan anak anak mereka pun ada , ada yang tok sempat lari, dan ada yang tok tersepit kerana mulut masyarakat maka di nikahi juga, tapi tak pernah pun lama kerana untuk memenuhi kepuasan hati jiran yang mengata. 

Jenis tok ni tidak seperti lelaki lain, kalau lelaki lain, dah lama blah.. tapi hati ni memikirkan apa akan jadi pada maruah keluarga angkat. Maka tok terima sahaja walau beranggapan anak mereka itu hanya seperti adik sahaja.

Tahun demi tahun tok merantau, dan tahun demi tahun itu juga genap isteri tok seramai 12 orang di usia yang masih 3 series. 

Benar org kata, bila nikan ramai ni, yang kaya pun boleh terjun payung, sebab ni bukan zaman Nabi dulu hahaha, semua nak kepada kebendaan saja, dan kebetulan tok ni bukan jenis takut untuk "menapis" , dan beranggapan rezeki itu datangnya dari Allah SWT.

Di dalam pengalaman tok.. dari anak sulung tok makan nestum ubi kayu , telor 1 biji 1 minggu dan ikan masin, sampailah ke tahap sekarang apa yang tok belajar ialah :

1. Jangan mengeluh

2. Jangan merungut apa yang Allah uji kita

3. Sentiasa berasa cukup apa yang dapat dan terus berusaha. 

4. Dan bila senang jangan lupakan mereka yang mengajar tok untuk menjadi senang , segala tunjuk ajar kita, walau peribadi mereka kita tak suka, walau ada kesalahan mereka lakukan, tapi sebagai orang yang membimbing tok, tok tidak pernah menjauhkan diri dari mereka kerana tok sedar, Tanpa Allah mempertemukan tok dengan mereka, tok tidak akan seperti sekarang. Biar pun org awam mengutuk mereka dan kata macam macam, anggap saja ia dugaan Allah kepada tok untuk menilai seseorang itu. 

Apabila semua di atas tiada... bila kita merungut, Allah akan uji lebih lagi, Ya Allah... amat dasyat sekali ujian itu, ibarat sudah jatuh di timpa tangga. 

Pernah tok cuba lakukan saving, tapi dalam kesusahan bagaimana nak saving?... memang tak boleh.

Sampaikan tok pening bagaimana memikirkan cara untuk melalui kehidupan ini... bertahun berfikir sehingga membawa tok ke dalam Bukit, hutan, gua dan puncak gunung, bertahun berkelana seorang diri mencari kehidupan dan akhirnya tok sedar 1 perkara. 

Rezeki kita dapat bukanlah hak kita, wang ringgit tok dapat macam mana pun perlu di belanjakan, baik keperluan mahu pun kehendak. 

Berbelanja dengan keperluan ialah apa yang wajib bayar dan beli.

Berbelanja dengan kehendak ialah apa yang kita inginkan dan walau pun duit hanya ada cukup2 , tok beranikan diri berbelanja walau tahu akan ada keperluan lain. 

Keperluan ni sepanjang masa ada, sampai kita mati pun ada keperluan nak beli kain kapan , upah imam mandi mayat dan sebagainya, sampaikan dalam alam barzakh pun masih ada keperluan iaitu amalan kita untuk di persembahkan kepada Allah SWT. 

Walau wang tok masa tu cukup cukup, tok berbelanja tapi dengan syarat tok mencabar diri untuk berusaha lebih lagi dan tok berjaya buktikan bahawa Anak isteri itu ada rezki mereka... Bayangkan tok dah berbelanja habis semua duit walau untuk kehendak, tapi rezeki mereka, anak dan isteri, Allah itu tidak zalim, ada sahaja rezeki Allah berikan. 

Di situ tok belajar. Owh, begitu rupanya cara kehidupan bekerja dan beroperasi. Usah kita risau wang yang dah habis, esok lusa Allah akan beri walau dengan cara lain, yang pastinya anak isteri kita itu tidak akan kebulur asalkan kita ada usaha. 

Kita sebagai suami, bapa... tanggungjawab kita mencari rezeki buat mereka dan rezki itu datangnya dari Allah Juga. Kalau kita pekung, kepung... saving kononnya untuk anak anak isteri, sampai bila pun kita takkan dapat melihat di mana kuasanya Allah SWt di dalam memberi rezeki kepada anak isteri kita secara ajaib, ajaib yang tok maksudkan ialah tiba tiba ada org hantar rezeki, org yang kita tak kenal, tiba tiba tumbuh kangkung, ulam ulam, bayam hutan di belakang rumah dan macam macam lagi, terkadang kita ke kedai runcit taukey yang selama ini kedekut nak belanjakan kita beras, telor dll... Ini semua kekuasaan Allah SWT. bukan kita mencabar Allah SWT, tapi siapa pula kita nak buat kerja Allah SWT?

Then pada 1 ketika bila tok merasakan rezeki yang tok dapat berlebihan, tok berikan kepada yang memerlukan, dan apabila tok tak sempat untuk keluar, walau untuk ke mall dengan isteri, tok ambil kakitangan... sepaling rendah kakitangan tok gajikan ialah Menjaga Itik 7 ekor, kambing sekor, puyuh 20 ekor, arnab 5 ekor, ayam 15 ekor dengan gaji RM 30 sehari , duduk dengan tok, makan di rumah tok dari hasil pendapatan jualan tok tanpa usik duit mereka untuk belanja dapur, Nahu tempat tidur yang selesa tok sediakan .

Dengan cara ini lah bagi tok, bagi diri tok , tok membuat amal dengan dekat, tak perlu tok keluar jauh jauh , cukup dengan membela bangsa seugama sendiri, orang lain bekerja juga, perlu sewa rumah sendiri bukan?... makan sendiri bukan?.... tapi kakitangan tok, tidak sama sekali, wang gaji mereka perolehi adalah TOTAL bersih. Kenderaan juga ialah kenderaan tok , mereka tidak perlu menghantar sampul pos order pelanggan di bawah hujan , tapi mereka boleh menaiki Honda Jazz, D-Max atau VW Golf milik tok.. Malah terkadang mereka menaiki motorsikal berkuasa besar tok yang di sediakan. 

Salah 1 kakitangan tok , di ambil sebagai anak angkat dan di ikrarkan depan semua staff beliau akan jadi anak tok dunia dan akhirat, dia tidak punya ayah dan ibu, tidak punya bapa saudara di sini kecuali di thailand yang sudah tidak mengenalinya. Dengan cara ini tok memeliharra anak yatim piatu.. Maka tidak perlu tok tunjuk resit derma atau sumbangan, cukup orgnya ada depan mata tok, bersama tok, jadi anak tok dunia akhirat.

Dan alhamdulillah walau pun pendapatan blog tidak lah berapa memuaskan semenjak GST lalu, namun 4 kakitangan mampu tinggal bersama dengan tok di sini, di Perlis ini ( mereka berasal ganu dan KL ) , tidak ada yang kurang kecuali HANYA cukup cukup.

Sepanjang tok berniaga juga , tok alami macam macam, kawan tikam kawan, anak murid tikam guru, share partner tikam beradab kat belakang. Grup grup di fb dan whatsapp yang sering memburukkan tok , malah ada yang berkata komen komen pelanggan di sini tok sendiri yang tulis bagi nampak meriah, walhal kita ni nak hadap blog pun sekarang dah takda masa dah... mana nak uruskan anak anak ular, ibu bapa ular, kebajikan makanan binatang peliharaan, kebajikan pekerja, makan minum anak isteri, makan minum ibu bapa, kos dan modal kenderaan yang hari hari jalan. 

Tok dah masak sangat , dah kuat untuk menghadapi segala tohmahan peniaga lain yang sering tidak berpuas hati dengan pencapaian tok ada kini, macam macam alasan dan tohmahan mereka lemparkan , Ya.. benar kata orang... Org melayu.... tidak akan berubah walau kiamat itu akan berlaku esok hari. 

Tok melakukan banyak kebaikan kepada umat manusia, dan pernah melakukan sekali dua kesilapan, tapi sekali dua itu lah yang selalu di sebut sebutkan dan di ejek ejek kan , Ya benar, manusia itu tetaplah manusia selagi hatinya hitam bagaikan dakwat printer. 

Tok hadap...tok lalui dengan sabar dan tok teruskan usaha, benar kata orang... Pekakkan telinga dan teruslah melangkah ke hadapan. Biarkan mereka yang ketawakan kita kerana orang yang ketawa mereka perlu berhenti untuk ketawa sementara kita terus melangkah dan melangkah dan akhirnya meninggalkan mereka yang jauh ketinggalan. 

Alhamdulillah kini, dengan kepercayaan org lama lama ..mungkin kerana tok berjaya menghadapi kerenah manusia yang pelbagai, Allah uji tok menjadi seorang pemimpin kepada ribuan pengikut khususnya dan umumnya bagi semua Majlis di dalam Malaysia yang mempunyai Jutaan pengikut dari merata Majlis dengan gelaran dan kedudukan tertinggi , di uji pula dengan perjuangan dan keangkuhan.. Allah ingin melihat adakah tok akan menjadi sombong atau menjadi manusia angkuh kepada manusia lainnya yang lebih lemah, Alhamdulillah tok sahut cabaran ini dan tok cuba menjadi manusia dan Hamba Allah yang terbaik di dalam kalangan yang terbaik. 

Setiap manusia itu ada derajatnya yang nyata di mata manusia baik dunia mahupun akhirat dan derajat kita bukan sekadar mampu kita ucapkan di bibir namun ia perlu di terima dan di laksanakan dengan sebaik mungkin. 

Kepada sahabat sekalian... Jika anda susah.. miskin, tidak ada duit... anda jangan malu atau segan.. kerana tok dulu lebih susah dan miskin dari anda ... di hina saudara mara, di ketepikan adik beradik... ini perkara biasa.... bila kita senang mereka akan mengaku kitalah sepupu, kitalah saudara dll... ini biasa. Jangan kita jadi seperti mereka pula.. jadilah yang terbaik. 

Sabar , dan jangan mengeluh... jangan merungut... jangan kedekut untuk meneruskan perbelanjaan kehendak dan keperluan. 

Menurut psikologi..

Jika kita susah, dan kita saving..kita akan fokus kepada saving yang kecil itu tanpa boleh berfikir jalan lain untuk menambahkannya

Jika kita Susah tapi kita terus berbelanja.... hati kita akan senang, minda kita segar dan akan sampai dengan senang akan jalan jalan bagaimana mencari rezeki.. kepala tak serabut ....


IDEA adalah rezeki.


Betul tak?...setuju tak bahawa idea itu ialah REZEKI?....

Ya... Jika ia rezeki, ia akan datang secara PAKEJ, dari cara nak dapat modal, sampai nak menguruskan


JANGAN MENIRU


Meniru bukanlah idea, tapi ia rujukan,... masalahnya memang org boleh berjaya jual goreng pisang... sebab dia tahu di mana nak jual, di mana nak ambil, kenal pembekal sana sini, sos dia guna sedap, tepung dia guna rangup, RM 1 berapa perlu jual, pisang jenis apa sedap....

Tapi kita nak meniru, YES kita boleh tiru... tapi bila kita ada masalah pisang habis, sedangkan kita hanya ada 1 pembekal.... apa kita boleh lakukan selain menutup kedai..pelanggan kita akan lari ke kedai lain di sebelah dan ternyata lebih sedap dari pisang goreng kita buat... mereka akan stay di kedai jiran selamanya... sementara kita ..bila kita buka kedai... pelanggan dah lari.... 2-3 hari kita tutup kedai dah cukup untuk menjahanamkan perniagaan kita sendiri..INGAT..kita bukan MAKAN GAJI. 


Apa sekalipun perniagaan...pasti ada SOALAN... contohnya batu permata, bab aura, bab mistik, bab sains metafizik, bab Hukum , Bab sifat batu permat, Bab Gemology... satu kita tak boleh jawab dengan lojikal... pelanggan akan tahu bahawa kita bukan peniaga yang sebenar melainkan SANG PENIRU.... nak tak nak ..agar pelanggan tak mempertikaikan... maka Jin itu di beri kuasa untuk semua alasan dan jawapan. Ini lah manusia. sedangkan semuanya boleh di perjelaskan dengan fakta dan ilmu. Tapi kerana tiada ilmu, maka JIN di beri KUASA tetap . Subhanallah. 

Ingat pesan tok.... kita tidak akan miskin selamanya, jika ADA USAHA pasti ada jalan, dan cuba jangan pekungkan minda dengan masalah...

Lupakan, Be chill, Be cool , rileks dan jangan buat kerja tuhan... usaha dan usaha, Pasti Allah akan beri ...


Kalau kita nak saving, maka Allah juga akan saving dari kita, Kalaui kita nak kedekut.,,, Maka Allah juga akan kedekut dengan kita... WIN 2 WIN....LOSE 2 LOSE... ini lah kehidupan... 

Kehidupan kita yang sebenarnya perlu ada GIVE AND TAKE.... bukan Take and Take...bukan give and give.....Take & Take ... Ini bukan Sebuah keadilan.

Umpamanya anda inginkan ilmu. Adakah percuma.. ya memang ilmu tidak ada nilai walau RM 10 Billion.. tak terbayar pun... tapi kena juga fikir yang nak ajar tu MELUANGKAN MASANYA untuk mengajar kita, kalau masa terluang itu dia pergi cari rezeki, agak agak dapat berapa dah GAJINYA?... jadi kita ni sebagai manusia, kena la pandai pakai otak juga sekali sekala...bukan kita saja pakai duit... org tu pun walau dia sifu, dia pun pakai duit... Jadi cara kita fikir bagaimana caranya nak berterima kasih sebenarnya ialah cermin siapa IBU BAPA kita kerana mereka yang mendidik anak anak .... jadi jika ada yang tak kena , sebab tu org selalu kritik begini ( Kepala Bapak Kau ) " Ini bukan tok kata.. tapi org paling bijak dan paling tinggi dalam Malaysia yang Kata " keh keh keh. 

So kalau dia kata macam tu, jangan lah marah.. kerana itu maksudnya didikan ibu bapa kita kepada kita tak sesempurna mana... mungkin kerana sibuk cari duit untuk kita masa kita kecil membuatkan didikan kepada kita kurang... dan kini kepada anak anak kita pula.. nanti anak anak kita org akan kata sama juga " Kepala Bapak Kau "... jangan marah..betul dah ayat tu kalau pikir semula ya. Cuma kata kata , kalau kita ambil ia sebagai + maka ia akan memajukan diri kita sendiri bukan yang mengata itu. Right?


Teruskan usaha, tapi jangan terlalu memaksa diri, Rezeki kalau nak datang.. jual berger depan rumah pun boleh dapat RM 200-300. Tapi kalau belum datang, usaha bagai nak rak sekalipun..tidak akan hadir. 


1 lagi nasihat Tok... jika kita ni tak reti apa satu.... nak sembang dengan org pun tak pandai, dok kira nak marah2... memasak pun tak reti, menukang pun tak reti, buat paip pun tak reti, wayering pun tak reti... senang kata ..apa pun tak reti.. yang reti ialah orang hulur makan, makan....org tak hulur sengih terus sampai lapar kemudian lari dan cari org lain. Maka nasihat tok... masuklah giat mara ke, kursus jangka pendek tu..belajar repair aircond ke, repair kenderaan ke.. repair paip ke, belajar tanam pokok ke.

Kerana itulah kemahiran amat penting... kalau dulu kat pendidikan Malaysia pentingkan pencapaian pendidikan atas kertas, tapi bila kerajaan tengok rakyat cuma tahu harap nak kerja makan gaji dan tak reti nak buat apa... sampai ada penyangak tahap profesional di negara kita... Maka kerajaan pentingkan KEMAHIRAN..... 

Okay... tok ada 1 kisah.. dan ianya true story...

Ada 1 Hamba Allah, dulu dia belajar di U.K, sekembalinya dia jadi Manager di Bank.. bertahun lamanya sampailah negara kita gawat , Bank pun dah nazak.. dia resign... memang tak tau nak buat apa... pegang cangkul pun tak reti.... nak buka kedai tak pandai pula nak bersosial, manakan tidak masa jadi manager Bank, kerjanya banyak hal hal tegas, marah org, ambil tindakan dll. Susah nak ada peluang berbaik baik ni ... 

Akhirnya dia buang egonya sebagai bekas pelajar UK dan bekas manager bank, belajar kursus buat kek dan roti.. Alhamdulillah sekarang beliau buat kek dan roti dari rumah dan hantar ke sekolah sekolah... sampai ke Universiti dia hantar... sampai tak cukup tangan.. malah kini duit hasil jual kek dan roti hanya dari rumah dan hantar itu dia berjaya buka sebuah Nursery kanak kanak.. Alhamdulillah. 

Siapa Sangka.....Betul?

Jadi.. penuhkan diri anda dengan kemahiran..usah mengharapkan kepada 1 keupayaan diri. Macam tok ni, semua boleh buat.. cuma sekarang x la buat, bagi staff buatkan semuanya. 

Jadi.. jangan bosan untuk usaha, teruskan dan teruskan..

Tak Mati la kalau usaha hari hari... 

Sekian


10 ulasan:

  1. Assalam tok.pengalaman dan nasihat yg memberi pelajaran.

    BalasPadam
  2. jazakallah khair πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸΌ☝☝



    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tok Mat.. Selamat pagi Tok & kepada family Tok & kepada warga GB.. Terima kasih utk keilmuan buat hari ini.. Dari Leo mula2 kenal Tok sampai laa ni, Leo byk belajar dgn Tok.. Setiap bebelan @ teguran Tok, Leo pegang sampai laa ni.. Alhamdulillah, dgn tunjuk ajar Tok @ keilmuan serta amalan yg Leo belajar dgn Tok, byk mengubah kehidup Leo skrg ni, berkat ajaran Tok yg ikhlas kepada anak muridnya & anak muridnya yg mengamalkan keilmuan tersebut tampa bersungut atau mengeluh.. Banyak pengalaman & rintangan hidup yg Leo belajar dr pengalaman Tok sendiri.. Bila dah merasa betapa peritnya & susahnya 1-1 dugaan tuu, baru Leo tau, “Mcm ni susahnya Tok Mat dulu”.. Alhamdulillah, setiap kesusahan ada jalan penyelesaian.. Bak kata Tok dulu, muhasabah diri, nnti tau2 jaa dh ada jalan keluar.. Alhamdulillah.. Mmg betul ckp Tok.. Terima kasih Tok atas segala2nya.. Meoow =^•^=

    BalasPadam
    Balasan
    1. W.salam wbt, sama sama leo..sama samalah kita beroleh kejayaan in sha Allah

      Padam
  4. Pengalaman tok kalau buat buku tentu best.silap-silap ada syarikat buat filem atau drama bersiri.Terima kasiht ok atas perkongsian ilmundan pengalaman. wassalamualaikum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dah dulu nak buat cerita base on the story tok mat life, mula depa habaq nak jumpa tok, tapi tak jumpa2 alih alih rupanya dorang nak buat dah filem tu, di hari pertama depa nak buat cerita tu jadi drama bersiri, mai ribut petir kilat bagai, terbang habis khemah, terus tak jadi. selepas tu baru lah timbalan pengarahnya yang juga customer dan murid tok bagitau.. tok sengih je , dan tok cakap cerita tu belum habis, kalau nak buat drama, berlakon 4 tahun pun x habis siri lagi, tapi jangan buat la sebab tok belum habis ceritanya

      Padam
  5. Terbaik tok. Motivation yang superb bagai yang memahami isi 'bebelan tok'
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. paling penting jangan buat kepala kita jadi serabut, in sha Allah Idea pasti turun

      Kalau kepala serabut nak trade pun jadi rugi Rizal

      Padam
  6. Salam.. trima kasih tok atas nasihat yg tok berikan.. amat bermakna..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN