Selasa, 22 Mei 2018

CINCIN BERTAM BATU ( SULUR BERTAM )








SOLD OUT



Cincin design lelaki... Sulur bertam dan di buat khusus untuk penampau belanda ke orang atau penumbuk Melayu di muka. Haicehhh

Dan ia di buat tidak kena kulit.. tengok la sapa yang pasangnya, tok ler, yang faham akan fungsi dan bahaya benda ni kalau bersentuh kulit..

Dan untuk pengetahuan sudah ada yang masuk ICU akibat buat cincin kayu ni kena kulit, entah dengan gang mana dia sapu.. sekali dengan dia kena sapu masuk ICU... sejarah dalam GB ni baru sorang tu lah... la ni dah tak ada dah... hilang selera makan dan meninggal dunia, innalillah...

Apa pun kita kena ada ilmu, bila tok sebut ilmu , bukan maksudnya ilmu silat ke, ilmu kebal ke... ilmu ni maksudnya pengetahuan. Kena tau apa yang kita pakai, apa yang kita simpan. 

Seperti keris.. main beliiii je, mai ambik je... tapi tak tau cara simpan, cara basuh, cara jaga.. last last makan diri, beli mahai mahai alih alih buang ke sungai, kita nak larang tak boleh dah, dah terlentang nganga , badan kurus kering...wife kita, mak kita campak buang dalam sungai, beli ribu ribu last last ke laut, sungai.. 

Jangan pandang rendah pada benda mistis... mula mula tak da apa la... nanti dah kena , gagau la cari penawar nya tau. Dengar sama org yang ada pengalaman ni, jangan buat mulut juih, dah kena tau la senget mulut tu macam mana, kalah org kena stroke kelak. 


Sulur bertam ni untuk pembisa... selain dari uratnya yang cantik.. ia untuk self defence, tapi jangan saja saja menzalimi org yang tidak zalim dan bersalah, Allah itu ada, takut kena pada kita pula na



Kod Produk : B.BERTAM 19518 S21
Bentuk : Cincin Sulur Bertam
Saiz : 21
MAHAR : RM 90


Cincin tu tok hadiahkan.... so kalau x padan boleh tukar lain di kedai pada cincin yang anda inginkan

21 ulasan:

  1. Assalamualaikum tok.. Cantik cincinnya Tok.. Meoow =^•^=

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tok.. Sy grab yg ni jgak na.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Tuan Lykan.. Terbaik Tuan.. Cincinnya pun cantik.. Meoow =^•^=

      Padam
    2. Payment done tok.. Detail dah wassap pd bonda.. ;)

      Padam
  3. Asssalamualaikum tok. sy nak tanya la. kalau seseorang tu dia beli batu. kemudian dia dah tak mahu guna, boleh ke dia buang ke laut? maaf tanya tok. sy orang baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh , asalkan tempat tu dia tak lalu lagi, kerana isian pada batu, bukan dalam diri, yang dalam diri tu yang bermasalah, kalau bab keris pula, mmg brg isian dalam keris, tapi akibat salah jaga, benda tu dah keluar masuk dalam badan, jadi buang kerisnya dah tak berguna.

      Padam
    2. tok.kalo g/permohonan tu isian pd Batu @ badan.

      Padam
    3. tok.kalo g/permohonan isian pd Batu @ pd diri?

      Padam
    4. Isi pada batu buang lah batu. Isi pada badan buanglah di badan .

      Mana 1 kbh mudah?

      Padam
    5. kebanyakan g/permohonan yg tok lancarkan isian pd batu @ pd diri pemohon.teringin jgk nk mohon...maaf bertanya tok.newbie

      Padam
    6. Geliga Permohonan bukan isian, ia alami.

      Kalau nak isi pada badan , kena datang jumpa tok atau tok hantar 1 botol air untuk di minumkan, sila tuan letak nama, kerana id tanpa nama adalah terlarang di blog ini, Komen tuan sebagai anonymous selepas ini tidak akan di keluarkan

      Padam
  4. Assalam tok..psl sulur bertam ni..sy ad jumpa org tukang kayu..depa kata klu tawarkan bisa nya..rendamkan kulit pokok sulur bertam ni lps tu bg minum..tapi x taw r btui ke x..sbb x penah cuba lg..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt , 1 info yang berguna ni tuan Sharom, tok pun ni 1st time tau

      Padam
    2. Sharing is caring..tapi x taw sapa jadi mangsa utk test nya tok 😂😂😂

      Padam
    3. hahaha, jangan test sembarangan tuan, negara kita ada LAW.. tapi kalau kat binatang , macam anjing gila ka, babi tunggal kat kebun ka.. tak masuk dalam law tuan

      Padam
    4. Xd lah tok..masih ada sifat kemanusiaan..chewahh..hanya simpan dlm almari lg tok

      Padam
  5. Assalam, fosil sulur bertam ada ke tok?

    BalasPadam
  6. Assalam, fosil sulur bertam ada ke tok?

    BalasPadam
  7. asalamualaikom tuan.kalau pakai sulur bertam@nibong memng xboleh kna kulit jari kah tuan.dan ada kah penawar bisa jika ada yg kna sauk.terima kasih tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.alaikum salam wbt .

      Memang sejak dari dulu pantangannya tidak boleh kena dengan kulit lojikalnya ialah badan kita mampu alirkan tenaga elektrik dan badan musuh juga. sebaiknya di lapikkan plastik nipis di bawahnya contohnya plastik kad laminate yang di potong ikut suai bentuk permata itu.

      Penawarnya yang lojikal bagi kami di sini belum di jumpai melainkan penawar kemaafan atau air kaki pemilik permata jenis berbisa ini.

      Sama sama

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN