REZEKI
Kita hidup atas muka bumi ni nak kata pendek, tak jugak lah noh... kira kira 60 tahun, 40 tahun pun kira lama la.
Dalam 40 tahun tu kita hidup bukan RM 500, Bukan RM 10k kita dapat Allah bagi, dan kita guna, lebih... kalau kira balik dari kita remaja sampai umur 40 tahun sebenarnya berjuta dah kita belanja, cuma kita sahaja tak sedar.
Bab rezeki ni... kita amik lah 1 hal.. WANG... padia wang ni?... ia sebuah keperluan di zaman ini.. kadang kadang ia jadi kehendak bila keperluan tu dah mencukupi, dan wang ni untuk belanja kehidupan kita, makan minum, makan pakai, minyak, rumah, kenderaan, shopping, belanja sana sini , beli batu kat Tok Mat dan lain lain lah.
Kalau kita ambil hari ni RM 500 simpan dalam poket, atau dalam bag... agak nya lah, minggu depan atau bulan depan duit RM 500 yang sama itu masih ada lagi ka?
Org bisnes kalau boleh saving memang top. tapi kebanyakan businesman simpan duit dalam rumah, dalam tanah, beli aset rumah dan tanah .. duit dalam bank ZERO, hari hari setiap malam jadi zero... hari ni zero esok ada lagi dan seterusnya.
Org makan gaji depa ada KWSP, depa ada pencen, itu simpanan.. konsep sama , cuma cara berbeza.
Jadi kita ni manusia kalau hidup nak merungut kerana sekupang dua tu bertahun...sampai bila?....
Ini Rahsia ilmu ayah bagi dan ayah sendiri belajar.
Rezeki ni kalau kita merungut, maka selagi itulah kita takkan pernah cukup, dan tak pernah nak dapat Banyak.
Kenapa?
Allah akan uji kita, nak tengok sejauh mana rungutan kita, DIA nak tapis org masuk syurga ni tapi bukan saja saja, sebab dia dah bagi akal kepada kita untuk kita fikir. Dia bagi ugama pada kita untuk kita faham.
Cuba belajar bersyukur, dan usaha lebih lagi dan lagi, in sha Allah akan dapat lagi banyak...
WHY?... menurut bidang Psikologi..bila kita merungut dan merungut... muka kita pun macam taik Tun M kata.. bila muka macam taik, kita kerja pun rakan sekerja tengok kita tak ada selera, boss tengok kita pun rasa macam nak penerajang je dari opis.
Kalau kita berniaga , muka kita macam taik, org pun tak nak beli barang dekat kita, jawab acuh tak acuh...
Bila org lari, org tak beli dengan kita, setan bisik kat kita, oooo rakan sekerja sihir kita, oooo kedai hujung buat sihir ke kita... padahal member tu tak tau apa pun, dia jeling kita pasai nak tegur tapi takut, bukan jeling sebab dengki, hati kita saja yang merasa macam tu. Kenapa p tibai kata sihir?...sebab sihir ni benda takda bukti... bila takda bukti maka tuduhan sihir lah. Jumpa pula bomo bomo yang bersekongkol dengan setan.. haaa amik kau, dia kata betui kita kena sihir, kita pun percaya.. dah percaya ... esok p kerja lagi lah muka macam taik.. lagi lah boss tengok kita rasa nak marah, rakan sekerja pun lagi menyampah tengok muka kita.
That's how rezeki kita menjauh bila kita jadi org yang tak bersyukur.
Itu prosesnya...simple, tapi benda simple macam ni kalau kepala dah penuh dengan syak wasangka... memang benak la.
Hidup kita mestilah terus berusaha dan usaha. tak mati la kalau usaha kuat pun kalau belum ajal. Cuma kita ni nak kena ada sifat, benda lepas, biarkan lepas, ni benda baru aku kena go ahead... hidup kita kena ke depan, bukan ke belakang
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Sekian
Sekian
Assalamualaikum Tok.. Terima kasih atas bebelan @ keilmuan pada 1 Ramadhan harini.. Leo akan ingatinya sampai bila-bila.. =^•^=
BalasPadamWaalaikumussalam wbt. In sya Allah, sama2 Leo.
Padam