Rabu, 23 Mei 2018

BEBELAN TOK : KEYAKINAN

Assalamualaiklum wbt dan salam sejahtera semuanya


Apa Khabar semua?... Tok Alhamdulillah sihat lagu cara tok lah. 


Hari ini tok terfikir untuk menulis bab Keyakinan


Apa dia keyakinan?


Keyakinan ini bukanlah benda, bukan juga sifat..kerana sifat berunsur kekal contohnya sifat penyayang, sifat membenci, dendam, rajin dan sebagainya.

Keyakinan?....

Ia tidak ada pada setiap manusia dan bukan semua manusia layak mendapatkannya, kerana keyakinan memerlukan usaha untuk mendapatkannya... mendapatkannya bukan beerti ia barang... Umpamanya bayang.. ia sentiasa ada, tapi tidak boleh di sentuh, tidak boleh memiliki, erti memiliki ialah mampu mengawalnya.. sama dengan keyakinan, bayang juga memerlukan usaha untuk mengenalinya..namun semua orang mempunyai bayang... eh berbelit kan.. haa itu lah pengajian sufi... dalam 1 words...ada 2-3 ilmu pengertiannya.. nak mencapai satu pencapaian akan mencapai pencapaian yang rendah dahulu barulah mampu mencapai pencapaian kefahaman yang lebih mendalam. 

Anda yakin?... anda yakin ada keyakinan di dalam diri?


Jika anda yakin... anda pasti yakin dengan Hanya Bismillah anda mampu berjalan atas air bukan?... kalau begitu esok cuba berjalan atas air di tasek atau laut... kita uji sejauh mana keyakinan kita. 

Ya bukan mudah bukan?... 


Yakin kita muslim?....yakin kepada Allah?.... sejauh mana keyakinan.. jadi kita ujilah sejauh mana keyakinan itu. 


Tuan tuan semua... untuk mendapatkan keyakinan, seorang sufi itu melalui bertahun tahun dugaan dan cabaran... hanya untuk mendapatkan keyakinan.... 

Di zaman kini tidak serupa di zaman Nabi dahulu, di mana keyakinan boleh di perolehi dengan melihat doa doa makbol terlaksana, Allah melaksanakan doa doa makbol atas setiap doa Rasullullah SAW.. Di Zaman sekarang.. bagaimana kita ingin melihat diri kita ada keyakinan?...


Pertama sekali ialah kita perlu nyali diri, nyali bermaksud sudi diri, mencabar diri... dengan langkah pertama melatih diri takut kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk lain atau benda lain. 

Cara melatih diri ialah mengunjungi tempat tempat yang di katakan angker, duduk, tunggu dan sabar... kita lihat...adakah benar bahawasanya kita hanya takut kepada Allah dan tidak makhluk lain iaitu Hantu ?....Uji dan uji sehinggalah 1 tahap memang kita tidak takut kepada kegelapan, kepada meridingnya bulu roma, kepada was wasnya hati dan kepada datang dan hadirnya makhluk halus.

Cuba lakukan... jika mampu, maka in sha Allah selepas itu memang benarlah bahawa diri kita hanya takut kepada Allah SWT.

Ada yang berkata bahawa lumrah takut kepada hantu, tapi bagi tok, ia bukan lumrah jika kita tidak untuk mencuba hanya TAKUTKAN kepada Allah Taala. 

Apabila di katakan LUMRAH... maka kita berbalik kepada asal sebagai muslim yang HANYA takutkan kepada Allah Taala.. Ingat perkataan HANYA itu.... HANYA bermaksud ... 1...bukan banyak . Hanya khusus kepada 1 perihal sahaja. 


Setelah itu kita mendapat ketakutan hanya kepada Allah SWT. Maka selepas itu kita akan mendapat keyakinan . Apa sekalipun yang kita lakukan , dengan keyakinan, maka in Sha Allah ia di makbolkan Allah SWT, kenapa?... Allah memberi HANYA kepada hambaNya yang takut kepadaNya Sahaja sebagai ganjaran segala doa dan permintaan HambaNya akan di makbolkan Allah SWT. 

Cuba Nyali diri.....


* Tok tapi dan langkau banyak ayat agar anda mudah faham

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tok.. Terima kasih atas bebelan @ keilmuan pada hari ini.. Terima kasih juga kerana mengingati Leo atas perihal keyakinan.. Terima kasih Tok.. =^•^=

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN