Jumaat, 4 September 2015

KOLEKSI KING HYPER TERMAHAL DI G.BUNIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Seperti Yang di Janjikan, Alhamdulillah Dapat Juga Tok Memaparkan Antara Koleksi Terbaru Peribadi Tok sendiri Dari Kalangan Permata dan Geliga SPOT King Hyper Rare 

Nilai di Bawah di paparkan setelah di Nilai Oleh beberapa Pakar, Taukeh, Peniaga Yang sudah bergelar Otai dan berkecimpung di dalam Batu Permata Untuk Lebih 15 Tahun, Mereka terdiri dari Peniaga Melayu, Cina, Thailand, Moden dan juga Tradisional

Di Bawah di Paparkan Cincin cincin ini beserta Maklumat khusus, Mahar GB dan juga Nilai yang mampu di tonjolkan di dalam Pasaran Semasa.

Nilai Pasaran Semasa Batu Permata Merujuk kepada Bentuk Urat, Warna, Jenis, Keberadaan dan juga Kesukaran spesisnya di dalam pasaran sesuatu Negara

Di Persembahkan












Batu emas... Sebuah Batu Yang menjadi Misteri kepada Penemunya di Eropah dan sehingga kini masih belum mengetahui dari spesis mana ia berpihak, kristal, akik, fosil atau.... Namun yang pasti ia adalah sumber dari bahan bahan alami bukan sintetik atau plastik mahupun Glass Filled.

Tok namakan ia di GB sebagai Batu emas kerana warnanya oren dan melalui teknik merasa iaitu ilmu asas bagi mistik yang di namakan ilmu Takrifat ( scan ) melalui rasa halus di tapak tangan, energinya berupaya di dalam menarik manusia atau untuk mudah di rapati, Jika pemilik menjalankan sesebuah perniagaan, mudah untuk mendapatkan pelanggan...ia mampu menarik aura orang sekeliling ke arah pemilik dan mudah di dalam berurusan

MAHAR G.BUNIAN : Tidak Di Maharkan

HARGA MAMPU PUSH DI PASARAN

RM 8000-10,000





























GUTS

Geliga Ular Tedung Selar Biru... jika anda sedar tok pernah menunjukkan ia di dalam halaman Koleksi Tok Mat GB, ketika ini ia masih belum di jadikan cincin, bermacam ujian Tok jalankan di sini, antaranya Ujian Kekerasan, ujian di dalam air pada jangka masa yang lama, Ujian di bawah Cahaya Matahari, Penelitian Struktur di bawah Mikroskop , Larutan Air rendamannya di Uji dengan memberikan kepada kucing yang sakit dan alhamdulillah sembuh selepas sehari di beri minum

Permata di atas di ambil dari Spot paling terbaik dan di pilih setelah penelitian yang rapi di jalankan selama 7 Jam, Tanpa Calar, retak atau warna Yang Kontra ia adalah sebuah permata Yang berada di kalangan paling termahal di dalam koleksi Tok Mat GB ketika Ini 

MAHAR G.BUNIAN : RM 6000

HARGA MAMPU PUSH DI PASARAN

RM 20,000-35,000





























Geliga Taat wali, Tok wali, Tabasheer Hijau

Di kenali sebagai Batu Buluh atau nama sainsnya sebagai SERPENTINITE, jenis Serpentinite bukanlah jenis yang sukar untuk di jumpai.. Nahu jika anda mengenalinya sendiri melalui pengamatan, anda akan sedar ia banyak di sekeliling anda, di lereng lebuh raya, di tepi sungai, Lereng atau kawasan yang di tolak Jentolak Berat untuk di majukan, pasti di sana adanya Batu ini. Antara Hitam berkilat, Hitam Kehijauan, Hitam Kemerahan atau Hitam Coklat. Jenis Serpentinite ialah sebuah lapisan batu selepas dari lapisan tanah liat di bawah bumi di ikuti dengan lapisan Batu Amang atau lebih di kenali sebagai Leleh Merah, terkadang Batu Amang yang sudah Masak akan menjadi Leleh dan ada tompokan hitam di permukaan batu amang ini. 

Batu Buluh ini mempunyai kelebihan semulajdi di dalam rawatan Darah tinggi dan Kencing manis, Malah Auranya mampu mengubati kesan kerasukan Jin , di katakan ia mempunyai lapisan Fiber untuk memberikan Kekebalan api kepada pemakai, namun melalui penilitian kami selama 2 tahun ini di Sarawak dan Indonesia, ia cuma khabar angin dan hanyalah sebuah cara melakukan jualan.

Bagi Tok kelebihan alami permata ini sudah cukup menjadikan ia sebagai sebuah permata yang perlu di miliki oleh mereka yang sering melakukan rawatan ke atas pesakit gangguan

MAHAR G.BUNIAN : Tidak Di Maharkan

HARGA MAMPU PUSH DI PASARAN 

RM 1200





























Geliga Ibu Nyawa, Kalimaya, Kalimayat , Opal

Dari keluarga Opal paling terbaik , mempunyai lengkap 7 Warna , jika di rendamkan di dalam air ia akan menjadi lutsinar dan warnanya akan lebih Memukau bagi sesiapa sahaja yang memandangnya

Lebih di kenali sebagai Kalimaya di Nusantara ini. Awas .... ada tiruan bagi permata spesis ini, Berikutan nilainya di pasaran yang semakin meninggi, maka Opal Tiruan menjadi pengganti Bagi melipat gandakan keuntungan, Namun jenis tiruan dapat di kenal pasti hanya melalui rendaman air, jika tiruan ia tidak akan berubah dari warna asalnya. 

Kalimaya di gunakan di dalam perubatan Tradisional melayu lama sebagai penyembuh penyakit organ, luka dalaman dan juga penunduk pasangan atau lawan, ia juga mempunyai sedikit kelebihan pengasehan di mana pemilik mudah di dampingi lain jantina dan ini memudahkan bagi bujangan memperolehi pasangan


MAHAR DI G.BUNIAN : RM 8000

MAHAR MAMPU PUSH DI PASARAN 

RM 36,000-40,000

























Permata Pemberian Tuan Jethro James Simon

Sudah lama di dalam simpanan tok, Beliau memberikan permata ini sebagai hadiah saguhati ketika Di Kem Mistik.. Malangnya Tok Sudah Lupa di Kem Mana satu kah kejadian ini berlaku.

Terima kasih , akan tok simpan ia di dalam koleksi kesayangan Tok 























Teras Betik

Sejenis Permata dan teras yang amat RARE di pasaran, sukar di perolehi 

Kekuatan alami sebagai Penimbul ( Pukul Tak sakit ) 

Penyejuk diri dan badan

Menarik kerezekian dengan izin Allah SWT


Jenis ini Mempunyai nilai Unik di dalam pasaran berikutan keberadaannya yang terlalu sukar walaupun jika ingin di bandingkan dengan Batu emas atau GUTS. 


MAHAR DI G.BUNIAN : RM 5,000

MAHAR MAMPU PUSH DI PASARAN 

RM 10,000-25,000


=================================================

Nah... bagaimana?....

Mustahil?... tidak ada yang mustahil... tok mendapat tahu Batu Cenderawaseh yang tok maharkan Rm 3000 di sini di maharkan semula pada Nilai RM 35,000 kepada pembeli mereka. 

Nilai di atas tidak akan turun melalui promosi kerana ia adalah item kesayangan tok , malah kemungkinan nilainya akan menjadi lebih tinggi dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman 

Anda boleh beranggapan mahar di atas ialah Nilai Tidak Mahu Jual dan dengan senang hatinya ia menjadi pakaian diri tok sepanjang Hayat, Insyallah

25 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. dapat juga tengok sebagai rezeki mata.. terima kasih tok atas perkongsian ilmu dan tatapan koleksi tok di sini.. Semoga semua urusan tok dan seluruh warga GB akan lebih dipermudahkan dan diberkati di masa2 yg mendatang.. InsyaAllah.. ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... dapat gak saya melihat nya... Cuma tok, saya tertarik dgn teras betik ni... hehe... harap ke hadapan mudah diperolehi...

    BalasPadam
  3. Terbaik la tok.. Alhamdulillah rezki mata.. Cantik2 cincin tok.. Gandingan terbaek permata n cincin.. Tq tok sudi tunjuk kn pd kami pelanggan2 tok..

    BalasPadam
  4. sama sama tuan tuan, sebenarnya untuk di tatap sahaja, jika ada buyer untuk mahar begini selalunya lambat sedikit nak boleh lepasnya......kalau boleh tok x nak lepas, namun jika ada yang berhajat, apa salahnya :)

    BalasPadam
  5. Xterbeli harga mcm tu, dpt tgk pun jadi la...

    BalasPadam
  6. Sy ada sptong tras betik jnis hitam tok

    BalasPadam
  7. Terbaek la tok....hanya mampu tgk jer....:-)

    BalasPadam
  8. Tok yg guts tu same ke mcm yg pernah tok mharkan sblom ni? Sye ada sebijik mcm tu.. Beli ngn tok.. Tp kecik.. Hehe

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...tok...guts biru tu berapa ye...

    BalasPadam
  10. Alhamdullilah.. Dapat tengok koleksi king hyper rare..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ya tuan. Ni semua king hyper rare yg menjadi koleksi kesayangan dan terbaik tok

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN