Isnin, 28 September 2015

GELIGA ULAR KAPAK ASLI








Item perolehan terbaru, masih panas dari dapor, eh dapor pulak... dari ladang ... Alhamdulillah 

Dapat semalam di Gerdong, Yang lucunya kali ini Tok Panjat Bukit dan Batu serta redah air sungai dengan memakai kain pelikat sahaja ... harap faham kalau tok cakap kain pelikat " sahaja".. ceritanya sebelum tu tok dah jejalan kawasan sebelah yang tok dah biasa dengan seluar dan full gear habis, yang mana rapat dengan tok, tau la macam mana full gear yang tok maksudkan, dah macam komando polis la gayanya tuh haa.. then selesai urusan tu... tok salin dengan kain pelikat untuk solat di khemah... berbaring jap alih alih ipar dan anak anak sedara datang cakap ada1 kawasan pelik di atas sana... katanya ikan banyak besar besar dan kawasan tu belum diusik manusia dalam masa yang panjang.. so ingatkan dekat, sekali ada la dalam 1 Km kami meredah hutan , sungai dan batu batu sungai ... dengan kain pelikat... kalau korang penah tengok citer hero hindi kain pelikat dia tu di lipat ke atas dan di selitkan macam kain pendek... hah, macam tu lah tok bagi menggelakkan Kekotoran dan juga air sungai memercik kain.. haha... 

Nak kata kesatria melayu tu jauh sekali la.... sampainya di sana, sempat la nampak 1 lubuk ikan.. perghh..ni kalau mukat memang kenyang, baung saje.... on daway balik tok sempat ambil beberapa jenis batu yang siap sedia di celahan pokok limau hutan... ni mesti tempat ni dulu ada orang mandi limau buang ilmu... sebab tu ada pokok limau nipis dalam hutan belantara. Ni batu tah dari zaman dulu orang letak atau memang di berikan.. tapi dari sign Hj Syukri, ia di berikan. alhamdulillah

Geliga Ular Kapak Asli ini dan ia amat rare... rasanya dalam blog GB, ini kali pertama jenis ni ada....

Level King Hyper Rare 

Keleibihannya masih di kaji, namun yang nyata ialah :

Menundukkan musuh

Penawar bisa sengatan Ular

Kharisma tinggi

Dan banyak lagi dengan izin Allah Swt


Kod Produk : GB01 27915
Bentuk : G.ULAR KAPAK
MAHAR : RM 500

Beli item ini dan dapatkan 1 item percuma di bawah nilai RM 450... 

5 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN