Sabtu, 19 September 2015

AKIK BIASA


























Akik Biasa.......

Jangan kau pandang akan Rupanya ... kelak buta hatimu ... haaaaaaaaa ni kata kata seorang Panglima yang pernah Tok jumpa suatu ketika dahulu ketika berjalan jalan macam orang sasau di dalam hutan ( Masa tu tengah mencari damai abadi ) jumpa 1 Hamba Allah yang pakai macam orang dulu dulu, tengkolok je takde, parang di sisi, seluar separuh kaki. Janggutnya Hitam berhubung dengan misainya. Mukanya bengis menampakkan kegarangannya. 

Di tanya tok nak ke mana.. tok cuma jawab " mencari ilham".. berbual seketika di tepi batu tepian sungai... di tunjukkan sebilah keris usang, hulu pun dah nak tanggal, matanya dah mereput tgl halus je macam lidi.... tok tidak berminat akan bicaranya.... lalu di ucapkan kepada Tok " Jangan Kau Pandang akan rupanya , kelak Buta Hatimu " sambil tersenyum sinis.... tok tidak berminat dan memberi salam dan terus berlalu.... sekitar 20 langkah..tok terhenti.. dan menoleh ke belakang... dia sudah tiada, tok lihat sekeliling... tiada.... kesan dan tapak kaki pun takda... hanya mampu tok ucapkan seorang diri " Aku silap ".... dan tok terus melangkah kaki menuju ke dalam hutan yang bening itu......

Akik di atas mempunyai aura Pengasehan dan menundukkan, malah ia berkeupayaan di dalam menstabilkan amarah seseorang

Jika anda perasaan, sudah berapa banyak AKIK BIASA yang di keluarkan... bila Bernama "BIASA" tiada satu pun yang nak, tiada satu pun yang nak mahar.. walhal terkadang ianya sebuah mustika yang luar biasa... jari jemari yang menulis namanya AKIK BIASA dan jemari ini bukanlah tidak berakal melainkan hanya mahu menguji para bijaksana dan pintar di blog G.BUNIAN ini. 

Kelihatan masih ramai yang mengaku pandai di dalam penilikan aura... tapi sebenarnya masih buta hatinya hanya melihat kepada nama dan rupa paras sesebuah batu permata. Hati masih di selebungi nafsu hanya ingin memiliki perkara yang indah dan cantik. Sementara akal selalu mentafsir akan kebenaran. Nafsu lebih berkuasa mempengaruhi hati dan jiwa.

Di dalam bidang mistik, anda perlu tahu , apabila seseorang tua atau pandai menyatakan " Ah..ini biasa sahaja " .. maka maksudnya ialah luar biasa.... Jika dia menyatakan ianya luar biasa , maka dia akan menyelitkan sedikit keraguan atau ketakutan kepada anda bagi menilai............ apakah di dalam diri anda adanya akal...........atau nafsu semata..... 

Kod Produk : AGB 13915
Bentuk : Akik BIASA
MAHAR : RM 60

9 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN