Sabtu, 7 Disember 2013

LARANGAN CINCIN PERKAHWINAN ( SILA KOMEN )




LARANGAN MEMAKAI CINCIN PERKAHWINAN
Perlu dijelaskan bahawa amalan memakai cincin perkahwinan bukan daripada ajaran Islam. Ia tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, para Sahabat radhiyallahu ‘anhu mahupun generasi awal Islam. Sebaliknya ia adalah adat tradisi yang diwarisi daripada orang Kristian dalam urusan perkahwinan mereka.

Amalan menyarung cincin perkahwinan adalah adat Kristian sejak turun-temurun di mana si pengantin lelaki akan meletakkan cincin pada hujung ibu jari pengantin perempuan lalu berkata: “Dengan nama Bapa”. Setelah itu dia akan memindahkan cincin ke hujung jari telunjuk dan berkata: “Dengan nama Anak”. Selepas itu dia beralih ke jari tengah seraya berkata: “Dengan nama Roh Al-Qudus”. Dan tatkala dia berkata “Amin” dia akan menyarungkan cincin itu pada jari manis pengantin perempuan itu.

Syeikh Albani menukilkan kenyataan Angela Talbot, editor Majalah Women yang berpusat di London dalam keluaran ke-19 pada 19 Mac 1960 di mana ketika menjawab soalan tentang mengapa cincin perkahwinan diletakkan pada jari manis tangan kiri, Angela Talbot berkata: “Dikatakan bahawa terdapat urat saraf yang berhubung secara terus daripada jari tersebut ke jantung.” (Adaab Al-Zafaaf oleh Syeikh Albani, hlm. 212-214)

Syarak melarang keras Umat Islam meniru orang kafir apatah lagi dalam urusan yang bersangkut-paut dengan kepercayaan keagamaan mereka. Perbuatan seperti ini jelas boleh membawa kepada kufur wal iyazubillah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengecam mereka yang meniru orang kafir dalam sabda Baginda, “Barangsiapa merenyerupai sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kaum itu” (Hasan. Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Oleh itu, jelas memakai cincin yang khas buat pertunangan atau perkahwinan adalah haram kerana ia menyerupai amalan orang Kristian. Lebih sulit lagi sekiranya cincin itu dibuat daripada emas. Dalam hal ini dua kesalahan telah dilakukan. Pertama, menyerupai orang kafir. Kedua, memakai cincin emas. Harus diingat, bukan sahaja kaum lelaki tetapi wanita juga turut dilarang daripada memakai cincin emas sebagaimana dalam hadis-hadis yang telah disebutkan dalam Perkara ke-2 dalam tulisan ini.

9 ulasan:

  1. Tidak akan terpesong Akidah sesaorang itu selagi berpandukan AlQuran dan sunah Nabi S.w.Ini macm gangguan Sociology Noncern je Tok kan,kan,kan .Tok .Org kita kata dakyah lah tu.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

  3. sms_jakimStatistik Transaksi Online



    Hukum Memakai Sutera Dan Emas
    Tarikh: Jan 14, 2010
    Riwayat: Riwayat Ahmad dan Al-Hakim
    Kategori: Ibadah
    Hadith:
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas."
    Huraian Hadith:
    1. Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu Islam telah mengharamkannya kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.
    2. Memakai cincin perak pula hukumnya halal terhadap kaum lelaki bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin perak.
    3. Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhshah) iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah sulit di badannya.
    4. Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutera tersebut adalah untuk menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias sebagaimana wanita berhias apalagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Sumber daripada JAKIM

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. salam. berkenaan artikel ini,sy cadangkan sebaiknya buat kajian siapa sheikh albani dan kajian hadis2 yg sahih serta ijma ulama . supaya kita tidak tersalah dalam memberikan komen dimana boleh mempengaruhi pemikiran dan pegangan org islam.

    BalasPadam
  6. maaf bertanya..malam ni ada barang ke tok..

    BalasPadam
  7. PROHIBITION OF RING MARRIAGE should be noted that the practice of wearing
    wedding rings rather than teaching
    Islam. It was not done by the Prophet
    sallallahu 'alaihi wasallam, the Companions
    radi 'anhu or early generation
    Islam. Rather it is a tradition inherited from the Christians in business
    their marriage. The practice of wearing wedding rings
    is a Christian custom for generations in
    where the groom will put
    ring at the end of your thumb bride
    woman said: "In the name
    Father ". After that he will move the ring to the end of the index finger and said:
    "In the Name of the Son". Then he turned
    the middle finger and said: "In the name
    Spirit of Al-Quds ". And when he said
    "Amen," he will sheathe ring at
    The bride's finger. Sheikh Albanian citing Angela statement
    Talbot, editor of Women Magazine based
    in London in the 19th release on March 19
    1960 at any time to answer questions about
    why wedding rings are placed on
    the ring finger of the left hand, Angela Talbot said: "It is said that there are nerves that
    communicate directly from the finger
    to the heart. "(Adaab Al-Shaykh Zafaaf
    Albanian, p. 212-214) Shariah prohibits Muslims to imitate
    mention unbelievers in matters
    concerned with beliefs
    their religion. Act like this
    can obviously lead to kufr wal
    iyazubillah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam condemned those who imitate
    Unbelievers in saying he,
    "Whoever a race
    then he belongs to the people "(Hasan.
    Narrated by Imam Ahmad and Abu Dawud). Thus, clearly wearing a special ring for
    engagement or marriage is illegal
    because it resembles the practice of the Christian.
    Even harder if the ring was made
    of gold. In this case the two offenses
    have done. First, similar to the unbelievers. Second, wearing a gold ring. Should
    keep in mind, not only men but women
    also prohibited from wearing a ring
    gold as the hadiths
    mentioned in Article 2 of the
    this writing.

    BalasPadam
  8. syeikh al-albani ni, kita zikir ramai2,tahlil malam jumaat,maulid nabi, semua dia kata bid^ah sesat. kalau dia baca blog ni lagi la dia kata blog ni bid^ah dan khurafat. dia benci org tasawwuf,sufi,dsbgnya.

    manakala tentang hukum ni, saya cadang tny ulama' ASWJ kita. antaranya syeikh nuruddin al banjari ke.mintak student2 dia tlg tnykan dia ke.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN