Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.
Tok ingin menerangkan bahawa Diskaun Untuk Ahli GB ialah :
10% bagi setiap pembelian ke atas dan tiada diskaun jika nilainya bawah RM 200
Bagi Ahli Kem :
10% Bagi RM 86 Ke atas dan RM 200 Ke Bawah
30% Bagi RM 200 Ke Atas
( Kecuali item yang melibatkan Tempahan Tukang , cincin dan Item Bukan Barang Tok )
RM 200 : Tiada Diskaun ( Garisan sempadan Diskaun )
Ada Pembeli yang membeli dan mengumpul banyak barang, kemudian Menjumlahkannya secara Keseluruhan dan menikmati diskaun 10-30% ini , dan tidak menambahkan Kos Pos...
Di Sini Ada 2 Kesalahan :
1) Jumlah yang mereka Totalkan termasuk belian item Bagi 200 Ke bawah.
2) Kos Pos Cuma RM 6 Sementara Kami Membayar Kos Pos mereka hampir RM 15( dalam negara )-100 ( Luar negara )
Jadi di sini berlaku ke tidak adilan kepada Kami pihak Penjual.
Apa Yang kami maksudkan ialah :
DISKAUN BAGI TIAP JENIS BARANG YANG MELEBIHI RM 200 KE ATAS BAGI AHLI GB
BUKAN
DISKAUN BAGI KESELURUHAN JUMLAH BELIAN.
Di sini Anda perlu tahu , Jika keseluruhan barang anda itu adanya RM 200 ke bawah, maka ia tidak termasuk ke dalam kos diskaun.... jadi begitu, anda akan mendapat cincin percuma, dan item item percuma secara Besar besaran...... Boleh.... Anda bayarlah gaji pekerja kami sebulan keduanya pekerja kami RM 5000 ?.....Kos Kenderaan, Kos Luar Negara, Kos Internet, Kos Pelayan Sistem Tempahan, dan lain lain yang semuanya melebihi RM 15000 sebulan untuk kami tanggung.
Jika anda mahu tanggung..... silakan.... kami sedia memberi Semua batu permata kami secara percuma sahaja kepada anda.....
Jika begitu, ia bukanlah Perniagaan lagi, ia adalah Charity ( Kebajikan )......
Yang sebetulnya kami sudah lama dan banyak memberikan Charity kepada anda di mana Bila kos sijil Ketulenan batu permata langsung satu sen kami tak ambi, dari anda, Kos RM 200 Ialah 100% Kos Pekerja kami naik bas turun bas, naik teksi ke Makmal di Singapura , kos Menguji sebiji permata ialah antara SGD 60-80..... Kirakan di dalam matawang Malaysia Dalam RATE 2.50, agak agak berapa.....???.
Kami di sini sudah kurus kering kerana anda , anda mahu sehingga kami mati terus dengan mengganggap kami tidak peduli atas sikap anda?......
Kami hanya meminta anda fikir untuk hari ini sahaja..... Tolonglah....
Jadi jangan mementingkan diri, kami di sini menyediakan permaharan paling berpatutan, dan jangan mengambil kesempatan di atas kepercayaan kami kepada anda.
Jika begitu kami cuma ada 2 pilihan sahaja :
1) Menaikkan harga Jualan Item item kami
Atau
2) Menghapuskan sistem kad, di mana ahli ahli GB dan Ahli Kem yang sudah mempunyai kad juga sudah tidak mempunyai kuasa diskaun lagi.....
Jadi , Sila Pilih , anda mahu Berubah .... atau anda mahu kami mengubah Undang undang kami?....
Apabila barang yang terkumpul banyak, anda perlu fikir sendiri akan kos posnya, samada untuk menambahkan atau mengurangkan nilai diskaun anda.... Pihak kami mengamalkan sikap " Give and take " dan " Win To Win Situation ". Jadi sila hargainya .
Bukan kami tidak tahu, cuma kami sudah lama berdiam diri sehinggalah pihak audit menilai kami di hujung tahun bagi pengiraan LHDN . Sebelum Pedang kami menikam kami sendiri, Jadi Baik Kami menyimpan pedang kami dengan Rapi Atau Kami terpaksa menggunakannya dengan membatalkan semua kad Diskaun anda.....
Jadi , Kami Minta Belas ihsan anda untuk cuba menggunakan akal untuk hari ini sahaja jika sebelum ini anda tidak pandai menggunakannya.
Anda berubah.... Atau kami Yang Melakukan Perubahan.....?
BIG TEDDY DAH MERAJUK..... HAIYOOKKK
Saya belum peenah guna kad diskaun. Hehe :)
BalasPadamada ke kad diskaun ni tok..xpenah pun guna...apa2pun terima kasih atas penerangan tok
BalasPadamSaya cadangkan, batalkan kad diskaun utk yg salah guna je tok.. kesian kat yang tak salah guna and amik kesempatan ni.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga..huhu
BalasPadamtul tu tn ezad ... dah tok maharkan item murah ader lagi yg nak berkira ngan wang pos rm6 bagi setiap item ni .... huhuhu
BalasPadamSy setuju dgn tn ezad jugak.. Lgipun sy pun baru nak belajar gunakn kad ahli GB huhu
PadamTul tu nk berkira sgt wang pos... Diorg ni lum tgk jln masuk Tasek lagi...da masuk baru tau bertapa susah nyer ....ishhhhhh agak2 la Tn2.....
PadamBetul ckp tn ir tu..
PadamHanya yg pergi tasek je tau betapa susahnya nak cari duit.. haishhh..dah bagi betis nak peha..
PadamSetuju dengan tn ezad tok..
PadamSalam Tok Mat..yg penting bagi saya jadi ahli GB. berurusan gan Tok.tak ada masaalah brg terbaik.Tulen.
BalasPadamSy rasa cadangan Ezad bernas...jika customer menyalahgunakan kad diskaun Pihak GB batalkan n tarik keistimewaan kad diskaun customer itu saja....org lain yg buat onar kita kena timpias....gerammmmmnyer
BalasPadamFikirlah tuan tuan mne dpt mahar sebegitu murah nilaikan item tu.susah mhu cri..Fikir fikirlah..Hidup Tok Mat.
BalasPadamtu semua cabaran.
Naseb xapply kad gb ... Huhuhu
BalasPadamPd sy tok dh maharkan pd harga trbaek dah..syukran & tq tok
jgnlah kiter berkira sgt n amek kesempatan atas keikhlasan org pd kiter ... ni smuanyer harta dunia jer ... meh kiter muhasabah diri pd saya n kwn2 TMGB .... smua kwn2 di blog ni adalah yg terbaik .
BalasPadamLOCK GUTS 1A
BalasPadamMeroyan ke pe pokcik nii...wakakakaa
Padamler... igt dah dapat dah.. apsal kat sini pulak kuarnya... adoi... salah setting... takpa set lagi sekali... ehem.. =))
Padamooo salah setting ekkk ... wakaakaka
Padammak aiii ... pokcik aesalno dah lock ... huhuhu ni tenet tahap gaban ko? .. kahkahkah
BalasPadamko kah kah kah kan lock pokcik encek head ? sampai hati noh.... fine !!
Padamkahkahkah .. pokcik aesalno ni teruja ke ngigau ni ... jap lagi setting kasi baik punyer tahap siput lala ... hehehe
PadamKalau nak senang atau x nak bayar wang pos senang je. Datang terus rumah tok. Kalau yg guna kereta ke dari kedah atau pantai timor rasa la dgn tol dan minyak lum masuk letih penat lagi. FIKIRKANLAH......
BalasPadamsy cadangkan tok lekatkan post ni di "BERITA G. BUNIAN" yg ada di sebelah kanan atas page blog ni.. senang utk semua buat rujukan.. =)
BalasPadamSusah gak tuan.. kalau customer yg guna hp, diorg takkan nampak yg kat sebelah kanan tu
PadamBetul kata tn Ezad tu
PadamTok..lepas ne tok letak je..nak kena tambah atau x wang pos..kadang2 ada yg tak tau..ermm..nak jd ahli gb cam ne tok..kena join kem dlu ke
BalasPadamx perlu, ahli GB bayar RM 50 yuran seumur hidup kemudian sms kan nama, alamat dan ic number pada lica, kita akan keluarkan kadnya
Padamassalamualaikum...rasanya sebelum ada kad diskaun harga agak murah lagi daripada waktu diwujudkn kad diskaun...batalkan je kad diskaun tu tok.hehehe(ayat orang takde kad diskaun,wawawa)
BalasPadamjangan marah na...Gunakan kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin.nanti kena tarik balik baru tau.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTakpo tok..lepas ne semua kena paham2 la..antara tok letak wang pos atau tak..jadi kalau dah letak wang pos tu..totalkan sendiri la..kalau x ado tu..maksudnya jumlah tu termasuk wang pos la..jadi kesimpulan..tok total je sekali harga item termasuk wang kirim..jadi lepas ne..kami x byk tanya..hehe..kami sendiri mau ingat..
BalasPadammemang reganya dah siap kos pos tuan.... cuma kekdang bila dah amik banyak, depa dah fixkan kos pos tiap barang dan cuma bayar untuk 1 barang sahaja, jadi ada 11 barang kos pos dah rm 15.00 lebih, kalau barangnya berat berat... dah rm 60 kos posnya .... tapi bayar rm 6.... itulah yang tok kesalkan., kesian pekerja kami hari tu xde gaji
Padamwalaupon saya ada kad ahli kem tp xpernah guna... bukan ape xreti nk kira maklumlah matematik lemah sikit.. bayar je dgn harga yang tok letak.. tu pun masih berpatutan lagi jika dibandingkan dgn pengorbanan tok masuk hutan. susah woooo.. apa yang penting ketulenannya terbaiiiiikk...
BalasPadamSy ni newbie.. nk tny pada otai2.. harga yg diletak tu beserta kos pos atau tidak.. selama ni sy bnk in bedasarkan harga yg.dipaparkn sahja.. tolong bg pencerahan... hehehehe... sian tok mat.. patutny kita xperlu la nk smpi harga tu murh sgt.. sbb harga tokmat dh mmg murah dr tmpt lain... stakat kos pos pon nk berkire apelaa... bpe sen sgt kos pos tu... bantula bangsa kita brniaga... brula bangsa kita maju...
BalasPadamKos pos semenanjung RM6..Sabah Sarawak RM9..
PadamSelalunya harga dah masuk kos pos..kecuali dinyatakan.. ..perasan kan harga ada rm6 kat hujung..tu la kos pos..sabah sarawak kena tambah lagi RM3..
sebenarnya kos pos laju dalam semenanjung sekarang RM 6.00 ( bungkusan kecil )
PadamSabah serawak RM 9.50 ( bungkusan kecil..)
Namun kami masih ambil 9.00 di situ walau rugi 50 sen, alah apa nak berkira dengan cust kan... tapi bila cust mula nak aniaya kami kumpul barang banyak2 dan sekali pos bayar cuma untuk bungkusan kecil... itu yang teddy majuk tuh....tok x majukkkk
Setahu saya kalau ada kos pos tok mat akan letakkan..jika x ada termasuk la kos pos..ye ke tok..
BalasPadamSalam..cba kite bayangkn..ssah payah Tok..msuk hutan melakukan ritual...dgn risikonyeee...pstu bleh bgi kite...item2 asli...dgn mahar mmpu milik....
BalasPadamTok n Pn Alisya..sya cdangkn pringatan nie...slalu d updatekn kt blog....
Biasanya...mahar yg tok letakkan dlm blog nih dah termasuk kos pos..yg kalau x silap RM6 utk Semenanjung jek. Luar dari Semenanjung (Brunei & Singapura), Sabah & Sarawak, tuan punya yang lock/bayar tu kena tambah sendiri. Sebagai contoh, ada item tuh tok letak RM86, yg RM6 tula kos posnya, tp untuk pembeli Semenanjung jek la, tapi kalau luar macam kat atas tu, kena la tambah kos pos sendiri (RM86 + berapa yang kena la). Nih la yg saya paham ttg sistem tok mat kat sini. tapi kalau lepas tambah kos pos tuh lebih dari RM200, jgn plak lepas tu claim diskaun 10%/30% plak, dah kira salah kira tu..hehehe..senang cite, 10%/30% diskaun tuh bleh digunakan untuk item yang maharnya sahaja mcm yg tok mat tuliskan, kos posnya tetap sama, xda diskaun...Tok Mat/Nenek Lica, kalau saya salah, silalah betulkan yea...
BalasPadambetui 3x
PadamAs-salam, Tok Mat GB dan rakan2 blog TMGB sekalian. Semoga sentiasa sihat dan harmoni.
BalasPadamDISKAUN AHLI KEM
Setiap Item: RM86 - RM200 = Diskaun 10% dan RM200 ke atas = Diskaun 30%
DISKAUN AHLI GB
Setiap item RM200 ke atas = 10%
Sekadar pendapat;
Semua diskaun item di atas tanpa / termasuk wang pos (terpulang dgn Tok Mat GB).
Setakat ini, blog TMGB adalah yg terbaik dgn amalan sistem yg digunakan utk pelanggan. Pelanggan2 termasuk saya sendiri mcm jadi manja pula, aduiii' na'...
Pendapat saya, pelanggan2 yg sdh tersilap-salah dlm penggunaan sistem diskaun yg diamalkan oleh pihak Tok Mat GB boleh beritahu secara terus utk membuat bayaran tambahan yg sepatutnya.
Saya setuju juga dgn pendapat rakan2, tetapi keputusan ditangan Tok Mat GB juga. Jadi apa pun, kita terimalah seadanya.
Terima kasih Tok & warga blog GB.
Jadi sesiapa yg dah tersalah faham @ kira.. elok juga .. tuan2 tambah mana yang kurang..
Padambetui , kiraan di atas, perlu diingat jika barang RM 200 maka tiada sebarang diskaun, dan diskaun x leh kira dengan kos posnya
PadamYg ponting peringatan je la..mampu milik..jgn nak kurang2 dh..
BalasPadam