Jumaat, 21 Disember 2012

PERINGATAN

Assalamualaikum wbt dan salam hormat


LOCK

Ingin di sini Tok memaklumkan bahawa semua item yang ingin Di Lock perlulah di lakukan oleh anda sendiri , bak kata pepatah melayu " nak seribu daya tak nak seribu dalih ", bukan lah jalan mudah dgn sms pada Tok dan memesan untuk Lock Sekian sekian item. Ia melanggari Undang undang yang sudah termaktub di dalam Blog GB... Malah orang lain akan menuding jari ke muka Tok bahawasanya Tok sendirilah yang melanggari Undang undang tersebut.

PAYMENT

Setiap payment / pembayaran perlulah di kemaskini di blog di bawah ulasan " LOCK " anda dan kemudian smskan butiran detail pembayaran anda di No hp Tok, tak susah bukan ?.... 

Namun ada beberapa pelanggan yang malas untuk update bayaran mereka di Blog apatah lagi sms kannya kepada HP Tok di sini, ini akan menyukarkan lagi proses penghantaran Item kepada Anda.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa setiap pembayaran anda di kawal selia dengan rapi oleh pihak GB dan di kawal selia oleh seorang Pegawai Audit yang Tok Upahkan secara Private kerana Hasil Perniagaan kami sekarang mencecah RM****** sebulan, seseorang perlu untuk melakukan penyemakan secara profesional.

Sistem Penyemakan kami berdasarkan kepada 1 Software yang disediakan oleh android dan ia dihubungkan dengan Platform utama website software berkenaan, ini bermaksud, pihak kami dapat menyemak segala butiran bayaran anda walaupun dari Bulan Januari 2012 kerana ia tidak dipadamkan secara kekal dan masih berada di dalam Folder Trash.

Semasa penyemakan kami beberapa hari lepas, Kami dapat mengesan beberapa individu telah berjaya mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan, iaitu memesan barang, kemudian sms payment done, namun sebenarnya tiada sebarang bayaran di buat. Pelbagai alasan diberikan bagi membolehkan pihak kami menghantar pesanan palsu terkahirnya, Bertuah pihak kami belum sampai ingin membuat laporan polis walau semua bukti dan dokumen di simpan seperti sms, penyata akaun dan laporan audit.

Pada Bulan November dan Disember, pihak kami mengalami kerugian RM 10,260 dengan tidak termasuk kerugian di dalam perniagaan kami yang lainnya. Kesemua sekali di kira Berjumlah RM 23,260... Satu jumlah yang amat besar bagi kami yang hanya menjalankan perniagaan Home Base.

Pelanggan pelanggan tersebut telah di masukkan di dalam senarai hitam kami, di mana kami tidak akan membuat sebarang urusan jual beli dengan mereka.

Pihak Kami berharap agar perkara ini tidak berulang walaupun penyemakan kami agak lewat, namun lama kelamaan penipuan anda akan terbongkar juga, ingat 1 perkara, rahsia 1 negara pun boleh terbongkar, apatah lagi rahsia individu.

Bukan di sini maksud Tok , pihak kami mementingkan Wang ringgit, namun kami juga perlu memberitahu kepada anda semua, setiap item anda tempah ada kosnya tersendiri seperti Tol, minyak, tayar kereta, servis kereta, duit makan minum , Hotel , keraian kawan kawan apabila setiap kali pihak kami ke JB hanya semata mata mahu menghantar pesanan anda di PPL. Di sini sahaja menunjukkan bahawa kami memberikan komitmen yang cukup tinggi terhadap perniagaan kami dan juga bersedia memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada anda.

PERTUKANGAN

Pihak kami menggajikan ahli pertukangan profesional di mana tukang kami mendapat perhatian Oleh kebanyakan kedai kedai Emas , gemstone di Bandaraya Johor Baharu ..malah ada beberapa kerabat istana juga menggunakan kemahiran tukang kami untuk melakukan sebarang tempahan. Tukang kami memperolehi sekitar 600 tempahan setiap hari di mana jumlah ini belum termasuk tempahan dari pihak GB, kerana itulah pihak kami ingin menghentikan pertukangan pembuatan cincin, namun atas desakan anda sendiri, pihak kami terpaksa menerima tempahan anda dengan syarat dapat menunggu maksima 2 minggu dan anggaran ini hanyalah ramalan pihak GB sahaja, bukan kata putus dari tukang sendiri.

PERBANDINGAN KOS PERTUKANGAN

Di GB, anda mendapat keistimewaan hebat apabila setiap tempahan cincin anda boleh dikatakan sebagai antara yang paling murah, pihak kami tidak mengaut sebarang keuntungan bagi sebentuk cincin yang anda tempah dan kehendaki. 

Katakan design STD Bunga jawa tembus, Anda hanya membayar RM 140 sahaja untuk sebentuk cincin ini yang di buat dari Perak 10 ..bukan perak asam ( perak + Tembaga ), dan di situ sahaja tiada keuntungan kami langsung walau 1 sen. dari PPL ke Kedai Tukang adalah sekitar 15-20 Minit, usah di kira kos minyak, pihak kami sudah beberapa kali di saman akibat Parking, memandu melebihi had ... di situ sahaja sudah Rm 300 /  saman, atau minimum Rm 150/ saman. 

Pihak kami sanggup berkejar hanya semata mata untuk memuaskan hati anda , namun..ada segelintir individu yang sudah pandai membandingkan komitmen kami dengan komitmen pihak lain, perlu diingatkan, perbandingan perlu di lihat dari :

- Harga
- Kualiti
- Bahan pembuatan
- Komitmen

Jika Kerabat Di Raja Sanggup menunggu sehingga 3 minggu malah kadang kadang sebulan bagi disiapkan sebentuk cincinnya, apatah lagi anda, mungkin anda tidak mementingkan mutu dan kualiti pembuatan dan hanya mementingkan nafsu sahaja dari semua di atas. Kerana itulah tiada sikap kesabaran di dalam diri anda.

CINCIN ROSAK

Setiap item yang rosak setelah di pakai, samada sudah setahun di pakai, boleh di hantar semula kepada pihak kami dan akan di betulkan secara percuma, kos ini termasuklah besar dan kecilkan saiz cincin.

PERMATA ROSAK

Jika anda dapati permata anda rosak ( retak ), perlu diteliti dahulu adakah ia retak atau cuma urat baru yang timbul ( proses semulajadi batu ), untuk menguji samada ia rosak atau tidak, sila pegang batu di paras pinggang dan jatuhkan ke atas lantai simen, jika pecah, anda boleh pulangkan semula dan digantikan dgn baru tanpa kos, Waranti ini diberikan untuk 30 hari dari pembelian sahaja. Kos Penghantaran perlu di sediakan oleh pihak anda sendiri.

PRINSIP PERNIAGAAN

Pihak kami mengalu alukan sebarang individu yang ingin menjadi agen / dropship item permaharan barangan kami, bagaimana, cara, jalan anda melakukannya adalah bergantung kepada diri anda melakukannya.

Namun Perlu diingatkan agar jangan menyalahgunakan Mahar Dropdhip yang kami berikan untuk kepentingan anda sekaligus boleh menjatuhkan pihak GB iaitu induk anda.

Perinsip niaga Cina, mereka pandai menjaga dan mengawal pasaran demi kepentingan perniagaan yang berpanjangan, jadi sila kawal harga anda baik secara nyata atau secara sembunyi ( ada pihak pihak yang minta *PM sahaja jika mahu tahu mahar ), pihak kami menerima beberapa laporan bahawa terdapat pelanggaran di dalam syarat yang sudah dipersetujui di mana Dropship tidak dibenarkan berniaga di bawah harga yang sudah termaktub di dalam Blog kami. Mereka di nasihatkan menjual item mereka pada paras sama nilai atau melebihi nilai GB. 

Pihak Dropship perlu mematuhi setiap arahan yang diberikan kerana setiap arahan adalah merujuk kepada keuntungan jangka masa panjang buat mereka sendiri.

Dropship tidak dibenarkan menjual Barangan sintetik, JJ, batu masak atau yang sewaktu dengannya bersama item Pihak kami, jika perkara ini diketahui, maka dropship ini akan terus di senarai hitam kan dari senarai Dropship dan sebarang urusan jual beli tidak akan dilakukan lagi antara pihak kami dan GB sendiri.

BARANG TIRUAN

Awas kepada barangan tiruan yang kini semakin menjadi lambakan di pasaran , baik pasaran luar mahupun di blog blog, Kebanyakan barangan ini diperolehi dari indonesia dan indonesia sendiri meng-import barangan tiruan ini dari China dan taiwan.

Antaranya : Batu Permata JJ ber- Profil Tinggi, Nilainya memang tinggi dan boleh cecah berbelas ribu, namun untuk nilai masa akan datang, ia seperti sampah sahaja bagi pandangan kedai kedai gemstone. 

Nilai Permata asli terutama Delima, zamrud, akik profil tinggi dan fosil fosil di jangkakan harganya akan melambung tinggi sekitar 4 tahun akan datang, cincin yang anda tempah pula adalah Perak / Silver penuh tanpa sebarang campuran tembaga, ini adalah 1 pelaburan juga kepada anda tambahan Perak kini disenaraikan di dalam carta FOREX dan lain lain pelaburan logam selain emas.

Pembelian Item palsu kadang kala memeningkan pihak penjual permata, apabila Timbul sejenis batu tiruan dipanggil batu JJ yang 99.99% menyamai permata asli terutama Delima dan zamrud, ia tidak dapat dibuktikan melalui peralatan uji melainkan pengujian mata melalui Pandangan mata bagi yang mahir di dalam bidang Permata.

Antara yang berjaya di kesan palsu namun nampak real ( JJ ):

- Batu bulan ( moon stone )
- Aquamarine
- Feroz ( Turqoise )
- L.Lazuli
- Labradorite ( Panchar dewi )
- Berlian ( Diamond )
- Ruby / Delima ( Burmist /Africans )
- Agate
- Batu Pasir ( Sand stone ) / Cenuai Emas Dlm GB
( B.Pasir ni lah paling kelakar, nampak sgt tak ori , macam cincin budak budak sekolah rendah pakai dapat dari tikam dalam keropok )



Mungkin anda menganggap " Alah, murah..lawa pulak tu, pakai je lah "...

Namun Dapatkah telinga anda akan menahan dengar kata kata Ini :

" kau pakai buat berat jari je "
" Ini tak ori lah " ( kalau tok sure malu sey )
" Baik pakai ori, mahal takpa .tapi puas hati "

Dan berkali kali mendengar kata kata ini ditujukan kepada anda... sanggupkah ?... 


BAGI PENIAGA BATU PERMATA 

Pihak Kami Ingin bertanya, Anda ingin berniaga lama atau ingin berniaga singkat ?..... memang anda jual murah sebab ianya palsu, namun adakah anda kira, untuk sebutir cincin bernilai RM 15-60 tak ori, anda sebenarnya kerugian dari RM 2000-50,000 ( bagi pelanggan berpotensi ).... di mana sekali sahaja dia beli, dia takkan return ........adakah anda berfikir ?...dan adakah anda bijak berniaga ?....

Anda hanya bijak sekali , namun anda di klasifikasikan sebagai Bodoh berkali kali. Maaf jika menyinggung, namun inilah realiti.

Di dalam perniagaan ( Sebarang Perniagaan ), Merendah rendahkan Perniagaan Orang lain bukanlah Jalan Profesional, namun yang perlu ditunjukkan adalah komitmen berterusan dan melihat serta memperbaiki kelemahan diri, Jika anda merendah rendah dan memburukkan perniagaan orang lain yang sudah lama dipercayai dan perniagaannya kukuh, maka anda seperti menjerut leher sendiri, kerana setiap kata kata anda itu tidak akan langsung dipercayai bulat bulat, melainkan akan disiasat dahulu. Kita berniaga Online, sesiapa sahaja mampu untuk menyiasat jika apa yang anda katakan itu benar atau tidak, dan apabila mereka sampai ke sini dan dapati perniagaan kami ini benar, mereka akan terus berpaling dari anda dan akan terus memihak kepada kami sampai bila bila . Dan anda tetap rugi sepanjang berniaga. Rugi masa dan duit anda bayar Internet semata mata hanya mahu merosakkan orang lain. Kasihanilah diri anda terutama anak isteri anda kerana apa yang kita kerjakan bakal di hadapi oleh mereka kifarah dari perbuatan kita sendiri.

Di dalam perniagaan internet, jika sesuatu Blog terjadi kekecohan di dalamnya seperti fitnah dan sebagainya, ia akan memberikan impak positif kepada blog tersebut apabila ia akan berada di ranking tertinggi carian Google.... Tak percaya...?  ..lihatlah sendiri...

Tok ucapkan jutaan terima kaseh kepada mereka yang datang ke blog Tok dan membaling Bom tangan, malah ada juga nuklear... dan perkara perkara ini mendatang dan meggalakkan orang datang lebih ramai ke blog Tok, sebab itu boleh Hit 500,000 lebih kurang setahun.. Terima kaseh kepada anda yang datang mengebom tu, terima kaseh sangat sangat, sungguh..ikhlas ni..hanya Allah yang tahu betapa berterima kasihnya Tok kepada Mereka. Alhamdulillah... Berbalik kepada Berniaga.....

Tok dulu dulu pun bodoh juga, namun dari kebodohan itu, kita motivatekan dan upgrade diri sendiri di dalam perniagaan batu permata lamanya selama 8 tahun dari zaman gelandangan , dari zaman merantau seluruh pelusuk nusantara. Tok menerima terlalu banyak pengajaran, dan kini Tok berhati hati di dalam perniagaan, Tok sanggup usaha lebih bagi memuaskan hati pelanggan, walau rugi sekali, namun keuntungannya adalah berkali kali dan berterusan.

Tok dulu memang xda modal langsung, lepas nikah, memang apa pun takda, usah kereta, motor pun tak ada, namun Tok sedar, selain dari duit, Ilmu juga boleh dijadikan sebagai modal bagi memulakan sesuatu usaha. Jadi Tok gunakan ilmu Ghoib yang Tok ada... orang kata , kalau ambil barang dari orang bunian, kita tak boleh jual... masalahnya ... kita buat macam tu..kita ni khadam dia lah, takutkan dia... dan masalah kedua... Allah kan bagi kita akal..gunalah akal kita, mereka ( bunian ) cuma nak test saja , nak lihat sejauh mana keimanan kita kepada Allah, dan kalau kita lepas...bukan sekali dia akan bagi, malah berkali kali sampai penuh Almari item geliga Tok di buatnya, sila lihat item permulaan perniagaan Tok ini di page mula sekali ..... Hanya beberapa ketul sahaja.... sehingga kini ianya menjadi ribuan ketul dari hampir 1000 jenis... Nah..gunalah akal..Allah bagi Akal Bukan suruh buat pikir hal hal dunia yang biasa2 sahaja....

Di sini lah terang lagi bersuluh kata kata Guru Tok dulu;

" Kau nak kerja dgn Manusia Atau kau nak kerja Dgn Allah Yang kekal abadi "

Namun, bukan semua sanggup melakukannya.......bak kata pepatah di atas :

" Nak 1000 daya, Tak nak 1000 dalih "

32 ulasan:

  1. Ssah nk ckp bab manusia yg pnuh ngn nafsu setan ni tok..tp brkat sabar tok slama ni akhirnya GB yg trbaeek jgk...tp yg paling sya suka ayat pesanan guru tok tu..aii pnuh makna sgguh lh tok..

    BalasPadam
  2. salam tok.
    cukup bermakna..memberi nasihat, pengajaran, ilmu dan pengalaman hidup..Terima kasih tok..
    Seronok membacanya..sape makan lada dia terasa pedasnya..syabbas tok.

    BalasPadam
  3. Salam tok.. semoga murah rezeki Tok dan sekeluarga.. atas kesusahan tok, kami dapat beli barang dari tok dengan harga yg jauh lg murah dari tmpat lain.. terima kasih bnyak2 tok.. tuan izhar selalu tolong lock untuk kitorang.. tnpa dia kami x dpat beli barang tok pasal kami jarang on9.. semoga bisnes tok bertambah maju.. kami akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada tok.. semoga semua dipermudahkan..
    -SABAH TATAP -

    BalasPadam
  4. tapikan tok..selama sy bersama GB bermula januari hingga sekarang..semua catatan tok dan bebelan tok amat menarik untuk dihayati..sy rasa lepas nie tok bole wat buku pengalaman tok ke..kisah hidup ke..cerita pasal alam ghoib ke..cerita pasal permata cincin ke..mcm2 lagi..mesti best sebab ayat2 tok tu mudah difahami dan seronok dihayati..ni bukan bodek tok..ikhlas.cubalah tok..kurang2 pun buat blog 'Cerita Ceriti Tok GB'.hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringin juga tuan. pernah buat dulu, sampai separuh jalan.. tok delete je, sebab rasa mcm x layak nak tulih novel.. dah intai juga kilang cetak buku huhuhu... insyallah

      Padam
    2. Kalau ikut karangan ayat tok tu ade nilai yang tinggi tu...cuba la tok...kami semua kan ade untuk support tok...peluang hanya sekali jer tok...tok kan ade bakat jadi pendita.

      Padam
    3. Yup, Setiap penulisan tok ada isi. Ada jalan cerita n tersusun. Bahasa yg mudah difahami. Alhamduliilah. Keistimewaan pemilik blog GB.

      Padam
  5. Naya kat oghang order n sms dah bayar padahal kelentong... berkat tang mana tu... guna barang haram....

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, pengalaman yg amat berguna.Berminat pula menjadi agen/dropship ini. Bagaimana caranya Tok? Perlu menjadi ahli GB/menyertai Kem 1 kah dulu?

    BalasPadam
  7. emmm bebelan tok berasas...sya slalu skodeng harga tukang permata dan cincin,hanya di blog ni yang paling murah. sebentuk cincin biasa tanpa ukiran kalau kat luar hampir mencecah rm300. dah tu luluh hati bila nampak kecacatan pd batu permata yng sejak awal dapat dijaga dengan elok (pengalaman,baru nak tengok design secocok ke tak dengan permata,habis permata cacat pada pandangan)

    BalasPadam
  8. klau lh sy layak untuk berkerja di jln allah .. mmg susah dn berlipat kli ganda cabaran .. tapi . semuanya krana allah . ianya sgt berbaloi ..

    yg tntang kes penipuan tu .. knapelh ada org sanggup menipu .. dia hanya untung di dunia .akhirat nanti taulh balasannya ....

    lainlh mcm aku ni .. walaupun berhutang .. nanti tetap jugak bayar .. teringat kat arwah tok ki .. masa tengah nazak .. antara yg ditnyanya berkaitan hutang .. Takot wo bab hutang , , ape lg menipu duit org ..

    BalasPadam
  9. Salam shbt klau penipu ni tak Akan berkat Dan barangan yg di pakai hasil Dari penipuan tidak Akan Kekal tambah lagi jika berkhadam tentu Akan hilang barang dan juga khadamnya. Harap2 orang yg terasa tu taubatlah jgn di amalkan tak selamat dunia akhirat

    BalasPadam
  10. semoga bisnes nyer maju yea tok..amin...

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian pengalaman tok....bila kita berurusniaga dengan orang yang jujur mcm tok,allah akan mudahkan orang yang jujur itu untuk menepis segala khianat dan dengki manusia durjana yang tidak pernah putus asa....insyallah tok...kami percaya dan sokong tok dan gb. Tok buat promosi nie pun dah kira bnyak sedekah dah untuk kami. Tq Tok

    BalasPadam
  12. Slm tok.pepatah ada kata,'Hanya jauhari mengenal manikam'.Bagi sy,tok bukan shj jauhari yg mengenal permata dan geliga ,bahkan lbh dari itu.pengalaman kita berurusan dgn makhluk nama 'manusia' ni,pasti akan ada sifat2 sebegini.Atas alasan ni lah Allah jadikan syurga dan neraka.

    BalasPadam
  13. Slm tok.pepatah ada kata,'Hanya jauhari mengenal manikam'.Bagi sy,tok bukan shj jauhari yg mengenal permata dan geliga ,bahkan lbh dari itu.pengalaman kita berurusan dgn makhluk nama 'manusia' ni,pasti akan ada sifat2 sebegini.Atas alasan ni lah Allah jadikan syurga dan neraka.

    BalasPadam
  14. Apela tok penat lelah cari rezeki ada plak yg menipu...jumpa si penipu tu kt padang masyar je nnti tok...dia ingat dunia nih berkekalan kot selamanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..ala..hai ada jgk yg mgambil ksempatan diatas kejujuran tok mat tp mmg inilah dugaan bg org yg jujur & telus...kadang2 balasan bg org mnipu/mniaya/mzalimi sesama makhluk ni xsempat akhirat(mmg dh confirm) klu nasibnya baik didunia pun dia dh mendapat akibatnya nak2 brg mistik plak ehh ada brg klu betul jalannya(ikhlas) mberi manfaat tp begitu jgk sbaliknya...kpd sipenipu ni klu 1 masa nanti xtau bile mgkin esok,lusa @ tulat anda ditimpa bala elok skejap.. dtg lg bala malah btimpa-timpa plak..pada masa tu jgnlah dsalahkan takdir @ org lain sbb mmg anda patut & sgt layak utk menerima balasan tersebut sbgai ganjaran diatas pbuatan anda...don't drive N drink o.k he3

      Padam
  15. " Kau nak kerja dgn Manusia Atau kau nak kerja Dgn Allah Yang kekal abadi " <---sgt mendalam ayat nih tok

    BalasPadam
  16. Assalam tok ~ Kalau tak keberatan , saya mohon untuk tok emelkan apa2 saja yang berkaitan dengan syarat atau kaedah untuk menjadi agen / dropship GB.

    mazlienorinah@sbcglobal.net

    Mohon ya tok. InsyaAllah saya akan jadi agen GB paling jujur di area KK or Tuaran. =)) terima kasih tok.

    BalasPadam
  17. salam tok... mengenai batu tiruan yg tok mat ckp tuh bole diciplak 99.9% egn yg asli.. sy btol2 compiuslaa.. bab sblom sy kenal blog tok mat ny.. sy adelah beli byk jgk batu kt blog laen... nthan mg byklaa duit sy abis.. bab sy beli pown nk bt koleksi dan klu ade kwn2 sy berminat mybe sy jual kot.. pastuh maen dgn nafsu mata ny.. asl nampak batu or brg yg cantek n rare mesti nk beli.. xkirela brp maharnya.. mst sy beli.. bila tok mat da ckp cm tuh.. jd takot plak sy.. bab sy ny bknnyer pakar sgt dlm bidang ny.. tp alhamdulliha laaa.. bl sy join blog tok mat ny.. sy baca blog tok mat ny dri mula smpla skrg hurmm.. mg byk yg sy pelajari.. nthan sume rakan2 yg ade dlm blog tok mat mg spoting gilerr.. ;-]

    BalasPadam
  18. Paling dikesalkan ada item Curi ini di jual semula kepada Pelanggan Tok di sini , tak tahulah pada nilai sama, rendah atau lebih tinggi... beruntung berkandaq kandaq dia kan... senang di atas hasil titik peluh org lain... tapi tok dgr skrg dia dah jatuh susah dalam kurang seminggu.... tu lah... dok buat main lagi dengan benda bab hukum, tambah pulak benda tu mai dri alam sana, sekali dgn dia kena jual lah.. tgk lah tu, mengikut pengalaman tok... keperitan hidupnya adalah sehingga ke tua hidupnya susah, sempit dan menderita... jangan dok buat main benda lagu ni... terima lah azab...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok x kisah langsung, tapi bab hukum memang tok x lepaskan ... biar Allah yang adili.

      Ok lah, nak bersiap p tasek balik.. insyallah... ni yang mana nak lagi permohonan, sila kol atau sms sebelum jam 4.30pm hari ini...

      Semalam punyalah kalut, tengah dok baca zikir permulaan tu, ada saja org nak kol la , nak sms la.... heheh, merah juga muka, bila zikir permulaan dan sampai pertengahan dan dah di baca berulang kali asyik kena ganggu saja, last last stop jap.. kol alisya suruh dia dtg amik hp tok sebelum tok campakkan hp sendiri ke dalam tasek.

      Apa lah, org dah cakap sampai jam 4.30pm dah tutup, jam 5.30-6.00 pun masih nak kol tanya tu tanya ni... minta tolong serius na.... tok tepat masa, jadi kalau lepas masa sekian sekian . minta jangan sms atau kol lagi, waktu tu hanya Alisya sahaja boleh kol mana tau kat umah ada emergency ke apa ke kan.

      Jadi selepas tempoh tu, sila Kol Isteri Tok, takpa... tok ni x macam hangpa, tak kuat jeles... kalau sembang bab bisnes tak pa ... bukan nak cintan cintun kan. Sebab Isteri Tok tu lah P.A Tok pun, kalau bukan dia yang tolong Bisnes Tok ni, sapa lagi... jadi half knowledge pasal hal hal ni dia tau juga sikit2, bab stok memang dia handal. sebab memang dia yang jaga.

      Ok ..dah dah...dok bebel kat sini pulak.... baik, nak bersiap pegi dah... doa doa kanlah dapat banyak lagi malam ni, cepat sikit habis, esok dah boleh posting dalam blog

      Padam
  19. baru tahu permata rosak boleh tukar.tapi tak apalah,tak ada rezeki

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN