Khamis, 6 Disember 2012

KOLEKSI LOKET PUTERI KEMALA SARI

LOKET 1

* Terima kaseh Tuan Basir.Ganu




LOKET 2

* Terima kaseh Tuan M. Hassan UK




LOKET 3

* Terima kaseh Tuan Ijo Sue ( Faizol Kulim )





LOKET 4

* Terima kaseh Tuan M Hassan .UK




LOKET 5

* Terima kaseh Tuan Azmir.Ampang



LOKET 6

* Terima Kaseh Tuan M Hassan .UK



Assalamualaikum wbt, Maaf la lambat Upload sebab tadi seronok dok bercerita dengan Pelanggan yang datang awal untuk Kem Tu. Alhamdulillah selesai sudah , dia pun dah masuk tidur. Janji nak upload kurang 1 jam tak dapat ditunaikan memandangkan tetamu itu perlu dimuliakan, insyallah

Di atas adalah Koleksi Loket Puteri Kemala Sari, Puteri KS ini asalnya dari Sebuah kerajaan Di Kawasan Pergunungan Negeri Pahang, Kurang glamer la kecuali di kawasan kawasan pedalaman Pahang, Puteri ini sekarang menetap Di Kerajaan Gunung Ledang, Maklumlah Ledang adalah Pusat Negara atau bandaraya Metropolitan Orang Bunian di semenanjung neh. Beliau berkawan baik dengan Ketua Penjaga Batu Delima Iaitu Puteri Balqis yang cantik Jelita. Ini korang nak anggap fairy tales... suka hati la... cerita ni hampir kesemua paranormal tahu tentangnya... Insyallah.

Puteri Kemala Sari ini berusia di dalam lingkungan 300 tahun alam kita yang membawa maksud di alamnya usianya sekitar 29-32 tahun, jika di alihkan ke alam kita, kira muda lagi lah. Puteri ini mashyur di dalam Pengubatan dan membantu Bomoh bomoh serta menjadi pendamping bagi pengamal perubatan tradisional mengubati pelbagai penyakit melalui kelebihan sedia ada beliau.

Di ceritakan bahawa Suatu ketika dahulu Ada juga Puteri Bernama sama dengan Beliau di alam kita, puteri ini dikatakan Pandai mengurus dan tadbir negara serta Mempunyai Ilmu Hikmat yang tinggi , Kepercayaan Para Ahli Mistik mengatakan bahawa Kedua Puteri ini adalah orang yang sama... maksudnya dulu dia hidup kat alam kita, namun kerana tuntutan Ilmu dan kesaktiannya, maka beliau ghoib dan hidup di alam Bunian sehingga kini. Wallahualam bissawab..Allah itu Berkuasa mencipta dan menentukan apa sahaja di atas kehendakNYA.

Loket2 Di atas terdiri dari Sarung Emas ( asalnya ) namun setelah di keluarkan ke alam kita, ianya menjadi Tembaga.. Pernah dengar orang tarik emas dapat Jongkong tembaga...?.... sebab ini lah.... 

Sebab tu kalau Guru Cerdik , dia takkan mohon emas, tapi dia mohon Tembaga Atau Kunyit Hitam Berhias, Bila Ditukarkan ke sini ( nyata di Alam kita ), Tembaga akan menjadi emas dan Kunyit hitam berhias akan bertukar menjadi Barangan Hiasan. Hoh... sekarang dah tau kan kenapa Guru selalu tarik emas, tapi dapatnya Tembaga.... ??

Loket 1, 2 , 5 & 6 Ialah Loket RAW Batu Delima Asli...bukan sekadar nama sahaja Tau, kat alam kita pun ianya adalah delima... Di Jamin Ori...

No 3 & 4 Itu Pula tak dapat Tok nak pastikan Batu apa, namun ia mempunyai khasiat yang tinggi....

Apa Penting barang macam ini ???

Para Pengamal mistik berpendapat, jika anda mempunyai salah 1 barangan seseorang Puteri Atau sesiapa sahaja, maka ia dapat di jadikan medium bagi memanggil , bahasa mistik kita panggil " seru " Tuan empunya Barang datang.... Cara ?.... mengikut cara yang anda yakini.... Untuk apa?.... hajat masing2 lah.....

Tak Perlu tanya mengapa Tok nak jual benda ni kalau terlalu berharga, sebab kat rumah Tok dah banyak sangat benda macam ni, dan yang kedua...jika anda mahir ilmu Ghoib, anda tak perlu menggunakan medium ini untuk memanggil, cukup dengan ilmu yang dipelajari.....nak guna ilmu?... kena lah belajar.... berapa lama?.... anda sendiri tentukan ( berdasarkan kesungguhan Dan masa anda serta Keyakinan )

Adeh mata dah penat nak celik dah ni... dah mula merapu pulak.. Ok.. lah, insyallah ingin di maharkan pada nilai Promosi... ( kalau nak mahar ikut nilai Usianya, mau mau Ribu Raban Juga )


Kod Produk : L-PKSARI
Bentuk : Loket
MAHAR : RM 106

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah. Sy pown rasa loket no 5 terbaik. Tahniah tuan.

      Padam
    2. Tq tuan shafiq..ukiran tembaga dia sgt cantik.itu yg sy amik tu :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Hoop hoop, ni sapa pulak mapai ID MYAR neh, id ini tak dibenarkan pakai na... kalau nak pakai sila terangkan maksud bagi tiap huruf tersebut. tq

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Aduh tear lepas Pesawat pulak klau Ada lagi tok sya ambil (lock) apa apa bentuk pun Jadi lah janji ada tok.

    BalasPadam
  5. As-salam, Tok. Alhamdulillah barang yg dikirim tlh sampai dgn slmt. Terima kasih atas segala...

    BalasPadam
  6. sunyi la plak rasenye ble memasing g kem ne.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt semua, tok baru sampai rumah... alang alang sampai kawasan jalan tasik linggiu petang, singgah la kejap pekena kopi Jantan gerai orang asli sebelah jalan masuk ke tasek linggiu.. Alhamdulillah... masuk sekejap.. ingat nak kejap..tapi lama juga menanti barangan dan item untuk diperolehi... Semuanya barangan yang di hantar adalah dari Tasek Banding. Perak... Kalau diikutkan perjalanan mereka yang seperti angin itu rasanya dari banding ke Linggiu cuma dalam masa kurang 5 minit. Tadi Tok tunggu dalam 30 minit. Linggiu bukan tak ada barangan, namun sehari dua ni depa ada keraian...

    Lepas lama duduk sambil menahan sakit kaki kiri semalam akibat banyak duduk hehehe... tahankan juga demi mendapatkan item banding... sebab tok tahu item banding adalah item paling cantik pernah tok perolehi sebelum ini. Ledang pun...bukan tandingan Banding. Alhamdulillah... 2 Bentuk cincin 5 bentuk Loket berjaya diperolehi dengan bantuan kesabaran dan keizinan dari Allah swt... syukur... penantian itu bukanlah 1 penyeksaan, namun ia adalah nikmat yang tidak terhingga apabila kita mengecapi hasilnya... Alhamdulillah

    Malam ini, Tok akan mempersembahkan Item tersebut kepada Tuan Tuan, Insyallah juga tok akan update mana stok yang masih ada dan mana yang sudah termaharkan...

    Kem semalam?..... Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan penuh kenikmatan.... penuh kemanisan dan penuh kenangan... memang rugi bagi yang tak pergi... haha... jumpa lagi bulan februari nanti ya wahai peserta kem 1 edisi Pertama

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah syukur....semuanya berjalan dengan lancar...tahniah kpd tok mat dan semua peserta kem....hambe x terpilih kali ni..Sedih juga tp apakan daya, segalanya telah ditentukan Tuhan atas rezeki yg telah ditetapkan oleh NYA..mungkin lain kali...insyaALLAH.....

    BalasPadam
  9. sama llaaa rizal, isnyaallah di lain kali boleh join. Kalau takpun, personal coaching jer ngan tokmat...

    BalasPadam

CARA BERURUSAN