Jumaat, 28 Disember 2012

PENGHANTARAN ITEM TERBARU

Dimaklumkan bahawa Semua Item Tidak akan di Poskan Pada :

Hari Jumaat

Berikutan di dalam sejarah Penubuhan GB, sebanyak 3 Penghantaran sudah hilang di tengah Jalan, Masa cuti agak lama , jadi orang baju merah puteh ni ada banyak masa nak selongkar barang anda dan mencurinya.

Dulu Pihak Kami dah menekankan Hal ini, namun ada sebilangan Pelanggan Yang enggan ia di hantar isnin dan mahu di hantar juga hari Jumaat. Sebab Tu kita teruskan juga.

Untuk kali ini, Kita takkan hantar pada Hari Jumaat, semua item perolehan Khamis dan Jumaat Akan di Hantar Pada:

Hari Isnin Sahaja.

Namun Jika ada pelanggan yang berkeras mahu item mereka di hantar Pada Jumaat, Boleh di tunaikan, namun jika ada barangan anda hilang atau tak sampai, Pihak kami tidak boleh memberikan sebarang jaminan Keselamatan barangan anda.

Jadi Pihak GB harap semua pelanggan memahami akan situasi ini. Kecurian terbaru terjadi di P.Pos Batu Caves. Kerugian sekitar RM 300-600 ini bukanlah menjadi nilai kecil bagi si Pencuri.

----------------------------------------------------

TEMPAHAN ITEM

Sila Update pembayaran anda dan semua detail Pembelian Di SMS biasa, sila pastikan anda tidak menghantarnya melalui W/App Atau lain lain yang sewaktu dengannya.

Sistem Update kami hanya melalui SMS sahaja... ( dalam W/App Kami x Boleh nak copy paste ke evernote ).

Kemungkinan besar tempahan anda akan tercicir jika ia di lakukan melalui Program selain SMS.

Wassalam

* Hari ni Family day Keluarga Tok Kat Desaru...Esok malam kita jumpa lagi dgn item Bidding dan item lebih menarik



20 ulasan:

  1. ok tok.. nasib saya pos kat office pj.. andai kat rumah, pos batu caves la jawabnya..

    tok, selamat beristirehat bersama family.. ape2 pun family harus diutamakan.. tanpa mereka siapalah kita..

    BalasPadam
  2. Salam tok. Setuju sgt. Brg sy htr hari rabu tok. Minggu depan new yr hari selasa. Si baju merah biru pun cuti.

    BalasPadam
  3. jahat la dorang ni. Buat keja x jujr,kena buat aduan ni,ambil tindakan.haish,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah la x jujur pemalas lak tu. bila call dorg x angkat. walhal tmpt aku dgn PPL Kota Kinabalu dalam 10-13km aje. dari PPL KK ambil masa 4-5 hari nk smpi kat umah . Last2 aku sendiri kena gi ambil kat PPL KK. Dah parking pun payah...siap kena saman lagi tu...bukan polis yang saman, DBKK yang saman...hampeh keciwa dgn pos laju, x spt yg diwar-warkan dlm TV 'Dijamin Sampai esok'. rasa2nya baik tok ambil tindakan kerna ianya akan merosakkan reputasi GB...

      Padam
    2. Boleh kita hantar pakai GEDEX atau FEDEX tuan tuan... tapi kos pos kena tambah lah ...boleh.... kalau ramai setuju..kita akan pakai FEDEX atau GEDEX sahaja ya

      Padam
  4. Ok Tok, sy setuju coz Tok ambil langkah berjaga2 dlm penghantaran brg2 bg pelanggam Tok dan sy doakan semuanya berjalan lancar bg Family Day Tok Mat.. Insyaallah.. Amin..

    BalasPadam
  5. Happy holi-holiday tok,don't drink and drive tok,huhuhu

    BalasPadam
  6. hmmm... batu caves kaa...?? patut nampak mr postmen ketuk-ketuk sampul semacam jer masa antar item. kena fikir jalan yang lebih selamat neh... dah lahh penat lock and grab, pi bankin duit, tunggu dengan harapan tinggi, tiba-tiba ibarat menunggu bulan jatuh ke riba...

    BalasPadam
  7. saya doakan semoga tok dan keluarga selamat pergi dan pulang, selamat bercuti dan berseronok bersama keluarga insyaallah

    BalasPadam
  8. tok mat bl da jd kes cmtuh apew tindakan yg tok mat bt??? tok ganti blk kew,brg2 yg kene curi tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mende nie terjadi dekat saya. TokMat ckp kene buat report polis pas2 kt report 2 kene tulis bpe kos brg yg hilang then tokMat akn kua kn resit. So bley saman pos laju. Pasnie sy nk tukar alamat lak. Susah la pos laju batu caves nie. Haish.

      Padam
  9. salam tok...nk cite...masa ana dapat bungkusan barang tu,bungkusan tu mcm dh kena bukak...memang bole amik terus tanpa gunting @ koyak apa2...pelik jugak la...

    BalasPadam
  10. salam...ttg sikap xjujur & mcuri hak org nii klu dh sampai 2,3X blaku kena ajaqlah skit depa nii biar sekolah skit klu tidak diambil ape2 tindakan makin melarat jdnya nanti,wat sekali xda ape2 tindakan tambah seronok & beronok-ronoklah depa buat lg kali 4,5 & sterusnya...sorg 2 jaa perangai lagu ni, kat tmpt sy alhamdulillah so far o.k mesra & leh timbang rasa lg...

    BalasPadam
  11. Salam tok perkara ni pernah berlaku pada saya tahun lepas di limbang masa tu sya ada beli barang dari blog lain jumlah lebih kurang 3 k habis hilang tak sampai tapi dekat tracking dah di ambil dah di siasat gunakan sain Palsu Dan Kad pintar org lain report polis tak Jln n rugilah bring tak dpt

    BalasPadam
  12. Memang benda ni susah nak settle. Kalau settle pun kita tak dapat pe pun. Masa habis barang hilang. Dulu saya banyak terjadi benda-benda hilang mcm ni. Habis lak duit buat report polis. Polis menyalahkah kita lagi ada la. Mintak kita lesen perniagaan barang-barang antik dan senjata. Mana nak cari. Ingat senang nak dapat lesen senjata ni.
    lain la penghantaran item sertakan sekali insuran atas barang yang di poskan. Tp tak kan item bawah rm100 pun nak insuran. Bertambah la kos penghantaran.

    BalasPadam
  13. Susah kan pakai Pos laju..., cait..hampagas betoll lah..ingat nak tolong sesama bangsa....

    Harap pagar , pagar makan padi...


    Kita Akan Tukar Kepada Fedex Atau Gdex kalau tuan tuan semua setuju..... namun kos pos perlu tambah lah, tok belum tahu berapa... nak kena p tanya dulu.....

    Amacam setuju?..

    Kalau setuju..tok akan tukar kepada Gdex Atau Fedex

    BalasPadam
  14. Setuju penghantaran tukar kepada skynet,Gdex Atau Fedex. Kos penghantaran tak de masalah.janji selain dari pos laju. Tapi bukan semua pos laju cam tu. Lebih banyak yang jujur dari yang hampeh jadi hampas.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN