Selasa, 11 Disember 2012

PENJELASAN TOK MAT GB

Assalamualaikum wbt dan salam mesra

Tok berdiam diri seketika dan sekarang tok ingin bersuara apabila sudah mendapat cadangan dari Rakan rakan serta Tok Ramal.

Berkaitan isu Lock Meng-Lock ini, Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak kami bagi memberi ruang kepada yang memerlukan serta memudahkan urusan mereka, namun kelihatannya Peluang yang diberikan ini di sia siakan sewenang wenangnya, ramai lock sana sini sehingga tamat tempoh seminggu yang diberikan tanpa membuka lock mereka.

Ingin Tok bagi tahu sekali lagi peraturan Pembelian item di sini agar di kemudian ianya tidak di salah ertikan:

PELUANG LOCK

- Dibuka kepada yang bermasalah dan memerlukan masa bagi menjelaskan mahar bagi item mereka

- Setiap item hanya boleh LOCK DALAM MASA 7 HARI SAHAJA Bermula tarikh anda melakukan LOCK

- Selepas 7 HARI INI, Jika Barang Tidak Di Jelaskan Pembayarannya, maka rakan rakan lain berhak Memilikinya terus tanpa melakukan LOCK KE-2. Tidak perlu merasa malu atau segan kerana ia adalah semacam adat sahaja di blog kita.

- Setiap item yang termahar, perlu di update di bawah ulasan " LOCK " anda atau pembelian anda dengan copy pastekan sahaja maklumat dari maybank2u atau mana mana bank, Jika pakai CDM, sila masukkan Nombor Rujukan , masa dan tarikh ia di bankin serta nilainya.

- Selepas Update di Blog, anda boleh pada bila bila masa SMS tok akan pembayaran tersebut untuk pihak kami lakukan penghantaran segera, kalau tak mau hantar lagi, boleh SMS jangan hantar lagi... tak susah kan...

----------------------------Ini LAW lama -------------------------

Setelah di susun Semula


1) LOCK UTK 1 Barang Hanya Dibenarkan Untuk 3 Hari Selepas Ulasan " LOCK " Anda Di letakkan

2) Selepas 3 Hari, Jika Item belum termahar, maka sahabat lain berhak FAST GRAB Item tersebut

3) Setiap Pembayaran Perlu di Updatekan di Bawah Ulasan " LOCK " anda

4) Bagi sahabat Yang FAST GRAB "LOCK " Lama, Sila Update Pembayaran mereka Di Bawah Ulasan " LOCK " Lama ( Yang Asal Lock ) Dengan Ulasan 

" Saya Fast Grab Item Ini Dengan Mahar RM **** Kerana ia Melebihi 3 Hari Masa Perjanjian.

5) Bagi rakan yang tak sempat nak ambil selepas lock 3 hari tu, anda tak perlu merasa malu atau apa apa kerana semua org di sini memahami situasi anda, Namun seeloknya anda membuka " Lock " anda sebelum ia di FAST GRAB rakan lain.

6) Selepas update maklumat pembayaran di Blog, sila SMS ke no hp Tok maklumat anda untuk penghantaran segera.

Penyampaian Tok ni Detail , sebab tu nampak macam susah, tapi kalau diringkaskan, sebenarnya mudah sahaja.



KENAPA TIDAK TOK YANG UPDATE SENDIRI ITEM DI BLOG YANG MANA DAH BAYAR DAN MANA YANG BELUM

Jawapan: Tok tak mahu di katakan sebagai berat sebelah, atau memilih pembeli , atau memandai sendiri...Atau paling teruk orang akan cakap, " alah, bukan ada org beli pun, ni dia sendiri yang letak nak tunjuk banyak org beli barang dia "..... tok dah kena macam tu, tok tahu lah...Sebab ramai Blogger lain buat macam tu nak tunjuk barang depa laku org beli, walhal depa sendiri main update sahaja... sebab tu...lebih afdal tuan tuan update di blog..tak susah kan, cuma copy pastekan sahaja... panjang takpa, asalkan ada.

Jangan Hina barang pasar malam atau pasar tani kalau depa jual barang betul... sebab dropship tok banyak org pasar malam... lainlah kalau memang dia jual barang indon kan.... macam tok cakap...... barang indon tak semua palsu, jenis wafaq boleh guna, kalau batu atau keris... toksah harap lah nak dapat barang lama dan asli.... depa pun ambik dari China dan Taiwan... depa ada jual batu baik punya, tapi ia tak di pasarkan di Malaysia atas sebab2 tertentu.

Yang mana tau, tau lah....

Jadi Tok minta... bagi yang salah paham tu.. sms tok... Tok gantikan dengan benda yang lebih baik dan bagus.. dari dok bertekak macam ni.. tak elok..dan tak bagus.... cepat mati nanti.... mana taknya..darah asyik naik sampai kepala... 

Jadi

Ingatlah orang Yang tersayang

Jangan 

Jadikan Hari Raya Tahun Depan Sebagai 1 Tragedi

Keluarga anda Kehilangan Anda 

Kerana Selalu Marah Marah 

Dan 

Kena Darah Tinggi 

Atau 

Lemah Jantung





43 ulasan:

  1. hahahhaha... pandu selamat jiwa selamat. Jangan marah-marah naaa... aku ni dah lama x lock sebab uwit kurang... nak beli beg skolah anak.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Akhirnya tok bersuara. Sy sentiasa akn menyokong segala usaha pihak GB. Semoga GB akan sentiasa maju Di masa hadapan. Insyaallah.

    BalasPadam
  3. Canteeeek Tok...

    Heeeee... Ingat orang tersayang, banyak darah naik kepala jadi migraine Tok.

    Jangan sampai jadi kepala besar sudah. Bkn besar kepala tau..

    Terima kasih Tok.

    BalasPadam
  4. saya menghadapi masaalah bila barang yg saya minat dah dilock org...saya sedar saya x berkemampuan dan rakan baru dalam blog ini.

    zakaria Melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar tuan zakaria..rezeki ni hanya Allah yg tentukan..mungkin hari ni kurang berkemampuan , esok lusa sapa yg tau..

      Padam
  5. betul2.....ingat lah orang yang tersayang......

    BalasPadam
  6. rasenya niari 1st time tok ramal komen dalam blog. pastu siap ad gamba mata jin lak tu. pe kate reveal sket ape keistimewaan mate jin tu. tringin nak taw la pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kata tuan, dh lama gak duk usha mata jin tu... Tok Ramal buka la sikit rahsia nye.. kasi panas huhu

      Padam
    2. tuan hashimi,

      sebenarnya ni dah kali ke-2 tok ramal komen..sekali dulu pun pasal hal yg sama...

      kalo masuk kali ke-3 konfem kena siku ngan tok ramal..

      tuan bashah,

      bukan korang je yg duk usha mata jin tu..jin pun duk usha gak..

      rahsia selebihnya,biar hanya tok saja yg tau..kalau org lain dh tau tu bukan rahsia namanya..hehehe

      Padam
    3. ye la tok ... biar lah rahsiaaa... lagu ct norhaliza

      Padam
  7. Mudah mudahan penjelasan yang tok beri ini...memberi ruang kepada rakan rakan yang betul betul berminat dan menarik lebih lagi rakan.......baru gb

    BalasPadam
  8. Mudah mudahan penjelasan yang tok beri ini...memberi ruang kepada rakan rakan yang betul betul berminat dan menarik lebih lagi rakan.......baru gb

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... Lepas ni kalau ad jugak xtahu LAW xtau la nk ckp apa lg...dh terang lg nyata Tok update.. Harap2 lpas ni perkara tu xkan berulang lg... Kita sama2 amk iktibar ats apa yg berlaku.. Tok tolong kita,kita pun tolong tok... Barulah dikatakan semangat kerjasama... Didoakan semuanya baik2 saja...InsyaALLAH

    BalasPadam
  10. Mari doakan agar tok di beri kesabaran yg tinggi oleh allah s.w.t dlm menjalankan perniagaan pemaharan barang2 mistik ini. Harap juga dapat semua kerjasama dr pelangan2 GB bagi melancarkn proses pemaharan didalam blog ini.

    BalasPadam
  11. Tok, cuba Tok buat sticky kat kiri atas tue, law nie sentiasa di sana.
    Tulis besar2! INI LAW LOCK/MENGLOCK!!!

    Pasal akan ada member baru yang tak tau tentang law nie, lepas
    beberapa hari jer page nie akan kebelakang dan tak dibaca...


    Saya percaya member lama semua da faham..

    BalasPadam
  12. Sudah terang lgi bersuluh apa yg dh tok n tok ramal jelaskn...utk kbaikan kita smua dharap kita smua fhm akn mksud trsurat n trsirat tok n tok ramal..jauhi skap tamak n pnting dri sndiri..buang yg x brapa jernih ambil yg jernih2 ja..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum semua shbt2 GB saingat sya dari awal blog ni tak pernah kecoh pun tapi skrg Pulak tapi syukur alhamdulillah dpt d selesaikan ini adalah dugaan Dari Allah Taala mungkin Ada hikmahnya.Ameen.Saya berdoa agar GB maju dlm perniagaan ini.

    BalasPadam
  14. Salam tok mat barangan Thai bila mari tok kawan2 cina sya banyak yg mau barangan Thai nanti sya SMS tok mat apa barangan yg depa mau tu faham2 lah orang cina ni. He...he..

    BalasPadam
  15. untuk GB teruskan perjuangan sehingga menuju puncak ledang ke kinabalu.. tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari ledang ke kinabalu,
      Tak sampai-sampai jika naik sampan,
      Tuan bashah jgn malu-malu,
      Dah bersedia nak jadi umpan ?

      Padam
    2. Hahaha. Tok ramal berpantun gitu. Abz la tuan bashah jd umpan. Kikiki.

      Padam
    3. puncak kinabalu ade bunian,
      suasana indah di waktu malam,
      setakat umpan saya tak heran,
      ape pon datang tetap ku berdiam... hehe

      Padam
    4. takpe tok, rasanyer tuan syafiq bole teman saya kite jadi umpan nk, dua org lagi best.. umpan besar punya hahaha

      Padam
    5. puncak ledang lagi byk bunian,
      cikpon pun byk kt dahan-dahan,
      taruklah pun brapa byk umpan,
      tn bashah jugak jd pilihan ---> cikpon..

      Padam
    6. mendaki ledang lagak pendekar,
      semangat tinggi gerak berbisa,
      cik pon berlari kite mengejar,
      alah bisa tegal biasa.... nk wat camnee tok;)

      Padam
  16. Terang dan jelas dari Tok. Blog ni bukan setakat pemaharan barang tetapi ia juga untuk mengeratkan siraturahim. Bukan utk dendam mendendam, sakit hati, iri hati, tamak Dan cemburu. Kita kena la matang dan kena redho. Semua dah ada ketentuan dari yang maha esa.

    BalasPadam
  17. Xmo sy jd umpan. Sy dh cop tok mat dh awal2. Takut jd umpan nie. Serammmmmmmm. Tuan bashah bley la. Berjiwa panglima. Hee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi2 yang tolak 2 tula yang selalu kena dulu huhu jgn malu tuan syafiq, paling kritikal pon kena rasuk jew hehe

      Padam
    2. Tok keliru antara syafiq dan sorang lagi yang berbual dgn Tok kat luar masa ceramah tok dah habis..kepada si dia..ingat tak kamu ada nampak lampu lampu ditengah laut.... semalam tok dan tok ramal dah tau apa bendanya tu... jeng jeng jeng...bertuah nampak

      Padam
  18. Alhamdulillah.. LAW baru yg terbaik dan adil lagi saksama bagi semua pihak..harap2 lepas nie xdelah lagi yg xpuas hati sana sini, terkilan ke frust ke mcm saya, berat mata memandang berat lagi hati meruntun kalbu pabila barang yg dilock xsmpai 5mnit terus disambar dek fast grab org huhuu..apa pun bukan rezeki lah namanya..semoga maju jaya senantiasa tok mat GB..salam dri saya pengunjung baru blog GB
    Sharif Hidayahtullah

    BalasPadam
  19. mknanya kalo dlm bloq brg trsebut buyer blum update payment lbih dr 7 hari..org lain bleh fast grab la ye dn trus byr..cmtu ke tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu law lama.

      Cuba tengok (Setelah Susun Semula)..
      3 hari sahaja bole lock, pastu orang lain bole fast grab.

      Padam
  20. salam mudah-mudahan ada jalan penyelesaian...saya cadangan peng lock hanya boleh menglock satu barang sahaja..bagi memberi peluang org lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui... kalau nak banyak... kena fast grab... for secure... dah tamat bab ni

      Padam

CARA BERURUSAN