Masih Ingatkah anda akan BATU SARANG ULAR yang pertamaaaaa sekali kita maharkan?
Yang tok perolehi di Gunung Ledang?
Pada ketika ini Tok menemui seorang wanita bertudung dan berpakaian seperti laksamana Yang sopan, dengan Niqobnya 3 lapis , wanita itu bernama Laksamana Puteri Sri Ayu Putih yang juga sebenarnya ialah Bonda JJ di alam sana.
Pada ketika itu Tok sempat menegurnya dan beberapa dialog antara kami terjadi.
Di pendekkan cerita, Kami memang mengenali antara 1 sama lain, namun tidaklah berapa rapat memandangkan Dia ialah Sahabat Baik bekas isteri Tok yang pertamaaaaaa sekali.
1 hari semasa Tok dalam perjalanan ke JPJ Johor untuk mengambil lesen Antarabangsa bersama PA Tok Saudara HAzwan Harun, tiba tiba sahaja tok memintanya memberhentikan kenderaan dan menghubungi Bonda JJ yang ketika itu tok kenali dengan Panggilan JJ sahaja. Tok menelefonnya dan bertanya, rupanya dia sedang dalam proses berpindah ke Jelebu.
Perkenalan kami sebagai pasangan cuma selama sebulan, selepas berjumpa Ibunya serta keluarganya di kampung, ibunya tiba tiba masuk " angin" dan me;latah seraya menyebut mengenai pertemuan tok bersama Kembaranya di alam sana semasa di gunung ledang, Di pendekkan lagi kami pun berkahwin lah.
Kami di kurniakan seorang anak perempuan dan selama 10 tahun perkahwinan Bonda JJ juga sudah mengetahui penyakit kronik yang tok hadapi sejak lahir dan sudah 3x juga tok rebah tidak bermaya, pernah 1x tu jantung tok tidak kedengaran dengupannya walau di letakkan telinga di dada.
Beberapa kali Bonda JJ berkata Tok akan hidup panjang dan beliau tidak sanggup jika tok yang pergi dahulu , katanya dalam gurau dia tidak mahu menderita dan bergelar Janda atau Balu.
3 tahun yang lepas, selepas Beliau habis mempelajari ilmu terawangan, Bonda JJ mulai menerawang ke kerajaan Tok dan juga kerajaannya sendiri di Ledang, Tanpa tok sedari permintaannya untuk belajar terawangan sebenarnya hanyalah untuk 1 tujuan. Iaitu menukar perjanjian yang termeterai antara tok dan kerajaan Kota Kayangan sejak tahun 1999 Selepas menikahi Puteri Kerajaan tersebut ( Juga sudah Kembali ke rahmatullah ).PERJANJIAN di mana mereka akan ambil Tok Muda pada Usia 41 Tahun Setengah
Beliau menukarkan perjanjian Nyawa yang tok tandatangani kepada dirinya sendiri. Esok malam wujud benjolan di dadanya ( kanser payudara ) dengan serta merta. Tok berasa pelik lalu bertanya bagaimana Benjolan itu bolehj ada sedangkan malam sebelumnya ia tiada, beliau cuma tersenyum dan berkata " dia sudah menukarkan perjanjian yang termeterai di kerajaan Tok melalui ilmu yang tok ajarkan".. apa lagi berang lah tok kerana perjanjian itu sudah termeterai lama.
( Mengenai perjanjian ini murid lama sejak tahun 1999 dan murid era baru sejak tahun 2011 sudah lama mengetahui mengenainya )
Pada malam itu tok pulangh semula ke sana dan menukar kembali ke perjanjian asal, namun pada malam berikutnya buat kali ke-3 Bonda JJ menukar kembali ke namanya . Perjanjian itu tidak lagi dapat di tukar.
Batu nisan tok sudah siap , siap nama tok dsbgnya, Set jenazah juga sudah ada dan di bawa ke mana pun tok pergi, akhirnya lain yang di tunggu lain pula yang jadi.
Kanser payudara yang di kenakan kepada Bonda sukar di sembuhkan, bermacam macam cara di lakukan , baik moden, alternatif atau mistik, semua tidak berjaya malah ramai guru dan perawat berkata " ni ada benda lain ni " " ini melibatkan perjanjian ni " dll.
Tujuan Bonda JJ membenarkan tok berpoligami adalah kerana untuk ada pengganti menjaga tok sekiranya 1 masa dia tiada, dan hal itu benar benar berlaku.
Akhirnya Pada usia Tok 41 Tahun setengah, maka janji pun di tuntut, Bonda JJ sudah pun pergi meninggalkan kita semua melalui asbab kanser payudara.
Ramai murid lama yang menelefon tok mengucapkan takziah dan mereka tidak menyangka PERJANJIAN ITU ADALAH REALITI. Ya... Tok tidak pernah bergurau mengenai kematian.
Sementara Penyakit jantung tok pulih sampaikan Doktor tanya " awk smoking?" Tok jawab ya.... Garu kepala dia. Itulah kekuasaan Allah SWT.
Bonda JJ seorang yang tidak pernah meninggalkan solat, berpuasa dan ibadahnya sangat kental lebih dari org lain.
Semoga Rohnya di cucuri Rahmat dan jasanya Hanya Allah sahaja mampu membalas.
In Sha Allah tidak lama lagi kita semua akan menyusul.