Alhamdulillah dapat juga topk menulis di dalam blog ini, Masa ini tok muda berada di Alor setar selama 3 hari dan kemudian tok akan kembali ke kebun bagi menguruskan Legasi dan Kebun pula.
Hah, di atas ialah Geliga yang di simpan kerajaan Langkasuka. Kisah Langkasuka ....
Turutan kronologi Sejarah Langkasuka/Pattani.
Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu-Budha Melayu yang kawasannya ialah utara Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Perak Utara, Trengganu dan Kelantan dan seluruh Thai Selatan sekarang (Pattani, Yala=Jalor, Narathiwat=Menara/Teluban, Songkhla=Singgora dan Satun = Setol). Pusat pemerintahannya di Patani (Ada juga lagenda yang mengatakan Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. orang tempatan mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani) yang wujud sejak kurun ke-1M hingga ke-8M walaupun namanya kekal hingga abad ke-15M. Nama kerajaan ini daripada perkataan Sanskrit: langkha yang bermakna “tanah yang indah permai” dan sukkha bermakna “suka” atau “bahagia”. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, salinan tertuanya bertarikh 1598 menyatakan Langkasuka terletak di negeri Kedah (kawasan tebing sungai Merbok) hingga ke pantai Laut China Selatan. Tetapi banyak sumber lain yang tidak menyokong hipotesis ini. Bukti konkritnya ialah prasasti yang dijumpai di Jerang dan Djere/Jere (di Patani) dan buku Negarakertagama (karya Prapanca 1365, dalam bahasa Jawa Kuno yang dijumpai di Lombok 1894) yang menyatakan Jerang dan Jere (di Patani) ialah ibu kota Langkasuka. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka.
Seorang raja Langkasuka bernama Bhaga Datta 515M masih beragama Hindu Brahma, tetapi setelah Srivijaya menakluk satu tempat penting Langkasuka yang bernama Ligor (kini namanya Nakorn Sri Thamarat) pada 775M dan mengembangkan penaklukannya hingga merangkumi Patani sekarang maka Langkasuka mula meninggalkan Hindunya dan bertukar kepada Budha. Sejak abad ke-8M itulah Langkasuka membayar upti/ufti kepada Srivijaya. Mengikut Zulkifli (t.t), yang dipetiknya drp catatan China, kerajaan ini mencapai pembangunan budaya dan ekonomi yang tinggi dan beragama Budha. Abad ke-8 mula di bawah Sailendra dan Sriwijaya. Sekitar abad ke-11 berada di bawah Rajendra Chola raja India Selatan. Ada catatan sejarah Pali India abad ke-15M bahawasanya ada seorang raja Melayu Ligor bernama Sujitaraja (beragama Budha) berkahwin dengan puteri Khmer dalam separuh kedua abad ke-10M. Keakraban Langkasuka dgn Khmer berlarutan hingga abad ke-11M dan mendapat sinergi yang kuat daripada persemendaan/perbesanan ini.
Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa raja Langkasuka yang pertama memeluk Islam ialah yang bernama Phra Ong Mahawangsa pada 1136 dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah . Manakala ada yang berpendapat raja Patani yang pertama masuk Islam itu ialah Raja Antira/Indera dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah. Kerajaan Patani wujud hingga 1902 dan separuh daripada kesultanannya amat rapat dengan Kesultanan Kelantan. Namun banyaklah sumber lain lagi yang menyatakan ada raja di Patalung/Batalung (di daerah Kerajaan Langkasuka dan nampaknya lebih awal daripada Phya Tu Nakpa itu) yang beragama Islam dan bernama Sultan Sulaiman.
Nama Langkasuka hilang selepas abad ke-15M ini dan diambil alih oleh nama barunya, Petani atau Patani. Nama Petani atau Patani ini kemudiannya di-Arab-kan menjadi Fatani/Fathani, atau ejaan kami, Fatdani (oleh sarjana Patani terkenal Syeikh Ahmad al-Fatdani pada akhir abad ke-19M). Sejak abad ke-20 nama itu di-Siam-kan/di-Thailand-kan menjadi Pattani. Sesungguhnya antara abad ke-15M hingga abad ke-18M Patani menjadi sebuah kerajaan yang terkenal sehingga menjadi pusat tamadun rumpun Melayu hingga abad ke-20M dengan kemunculan puluhan sarjana agungnya yang bernama akhirnya al-Fatdani seperti Syeikh Daud al-Fatdani (yang termasyhur seantero dunia Islam dan hidup dalam 1769-1847, dan Syaikh Ahmad al-Fatdani (yang terkenal sebagai sarjana polimates sehingga ada yang mengatakan beliau menguasai puluhan bidang ilmu, di samping juga seorang pejuang bahasa dan kebudayaan Melayu sepanjang hidup dalam 1856-1908) yang senarai penuhnya dicatatkan oleh Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ada banyak cerita asal-usul nama negeri Patani seperti daripada “pantai ni” dan “pak tani”.
Dalam manuskrip Ceritera Negeri Patani (nampaknya lain daripada Hikayat Patani yang lebih masyhur itu kerana lamanya buku ini ditulis, mungkin setua Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang 1612 itu, dan menjadi satu daripada manuskrip Jawi Melayu yang tua, malah salinannya yang ada di Library of Congress AS bertarikh 1730; raja yang pertama membuka Patani ialah raja keturunan negeri “Kota Mahligai” di daerah Perawan ( dalam Bahasa Thai: Pra Wang) yang bernama Raja Seri Wangsa, dan ini sama dengan yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu itu yang disebut sebagai Raja Seri Bangsa.
Raja-raja Patani (Langkasuka Islam) bermula dengan Sultan Ismail Shah ialah anak-cucu-cicit-ciak-ciut-nya Sultan Muzafar Shah (menyerang Siam 1563 dengan 200 buah kapal dan ribuan tentera dan menawannya sekejap sebelum dikalahkan balik oleh Siam beberapa tahun kemudiannya), Sultan Mansur Shah, Patik Siam, Raja Bahadur dan diikuti oleh raja-raja perempuan atau ratu-ratu Patani: Raja Hijau (mulai 1584), Raja Biru, Raja Ungu dan Raja Kuning (mati 1651) yang dianggap zaman keemasan Patani. Siam menggelar ratu-ratu ini sebagai Phra Nang Cao Yang yang bererti Baginda Raja Perempuan, tetapi kemudian di-Melayu-kan kepada “Raja Nan Cayang”. Memang ada ahli sejarah yang menamakan raja-raja perempuan itu dengan nama Ratu seperti Ratu Hijau dsbnya itu, tetapi ini bukan nama rasmi dan penulis itu dipengaruhi Inggeris yang merujuk raja-raja itu sebagai Queen itu. Zaman keemasan inilah Patani menyerang/diserang Siam 1603, 1632, 1634 dan 1638 dengan kemenangan Patani, walaupun Siam mendapat pertolongan Belanda (secara sulit).
Kehebatan Patani dalam teknologi terpancar daripada masyhurnya mariam ciptaannya yang diberi nama Seri Negara, Seri Patani dan Mahalela. Kekuatan tentera Patani terbukti daripada kemampuannya mengerah ratusan ribu asykar dan pahlawannya dan kekuatan bentengnya yang terkenal Benteng Raja Biru. Tetapi mulai akhir abad ke-17M Patani mulai merosot dan pada 1785 Patani ditakluki, dan pada 1909 Inggeris menyerahkan Patani kepada Siam dalam percaturan politik liciknya di atas kelemahan raja-raja dan pemimpin Melayu. Kekayaan dan kebobrokan raja Patani pada zaman Raja Kuning ada digambarkan oleh seorang Inggeris bernama Hamilton yang melawat rasmi ke Patani apabila beliau mencatatkan adanya ‘sebuah caping emas” yang dibuat oleh Raja tersebut yang “besarnya satu hasta beratnya lima kati”.
Dalam Perang Dunia Kedua, seorang putera mantan Raja Patani terakhir sebelum terjajah (Tengku Abdul Kadir Kamaruddin) yang berpangkat Major dalam pasukan tentera British di India Force 136 Maj. Tengku Mahmood Mahyideen namanya, sungguh memberi harapan besar kepada rakyat Patani membebaskan dirinya dari Siam kerana kemarahan British terhadap Siam yang menyebelahi Jepun. Tengku Mahmood Mahyideen telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil wilayah kerajaan Patani dahulu itu dan digabungkan dengan Tanah Melayu (Malaya) dan usahanya itu memang diketahui oleh pasukan pembebas Patani yang bergerak sejak awal penjajahan Siam ke atas Patani itu. British difahami oleh Tengku Mamood Mahyideen sebagai membayangkan persetujuan rayuan ini. Sesuai dengan Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945 oleh Kuasa-Kuasa Berikat yang menerima prinsip hak menentu nasib sendiri daripada belenggu penjajahan, maka pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.
Namun apabila Perang Dunia tamat pendirian British terhadap Siam turut berubah. British mahu kepentingannya di Asia Tenggara ini masih terjamin. Siam menggunakan senjata berasnya ke atas tanah jajahan Inggeris di Asia Tenggara untuk tujuan politiknya. Kerajaan British juga berpendirian perlunya dia mengubah dasarnya terhadap Siam atas desakan sekutunya, AS, yang mahu mengekalkan pengaruhnya ke atas wilayah Siam seperti sebelum Perang Dunia dahulu. Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu sendiri pada tahun 1948, menjadi faktor berubahnya dasar British di Tenggara Asia khususnya terhadap nasib Patani. Dalam hal ini, British mula menganggap Siam sebagai negara penampan ancaman Komunis China ke Asia Tenggara. Justeru, British bertekad untuk memastikan kestabilan politik Siam dan memihak Barat. British berpendapat kerjasama dengan Siam amatlah perlu bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu dengan Siam itu, dan Patani wajarlah dikekalkan dipangkuan Siam!
Dengan perkembangan ini, maka selepas Persidangan Songkla pada awal Januari 1949, pihak British di Tanah Melayu atas kehendak pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuang Patani. Pertubuhan pembebasan Patani diharamkan dan Tengku Mahmood Mahyideen terus ditekan, manakala ramai para pemimpin barisan pejuang patani termasuk ketua pejuang dan ulama Patani yang bernama Haji Sulung dihukum penjara dan akhirnya mati tanpa kubur. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen sendiri pada tahun 1954 (mati dibunuh). Sejak itu pemberontakan para pejuang Patani hanya bertindak sebagai perjuangan gerila yang kekuatannya ibarat air pasang-surut sahaja sehingga sekarang.
Satu kisah perjuangan Patani 1902-2002 yang cukup komprehensif yang antara lainnya menceritakan dasar dan perjuangan beberapa barisan pembebasan patani seperti GAMPAR (Gabungan Melayu Patani Raya) yang ditubuhkan pada 1948 di Kelantan dengan pemimpin pertamanya Nik Mahmud Abdul Majid yang berjuang untuk menyatukan Patani dengan Malaya/Persekutuan Tanah Melayu, BRN (Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani yang ditubuhkan pada 1960 yang berjuang untuk autonomi Patani, yang pemimpin pertamanya Tg Abdul Jalaludin, dan yang terkenal hingga sekarang, PULO (Patani United Liberation Organisation) yang ditubuhkan pada 1967 untuk berjuang bagi kemerdekaan Patani yang diketuai pertamanya oleh Tg Bira Kutanila.
Hidup Patanni, Semoga mencapai merdeka!
Nah Faham sekarang Apa dia PULO yang tok dok sebut sebutkan tu dan berapa lama mereka berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan?
NAMUN.... pada hari ini perjuangan ini bukan lagi untuk membebaskan dan merdeka, akan tetapi lebih kepada kepentingan diri, Bekas bekas Pejuang ini mulai bertindak seperti Gangstar, mereka mulai mengambil upah mengebom pasaraya sesama islam, Mengebom 7E yang menjadi persaingan kedai kedai runcit Org lain.
Malah 1 kepala bernilai RM 800 Sahaja jika mahu di upah bunuh.
Itulah perjuangan Mereka kini.
Semasa tok di Danok dan berjumpa dengan anak anak bekas Pejuang yang mana Atok dan bapa mereka dulu ialah pejuang mereka menceritakan apa yang berlaku dan semasa bercerita ada kawan mereka yang menangis.
Situasi kelihatan aman damai, tapi hakikatnya mereka hidup di dalam ketakutan. Nak kerja pun tak boleh, kena pow sana sini, pergi berkebun pun di pow tengah jalan kalau tak bagi akan di pukul sampai cedera teruk. Malah jika melawan akan di bunuh. Benar mereka masih tidak mencederakan kaum wanita dan kanak kanak, namun lelaki yang keluar mencari nafakoh kini sukar untuk mencari sara diri dan keluarga mereka.
Semasa pertemuan Puan kai nak ambil gambar mereka namun mereka tegah kerana di khuatiri 2 pihak akan mencari mereka, Samada tentera siam yg ingin mendapatkan maklumat atau Pengganas sendiri kerana membuka rahasia mereka.
Selepas tok berjumpa mereka, Barang barang yang kami bawa ni sebenarnya bagi tok small mattaer sahaj nak keluar dari sempadan , Namun demi menghormati permintaan mereka yang meminta kami singgah dahulu di Sebuah Tokong keramat ular di danok dan letakkan 20 sen sebagai Tebusan lintas sempadan. Masa di sana berlaku sebuah kejadian aneh, selain tok sendiri melihat Patung Ular tedung itu bergerak gerak, Geliga yang tok bawa pula salah satunya tiba tiba jatuh dari atas meja dan kemudian berpusing Bergerak ke arah kaki tok. Lojiknya ia jatuh dari meja ia akan terpelanting ke depan, tok di tepi meja. Tapi alangkah terkejutnya Batu itu mempuat pusingan L dan menuju ke kaki tok dalam keadaan terpusing pusing.
Kesemua cincin yang bakal tok persembahkan pada malam ini Semuanya mempunyai pemiliknya sendiri sebelum di Maharkan kepada tok.
Mereka memaharkan kepada tok hanya kerana sesuap nasi. Bukan lagi inginkan kekebalan atau manfaat darinya, makan lebih penting dari menjadi kebal tuan tuan.
Di blog GB ini tok akan masukkan 1 geliga dan selebihnya tok akan masukkan ke dalam blog legasi kerana pembungkusan akan tok sendiri jalankan di sana dan poskan kepada anda.
Ada 3 biji geliga buluh yang tok tebus dengan nilai 10,000 Baht setiapnya , ertinya tok dah memaharkan dari mereka sebanyak 30,000 Baht demi untuk membantu. Dan tok ingin memaharkan setiap darinya cuma RM 250 dan jika ia berhasil di maharkan, tok ingin ke YALA sendiri berjumpa mereka dan mencari lebih banyak barangan di sana sambil membantu mereka. In Sha Allah.
NAMA PRODUK/KOD PRODUK
G.SETTUS22
G.SETTUS22
( Geliga Settu )
SAIZ
22
Kelebihan
Perisai sihir siam
Kekebalan darurat
Penunduk Manusia
USIA
2 Generasi
Nama Pemilik Asal
Mohamad Solah
MAHAR
RM 250
Siap Pos semenanjung
PERMAHARAN
Ini ialah barang tok Muda sendiri tau, jadi sila PM 01133012715
MAYBANK
151071112186
M.Yasir Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja