Selasa, 20 Oktober 2015

MISI TAMAT

AKHIRNYA MISI DI KELANTAN TAMAT JUGA




Alhamdulillah setelah hampir 1 minggu tok di Kelantan. tiba masanya Tok pulang ke Rumah Tok di Ganu hari ini...


Selesai semua perkara bab bertap, pengijazahan kepada diri Tok cara bagaimana untuk mendapatkan bertap di kawasan sendiri , menjaganya, membesarkannya dan beranak pinakkannya dengan pantas. serta beberapa ayat berkaitan. Sekutu Tok yang menyimpan Bertap selama ini memaklumkan semua bertap dalam simpanannya, baik di rumah, baik di Stornya , semua dah habis tinggal bertap hitam 2 biji untuk di simpannya sendiri sebagai "pemanggil " kepada bertap lainnya... Ibu kepada semua ibu bertap yang mempunyai semua warna padanya juga sudah di serahkan kepada Tok, Ibu ini mampu melahirkan anak pelbagai warna dan di simpan mengikut cara caranya yang di warisi turun temurun, beliau memaklumkan anak anaknya tidak berminat membela dan menyimpan bertap ini , mungkin tiada masa atau tidak berminat.


Semua bertap bertap yang di perolehi adalah dari Puteri saadong dan mereka ini ( penjaga bertap ) ialah dari keturunan anak cucu dayang yang menyimpan dan menjaga Rambut Puteri Saadong , Rambut wanita bila di sikat, akan ada yang gugur dan yang gugur ini lah di pintal pintal dan di simpan oleh seorang dayang yang bertanggungjawab. Dan sehingga kini rambutnya di simpan rapi ( kini kebanyakannya dalam simpanan Tok ) , Yang menjadi tanda tanya... rambut ini beranak pinak tidak seperti rambut manusia biasa.


Apa yang kita simpan ialah rambut Puteri Saadong yang hilang di Bukit Ayam bersama ibu angkatnya Cik Siti Wan Kembang..hilang kemana...tu sendiri mau ingat..jika meninggal...Mana kuburnya...


Puteri Saadong di katakan menjadi wali wanita selepas menghilangkan diri dan rambutnya yang kita simpan ibarat " ambil berkat " .


Kenyataan ramai pengamal menyatakan ia mempunyai penjaga di kalangan Puteri dan sebagainya, mungkin juga tepat, Jika anda menganggap ia sebuah ikhtiar di atas izin Allah, insyallah ia berguna besar..namun jika anda anggap ia mengundang kemudaratan, maka ia akan memudaratkan.... mind set.... jika anda yakin anda akan sakit kepala.. sekejap sahaja anda akan sakit kepala... kekuatan semangat kita dilemahkan diri sendiri, dan akibatnya mudah terkena penyakit dari ancaman syaitan. Lalu berlakulah fitnah yang di gemari Jin Kafir dan Iblis.


Tok kini menjaga 17 ibu bertap dan lebih dari 60 anak anaknya... Alhamdulillah..tiada apa apa yang berlaku..ingat.. Yakin Pada Allah , Yakin Hanya Allah mampu memudaratkan kita..


Di Mana kekuatannya?..... ada yang cakap baru simpan 1 barang dah kena macam macam, gangguan la apa la... sebab apa...?.. sebab itu lah yang dia pikirkan... dia pikirkan akan kemudaratan...


Tok menyimpan 2011 spesis batu dan pelbagai barang antik, pedang makan darah orang pun ada, keris pernah bunuh orang pun ada... ni tambah bertap pulak... orang tua tua cakap " berapa banyak beban di pikul " .... tiada apa apa berlaku... siapa cakap tok pasang pemagar... ?... tidak sama sekali, tok kalau boleh nak dia jelma depan mata, senang aku nak suruh dan perintah keris tu bergerak ke, terbang ke.... Cuma kita Yakin bahawa Allah itu Ada, Tiada sebarang kuasa lebih besar dari Allah... Pernah dengar bahawa Semua makhluk akan tunduk kepada Khalifah yang Tunduk kepada Allah?... Mungkin anda boleh menjadi sebagai salah satu darinya, insyallah.


Yakin bahawa dengan asbabnya atas izin Allah ia adalah sebuah usaha untuk kejayaan, insyallah Allah akan bagi kejayaan itu.


Kegilaan Tok kepada Bertap bukan kerana kecantikan puteri puteri yang menjaganya, tapi keunikan bertap itu sendiri, dan bertap itu sendiri adalah bukti adanya orang bunian, orang bunian berjasad..bukan jin..jin tidak berjasad, apatah nak ada rambut. Jika Bunian Tu Adalah Jin, bagaimana seseorang manusia nak hidup di alamnya?.. makan minumnya bagaimana?... Kuasa Allah itu besar... Banyak Alam dia boleh cipta... luar bumi sahaja ada berapa juta planet, kita pernah pergi?.... bulan pun tak pernah... dengar orang yang dah pergi ke bulan saja cerita... Mereka pun belum sampai luar galaksi Bima Sakti... lihat..betapa luasnya alam ini.... Buka minda seluasnya.


Bukti besar ini cukup menyakini diri Tok bahawa Bunian itu memang manusia ( Kacukan ) tidak seperti yang orang lain katakan..iaitu mereka jin Total... Tok memegang ayat Al-Quran bahawa Jin tidak berjasad. mereka seperti Gas Gas.. dan mampu merubah menjadi apa pun macam wap wap panas di atas jalanraya selepas hujan panas. Lalu bagaimana rambutnya mampu kita pegang?....


Jika ada mana mana individu yang masih menyatakan ia Jin, tok tidak menyalahkan mereka.. mungkin dalam hayat mereka tak pernah berjumpa.. tak pernah memegang rambut ini dan mengkajinya, memasuki alam sana dan beramah mesra dengan orang Alam sana... Dan lupa kisah di zaman Nabi Sulaiman A.S... Utz utz terpaksa lah cakap macam tu, kerana mereka bercakap base on Hadis , kalau mereka cakap bunian ni manusia, orang akan tanya mana hadisnya?.... apa depa nak jawab?.... 


Cuma jika mereka mampu mendalami kisah Zaman Nabi Sulaiman A.S dan juga kisah Ratu Balqis, siapa Ratu itu dan asal usulnya, mungkin mereka mampu menghujahkannya di umum. Jika ustaz ustaz ini mulai berhujah wujudnya bunian, apa akan jadi kepada bangsa Melayu khususnya...?.. terkejar sana sini bab bunian sampai tglkan kerja .. apa akan berlaku kepada negara jika rakyatnya tidak mahu bekerja dan hanya pakai sistem barter seperti zaman dahulu kala... maju ke tak maju negara?....Adakah sistem matawang mampu wujud di negara kita jika semua orang mahir di dalam ilmu bab bunian?... mahir keluar masuk, mahir menukar barang dengan nilai juta juta....lalu di mana nilai WANG itu..?... siapakah yang akan rugi jika Wang pupus?.... Mungkin sesuatu perlu di lakukan bagi menggelakkan hal ini berlaku.....


Setiap orang mempunyai pendapat masing masing dan pendapat boleh berubah dari masa ke semasa mengikut kajian dan ujikaji .


Di dalam kitab lama menyatakan...bukan semua orang layak menyimpan Bertap ini dan layak memaharkannya.... wallahualam

6 ulasan:

  1. Terima kasih Tok mat...atas pencerahan..dan juge..perkongsian ilmu..

    BalasPadam
  2. terima kasih tok ..memang terbaik ..

    BalasPadam
  3. bertap oh bertap. huhuhu terbaik lah tok=)

    BalasPadam
  4. bertap oh bertap. huhuhu terbaik lah tok=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu... ada 2 ibu merah nak di maharkan , terlebih pulak koleksi tok ... sapa mau boleh la, sebiji ibu tu rm 1100 sahaja, ada 6 anak setiapnya

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN