Di Detik detik terakhir ini Tok Mat GB ingin mengucapkan SELAMAT AIDILFITRI yang bakal berkunjung tiba..... Ucap awal awal takut pagi raya tak sempat nanti.
Jika ada salah dan silap dari Tok dan pihak Tok selama kita berurusniaga , jika ada terkasar bahasa atau terlebih kurang minta di maaf dan di halalkan dunia akhirat.
Di sini Juga Tok ingin menyatakan dengan penuh rasa gembira tidak lah perlu anda semua pesaing pesaing Tok menyimpan dendam kerana dendam hanya akan memakan hati dan tidak akan kemana dendam itu, dan adat di dalam perniagaan semasa di dalam berniaga ada perdebatan, permusuhan...diingatkan bahawa ia hanyalah lakonan kita sebagai ahli perniagaan di dalam mempertahankan kredibiliti masing masing, dan memang itu adalah hak kita sebagai seorang peniaga, namun apabila kita besua muka, pastinya kita ibarat sepasang sahabat yang akrab ibarat bangsa cina berniaga... time raya cina bagi angpau jugak .... di mana mana pun di dalam dunia ini.... apa yang berlaku di dalam dunia perniagaan ialah pada ketika sebagai peniaga, dan ia berlaku sebaliknya apabila kita di luar masa perniagaan kita.
Ibarat kata orang, dunia ini ibarat pentas lakonan, kitalah pelakonnya yang menjayakan sesuatu cerita dan filem, setiap manusia ada filemnya tersendiri.... jika kita ingin ikutkan panas hati dan bara yang membakar, kelak di hari tua mungkin ianya hanya akan menjadi suatu lelucuan buat kita sambil menghisap rokok di atas bangku malas , sambil terkenang dan tersenyum.....itu lah dunia tuan tuan semua..... dunia yang pada ketika kita tua nanti ianya hanya akan berakhir begitu sahaja...masing masing dari kita akan menghadapi keadaan ini di hari tua kelak.....
Ingatlah bahawasanya rezeki kita sudah ditetapkan Allah swt dan setiapnya sudah dipertimbangkan mengikut keperluan hidup dan peranan kita kepada masyarakat semenjak sebelum kita di lahirkan ke atas dunia ini lagi...
Saudara seperniagaan sekalian..... termasuk diri tok di sini.... kita semestinya sentiasa percaya kepada Qada dan Qadar kerana itulah salah satunya tonggak keimanan kita kepada Allah dan ia nya pasti di datangkan dengan Full Package of cubaan dan dugaan , samada dugaan hati, dugaan mental dan sebagainya....
Maka di hari yang bakal berkunjung ini iaitu di hari lebaran, sama samalah kita membuka buku baru dan bersatu di dalam perniagaan ini agar sama sama maju ke hadapan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kita..... bersatu teguh bercerai roboh..... 1 lidi mudah dipatahkan, namun jika segenggam lidi...ianya amat sukar di patahkan......apabila memandang bintang di langit...jangan di lupakan cacing di dalam tanah. Harta yang Allah berikan kebanyakannya adalah untuk rezeki org lain juga untuk kita agihkan di dalam zakat harta dan zakat perniagaan...jangan lupa bersedekah, kerana bersedekah itu membersihkan harta dan juga baja kepada rezeki kita di kemudian hari...percayalah, bahawa anda tidak akan rugi bersedekah...
Salam aidilfitri...maaf zahir bathin buat semua pelanggan, yang mengenali dan para rakan di facebook ini.... gunakan wall yahudi ini untuk kebaikan , agar terdapatnya kerugian buat bangsa mereka...dan kerana ciptaan mereka ini lah ( FB ) kita umat islam bersatu dan berpegang kepada yang satu...gunakan senjata mereka demi merobohkan perpaduan mereka sendiri.... akhir kata.... Jagailah silaturrahim kita walau sebesar mana pun masalah di antara kita, kerana ada lagi masalah yang lebih besar perlu kita fikirkan demi Agama, bangsa , negara dan keturunan kita kelak...wallah hualam bissawab.....
======================
Malam ni ingat nak Main Meriam Buluh la dengan Ipor duai....
Selamat Menyambut aidilfitri ja'alanallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin dan maaf zahir batin buat Tok Mat Gb dan keluarga serta semua warga GB.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri,Minal Aidil Wa Faizin buat Tok Mat & keluarga.Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai selama ini saya ada terkhilaf yang tidak disedari.Semoga Allah SWT melimpahkan nikmat & rahmat buat kita semua,memberkati ukhwah antara kita.Amin Ya Rabbal Alamin.
BalasPadamSelamat hari raye aidilfitri maaf zahir batin buat tok mat & isteri serta keluarga besar gb....
BalasPadamtengah sakit perut ni, makan rendang banayk sangat hehehe
BalasPadamMcm Raja n Pemaisuri (depa) gmbr Tok n Wife . SALAM AIDILFITRI.
BalasPadamSelamat menyambut hari raya Aidil Fitri :)
BalasPadamSy serta keluraga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, semuga lebaran ini memberi rahmat dan dimurahkan rezeki keatas tok dan isteri.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri
BalasPadamSya Kamarudin sekeluarga ucapkan.
Tok Mat.Sya memohon ampun dan maaf sekiranya sya ada melakukan kesilapan didlm berurusan dgn pihak TMG.Maaf Zahir @ Bathin J.Bahru.
Slmt ati raya maaf zahir batin dr saya fairuzz bp sekeluarga..moga ukhwah kita bpnjgan hendahnya tok mat..
BalasPadam