Khamis, 15 Mei 2014

8 MAKANAN TERBAIK DI DALAM DUNIA

JIKA KITA UMAT NABI MUHAMMAD , MAKA IKUTILAH PESANANNYA



8 MAKANAN TERBAIK DI DUNIA


Ketahuilah Ada 8 jenis Makanan TerBaik di dunia.. Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.

1.DELIMA
... Saidina Ali berkata : "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : "Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

4. ZA'FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Samsulshah Bin Saidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6.HABBATUS SAUDA'
Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : "Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu"

8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut".

8 ulasan:

  1. Terima kasih tok!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama tuan.... malangnya tidak ramai yang mengendahkan makanan sunnah ini, yang Rasul kita pesan dengan kasih sayang untuk kebaikan umatnya...langsung kita tidak pedulikan...makanya apa benar ucapan kita mengucapkan cinta dan sayang kepada Rasullullah?

      Padam
  2. Nk tanya tok sikit, su'di/su'dun tu apa...? Makan ngan zakfaran tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti tok tanya kawan atau wife tok... tok tak pernah makan zafron, pakai kat baju nak solat pernah la

      Padam
    2. Sorry mencelah tok biasanya zafran ni org rendam dalam air suam@panas je minum mcm tea ambik dua tiga helai je dah ok kalau yg kualiti bagus,biasa org arab dan pakistan suka minum elok untuk system dalam tubuh,

      Padam
    3. bagus info tu tuan.... wife tok pun pening Su'di tu maksudnya saudi dalam bahasa Suu'di... ia produk buatan sana, nama barangnya tuan?

      Padam
    4. Rasanya su'dun tok atau pun akar pokok yg ni org2 tu zaman dahulu kala dah lama pratik diaorg rebus minum air akar kayu, zafran ni sejenis orkid rempah paling mahal kat dunia lebih mahal dari vanila 1 kg boleh cecah 10k kalau yg kualiti bagus.

      Padam
  3. Salam, tq tok for the info yg amat berguna, tok sy cadangkn tok tlg jual 8jenis makanan tu dlm bentuk pakej. Kadang sy pn xkenal cmne la rupa buah tiin tu hehe...dan kalo TMGB yg jual kompom sy beli sb sy yakin keaslian produk2 dr tok...you have my trust tok.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN