Isnin, 19 Mei 2014

TAZKIRAH ISYA'



SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi kebahagian hidup bermasyarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat besar di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. “Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”. ( at-Taubah:125).

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh MENJATUHKAN MARUAHNYA.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah.

“Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan”.
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibukitkan
melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur in diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”.

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan
dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan
kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak
mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih
teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah
r.a Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam
dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang
menegaskan kesucian beliau. “Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu: jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ). “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri meraka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu dikenakan azab sekasa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berta palsu
itu., “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan
dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula
menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ( ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini
lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. “Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. “Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an- Nur: 11 – 29).

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu
diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)
“ Ya Allah, sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon kepada Mu supaya azabkan dan laknatkan
orang yang mefitnah akan diri ku dengan sedasyat-dasyat azab iaitu lebih dasyat daripada azab yang Kau
janjikan keatas kaum yahudi. Dan Ya Allah sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon pada Mu
supaya jadikanlah penghidupan orang yang menfitnah akan diri ku lebih hina daripada babi”.



laa hawla wala quwwata illa billah ‘aliyyil ‘ adziim. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kami. Aminn!!

67 ulasan:

  1. alhamdulillah ... terima kasih tok ...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fitnah dajjal dan geng gengnya itu adalah lebih besar dan tidak termampu difikirkan dek akal...

      Apabila ia tidak mampu dek akal, bermakna ia di dalam fitnah yang berada dalam kata kata yang baik , namun lebih kepada ingin menjatuhkan sesama bangsa.

      Kerana jika boleh di nilai dek akal... benda buruk pasti otak akan terus denied... kerana itu dis ebut sebagai " sampai tak mampu di nilai dek akal "

      JAdi berhati hati lah dengan agenda dajjal dan geng2nya itu

      Wallahualam bissawab

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Doa lebih hina dari babi ??? Mana boleh doa mcmni...Dlm Doa Sebut Babi ada ker patut maaf menegur kerana jelas keterlaluan....

    BalasPadam
  4. Kita walau kene fitnah sekalipun jglh doakn keburukan org .....tapi doalah hidayah & kebahgiaan org yg memfitnah kita......Doa yg dimakbul adalah org yg mendoakn kebaikan org lain..tidak mendoa kerusakan sesama saudara..

    Dan tiada perkataan kesat seperti :- yg tn blog ini sebut tadi
    BABI - baru nk beli brg tetapi dah jdi mcmni alahai ...
    Xpelah moga murah rezeki...

    Kaya didunia belum tentu diAkhirat nanti

    Sbb byk penghuni syurga org miskin

    BalasPadam
    Balasan
    1. DALIL HARAM KEPADA BABI ITU :

      Berikut ini adalah dalil-dalil nya :

      Allah SWT berfirman :

      “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

      “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut.” (QS. An – Nahl: 36)

      “Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al – Isra’: 23-24).

      Padam
    2. “Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, yaitu “Janganlah kamu MEMPERSEKUTUKAN sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rizki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun dia adalah kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat. Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” ( QS. Al An’am: 151-153)

      “Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa “ (QS Al-Baqarah : 21)

      Dalil haramnya Babi :

      ”Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah[108]. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. Al Baqarah (2) : 173)

      ” Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari iniorang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. Al Maa’idah (5) : 3)

      Padam

    3. ”Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An `am (6) : 145)

      ” Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. An Nahl (16) : 115)



      Fakta Babi Tidak Layak untuk di konsumsi :

      1. Apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Ya,karena mereka tidak memiliki leher, sesuai dengan anatomi alamiahnya. Bagi orang yang beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi konsumsi manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang hewan ini dengan memiliki leher.

      2. Konsumen daging babi sering mengeluhkan bau pesing pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan karena praeputium babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke daging).

      3. Babi adalah hewan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi hewan lain. Ia melahap semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, kotoran manusia, hewan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada tersisa.

      4. Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran hewan. Babi adalah hewan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.

      5. Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang dapat terjadi karena mengonsumsi daging babi. Cacing berkembang di bagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita bisa mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 – 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

      6. Daging babi merupakan penyebab utama kanker anus & kolon. Persentase penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastis, terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara negara Islam, persentasenya amat rendah, sekitar 1/1000. Itulah Beberapa alasan Kenapa Allah S.W.T melarang kita Memakan daging Babi.Subhanallah .

      Padam
    4. Saudara tidak memahami akan makna ayat di atas.... Babi di sinonimkan dengan benda x elok di dalam masyaraka kita, namun sebenarnya babi bukanlah haiwan yang hina seperti yang di sangka, ia cuma HARAM di makan, di sentuh dan sebagainya.

      Allah menciptakan babi di atas tujuan membersihkan/ memakan benda benda kotor .

      Sementara Manusia yang melaga lagakan sesama ugama membuat kekotoran yakni dosa. Dan dosa ini tidak dapat pula walau babi sekalipun untuk membersihkannya selain taubat kepada Allah swt. Di Padang masyar manusia akan di bangkitkan dengan pelbagai rupa paras , termasuklah rupa paras seperti babi sendiri.

      Jadi adakah Hinanya babi itu Allah jadikan atau kerana Hinanya ia kerana Hukum Haram Ke atasnya utk kita memakan atau menyentuhnya... dan apa pula perbezaan babi dengan manusia yang melaga lagakan sesama muslim?......

      Jika sudah jelas maksud melaga lagakan, maka adakah ia sesuatu perbuatan yng jelas Baik?..... Memang Kita tidak mengetahui apakah kita memperoleh pahala atau dosa, namun Allah mengurniakan kita akan akal untuk berfikir mana salah dan mana yang benar.

      Jadi saudara... hinakah babi atau hinakah manusia yang melaga lagakan manusia yang lain?.... mana yang lebih hina?

      Padam
    5. yang seterusnya, tua mana pernah beli barang dalam blog GB atau kumpulan GB ini, tuan selalu datang sengaja nak menjatuhkan reputasi kami sahaja... ip address tuan kami rekod dan simpan tuan

      Padam
    6. Sengaja buat doa begitu ingin menilai dan menjemput pihak lawan GB hadir dan tampil secara nyata... tapi sedihnya....just sekadar dalam alam maya sahaja, jumpa semuka xde keberanian... antara yang mungkin bakal melarikan diri apabila negara diserang musuh islam nanti, lari masuk nun jauh ke dalam hutan, kalau modal banyak, lari la keluar negara..... sekecil kecil perkaar pun x sanggup semuka depan, inikan pula berdepan musuh islam

      Padam
    7. Tok btl ke darah babi mampu menghilangkan kebatinan n keramat orang melayu? sye ada bce dalam blog yg skrg ni tgh femes sbb kes mh370.harap tok bleh terangkan skit.tq tok

      Padam
    8. Btl apa kata tok tu, pyah jga kalu manusia ni x fhm2. Pnjelsn dh jels tp x fhm2 lg lpas tu kata lain pula. Kalu nk beli, beli la tak pyh nk kata itu ini. Nampk sgt niat tu lain. Semoga Allah memberi hdayah dn petnjuknya.

      Padam
    9. Setia perkara pasti ada kelemahan, Hanya Allah Swt sahaja tiada Kelemahan ....

      Hal ini ( kebal ) memang tiap kebal ada pembunuhnya. Namun jika nak di katakan minyak babi mampu mentawarkan kebal melayu..tidak sama sekali tuan, sebab di Benut depan mata tok sendiri pakcik ni amuk dan buka bau sambil bawak parang.. org tetak x lut, cina datang simbah minyak babi ke badannya. Tetak lagi di leher tak jadi apa apa juga.... kes ni berlaku 4-5 tahun lepas di benut

      Padam
  5. Terbaik Tok. suatu penjelasan/huraian yang mantap kepada yang kurang faham

    BalasPadam
  6. Terbaek tok...dari nama tahap dewata..tapi punya niat lain..ni lah melayu yang layu..sifat yang pernah hilang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasala.. semua bnda dpt settle kalu jumpa bersemuka. Jgn baling batu sembunyi tangan hehehe

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  8. Iblis setan memang suka menyorok dicelah2 bulu. Begitu lah perangai nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. Kesian org yg cetek ilmu atau ilmu tak sampai sejengkal nak jatuhkan guru yg banyak menolong dgn ikhlas..mudah mudahan allah buka minda org sebegini..

    BalasPadam
  10. Kalau setakat copy paste ayat dari google guru kami pun boleh ...kehekehkeh...

    Sy bkn lawan ,sy bkn musuh sesiapa cuma sy mengikuti perkembangan blog mistik semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy bkn nk kacau periuk nasi org atau ingin menjatuhkn...sesapa cuma sy nmpk salah just bertegur shj...jgnlh terlalu ego untuk kita menerima teguran....dari orf lain ternyata...kita bersalah....

      Ingatlh Akhir zmn semuanya terbalik ....

      Ok sy sudah lepas tanggungjawab menegur

      Boom Boom2 Pow2

      Padam
    2. bom nuklear pun pernah di hantarkan ke blog ni, namun blog ini akan kekal tetap utuh seutuhnya roh di dalam sebuah jasad, selagi nyawa di kandung badanselagi itulah blog ini akan kekal ada sentiasa. bukan kerana ego tuan, tetapi cuma ingin menjenguk di permukaan air betapa dalamnya lautan terbentang. Seberkas senyuman tidak semestinya ia sebuah cebisan keju di dalam peti ais. Setiap kata ia tidak semestinya memberi bekas kepada hati yang utuh ... setiap hati hanya Allah tahu tiap isinya........

      Padam
  11. balai5.blogspot.com/2008/07/fitnah-merosakkan-persaudaraan-sesama.html

    BalasPadam
  12. Adui...ingatlh smua..jgnlh krna nila setitik rosak susu sbelanga..kta org mlayu harus brsatu padu..brulah kta kuat untk mnentang msuh yg bakal hadir di akhir zaman..insyaAllah..maaf jka hamba trkasr bhasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3 buat apalh nk dengki rezeki masing dah ditetapknnya

      Miahahaha ...gelak manja

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. "sbb byk penghuni syurga org miskin"?? Setahu saya la ya sgt cetek ilmu pengetahuan ni,Allah xmemandang harta kekayaan seseorang itu untk msk syurga atau neraka tn.abdul rahman bin auf seorang billionair d zamannya pn msk syurga.amalan seseorang tu yg memasukkan dirinya ke dlm syurga atau neraka..adakah d sebabkan tok mat,allah berikan rezki harta kekayaan tn menyebut hal yg sedemikian?? Sy tidak memihak kepada sesiapa baek tok atau tn sbb kita sbgai manusia x lari dri melakukan kesilapan tp ayat tn tu yg menimbulkan sdikit kemusykilan.urrmm..

      Padam
  13. Kalau tn tgk ramai orang2 tabligh itu sendri orang yang kaya2,berpangkat besar spt dr,professor,pilot.rumah mewah berkereta besar.dkt perumahan sy sndri pn ada orang kayu memiliki kilang simen,berkereta dkt 10 buah tp asal solat berjemaah slalu kt msjd slalu ada.ada pula org tu ustaz azhar idrus bgtau die ada private jet 6 biji,sebiji yg secondhand usd16 juta tg ada masa pergi solat d masjid n mendgr cramah.tp kdang2 tu org yg hnya bwk kete kancil pn stakat lalu je tepi msjd tp xsinggah pn.ini sdikit dri crita sy atas knyataan tn "byk penghuni syurga org miskin"

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, masa tok masuk tabligh tahun 2000 dulu, tok di bawa ke sri petaling... pusat tabligh malaysia, masa tu satu saf boleh masuk lebih 400 org, tandas bilik air ada lebih 300 biji....

      Yang datang semua kaya kaya, kete besar.... mungkin maksud dia tu " miskin amal kowttt " hahaha.... kalu miskin amal x kan la ke syurga kowt... terang benderang dalam Quran nyatakan.

      Ini org tak pernah alami benda benda mcm ni, duduk dalam kelompok die je... susah la... Takde guru ajar murid kacau periuk nasi sesama bangsa apatah sesama bangsa, garu mana la dia belajar, bawak mai sini jumpa tok, tok bukan hebat dan x pernah cakap tok hebat, nak jugak la belajar fahaman dia bawak tu macam mana, yang baik kita ikut yang tak baik kita toleklah.... guru pun manusa juga

      Padam
    2. Lor tok pn penah masuk tabligh ke?? Patut la kaye.haha
      miskin amal pn msuk syurge ek?? Urrm nak gelak ke x ni...ekeke

      Padam
    3. Pernah , masa tu utz lect tok kata kat kami, masuk tabligh dan ikut dia adalah kelas tambahan utk tambah pointer... masuk la...mula mula rasa mcm terpaksa... pastu best pulak.... lama dalam tu... sampai la balik perlis... nak masuk sana, sekali bawaannya cengil skit... lari la ( bukan apa. mcm sesat sikit bawaan kat sana dulu )

      Padam
    4. Oo lagu tu,bhye kalau x hati2 tu tok.

      Padam
  14. Ni kena gerangan Paduka Dewa Putih?
    Mohd Zulhilmy Bin Zamzuri
    011-14409617 /012-5349527
    http://warisanmistiksakti4u.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yap... org ni pernah Call sida buana cakap memacam... tok call balik dan sambung dengan sms, katanya nak kerja luar negara pulak. masa tu kita nak ke makam 7 sg sayong..

      Nasihat buatnya.... item pertama yang ada 3 barang tu, batunya yang ada sedikit warna tu ialah jenis suntik kaler, so bagitau la setiap satunya detail sahabat.

      Jika ingin berniaga bukan ini caranya.... buatlah promosi di Forum forum lowyat dan carigold sebagaimana kami dulu bersengkang mata siang malam membuat promote.

      Bukan dengan cara memburukkan blog org kerana cara ini amat hina sekali di dalam perinsip perniagaan.... berniaga perlu dengan usaha sendiri. Jika rasa sukar na dapatkan pelanggan, masuklah bawah kumpulan kami dan kami akan bantu saudara mempromosikan item saudara .....itu tawaran kami kepada anda jika tiada keegoan dan kesombongan, maka anda akan menerima tawaran bantuan kami ini

      Padam
    2. Bukan senang nak senang brother..

      Padam
    3. atau nama lain baginya ialah PANGLIMA NAYYAN, sang penipu yang terkenal di dalam facebook.. ambil gambar org lain dan buat barang jualan sendiri, bila orang bayar. x bayar , tutup blog , tukar id baru , kebanyakan pemahar di facebook dah cukup kenal mamat ni. menggunakan macam macam cara untuk menjatuhkan TMGBdari tahun lepas lagi. menunggu peluang ketika Tok lalai sahaja untuk menjatuhkan dan mengganggu. Namun tetap gagal dan sesia kerana blog ini kini di jaga oleh lebih dari 8 org sepanjang masa, walau tok ke hutan sekalipun

      Padam
    4. baru baru ni ada org lagi komplen pasal dia ni... tok ada p.screen perbualan.. dan p.screen perbualan dia , termasuk no hp, nama yang sama di dalam blog yang munshee maksudkan... org tu dah p buat report polis dah

      Padam
  15. So faham lah kita mentaliti nya begini..kesian..

    BalasPadam
  16. Astagfirullaahal'azim. Jom muhasabah diri..

    BalasPadam
  17. Doa lebih hina dari babi pun nak kecoh..... Kita sekrang ni di akhir zaman.. perlu sangat dah berkeras dengan malaun2 ni.... Dalam pentas apa pun... akan wujud malaun2 yang keterlaluan dalam persaingan... jangan kata persaingan perniagaan... persaingan lumba masak di dapur pun ada yang sanggup menjatuhkan tukang masak lain... tak percaya cuba tgk masterchef.. haha.. ayuh bangun pejuang2... sifat mulia yang dianjurkan bukan untuk dijadikan kelemahan kita.. toleransi dan berbuat baik hanya untuk mereka yang tidak memerangi kita... pada yang memerangi kita... tiada cara lain... perangilah mereka semula... ingat.. kita berada di akhir zaman....

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Salam Tok & salam semua.. Waaah??? Ada perang kaa? Alahai.. Ada lg ke org yg nak jatuhkan nama baik Tok Mat nie? Iskh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la tu tn leo. Tak dpt tgk org lebih sikit

      Padam
  20. Tuan, ulasan menjatuhkan blog lan walau benar tidak digalakkan di sini. nanti timbul permusuhan pula

    BalasPadam
  21. dah padam blognya. tak apa lah tuan. ke depan muncul la tu tuan

    BalasPadam
  22. Tuan nak tahu....

    Sepanjang Tok berblog ni... tak pernah org beli sekaligus sampai rm 5k ke atas. memang tak pernah, agaknya ayat tok tak cukup power ya... nak kena tambah cerita lagi lah macam ni... boh ayat tahap tahap gaban ke, dewa ke... cerita sampai langit ke 41 ke.

    Dalam pemerhatian tok sebagai peniaga permata... kekadang , batu tu tak setara mana pun, asal nampak pelik je, maka keluarlah cerita pelik dan nilai pun pelik pelik.... dan lagi pelik... org pun beli juga...pelik tuuu.... paling best akik pasar malam yang boleh di borong sebiji rm 3 di jual dengan nilai ribuan ringgit.

    Bagi penjualan dan konsep perniagaan , ia tak salah seba ia adalah persetujuan kedua belah pihak.... tapi...aduh... berpada lah...

    Tuan x caya, esok tuan buka blog... amik la botol minyak atar lebih kurang...ikat kain kuning dan lilit benang 3 warna ke, 7 warna ke....letak dalam tu minyak masak... cakap minyak pengaseh, jual rm 800 pun org beli... ni masalah melayu..mudah percaya , apatah kalau di tambah ayat ayat power tahap dewata raya. lagi best..kekadang pembeli sanggup keluar opis dan beratur di mesin teller disebabkan nak berebut barang tu, apatah kalau peniaga cakap brg ada 1 saja. sadis sungguh.... bila sampai dan pakai... jadi jugak la sebab dah yakin... sebelum ni p keje muka masam sebab takde keyakinan diri..pas dapat minyak , pakai..dapat keyakinan diri...muka berseri....org pun tegur " wah berseri hari ni ".... kembang hidung tahap tapir la... hantar sms kat peniaga " alhamdulillah tuan, semuanya sudah berubah , saya di senangi raka sepejabat "...... peniaga pun dengan bangganya snap print screen masuk ke dalam FB ..... berebut lagi org membeli.... walhal...ianya cumalah psiko saja....

    Sama juga dengan pengaseh ... sebelum ni pandang dri jauh je, sekali dah palit mula la buat muka senyum senyum..pompuan dari ingat kita sombong, terus jatuh suka... apatah pakai wangi pulak... pakai pheromone pulak... jatuh la cinta.... hantar lagi sms pada peniaga " menjadi minyak tuan , sy dah dapat gadis idaman "....

    Kekadang...Tok x paham org kita ni... mat saleh tak pakai minyak pengaseh pun,,, tapi dapa awek paras2 model...sebab apa..... gentle beb... tak malu dan segan...

    Ayah tok bagi petua...:

    Wanita cantik sebenarnya nak di ngurat, naun disebabkan kecantikannya maka ada sedikit perasaan bangga diri yang membuatkan gayanya nampak sombong, sebenarnya tak....kalau kita berani dan gentle.... dapat punyaaaaaaaaa....... ini pengalaman tok merantau...lelaki gentleman walau x hansem.... awek lawa tahap dewi dewi.... bukan pakai apa pun... cuma ayat mau "manis", Power", Logik" matang" romantis"..... ni kalau hansem, ..pulak gaya ala ala Playboy , ye la..dah hansem mesti nak pakai lawa lawa, baju fit... muka nak sapu pencuci muka jenis whitening selalu..muka jambu.... mana pompuan nak... walau kita ni baik, sohih sohih pompuan kata kita ni playboy.... alalalala....susah....

    Nak belajar ngurat pompuan, meh kursus ngan tok la... ada la ilmu, sikit je iaitu ilmu gentleman

    Kalau suka cakap suka, kalau cinta cakap cinta...dan buktikan dengan kesungguhan walau pada mulanya dia menolak... lama lama melekat juga kerana hati wanita ni ibarat kain cindai....liat....namun lembut dan manja...lelaki saja tak tahu rahsia ni.

    sama juga dengan peniaga blog, lagi power ayat...lagi mahal barang... dan lagi ayat power , lagi org berebut nak beli.... sama je laki pompuan, asal kena ayat power je, terus terkulai... namun dalam aspek berbeza.... respon tetap sama....sadis sungguh

    BalasPadam
  23. ni jadikan pengajaran.. ambil iktibar..masuk kem , lepas tu jadi la pembeli yang bijak menilai brg mana bagus dan x bagus, x kisah la mai mana, asalkan batunya asi dan ceritanya berpatutan, nilai berpatutan.... kalau 6000... bagi kat tok la. tok bukan ada duit haaa

    BalasPadam
  24. saya paduka level seven masuk mengadap..adei..sekali paduka daaaaaaaaa

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN