Jumaat, 25 April 2014

KHUTBAH JUMAAT DI BLOG GB


Setiap perkara yang Allah jadikan itu ada kegunaannya yang tersendiri, namun kegunaan dan khasiatnya itu tidak boleh kita iktikadkan kepada selain dari Allah swt. Hukum bagi muslim yang beriktikadkan kepada Permata dan lupa kepada Allah ialah Syirik sama sekali, Perkataan khurafat tidak wujud di dalam islam melainkan ia di dalam adat istiadat bahasa org melayu. Khurafat bermaksud Karut, tahyul dan mengarut, perkataan ini di wujudkan oleh bangsa melayu yang berada di peringkat atasan yang kononnya tidak mempercayai kewujudan khasiat sesuatu perkara yang Allah jadikan ke atasnya, namun sebenarnya Golongan ini lah yang paling gemar di dalam aktiviti ini ,malah lebih memburukkan, mereka adalah di dalam golongan yang paling kuat memegangnya sebagai penjaga kedudukan mereka. Tidak hanya berkisar ke atas "benda " atau yang merupa bentuk seperti permata, malah jika mengiktikadkan kepada Amalan amalam ayat ayat suci sehingga lupa kepada Allah sekalipun, maka ia sebenarnya mengundang kepada syirik. Namun bukan semua golongan ini mempercayai dan memegangnya dalam diam. 

Penggunaan permata di dalam kehidupan seharian sebagai item yang berkhasiat bukanlah sesuatu yang baru di dalam perubatan dan ikhtiar bangsa seluruh dunia , malah ia bermula semenjak di zaman sebelum kita lagi ,. kita manusia yang " bersifat baru " sebenarnya baru na mengenal hal ini berikutan dakyah dakyah barat yang di sampaikan melalui ideologi sains barat , dan bukannya sains islam. 

Sebagai contoh, Batu serpentinite atau namanya di tempat kita sebagai batu taat wali / Tok wali.... kapurnya di gunakan sebagai salah satu bahan ramuan di dalam sebuah kopi campuran sebuah Syarikat MLM yang terkenal, dan kapur organik ini mempunyai khasiat di dalam memulihkan sistem darah dan imum badan manusia, jika kita lihat menurut sains logikal sekalipun. Setiap batu permata mempunyai warna yang berbeza beza , ini menunjukkan bahawa isi kandungan molekulnya terdiri dari bahan bahan berbeza dan bahan bahan ini tentulah dari bahan semulajadi seperti liquid, mineral, organik dan sebagainya, dan kita sendiri tahu bahawa setiap bahan organik ini ialah dari bahan reputan alam sendiri seperti daun, kayu, akar, batu , tanah dan mineral... 

Bahan bahan ini mempunyia khasiatnya yang tersendiri di dalam bidang perubatan dan sayang sekali sebagai umat islam yang di ciptakan Allah , kita langsung tidak mahu mengiktirafkannya ( permata ) sebagai item yang berguna dan berkhasiat, malah kita sibuk dengan permainan Jin dan lalai dengan permainan Jin, Kita ketahui bahawanya Jin adalah salah satu medium yang mempergunakan sesuatu perkara untuk merosakkan akidah umat islam. 

Kelemahan Bangsa melayu ialah terlalu memandang akan keburukan sesuatu benda, sayang seribu kali sayang belajar sehingga ke tangga Universiti, namun mentaliti masih rendah jauh rendah dari orang afrika selatan. Allah mengurniakan Akal untuk kita membuat pertimbangan antara kebaika dan keburukan dan cara berfikir yang sebenarnya mereka tidak pelajari kerana semasa di dalam study dulu mereka hanyalah panghafal dan bukan pemikir yang rasional

Sekian Khutbah Jumaat Anjuran Blog GB pada kali ini

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia


=======================

Jika anda ingin lebih mendalami akan khasiat dan persempadannya , silakan membaca di sini :


7 ulasan:

  1. assalamualaikum tok,terima kasih atas khutbah jumaat yang disampaikan.menarik.

    BalasPadam
  2. Ya betul, Benda2 dalam dunia atau alam lain menunjukkan kehebatan allah yang maha esa dan maha segalanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk kita berfikir dan menambahkannya sebagai salah satu keimanan kita kepadaNYA

      Padam
  3. Ya betul tu tok=)..dalam tu maksudnya tok

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN