IDEA IDEA PERNIAGAAN YANG MUNGKIN ANDA BOLEH CUBA
Assalamualaikum wbt semua , di sini Tok Mat GB nak share
beberapa Jalan Perniagaan yang ada dan akan Tok Mat GB sendiri akan laksanakan
insyallah dalam tahun ini juga , Tok tak lokek ilmu untuk berkongsi idea idea
ini bersama anda kerana peluangnya amatlah luas dan meluas sekali…..
Apa pun…Kena ada story baru Syok kan haaaa….. Baru baru ni
Tok balik Ganu dan Perlis… Singgah jugak la Ke Cameron Kejap…. Dalam Dok
berjalan , drive dan musing musing ni…Kepala Tok bukan jenis kepala Orang lain,
kalau 8 jam Drive, maka 8 jam tu lah otak Tok sentiasa berfikir “ How To Create
1 Cent To 1Million”…… Hanya berhenti berfikir ketika solat, tidur sahaja…
sedangkan dalam berbual dengan org pun Tok berfikir dan terus berfikir… sebab
tu kalau berbual dengan Tok… kekadang Tok akan Tanya perbualan anda beberapa
kali… bukan Pekak… tapi sebab dalam kepala banyak benda difikirkan…
Tok suka perniagaan atau jalan perniagaan yang mudah namun
perolehannya adalah terbaik, Modal kecil untung besar, risiko kecil….. kerana
tidak semestinya modal besar, untung pun lumayan.,..tidak sama sekali…
Ok lah, kita direct apa idea ideanya yang ada dalam kepala
Tok Mat GB pada ketika ini… anda boleh buat jika mahu dan rasa situasi anda
sesuai dengan peluang peluang ini :
1.
Masuk Auction Pangsa Modal dalam RM 50k Boleh
dapat dalam 2 Biji Rumah Pangsa, Renovate sikit tandas, tingkap, cat lebih
kurang dalam 6 Ribu, ingat…macam mana pun, cuba Fixkan Maksima Modal renovate
ni dalam RM 6k sahaja…. Buat la lagu mana pun asalkan rumah pangsa ni sempurna
kembali dan sesuai di duduki manusia hahaa……
Katakan Auction Lelongan Kita dapat sebiji
RM 20k , Modal Renovate RM 6k. Total ialah RM 26k belum termasuk modal modal
kasar…. Jual semula dalam tempoh minimum 3
bulan dalam RM 36,000… untung kasar ialah sekitar RM 10k untuk sebiji
Rumah….. jika anda menang 2 biji?.... 3 biji?..... so..kira sendiri… ini lah
kerja paling senang, namun kena ada modal lah…
2.
Hantar Ulam ulaman dan Buah Jering ke Ganu …..
Kalau di Perlis Buah Jering ni banyak terbiar saja…. Kalau di ganu hari hari
orang makan sebagai ulam, sebuah keluarga makan Jering ni boleh di katakan
semua memakannya sebagai ulam., takda ulam ibarat tak lalu makan…Ka Johor lagi lah terbiar ( kawasan kota Tinggi )
Nilai Jering sekilo di Ganu ialah RM 6-7 /
Kilo….. harga Tolak kepada peniaga ialah RM 5.00/sekilo….
Di Perlis maksima Nilai Jering sekilo Cuma lah
RM 3.00 dan kalau dah musim sekilo dalam RM0.30 sen sahaja…..
Kalau bawak pakai Hilux… apatah lori… agak
agak berapa tan?......
Pembeli?.... apa susah, masuk pasar pasar
dia dan Tanya saja untuk tolak jering…. Berebut peniaga ambil….. u see?
3.
Peniaga peniaga Thailand memerlukan Transport
untuk membawa masuk barang barang jualan mereka
sehingga ke Johor… yang buat kerja ni salah satunya ialah Tok sendiri….
Penghantaran 1 lokasi kita ambil RM 200…. Murah
kan?..... tapi sekali hantar bukan 1-2 tempat… kita selalunya hantar sampai
10-12 tempat dalam 1 perjalanan ikut muatan. Dekat peniaga Thailand ni dah kita
cas, dekat pembeli dan pemborong di Malaysia pun kita cas…. 1 trip is about RM
2700 untung bersih… sekali jalan kena dalam 3-5 buah lori atau kenderaan 4x4.
Baru muai….
4.
Perniagaan Mover atau khidmat pindah barang
pejabat, pindah barang rumah ke lokasi yang lain…. Untuk permulaan kena ada 1
lori…. Untuk tujuan ni cukup pakai lori 4 tayar dulu modal dalam RM14k…. Second
hand , cari jenis Hicom.. Dah puas hati dah… 1 Kg Cas RM 2.50…. sekali bawak
agak berapa kilo?..... So… sesuai dan bagus bagi yang baru nak berjinak dalam
perniagaan Mover.
5.
Runner penghantaran surat, dokumen penting dari
lokasi ke lokasi…ini saja pun dah RM 3k sebulan dan boleh di lakukan secara partime sahaja ,
bagus bagi yang gila stereng dan mat rempit…. Why not u try…?
6.
Belacan, ikan pekasam perlis… sapa tak kenai…..
nyam nyam…. Sedap sampai menjilat jari, tersohor sampai ke Sabah….
Modal Belacan 1 Keping RM 1.00 sahaja…
belum ada label… kita Cuma sediakan label dan tolak di mana mana kedai pun,
kalau ada lori … tak mustahil boleh supply ke Pasaraya atau mini market…..
pakai label sendiri…..nak KKM punya kelulusan ke…. Plzz don’t make Joke.. its belacan okay hahaha…..
Harga ambik kat pengeluar di Kuala Perlis Cuma
RM 1.00 sekeping, Harga Tolak Rm 2.00 kepada peniaga, dah untung Rm 1.00..
peniaga pulak selalunya akan jual dalam Rm 2.50 …. Peniaga kedai runcit… untung
RM 0.50 sen tu, dah kira besar buat nya…. Jual keropok budak budak makan tu
agak agak depa untung berapa je… kan kan kan?.....
7.
Agensi agensi kerajaan seperti peladang, Mardi
dan sebagainya menganjurkan 1 kampung 1 produk, seperti kampong di Perlis tu… 1
Kampung buat kelulut ( madu ), 1 Kampung buat bahulu, di B.Baharu buat telor
masin…… kalau sekali jalan ke sana macam macam benda kita boleh HANGKUT walau
dalam exora sekalipun…. Apatah jika lori?....nak tolak mana?.... don’t worry…
benda makan ni …. Mana mana kedai boleh tolak…. Kedai runcit..? kedai makan?,
pasaraya?.. peniaga peniaga kecilan lain, peniaga partime?...... banyak beb…
why korang perlu pekapkan kepala risau tak tentu arah hahha
8.
Perniagaan 2 hala 3 hala dan 4 hala, ni buat
sambil sambil je…..
Ganu – Perlis
Di ganu amik keropok lekor kering hantar
ke Perlis , dari Perlis Ke Ganu Hantar Ulam Ulaman atau ikan pekasam Perlis…
ambil banyak dan pastikan ada untung setelah tolak kos perjalanan….. Woooo,
nampaknya anda balik Kampung Free la lepas ni….. J
Johor – Perlis – Kelantan – Ganu
Bagi kita lelaki, barang yang kita minat la
kan, yakni barang motor dan kereta memang murah di Johor, bawak balik ke Perlis
Tolak sikit , dapat modal beli Pekasam atau Rebung madu, bawak balik pula ke
Kelantan, Tolak Barang Kenderaan selebihnya sikit dan Pekasam serta Rebung
madu, Dapat Modal lagi , ambil barang barang Kelantan seperti tudung , kain
kain batik dan Tembakau darat Kemubu ( sedap tembakau tu hahaha ) , sampai di
Ganu Tolak Tembakau sikit, barang Motor sikit, pekasam sikit, dapat modal sana
ambil pula Keropok lekor terbaik sana, sos sos …. Barang selebihnya yang ambil
di perlis , klate dan ganu tadi tu bawak balik ke Kl atau seremban… ending ni
yang best… tolak boleh mahai sikit…. Untung bersih terkumpul bila kita sampai
rumah… experience tok la…. Paling pun RM 4000 of course dalam tangan….. That’s means
dalam perjalanan tu…. P Perlis, p Kelantan, P Ganu… takkan x singgah Padang
besaq, p jalan jalan, singgah Cameron ke makan angin…. Dengan kos kenderaan dan
tol…. Anda jalan jalan FREE saja, malah sampai rumah walau penat . tak rasa
penatnya… sebab dalam tangan , masih ada cash minimum dalam RM 1500-2000…. Bagi
yang makan gaji, jumlah ini besar dan mampu menampung untuk sebulan … bagi
berniaga PASTILAH amat besar, orang berniaga ni 20 sen berkira…. Macam Tok
ahaks….
JANGAN JADI BEGINI
Orang jual Lemang laku, dok 2 bulan penuh
jalan tu dengan lemang, macam macam nama ada, lemang komando pun adow…
Orang jual goreng pisang laku , tak dan 1
bulan ada la 3 pondok lagi jual goring pisang jugak….
Orang Jual Jambu Batu ( tu yang dok banyak
tepi jalan tu )….. kita pun sibok nak jual Jambu batu juga… dengan lori la
lalu, kereta la lalu, habuk jalan masuk habis dalam tu….. aiseh man….
Sama juga Jual batu… Tok jual batu Nampak mewah
, pun depa sibuk jual batu… bila kita pakai merc, pakai kete 4 biji, kete
kompeni banyak, staff pun adow… org pikir dan Nampak ….” Owww Tok Mat GB jual
batu jadi kaya, aku pun nak jual gak la….” Pastu bila buat sendiri tak jugak
Kayooo….. mula la cakap memacam, pakai minyak dagu la, apa la… macam macam hal……
walhal…nu haaaaaaa…… I have a lot idea to do.,.. and Tok do sungguh sungguh…
batu is Hobi… kekadang x untung mana pun dengan perjalanan, kos upah dan segala….. The Rahsia ialah idea idea atas nu.. sebab
tu tok selalu dan sukaaaaaa sangat Travel sana sini…. Yessszzaaaa … itu
rahsianya beb…. Duduk setempat is not the way…. Jalan jalan sambil enjoy
melihat bumi Allah , solat pun Allah bagi kelonggaran…. Boleh jamak… lihat…
kelebihan Allah bagi kepada Hamba yang berjalan melihat KebesaranNya , dapat
pengalaman dan rezeki…. Boleh di katakan dunia akhirat dapat….. Muai gak la…..
Korang tak mau ke?.....
Nanti ada yang Tanya….. “ Tok x sayang ke
share idea idea ni…. ?” sayang apa?... Malaysia Luas, kalau Malaysia kecik… nu
dunia luas lagi, kita jalan p Eropah pulak bawak belacan pekasam dan keropok
lekor… Mustahil ke?..... rakyat Malaysia ada 27 Billion orang…. Walau 100,000
orang buat pun… tak habis makan la…. Nak kaya?.... nak kaya lagu mana?.... kalo
ada sebulan dalam RM 100,000 pun income … cukup la… makan banyak banyak pun
nanti kena darah tinggi, kencing manis hahahha… nak beli harta bebanyak pun
nanti LHDN atau BPR kejar… time kena bayar cukai tu kita takde sen pulak… tak
pasal ke dalam… hahaha…. So… nak tamak kenapa… sharing is caring…., sekurang
kurangnya bila Tok dah meninggal nanti, ada jugak pahala idea ni…. Membantu orang
ni macam macam cara, melalui idea, bantuan juga melalui idea…. So.. why nak
kedekut…. Hahha
Banyak lagi idea idea dalam kepala ni,
belum masuk Perniagaan 3 hala atau 2 hala Antara Hutan belantara dan Peniaga,
Pantai pantai dan Peniaga….. Uihhhhhhhh Banyak lagiiiiiiiiiiii…….
Rezeki Allah ada di mana mana, jangan
Pekupkan Kepala anda dengan momokan orang…. Kalau nak buat, buat terus,, toksah Tanya
yang bukan pro dalam bisnes….
So….. Bila lagi……. Tunggu apa lagi depan Pc
nih……. Bangun dari kerusi anda dan buka langkah pertama anda sebagai seorang
AHLI PERNIAGAAN , Berjumpa kita dalam Dunia Korporat……
Salam Kejayaan Buat buat anda semua……
Jom bangun jom ! buat kerja ! =))
BalasPadamAssalaamualaikum wbt. Heheheh... Pokcik tgh lepak la tu... Baru nk bangun wat keje.... Hahahah... Gurau je ye pokcik oooiiii... Tqvm tok 4 sharing those brilliant ideas. Sgt2 bernas. Yg tgh mencari tu, apalagi??? Cargas margas la... Heheheh ( termasuk la hamba pacal yg hina ni...wawawawa). Jihad diri dan keluarga melalui jihad ekonomi... To mmg berwawasan jauh... Alhamdu lillah... Sesungguhnya kurnia Allah itu Maha luas (bagi mereka yg berkehendak mencari dan memahami.) insyaAllah... Tq again tok mat. Wassalam...
BalasPadamidea2 yg molek tu tok...
BalasPadambagus utk di laksanakan...
Good idea tok..
BalasPadamyerp... kalo x bole bua sendiri,,, x rugi pasang workers
BalasPadamMmg patut sangat kalau nak berguru dengan Tok ni... bukan belajar tarik duit... tapi belajar buat duit....
BalasPadamItulah yang kumpulan tok mat GB jalankan skrg
Padam